Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
![]() |
| Kambing Hutan Sumatera yang dirakam Adham. FOTO ihsan Adham - |
Kuala Lumpur: "Spesies berkenaan jarang ditemui di negara ini. Ini adalah kali pertama saya nampak haiwan seperti itu," kata kakitangan swasta, Adham Mutahir, 32, yang merakam gambar Kambing Hutan Sumatera (Sumatran Serow) di Taman Sierra Ukay, Ampang, Selangor dan dimuat naik di laman Facebook (FB) sehingga menjadi viral, baru-baru ini.
Menurutnya, dia mahu ke tempat kerjanya di Bangsar pada 1.30 tengah hari sebelum dikejutkan dengan kemunculan spesies kambing itu.
"Saya terkejut dan terus memberhentikan kereta sejurus melihat spesies itu. Saya pelik bagaimana ia boleh berada di kawasan perumahan.
"Saya mengandaikan ia mungkin datang dari kawasan hutan dan bukit berhampiran rumah saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.
Katanya, kemungkinan besar haiwan berkenaan tersesat berikutan kawasan hutan berhampiran rumahnya juga sedang dalam pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan perumahan.
"Keadaan itu mungkin menyebabkan habitat spesies berkenaan semakin terancam. Jika tidak bagaimana ia boleh berada di jalan raya dan kawasan tanah rendah," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Tropical Rainforest Conversation & Research Centre, Dr Dzaeman Zulkifli mengesahkan menerima aduan berhubung perkara itu dan hasil penyelidikan dilakukan pihaknya mendapati, ia sah spesies Sumatran Serow.
"Kebiasaannya, kemusnahan hutan yang menjadi habitat Sumatran Serow menjadi faktor menyebabkan spesies itu dipercayai tersesat sehingga ke kawasan perumahan di Ampang.
"Habitat asal kambing hutan ini juga semakin terancam dengan penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan dan sebagainya," katanya.
Katanya, spesies berkenaan dianggarkan mempunyai ketinggian 1 meter dan hidup secara bersendirian serta boleh ditemui di kawasan bukit dan pergunungan, bukan di kawasan tanah rendah.
"Ia jarang ditemui dan semakin terancam selain sering menjadi mangsa pemburu haram.
"Permintaan terhadap haiwan ini sangat tinggi terutama untuk tujuan perubatan tradisional," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Selangor, Rahim Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan spesies Sumatran Serow itu datang dari Hutan Simpan Ampang.
"Pihak kami bimbang spesies itu akan menjadi mangsa pemburu haram. Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang giat dijalankan," katanya.
Harian Metro
Isu Semasa
Washington: Seorang lelaki bersenjata berat yang mendakwa dirinya Jesus Christ dan merancang menculik anjing keluarga Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ditangkap beberapa hari lalu.
Scott Stockert, 49, ditangkap di sebuah hotel di Washington Rabu lalu selepas ejen Perkhidmatan Rahsia menemui beberapa senjata tidak berdaftar dalam traknya, bersama-sama dengan ratusan peluru dan parang, lapor stesen televisyen NBC.
Menurut laporan stesen itu, Stockert dari Dakota Utara didakwa merancang menculik Bo, satu daripada dua anjing baka Portugis milik keluarga Obama.
Dokumen mahkamah diperoleh Jumaat lalu menunjukkan Stockert dibebaskan dan diletakkan di bawah program pengawasan ketat serta diarah tidak memiliki senjata api atau senjata berbahaya lain, baik yang palsu ataupun yang betul. Selain mendakwa dirinya Jesus, Stockert juga memberitahu ejen, bapanya ialah John F Kennedy sementara ibunya, Marilyn Monroe.
- Agensi
Global

Phuket, Thailand: Seorang pelancong wanita China berusia 29 tahun cedera di muka terutama hidung akibat dipatuk ular sawa ketika dia mahu mencium ular berkenaan di satu pertunjukan ular di Chalong, utara pulau itu.
Kejadian yang berlaku pada 9 Januari lalu, di pusat pertunjukan itu yang terletak bersebelahan Zoo Phuket, berjaya dirakam dan mangsa dikenali sebagai Jin Jing dikejarkan ke Hospital Antarabangsa Phuket untuk rawatan.
Ular berkenaan yang dilatih untuk pertunjukan tidak mempunyai bisa dan wanita itu dibenarkan keluar selepas kecederaan pada hidungnya dijahit. Dia kini sudah pulang ke China. - Phuket News
Global

Kuantan:“Kalau ditawarkan RM3 juta pun kami tolak. Duit sebanyak mana pun boleh habis,” kata anak peneroka Felda Bukit Goh di sini, Salwani Tajuddin, 37 (gambar kecil).
Bapa wanita itu, Tajuddin Harun, 68, antara peneroka FELDA berkenaan yang menolak tawaran kira-kira RM1 juta daripada pengusaha bauksit yang berhasrat untuk melombong bijih berkenaan di tanah miliknya.
Salwani berkata, keluarganya sepakat mengambil keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai perkara termasuk kesan aktiviti perlombongan mineral itu di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh.
Wanita yang mengusahakan kedai makan di FELDA itu sejak 16 tahun lalu berkata, mereka bimbang terhadap keadaan tanah ladang selepas aktiviti melombong mineral itu selesai.
“Sebelum kami tolak tawaran itu, suami membawa saya meninjau sendiri lombong bauksit di RTP Bukit Goh, tengok sendiri mereka korek tanah dan berapa dalam mereka korek tanah.
Harian Metro
Isu Semasa
SEBUAH lori yang membawa kaki ayam terbalik lalu ‘memuntahkan’ muatannya sebaik sahaja merempuh sebuah treler di Kilometer 92.2 Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Petani, awal pagi tadi.
Kemalangan pukul 6.30 pagi itu membuatkan ribuan kaki ayam bertaburan di lebuh raya hingga menyebabkan keadaan jalan raya menjadi licin.


Keadaan ini turut mengakibatkan beberapa kenderaan lain terbabas dan hilang kawalan.
Jurucakap polis trafik daerah Kuala Muda berkata, kejadian berlaku selepas lori membawa muatan kaki ayam itu gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh belakang treler membawa muatan simen.
Tambahnya, pada masa yang sama, sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah lori cuba mengelak dari merempuh lori itu namun terbabas ke tepi lebuh raya, manakala kereta dipandu seorang wanita terhumban ke dalam longkang.
“Ketika kejadian lori terbabit dalam perjalanan dari Seremban untuk menghantar kaki ayam sejuk beku ke kawasan perusahan di Alor Setar.
“Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan,” katanya.
Difahamkan, satu kemalangan turut berlaku di arah bertentangan di lokasi sama disebabkan sebuah treler menekan brek secara mengejut.
Akibatnya, tiga buah kereta gagal mengelak lalu merempuh belakang treler. Semua mangsa hanya mengalami cedera ringan.
Gambar ribuan kaki ayam bertaburan di lebuh raya ini turut menjadi viral di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC
Isu Semasa

SEORANG atlet wanita terkejut apabila menemui bangkai seekor katak yang hampir reput dalam salad Nando’s selepas dia telah memakan hampir sebahagian daripadanya.
Louise Rudd, dari Manchester telah memesan Chicken Quinoa Salad di restoran Nando’s di Timur Didsbury bersama anak dan suami apabila dia menjumpai katak itu di dalam makanannya.
Menurut Manchester Evening News, atlet itu berkata, ”Sangat menjijikkan. Apabila terlihat katak itu, saya sudah hampir menghabiskan salad yang diberikan. Ianya dahsyat, katak itu masih lengkap biarpun hampir reput. Saya berlari ke bilik air kerana mula berasa mual. “
Sehubungan itu Louise memohon objek dalam saladnya itu dibawa ke makmal untuk pemeriksaan yang seterusnya mengesahkan, ianya adalah sejenis katak Eropah.
Global

BEIJING – Sejak pencemaran udara di Beijing mencecah tahap amaran merah pada minggu lalu, jualan botol yang mengandungi udara segar dari kawasan pergunungan di Kanada semakin popular di China.
Dua usahawan dari Alberta, Kanada menjual botol udara segar yang dikenali sebagai Vitality Air lebih setahun lalu, tetapi dalam dua minggu terakhir ini jualan mereka di China meningkat mendadak.
Amaran merah diisytiharkan pihak berkuasa Beijing 7 Disember lalu, selama tiga hari apabila pencemaran udara mencecah tahap bahaya.
Pencemaran udara di Beijing berpunca daripada pelepasan asap kilang dan kenderaan.
Vitality Air diasaskan dua rakan baik Moses Lam dan Troy Paquette pada 2014.
Syarikat itu mengambil udara segar dari kawasan pergunungan di Alberta sebelum dibotolkan dan dieksport ke luar negara.
Wakil Vitality Air di China, Harrison Wang berkata, mereka baru memasarkan produk berkenaan di China lebih sebulan yang lalu, tetapi sambutan diterima sangat luar biasa.
“Kami memasarkan produk ini di Internet dan ia habis dalam tempoh beberapa hari sahaja,” katanya.
Menurutnya, Vitality Air dijual pada harga mencecah 400 yuan (RM266) sebotol bergantung pada saiz botol. – Agensi
Global

PAKAR psikologi forensik terkenal Indonesia mendedahkan, pelakon dan model Nikita Mirzani menjual tubuh sebagai pelacur secara sukarela dan bukan menjadi mangsa sindiket pelacuran sebagaimana didakwanya.
Reza Indragiri Amriel yang juga penganalisis jenayah berkata, ketika ditahan dalam satu serbuan di hotel 5 bintang di Jakarta Pusat baru-baru ini, Nikita tidak memenuhi kriteria seorang mangsa eksploitasi sebagaimana disebut dalam undang-undang negara itu berkaitan Akta Pemerdagangan Manusia.
Antara ciri-ciri tersebut ialah mengalami penderitaan psikologi, mental, fizikal, seksual, ekonomi atau sosial akibat menjadi mangsa pihak lain yang melakukan jenayah.

“Adakah Nikita memenuhi kriteria orang yang dieksploitasi? Saya tidak rasa begitu. Hakikatnya ramai orang yang tidak kisah melacur demi wang,” ujar Reza.
Nikita yang sinonim dengan imej seksi dan bertatoo, dicekup polis jam 9 malam Jumaat lalu di salah sebuah bilik di Hotel Indonesia Kempinski ketika dipercayai sedang menanti pelanggannya tiba.
Turut ditahan dalam serbuan itu adalah dua suspek termasuk pengurus Nikita yang dipercayai dalang yang mengatur urusniaga kotor tersebut.
Nikita bagaimanapun berkeras menyatakan dia tidak berada dalam bilik hotel itu untuk melacur ketika diserbu sebaliknya sedang mencuba pakaian yang baharu dibeli sementara menanti seorang wanita bernama Cici yang mahu menawarkannya kerja sebagai emcee majlis.
Hiburan
Universiti perubatan Xi’an, di wilayah Shaanxi telah dikecam ramai kerana membiarkan anjing yang digunakan untuk uji kaji dibiarkan mereput dan mati di atas bumbung.
Keadaan itu disedari selepas video mengenainya dimuatnaik selama 18 saat yang memaparkan anjing terbabit masih bernafas.
Badan anjing berkenaan terdapat luka manakala mulut binatang itu ditutup dengan kain kasa.
19 daripada anjing-ajing itu telah digunakan untuk uji kaji.
Menurut aktivis perlindungan haiwan, Jiang Hong, anjing di dalam video itu bagaimanapun telah dipindahkan dari bangunan ketika pihaknya tiba di bumbung terbabit.
Peralatan uji kaji itu termasuk tongkat yang dipenuhi darah turut ditemui di atas bumbung tersebut.
Lesen universiti terbabit untuk menjalankan uji kaji ke atas binatang juga telah tamat tempoh. Lesen itu bagaimanapun tidak melibatkan kajian ke atas anjing.
Global
Seorang remaja anorexia hampir maut selepas tidak makan dan minum selama seminggu dalam usaha menjadi kurus semata-mata kerana mahu menjadi popular di sekolah.
Ellen Lietzow, 17, enggan minum walau setitik air pun apabila beratnya menjunam hingga bawah 31 kilogram.
Selepas seminggu berpuasa tanpa menyentuh makanan dan minuman, dia mengalami sawan, hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Keadaannya amat teruk hinggakan doktor dan jururawat terkejut kerana Elle masih hidup.
Menurut Elle, dia mahu menjadi kurus kerana ia akan menyebabkan dia menjadi popular di kalangan rakan sebayanya.
“Saya mahu jadi kurus kerana mahu diterima oleh orang lain. Saya mendapat ramai kawan ketika saya kurus dan dalam kelas renang, semua orang akan memuji saya.
“Saya berpendapat jika saya sudah tidak berenang lagi, mereka akan terus menjadi kawan saya dan jika berat saya meningkat, saya akan kehilangan kawan,” katanya.
Elle, kini berusia 19 tahun yang berasal dari Melbourne, Australia, sebelum ini telah dibuli dengan rakan-rakannya dan digelar gemuk.
Keadaan itulah yang menyebabkan dia tekad menjadi kurus dan salah satu cara ialah dengan menjadi anorexia.
Global
SEMPENA sambutan Krismas tahun ini, bekas isteri Orlando Bloom, supermodel Miranda Kerr ‘menghadiahkan’ peminat dengan gambar seksinya yang hanya menggenakan kasut tumit tinggi dalam edisi terbaharu majalahHarper Bazaar Australia.
Walaupun imej seksi tidak asing lagi bagi dirinya, namun penggambaran kali ini merupakan antara yang paling daring buat model yang berasal dari Australia ini.
Dengan posing manja tanpa mengenakan seurat benang pun di tubuhnya, Miranda hanya menggayakan kasut tumit tinggi mewah rekaan Christian Louboutin di sebuah balkoni hotel di Los Angeles.
Foto-foto menggoda itu dibidik jurugambar profesional Steven Chee sementara wajah cantik Miranda dioles sempurna Lisa Storey.
Global
Forum terhebat, terbaru dan terhangat untuk komuniti Sabah kini online!
Bincangkan pelbagai isu, semasa, pelbagai, cinta, peranormal, politik dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjual pelbagai barangan kereta, rumah, mencari rumah sewa, dan sebagainya.
Baru sahaja dilancarkan, forum ini adalah sebahagian daripada www.Sabahstate.com, dicipta khusus untuk orang-orang Sabah bertukar pendapat dan informasi.
Forum ini menggunakan sistem ranking yang boleh didapati melalui jumlah post ataupun lantikan daripada pengursan forum. Sabah forum juga menawarkan ranking 'Verified User' seperti laman Facebook, Twitter dan Instagram untuk mereka yang layak.
Mereka kita sedang mencari moderator untuk memuat naik informasi, melihat secara menyeluruh forum. - Untuk menjadi moderator sila hubungi mereka di forum@sabahstate.com
Setiap ranking akan mempengaruhi tahap kepercayaan anda di dalam menyampaikan maklumat ataupun pendapat selain tahap kredivility anda untuk menjual barang. - Baca tentang Sabah Forum Ranking di sini : Ranking Sabah Forum
Tunggu apa lagi? jadilah antara yang terawal mendaftar, muat naik pelbagai isu dan dapatkan ranking-ranking yang istemewa. Daftar sekarang di sabahstate.com/forum.
Subscribe to:
Posts (Atom)









Recent Comments