Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

KADANG-KADANG kebanyakan dari kita suka memarkir kereta secara sesuka-hati tanpa memikirkan perasaan pengguna jalan raya yang lain malah mengganggu kelancaran lalu lintas.
Kalau tak nak kereta anda yang cantik dicat dengan perkataan yang bukan-bukan seperti ini, adalah lebih baik untuk anda sentiasa mengikut undang-undang dengan memarkir kenderaan di tempat sepatutnya.
Macam yang jadi kat kereta hitam jenama Volkswagen ini yang bertindak sesuka hati memarkir kenderaannya sehingga terpaksa menerima kereta dalam ‘aksesori’ tambahan seperti dalam foto ini.
Itulah padah mereka perlu mereka tanggung apabila sendiri bikin orang lain ‘panas’. – MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

INSIDEN serangan bom di Jakarta yang didalangi puak Pelampau Islam (IS) atau kini dikenali ‘Daesh’ membuatkan segelintir pihak seakan paranoid dengan golongan Muslim.
nilah yang terjadi di Malaysia apabila sebuah komuniti di laman sosial Facebok, My Malaysia-என் மலேசியா memuatnaik sekeping gambar menunjukkan empat lelaki berjubah di Batu Caves bersama kenyataan yang berbaur hasutan.
Pengendali laman berkenaan dilihat curiga dengan kehadiran lelaki-lelaki berkenaan di lokasi pelancongan itu termasuk mempersoalkan adakah mereka mahu meninggalkan agama Islam.
“Why this guys here..? Are they planning to give up their religion? (Mengapa mereka ada di sini? Mereka bercadang nak keluar dari agama mereka ke?)” tulisnya.


Ini merupakan kenyataan yang boleh dianggap berbaur perkauman. Umum mengetahui bahawa Batu Caves antara lokasi pelancongan di Malaysia walaupun pada masa sama, ianya masih tempat ibadat kaum India.
Status tersebut yang dikomen pula beberapa individu ‘rasis’ jelas menunjukkan masih ada antara rakyat negara ini tidak faham sensitiviti hidup berbilang kaum dan agama.
Walau bagaimanapun selepas posting tersebut menjadi viral, pengendali laman berkenaan dihujani teguran netizen yang berang.
Isu Panas
KANGAR – Penjaga gol Piala Presiden Perlis, Muhammad Saiful Niza Nasir, 18, terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi, Titi Chai, dekat sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Zaini Talib berkata dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa, yang menunggang motosikal seorang diri, dikatakan mengelak sebuah lori padi yang diletakkan di bahu jalan.
“Semasa mengelak, penjaga gol itu merempuh kabel penambat tiang elektrik berdekatan lori tersebut menyebabkan kepalanya terpisah dari badan,” katanya.
Mangsa dalam perjalanan dari rumah sewa di Taman Kemajuan, Kangar ke Gunung Medan di Utan Aji untuk menjalani latihan bersama pasukan Perlis.
Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk proses bedah siasat.
Bapa mangsa, Nasir Mat Arip, 47, berkata beliau dan ahli keluarganya berada di Penaga, Pulau Pinang dan bergegas ke Perlis sebaik diberitahu oleh anak perempuannya, Anis Maisara, 21, mengenai kemalangan itu.
“Saya tidak sangka dia pergi dulu dari saya. Baru Ahad lepas arwah telefon memberitahu dia akan beraksi bersama pasukan Perlis dalam Liga Perdana musim ini.
“Hasrat saya melihat dia pergi lebih jauh dalam bola sepak negara tidak kesampaian. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT,” kata pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu semasa ditemui di bilik mayat hospital.
Nasir berkata Muhammad Saiful, yang merupakan anak ketiga dari lima beradik dan dikenali sebagai ‘Bob’ oleh rakan-rakan sepasukannya, dijadualkan menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai penjaga gol simpanan kedua esok.
Sementara Ketua Jurulatih Perlis, Dollah Salleh yang ditemui di luar bilik mayat HTF terkejut dengan kemalangan yang meragut nyawa Muhammad Saiful.
“Saya sedih dengan pemergiannya. Saya terkilan tidak dapat melihat potensi arwah yang mempunyai bakat menjadi penjaga gol terbaik dengan ketinggian hampir 180 sentimeter,” kata Dollah.
Muhammad Saiful pernah bermain untuk Frenz United Bawah 15 tahun dan pasukan Piala Presiden Perlis selain mewakili pasukan Sekolah Sukan Negeri (SSN) (Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar) dalam Liga KPM.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Falah, Behor Mempelam di Arau selepas solat Asar hari ini.
Sementara itu, pengurus pasukan Perlis, Afifi Osman berkata segala urusan pengebumian jenazah Muhammad Saiful diuruskan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. – BERNAMA
Isu Semasa

SUSULAN isu ibu muda ambil gambar selfie sedang menyusukan anak lalu dimuatnaik di Facebook yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, pemilik jenama pakaian khusus buat ibu yang menyusukan bayi memohon maaf kerana terasa tempiasnya.
Ini kerana ada dalam kalangan ibu yang dikecam kerana bertindak demikian mungkin merupakan pelanggan mereka.
Tindakan mengambil gambar selfie tersebut, biasa dilakukan pelanggan mereka yang puas hati dengan faedah yang diperoleh daripada pakaian dibeli lalu ingin memberikan testimonial kerana teruja mereka kini boleh menyusukan anak di tempat awam tanpa bimbang aurat terbuka.
Begitupun, gambar-gambar testimonial pelanggan terbabit dikaburkan wajah mereka, dan bukanlah terang-terangan untuk tontonan di Facebook peribadi.
Itulah antara penerangan yang diberikan wakil jenama Feedmilk kepada Mynewshubberkenaan isu ini.
Berikut permohonan maaf yang dimuatnaik jenama pakaian yang memudahkan ibu menyusukan bayi ini, sepertimana di muatnaik di Facebook mereka.
“KAMI MOHON MAAF ISU SELFIE SAMBIL BF “
( ibu yg menyusu sahaja WAJIB baca )
Sebagai sebuah jenama yang berdiri dengan ibu-ibu menyusu sebagai customer. Kami ingin memohon maaf di atas gambar selfie ibu yang menyusu dan telah dikecam oleh ramai orang.
Gambar yang kami poskan dan kami terima sangat banyak bukanlah dibuat-buat. Tetapi di atas keberkesanan kami membantu mereka menyusu di tempat awam dengan teknologi #SelamberSelak ini.
Itu ialah testimoni selepas menggunakan baju menyusu feedmilk. Mereka mungkin excited dan teruja kerana sebelum ini susah untuk menyusu di public, dan bila memakai baju kami, mereka hepi dan share gambar dengan semua org untuk berinspirasi, tetapi di salah erti.
Oleh itu, Kami berbesar hati menerima gambar customer kami, tetapi gambar memakai baju feedmilk dan memegang baby itu sudah memadai.
Diharap kita semua dpt terus menyusukan anak dimana sahaja kita berada dengan baju menyusu Feedmilk walaupun mereka ramai tidak paham ttg apa kita buat dan pakai. Walaupun kdg2, sedih bila tgk ibu2 sendiri juga menjatuhkan ibu2 yang menyusu dipublic. Tapi mungkin die tak kenal Feedmilk lagi..hehe
*LIKE dan berikan KOMEN positif tanda anda bersama Feedmilk !
Apapunn.. Jangan SELFIE! Dan post di FB.. .
Tinjauan kami mendapati jenama Feedmilk ini mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi tetapi bak pesanan mereka dalam posting di atas, janganlah pula selfie dan pos di FB sekalipun teruja kerana menemui pakaian yang amat membantu urusan yang selama ini taboo ya..
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada pemilik jenama ini yang masih muda namun berjaya tampil dengan perniagaan unik dan amat membantu para ibu terutama kaum muslimah.
Semoga perniagaan anda diberkati dan terus berjaya.. – MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
SEORANG lelaki yang ditahan selepas dipercayai bertindak ganas dengan menakutkan pekerja sebuah hotel di Amerika Utara ‘tersipu malu’ gara-gara pihak polis menyangka dia memiliki ‘senjata berbahaya’.
Bagaimanapun, selepas pegawai polis itu meraba beberapa kali ‘senjata’ yang diragui itu, pegawai tersebut menyedari bahawa ia sebenarnya adalah alat sulit suspek.
Rakaman memalukan itu menunjukkan suspek yang hanya memakai seluar dan tidak berbaju ditahan pihak berkuasa selepas melakukan kekecohan di hadapan kaunter menyambut tetamu hotel terbabit.

Berdasarkan rakaman, suspek kelihatan menundukkan kepalanya semasa pihak polis memeriksa badannya, sebelum menemui ‘objek’ yang meragukan.
Pegawai terbabit kemudiannya memeriksa sekitar poket kiri lelaki tersebut dan meraba ‘sesuatu’ beberapa kali, sebelum menyedari ‘objek’ tersebut adalah zakar suspek yang disifatkan 'panjang'.
Memetik laporan portal antarabangsa, Mail Online, rakaman tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial Reddit.
Seorang pengguna berkata; "Dia (polis) kelihatan kagum (zakar yang ‘panjang’) dan malu pada masa yang sama.”
Manakala seorang lagi berkata; “Walaubagaimanapun, ini adalah baik (bukan senjata berbahaya), mereka berdua (polis) mengakui ia berlaku (meraba alat sulit).”
- mD
Global
Ramai berpendapat bahawa kewujudan ikan duyung hanyalah mitos semata-mata. Namun, jika ia benar-benar wujud, adakah ikan duyung seperti yang kita lihat di rancangan Disneyland atau dalam filem-filem tertentu itu kelihatan persis seperti manusia? Namun, pasti anda semua tidak terfikir ada manusia biasa yang menjalani kehidupan seperti ikan duyung.

Dilengkapi dengan pakaian atau kostum ikan duyung dan juga pandai dan fasih berinteraksi dengan haiwan-haiwan di laut. Beliau dikenali sebagai “ Real-Life Mermaid Melissa” . Gadis yang berasal dari Amerika Syarikat itu merupakan Little Mermaid versi kehidupan realiti dimana beliau merupakan ikan duyung yang hidup dengan setengah dari tubuh manusia, setengah pula ikan, cantik, berambut panjang dan juga baik hati.
Mermaid Melissa sangat obsess dengan ikan duyung sehingga dia sentiasa memakai kostum dan berenang ke dasar lautan. Sudah menjadi kehidupan sebenar beliau menghadirkan diri sebagai ikan duyung dalam kehidupan nyata dan beliau beranggapan itu sudah merupakan takdirnya.
Melissa yang juga bekerja sebagai penyelam professional ikan duyung sangat mencintai kariernya dan dengan tekun beliau berlatih menahan nafas sehingga 5 minit tanpa bernafas dalam air. Menurut Melissa, sejak kecil lagi beliau sudah mencintai laut dan olahraga air, bahkan beliau sentiasa hadir di satu tempat rekreasi untuk berenang bersama dengan ikan lumba-lumba. Sudah menjadi perkara biasa baginya dalam mensesuaikan diri dengan kehidupan dalam air.

Cinta saya kepada haiwan dalam air dan ingin melindungi lautan adalah penyebab utama hadirnya diri saya sebagai ikan duyung manusia.” Kata Melissa.
Pelbagai

Kitkat merupakan coklat yang digemari dan juga menjadi pilihan orang ramai. Mana-mana kedai runcit atau serbaneka kita pergi,pasti ada jenama coklat ini dijual sekali. Kitkat yang berbentuk 2 atau 4 bar coklat ini dicipta khas oleh Rowntree Of York, England kini dihasilkan di peringkat global oleh Nestle. Disebabkan coklat ini terlalu laris dan popular di kebanyakan Negara, Nestle telah mengeluarkan sejumlah modal yang begitu banyak untuk menghasilkan berpuluh-puluh perisa Kitkat yang unik dan menarik. Kitkat yang terkenal dengan tagline “ Have a break, Have a Kitkat “ ini sebenarnya mempunyai banyak jenis perisa yang pelik dan mungkin anda semua tidak pernah tahu ianya wujud.
1- Kitkat Perisa Ayam

2- Kitkat Perisa Tembikai
3- Kitkat Perisa Keju
4- Kitkat Perisa Sayur Labu
5- Kitkat Perisa Plum Soda
6- Kitkat Perisa Kentang
7- Kitkat Perisa Soy Sauce
8- Kitkat Perisa French Salt
9- Kitkat Perisa Hot Japannese Chilli
10- Kitkat Perisa Wassabi
Informasi
Trend Selfie sudah menjadi satu perkara yang tidak asing lagi kedengaran di telinga kita. Tidak kira mana jua kita pergi, selfie itu sudah menjadi kebiasaan dan juga rutin yang sedang booming di kalangan masyarakat sekarang.
Jika selfie antara manusia merupakan perkara biasa, apa pula kata anda jika haiwan sekarang dah mula pandai berselfie? Luar biasa bukan? Beberapa foto selfie kucing yang sememangnya rare sedang viral di media sosial betul-betul menarik perhatian orang ramai ditambah pula dgn posing maut yang ditonjol oleh kucing tersebut.
Jom kita lihat koleksi selfie kucing comel ini.
Foto Bah

Rupanya masih ada segelintir masyarakat di zaman sekarang lagi memilih menanam niat untuk bersedekah berbanding dengan keuntungan dalam perniagaan. Kos sara hidup yang tinggi dengan kemunculan isu kenaikan harga barang ini bukan merupakan satu masalah besar bagi seorang peniaga sate di daerah Segamat, Johor Bahru dengan hanya menjual sate pada harga 20 sen secucuk.
Macam tak percaya masih wujud sate yang berharga semurah itu. Pakcik Samsuddin Mohamad yang berusia 56 tahun menjual lebih dari 500 cucuk hingga ke 700 cucuk satu hari disebabkan sate ayam yang dijual mendapat permintaan tinggi oleh pelanggannya. Sate pakcik ini dikenali dengan nama kedai wak sate dan dengan berniaga hanya menggunakan kereta tolak, ianya menjadi trademark bagi orang mengenali kedai wak sate ini.
Prinsip “ Biar untung sedikit tetapi senang laku ini” diamalkan dalam perniagaan sate beliau dengan niat ingin lebih bersedekah berbanding dengan keuntungan yang dapat. Menurut beliau, amalan seperti ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berniaga.
Keuntungan yang diperoleh menerusi sate 30 sen secucuk itu sekadar ingin melepaskan belanja dapur isteri beliau dan itu sudah cukup memadai. Apa yang paling menarik, sate ini akan diberi secara percuma pada kanak-kanak yang lalu dihadapan kedainya, dan dijual dengan harga 20 sen secucuk kepada warga emas yang datang singgah untuk membeli sate ayam beliau.
Baik hati betul pakcik ni, niat yang ikhlas ingin menderma kepada mereka yang memerlukan harus diambil sebagai contoh. Janganlah banyak mengambil kesempatan dan keuntungan yang lebih dalam meniaga. Ingat, rezeki yang datang semua dari kehendakNya.
Sajakongsi.com
Isu Panas

Vienna – Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.
Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’
Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.
Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata: “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.
“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”
Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu.
Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.
Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata: “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.” – Agensi/myMetro Online
Pelbagai
IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga… Begitulah nasib malang yang menimpa pendidik bernama Cikgu Salina ini.
Hanya gara-gara dirinya berbangsa Melayu, dia diperlakukan seperti peminta sedekah di sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina di Mersing, Johor.
Malah, aduannya mengenai seorang pelajar yang biadap memakinya tanpa sebab ketika sesi pembelajaran langsung tidak diendahkan oleh pihak sekolah.
Lebih mendukacitakan, dia turut dimalukan di bilik guru apabila diserang oleh bapa pelajar berkenaan yang bertindak membaling buku dan alatan belajar miliknya.
Menurut Cikgu Salina, dia berasa sangat sedih dan tidak puas hati berikutan pihak sekolah itu tidak mempertahankan dirinya selaku pendidik, lantas membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatannya.

Apa yang mengejutkan kami, Cikgu Salina turut mendedahkan sebelum ini dia dan dua lagi guru Melayu pernah telah dihalau oleh guru besar sekolah berkenaan sendiri.
Ini berikutan, guru besar itu mendakwa masyarakat Cina sekolah tersebut tidak mahu guru Melayu bertugas di sana kerana konon kaum Melayu tidak pandai mengajar.
Alahai, jika benar apa yang didakwa oleh Cikgu Salina ini, diharap pihak Kementerian Pendidikan dapat menyiasat kes berbaur rasis ini hingga ke peringkat akar umbi.
Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, isu sebegini sepatutnya tidak patut timbul kerana kita perlulah menghormati setiap kaum di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
APAKAH perasaan anda jika kereta anda dilanggar kenderaan lain ketika berada di atas jalan? Pasti anda marah lebih-lebih lagi kereta yang dipandu merupakan salah satu model kereta mewah.

Namun situasi berbeza di Filipina baru-baru ini apabila seorang lelaki langsung tidak mengamuk malah tidak menuntut apa-apa ganti rugi apabila kereta dipandunya dilanggar oleh sebuah van di Edsa Avenue, Manila.
Hal ini kerana lelaki tersebut mendapati salah seorang penumpang di dalam van tersebut adalah bekas bintang porno terkenal dari Jepun iaitu Maria Ozawa.
Maria, kini berusia 30 tahun; mengakui kesilapan pemandu van dinaikinya itu telah berkali-kali memohon maaf terhadap lelaki tersebut.
Lebih memeranjatkan, lelaki tersebut hanya mengatakan: “That’s OK, Maria. It was probably my fault anyway. Also, I love you.”


Selain itu, mereka juga sempat mengambil gambar bersama-sama seterusnya menyebabkan keadaan trafik di ibu kota Filipina itu menjadi lebih sesak teruk.
Bintang terkenal itu yang dilahirkan pada 8 Januari 1986 kini berada di negara Asia tenggara itu bagi menjalani penggambaran filem seram yang dibintanginya.
Untuk rekod Maria atau lebih dikenali sebagai Miyabi pernah berkecimpung aktif sebagai aktres flem lucah popular sejak 2002 sebelum bersara pada 2010 lalu.
Semoga caj baik pulih yang dikenakan oleh lelaki itu terhadap Maria untuk membaiki keretanya yang rosak tidaklah begitu mahal.
– MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)




















Recent Comments