Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Vienna – Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.

Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’

Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.

Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata: “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.

“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu.

Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.


Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata: “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.” – Agensi/myMetro Online

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga… Begitulah nasib malang yang menimpa pendidik bernama Cikgu Salina ini.
Hanya gara-gara dirinya berbangsa Melayu, dia diperlakukan seperti peminta sedekah di sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina di Mersing, Johor.
Malah, aduannya mengenai seorang pelajar yang biadap memakinya tanpa sebab ketika sesi pembelajaran langsung tidak diendahkan oleh pihak sekolah.
Lebih mendukacitakan, dia turut dimalukan di bilik guru apabila diserang oleh bapa pelajar berkenaan yang bertindak membaling buku dan alatan belajar miliknya.
Menurut Cikgu Salina, dia berasa sangat sedih dan tidak puas hati berikutan pihak sekolah itu tidak mempertahankan dirinya selaku pendidik, lantas membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatannya.


Apa yang mengejutkan kami, Cikgu Salina turut mendedahkan sebelum ini dia dan dua lagi guru Melayu pernah telah dihalau oleh guru besar sekolah berkenaan sendiri.
Ini berikutan, guru besar itu mendakwa masyarakat Cina sekolah tersebut tidak mahu guru Melayu bertugas di sana kerana konon kaum Melayu tidak pandai mengajar.
Alahai, jika benar apa yang didakwa oleh Cikgu Salina ini, diharap pihak Kementerian Pendidikan dapat menyiasat kes berbaur rasis ini hingga ke peringkat akar umbi.
Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, isu sebegini sepatutnya tidak patut timbul kerana kita perlulah menghormati setiap kaum di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
APAKAH perasaan anda jika kereta anda dilanggar kenderaan lain ketika berada di atas jalan? Pasti anda marah lebih-lebih lagi kereta yang dipandu merupakan salah satu model kereta mewah.

Namun situasi berbeza di Filipina baru-baru ini apabila seorang lelaki langsung tidak mengamuk malah tidak menuntut apa-apa ganti rugi apabila kereta dipandunya dilanggar oleh sebuah van di Edsa Avenue, Manila.
Hal ini kerana lelaki tersebut mendapati salah seorang penumpang di dalam van tersebut adalah bekas bintang porno terkenal dari Jepun iaitu Maria Ozawa.
Maria, kini berusia 30 tahun; mengakui kesilapan pemandu van dinaikinya itu telah berkali-kali memohon maaf terhadap lelaki tersebut.
Lebih memeranjatkan, lelaki tersebut hanya mengatakan: “That’s OK, Maria. It was probably my fault anyway. Also, I love you.”


Selain itu, mereka juga sempat mengambil gambar bersama-sama seterusnya menyebabkan keadaan trafik di ibu kota Filipina itu menjadi lebih sesak teruk.
Bintang terkenal itu yang dilahirkan pada 8 Januari 1986 kini berada di negara Asia tenggara itu bagi menjalani penggambaran filem seram yang dibintanginya.
Untuk rekod Maria atau lebih dikenali sebagai Miyabi pernah berkecimpung aktif sebagai aktres flem lucah popular sejak 2002 sebelum bersara pada 2010 lalu.
Semoga caj baik pulih yang dikenakan oleh lelaki itu terhadap Maria untuk membaiki keretanya yang rosak tidaklah begitu mahal.

– MYNEWSHUB.CC

SEOUL – Pengeluar kereta mewah ternama dunia, Rolls-Royce Motor Cars berhasil meraih penjualan hingga 3,785 unit pada 2015, angka kedua tertinggi dalam 112 tahun sejarah syarikat yang ditubuhkan pada 1828 lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Torsten Müller-Ötvös menyatakan, 2015 merupakan masa perit bagi produk mewah, namun hasil diperoleh syarikat itu dinilai sebagai salah satu pemain jenama super-premium paling berjaya.
“Saya sangat yakin dengan perkembangan positif Rolls-Royce pada 2016,” kata beliau menerusi kenyataan rasmi dkeluarkan pihak Rolls-Royce Motor Cars yang beribu pejabat di Goodwood, England, Britain pada 13 Januari.
Hampir seluruh jaringan penjualan Rolls-Royce mengalami peningkatan, antaranya di rantau Asia Pasifik apabila berlaku lonjakkan 13 peratus, disusuli benua Amerika Utara (6 peratus) dan wilayah Timur Tengah (4 peratus).
Beberapa buah negara dikenal pasti berjaya tampil gemilang sepanjang 2016 dalam memasarkan Rolls-Royce antaranya ialah Korea Selatan dengan 73 peratus berbanding tahun sebelumnya, diikuti Qatar (naik 21 peratus).
Tidak ketinggalan ialah pasaran tradisional Rolls-Royce iaitu Jepun dan Amerika Syarikat yang turut didapati melonjak masing-masing sama iaitu tujuh peratus selain Britain (dua peratus) dan Rusia (satu peratus).
Negara-negara lain yang ekonominya berkembang pesat seperti Indonesia, Taiwan, Malaysia dan Kazakhstan turut menunjukkan perkembangan penjualan Rolls-Royce yang cukup baik tahun lalu dibandingkan tahun sebelumnya.

Korea Selatan mengawal ketat kemasukan model kereta import bagi melindungi kepentingan industri autombil tempatan sehingga 1995 apabila membuka pintu pasaran kepada jenama asing dengan pemantauan oleh kerajaan.
Dua keluaran model utama yang menyokong penjualan Rolls-Royce di seluruh dunia ialah Ghost (2010) dan Wraith (2013) manakala permintaan ke atas model lama iaitu Phantom (2003) didapati tetap relatif stabil.
Untuk rekod, sejumlah 4,063 buah Roll-Royce dijual pada 2014 di seluruh dunia berbanding 3,630 pada 2013, serta 3,575 (2012), 3,538 (2011), 2,711 (2010), 1,002 (2009), 1,212 (2008), 1,010 (2007) dan cuma 805 (2006).
Menteri Perdagangan dan Industri Britain, Anna Soubry ketika mengulas berita gembira ini menjelaskan: “Hasil yang didapati Rolls-Royce Motor Cars memperlihatkan permintaan yang kuat daripada pengguna antarabangsa.
“Ia juga hasil tradisi terbaik kepemimpinan industri automotif Inggeris. Kita dapat terus mengembangkan lapangan pekerjaan berkualiti tinggi dan mendorong eksport dengan mendukung pelaburan industri automobil.”
– Agensi/
AKTRES dan hos televisyen, Daphne Iking mendedahkan bahawa dia pernah melakukan tiga pekerjaan ketika masih menuntut di peringkat universiti bagi menampung yuran pengajiannya.


Selebriti cantik kelahiran Sabah ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.
Dalam twit menerusi laman sosial Twitternya, Daphne mendedahkan dia pernah bekerja sebagai penari kelab, tutor separuh masa dan juga promoter jualan rokok.
Ia dilakukan semata-mata bagi menampung bayaran yuran pengajian, makanan dan keperluan seharian semasa masih lagi bergelar pelajar universiti awam.
Walaupun dia terpaksa melakukan pekerjaan sampingan ketika masih bergelar penuntut universiti, namun perkara itu tidak sesekali dikesali ibu kepada anak dua tersebut.
Ini kerana menurutnya daripada situlah dia mempunyai memori dan pengalaman hidup yang banyak mengajarnya selain dapat berkenalan dengan orang-orang yang hebat.
Respons itu adalah sebagai menjawab persoalan mengenai isu semasa yang hangat dibincangkan selepas akhbar tempatan sebelum ini mendedahkan ada seorang pelajar IPT sanggup galas perut sehingga ususnya terkoyak.
Isu ini mendapat perhatian ramai netizen sehinggakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengeluarkan kenyataan bahawa siswa-siswi yang tiada wang tidak seharusnya berdiam diri.
Sebaliknya mereka perlu mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak, termasuk daripada universiti itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC

PENYANYI popular Indonesia, Agnes Monica dikritik gara-gara memakai skirt jarang yang memaparkan tulisan Arab ketika menjayakan Konser Raya 21 Indosiar baru-baru ini.
Agnes yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika tampil memakai skirt jarang bertulis perkataan ‘muttahidah‘ yang bermaksud ‘bersatu’.
Kebanyakan netizen di Indonesia menyelar pakaian yang digayakan Agnes pada konsert sempena ulang tahun stesen penyiaran tempatan tersebut.

Menurut penaja busana Agnes, KTZ memberikan penjelasan bahawa perkataan itu tidak ada kaitan dengan mana-mana ayat Al-Quran.

Malah Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah memberikan kenyataan bahawa kalimat tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam.
“Tiada unsur penghinaan, kalau ada ayat Al-Quran baru saya tidak setuju,” ulas Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz. – MYNEWSHUB.CC


KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan memberi kebenaran untuk menukar warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau mendapat persetujuan rasmi itu pada pukul 3.30 petang ini.


“Saya baru habis mengadap Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) pukul 3.30 petang tadi menyampaikan hasrat Datuk Seri Vida (Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman) untuk menukar wajah stadium.
“Permohonan telah diluluskan. Cuma `detail’ dan cara kerja kita kena berurusan dengan perbadanan stadium. Syukur,” umumnya dalam akaun Facebook beliau, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Hasmiza atau lebih popular dengan gelaran Dr. Vida bakal menjadi penaja utama pasukan Kelantan selama dua musim dan dilantik sebagai Penasihat Kehormat KAFA.
Sebelum ini, Dr. Vida mencetuskan kontroversi apabila mahu Stadium Kota Bharu dicat dengan warna merah jambu selain menukar nama pasukan kepada “Pamoga Qu Puteh” The Red Warriors sebagai syarat tajaan lebih RM16 juta. – MYNEWSHUB.CC


KECOH jadinya laman sosial sehari dua ini tentang isu segelintir ibu muda ‘belanja’ gambar mereka sedang menyusukan anak yang dimulakan oleh sebuah laman Facebook parodi terkenal.

Ini bukan kali pertama isu hangat lagi kontroversi mula tercetus selepas dimuatnaik di laman Facebook Amran Fans – Official.
Laman yang cukup terkenal dengan tagline “Kebodohan Amran Hanya Untuk Mereka Yang Berakal” ini banyak memuatnaik status berunsur nasihat yang diselitkan lawak satira sinis lagi sarkastik.
Isu breastfeeding sejak mula dimuatnaik laman tersebut, mendapat perhatian hangat netizen hinggakan page tersebut mendapat kesan apabila golongan ibu muda yang marah foto mereka menyusukan bayi yang dianggap bukan satu kesalahan moral dikongsikan dengan umum, membuat aduan kepada Facebook.

Akibatnya page parodi itu dipadamkan seketika oleh pihak Facebook, membuatkan adminnya menubuhkan sebuah lagi laman troll yang diberi nama “Meran Fans”.
Mungkin cara nasihat mereka agak kasar iaitu dengan memaparkan screenshoot gambar yang tidak diizinkan namun tujuan tersebut tak lain tak bukan hanya untuk menyedarkan golongan ibu muda yang berkongsi gambar di media sosial agar lebih tahu malu, demikian hujah admin dan penyokong Amran Fans.
Difahamkan, segelintir ibu muda yang berang dengan tindakan page tersebut turut membuat laporan polis bagi menyatakan ketidakwajaran admin laman terbabit menyiarkan gambar mereka.

Mungkin juga tindakan ini, disebabkan sudah tidak tahan lagi dengan cacian dan makian netizen yang mengutuk perbuatan mereka.. iyalah, hati perempuan mana yang tak rapuh ‘dibahan’ beramai-ramai kan.
Namun apa yang dikesali ramai adalah tindakan kebanyakan ibu muda ini yang masih berdegil dan tetap dengan pendirian bahawa mereka tidak berbuat apa-apa yang salah, dan berkeras menyatakan tindakan memuatnaik gambar menyusukan anak di Facebook tidak salah kerana masih menutup aurat.
Sehubungan itu, Ustaz Rahmat Ikhsan daripada Pencetus Ummah telah tampil mengatakan hukum perbuatan mereka itu adalah haram.
Kami percaya, para ibu terbabit melihat perkara ini dari sudut menyusukan anak bukan sesuatu yang taboo untuk dikongsikan dengan masyarakat tetapi pada masa sama, mungkin mereka belum faham kaitan antara ‘malu’ dengan ‘iman’ bagi umat Islam.

Sememangnya menyusukan bayi suatu perkara yang amat baik dan digalakkan dalam Islamdan tiada siapa menafikannya tetapi apabila memuatnaik gambar perbuatan itu di media sosial, ia adalah soal lain.
Di tempat-tempat awam seperti kompleks beli belah sekalipun telah disediakan ruang tertutup bagi kaum ibu menyusukan anak secara privasi kerana perbuatan ini tidak sesuai dilakukan di ruang terbuka, tetapi apa gunanya jika si ibu berasakan tidak mengapa gambar mereka menyusukan bayi dikongsikan kepada umum.
Mungkin pada kita memberi susu pada anak secara terbuka bukanlah satu isu yang besar tetapi kita juga perlu memikirkan perasaan orang lain. Memang manusia rambut sama hitam tapi hati siapa yang tahu kan?
Seorang netizen turut berkongsi sebuah kisah yang berlaku beberapa bulan lepas dalam sebuah penerbangan MAS di mana seorang ibu meminta bantuan anak kapal untuk memberikannya satu ruangan tertutup agar dia dapat menyusukan bayinya dengan selesa.
Anak kapal yang memahami keadaannya membantu mengaturkan untuknya sebuah ruang yang privasi.
Untuk pengetahuan si ibu yang memiliki sifat malu yang menebal dalam kisah ini bukanlah wanita beragama Islam, jadi renung-renungkanlah mengapa wanita Islam pula terlalu terbuka soal begini.
Apa pun, adalah tidak wajar terus-terusan mengecam para ibu yang mungkin tersilap langkah kerana kurang faham soal hukum agama apabila memuatnaik gambar menyusukan bayi mereka di Facebook  sebelum ini.
Setiap orang pernah lakukan kesilapan dan bagi kami, perkongsian yang dibuat sejak awal agak tersilap apabila menyiarkan keseluruhan wajah dan nama akaun Facebook para ibu yang terlibat kerana itu sudah menjatuhkan aib orang lain selain mencemar privasi seseorang, biarpun kononnya atas nama teguran.
Tak salah menegur tetapi harus diingat, Islam mengajar bahawa matlamat tak pernah halalkan cara.

Copy: Mynewshub.cc
Kambing Hutan Sumatera yang dirakam Adham. FOTO ihsan Adham - 

Kuala Lumpur: "Spesies berkenaan jarang ditemui di negara ini. Ini adalah kali pertama saya nampak haiwan seperti itu," kata kakitangan swasta, Adham Mutahir, 32, yang merakam gambar Kambing Hutan Sumatera (Sumatran Serow) di Taman Sierra Ukay, Ampang, Selangor dan dimuat naik di laman Facebook (FB) sehingga menjadi viral, baru-baru ini.

Menurutnya, dia mahu ke tempat kerjanya di Bangsar pada 1.30 tengah hari sebelum dikejutkan dengan kemunculan spesies kambing itu.

"Saya terkejut dan terus memberhentikan kereta sejurus melihat spesies itu. Saya pelik bagaimana ia boleh berada di kawasan perumahan.

"Saya mengandaikan ia mungkin datang dari kawasan hutan dan bukit berhampiran rumah saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.

Katanya, kemungkinan besar haiwan berkenaan tersesat berikutan kawasan hutan berhampiran rumahnya juga sedang dalam pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan perumahan.

"Keadaan itu mungkin menyebabkan habitat spesies berkenaan semakin terancam. Jika tidak bagaimana ia boleh berada di jalan raya dan kawasan tanah rendah," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Tropical Rainforest Conversation & Research Centre, Dr Dzaeman Zulkifli mengesahkan menerima aduan berhubung perkara itu dan hasil penyelidikan dilakukan pihaknya mendapati, ia sah spesies Sumatran Serow.

"Kebiasaannya, kemusnahan hutan yang menjadi habitat Sumatran Serow menjadi faktor menyebabkan spesies itu dipercayai tersesat sehingga ke kawasan perumahan di Ampang.
"Habitat asal kambing hutan ini juga semakin terancam dengan penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan dan sebagainya," katanya.

Katanya, spesies berkenaan dianggarkan mempunyai ketinggian 1 meter dan hidup secara bersendirian serta boleh ditemui di kawasan bukit dan pergunungan, bukan di kawasan tanah rendah.

"Ia jarang ditemui dan semakin terancam selain sering menjadi mangsa pemburu haram.
"Permintaan terhadap haiwan ini sangat tinggi terutama untuk tujuan perubatan tradisional," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Selangor, Rahim Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan spesies Sumatran Serow itu datang dari Hutan Simpan Ampang.

"Pihak kami bimbang spesies itu akan menjadi mangsa pemburu haram. Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang giat dijalankan," katanya.

Harian Metro



Washington: Seorang lelaki bersenjata berat yang mendakwa dirinya Jesus Christ dan merancang menculik anjing keluarga Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ditangkap beberapa hari lalu.

Scott Stockert, 49, ditangkap di sebuah hotel di Washington Rabu lalu selepas ejen Perkhidmatan Rahsia menemui beberapa senjata tidak berdaftar dalam traknya, bersama-sama dengan ratusan peluru dan parang, lapor stesen televisyen NBC.

Menurut laporan stesen itu, Stockert dari Dakota Utara didakwa merancang menculik Bo, satu daripada dua anjing baka Portugis milik keluarga Obama.

Dokumen mahkamah diperoleh Jumaat lalu menunjukkan Stockert dibebaskan dan diletakkan di bawah program pengawasan ketat serta diarah tidak memiliki senjata api atau senjata berbahaya lain, baik yang palsu ataupun yang betul. Selain mendakwa dirinya Jesus, Stockert juga memberitahu ejen, bapanya ialah John F Kennedy sementara ibunya, Marilyn Monroe.
- Agensi



Phuket, Thailand: Seorang pelancong wanita China berusia 29 tahun cedera di muka terutama hidung akibat dipatuk ular sawa ketika dia mahu mencium ular berkenaan di satu pertunjukan ular di Chalong, utara pulau itu.

Kejadian yang berlaku pada 9 Januari lalu, di pusat pertunjukan itu yang terletak bersebelahan Zoo Phuket, berjaya dirakam dan mangsa dikenali sebagai Jin Jing dikejarkan ke Hospital Antarabangsa Phuket untuk rawatan.

Ular berkenaan yang dilatih untuk pertunjukan tidak mempunyai bisa dan wanita itu dibenarkan keluar selepas kecederaan pada hidungnya dijahit. Dia kini sudah pulang ke China. - Phuket News 

Kuantan:“Kalau ditawarkan RM3 juta pun kami tolak. Duit sebanyak mana pun boleh habis,” kata anak peneroka Felda Bukit Goh di sini, Salwani Tajuddin, 37 (gambar kecil).

Bapa wanita itu, Tajuddin Harun, 68, antara peneroka FELDA berkenaan yang menolak tawaran kira-kira RM1 juta daripada pengusaha bauksit yang berhasrat untuk melombong bijih berkenaan di tanah miliknya.

Salwani berkata, keluarganya sepakat mengambil keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai perkara termasuk kesan aktiviti perlombongan mineral itu di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh.

Wanita yang mengusahakan kedai makan di FELDA itu sejak 16 tahun lalu berkata, mereka bimbang terhadap keadaan tanah ladang selepas aktiviti melombong mineral itu selesai.
“Sebelum kami tolak tawaran itu, suami membawa saya meninjau sendiri lombong bauksit di RTP Bukit Goh, tengok sendiri mereka korek tanah dan berapa dalam mereka korek tanah.

Harian Metro