Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


TINDAKAN seorang pengguna tren laju Express Rail Link (ERL) meletakkan kakinya di kerusi mengundang kritikan netizen di media sosial.
Man Ahmad, individu yang memuat naik gambar itu menjelaskan lelaki terbabit enggan menurunkan kakinya meskipun telah ditegur oleh seorang pramugara yang kebetulan menaiki pengangkutan awam tersebut.
“Dalam ERL just now. Seorang steward duduk belakang aku tegur mamat ini sebab letak kaki atas kerusi. Dia boleh jawab ‘Mind your own business, you can’t do nothing’ (Jangan sibuk hal orang, anda tidak boleh buat apa-apa).
“Menyirap je aku dengar. Aku pusing, snap gambar dia. Dia boleh pula buat bodoh saja. Nasib baik mood aku tengah baik,” tulisnya di pautan gambar.
Netizen mengkritik kebiadaban lelaki itu yang dianggap hanya mementingkan keselesaan sendiri sedangkan tempat duduk itu adalah untuk penumpang lain juga dan bukannya untuk diletakkan kaki dengan kasut yang entahkan bersih atau kotor.
“Kalau saya ada pada masa itu, saya akan duduk di kerusi tempat dia letakkan kaki itu. Nak tengok apa dia cakap. Nak bertumbuk pun bertumbuklah. Mesti ramai yang sokong saya,” kata Hamzi Tam.
“Kalau macam ni punya perangai, tak kira Melayu, Cina atau India memang makanannya kaki kat muka,” komen Qhairul Jeffery. 

BUKAN tak biasa kita dengar atau baca mengenai penipuan melibatkan urusan jual beli atau membaiki telefon bimbit.
Walaupun pihak berkuasa telah mengadakan pemeriksaan dan rondaan, masalah ini nampaknya seperti terus membelenggu pengguna.
Si penjual pula, makin lama makin bijak menggunakan pelbagai helah dalam memperdayakan para pelanggan sehinggakan mereka tidak sedar telah ditipu ‘hidup-hidup’.
Terbaharu, kami menerima aduan daripada seorang netizen yang mendakwa telah ditipu oleh sebuah kedai membaiki telefon di sebuah pusat beli-belah.
Menurut Mohd. Shazni Mohd. Ariff, pada mulanya, dia pergi ke kedai itu untuk membeli bateri baharu untuk telefon bimbit jenis Iphone 4 miliknya.


“Pada 13 November lalu, saya datang ke Mines Shopping Mall untuk repair iPhone 4 saya kerana tidak boleh charge atau charge tidak masuk.
“Saya nak beli bateri baru tapi bila lelaki Cina tu check Iphone 4 saya, die cakap bateri saya ok. Tapi yang rosak adalah tempat charger. Saya tukar dengan harga RM70.
“Tapi, masih lagi tak boleh charge, makanya memang bateri yang rosak. Tukar bateri baru dengan harga RM60,” ujarnya.
Bagaimanapun, selepas pulang, Mohd. Shazni mendapati mikrofonnya pula tidak berfungsi. Walhal, sebelum ini ia masih elok dan boleh berfungsi dengan baik.
Hal itu membuatkan Mohd. Shazni kembali semula ke kedai tersebut untuk membaiki telefon bimbitnya.
Namun, hal lebih parah berlaku apabila Mohd. Shazni mendapati barang dalaman telefon bimbitnya ditukar dengan barang tidak asli hingga mendatangkan pelbagai masalah lain.

“Bila sampai di rumah saya perasan tempat charger yang di bawah tu bertukar kepada warna putih dan nampak baru… tidak seperti saya punya. Tempat charger saya pada asalnya berwarna hitam.
Bila saya charge phone dengan menggunakan fast charger ia tidak seperti sebelum saya tukar battery.. ia mengambil masa yang lama untuk charge dan saya pelik kenapa macam tu… saya dah pakai iPhone ni selama 4 tahun dan tahu macam mana rupaphone saya.
“Member opis forward link di Facebook berkenaan pelanggan mengadu kene tipu dengan kedai repair handphone di Mines. SAMA SEPERTI CERITA SAYA.
“Itu menyebabkan saya pegi balik ke kedai phone itu hari ini (25 NOV. 2015) dan memberitahu saya tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh staf kedai phone tu yang sesuka hati tukar barang phone saya sedangkan ia tidak rosak dan menjadikanphone saya mengambil masa yang lama untuk charge,” katanya.
Dia difahamkan, pekerja yang menipu ketika membaiki telefon Mohd. Shazni kebetulan sedang bercuti pada hari itu.
Namun, kerana takut ‘pisang berbuah dua kali’, Mohd. Shazni bertegas terhadap peniaga kedai tersebut dan meminta ianya diselesaikan segera dan dibaiki semula.
“Kedai tu tidak minta apa-apa charge pun walaupun dia tukar dengan yang baru. Sonampak tak permainan dia, setelah kantoi tukar dengan barang yang bukan ori… kalau kesilapan saya mesti dia kenakan charge, tapi ini tidak,” ujarnya.
Berikutan itu, Mohd. Shazni meminta agar semua pengguna telefon bimbit lain berhati-hati dalam urusan membaiki telefon bimbit.

Mynewshub.cc

Polis Peru menangkap gadis 18 tahun yang memimpin sebuah kumpulan mafia ganas di pusat bandar Callao. Gadis bernama Gabriele Iparraguirre Porras ini digelar 'Serigala Betina' dalam dunia jenayah.

Memetik laporan Merdeka.com, siri jenayah yang dilakukannya seperti membunuh dan penjualan dadah.

"Porras bekerja bersama dengan kekasihnya, Juan Carlos Herrera dan mafia Alberto Cardenas Pimentel. Mereka berkomplot dengan nama The Bocanegra Wolves," lapor polis Peru Kolonel Cesar Bedoya.


Pergerakan penjenayah wanita dan dua rakan lelakinya berjaya dihentikan ketika mereka sedang merancang serangan terhadap seorang ahli perniagaan pembinaan. 

Senjata mereka seperti pistol, bom tangan serta dadah kini dirampas pihak polis.

SEBUAH kafe di Akihabara, Tokyo, Jepun hanya mengupah perempuan bersaiz besar sebagai pekerja mereka bagi mempromosikan kempen bostive (body positive).
Menurut pemilik kafe Shangrila, dia mengambil pendekatan sedemikian bagi mengubah cara pemikiran anak gadis di negara matahari terbit itu agar menerima apa pun bentuk badan mereka secara positif dan tidak obses dalam mendapatkan bentuk badan kurus dan langsing seperti mana digambarkan sebagai bentuk badan ideal.
Apa yang menarik, walaupun menyediakan pelayan plus size namun kafe ini langsung tidak menawarkan sebarang menu snack food yang tidak berkhasiat.
Hidangan yang terdapat dalam menu disediakan oleh chef yang diterbangkan khas dari Itali dan menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat.

Jiaozuo (China) – Gara-gara merajuk kerana suaminya enggan memasak mi, seorang wanita mengancam terjun dari tingkat empat sebuah apartmen di sini baru-baru ini.
Kejadian berkenaan dipercayai berpunca selepas si suami mahu memasak nasi untuk hidangan tengah hari, tetapi wanita itu mendesak meminta mi.
Pasangan itu dilaporkan bertengkar selepas si suami enggan menuruti kemahuan isterinya dan terus memasak nasi.
Kerana merajuk dengan sikap suaminya itu, wanita berkenaan bertindak memanjat tingkap di kediaman mereka dan mengancam untuk terjun.
Wanita berusia 50-an itu dilihat duduk di atas belebas tingkap kediamannya yang terletak di tingkat empat.
Saksi berkata, wanita itu menjulurkan kakinya ke bawah tingkap dan mengancam terjun.
“Dia sangat emosi dan menjerit serta mengancam untuk membunuh diri,” katanya.
Beberapa jiran cuba memujuk wanita itu supaya turun, tetapi dia enggan menyebabkan suaminya menghubungi bomba untuk meminta bantuan.
Apabila bomba tiba wanita itu masih enggan turun dari tingkap dan terus menjerit memarahi suaminya.
Bagaimanapun, selepas sejam dipujuk bomba wanita itu akhirnya bersetuju turun dari tingkap. – Agensi

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menjalankan kajian dalam aspek kesihatan dan sosial sebelum membuat keputusan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di universiti.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kajian itu perlu dilakukan agar perbezaan pendapat mengenainya dapat diselesaikan bagi memastikan keputusan yang dibuat diterima semua pihak.
Beliau berkata, untuk tujuan itu, kementerian melalui Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai amalan vape yang dilihat menjadi budaya baharu dalam kalangan pelajar universiti.
“Hasil kajian yang dijangka mengambil masa enam bulan itu akan turut digabungkan dengan kajian yang dilakukan Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum dan Persidangan Meja Bulat Pemimpin Muda Jaminan Kualiti ASEAN di sini semalam.
Kosmo! pada Selasa lalu, melaporkan mengenai kehadiran cecair perisa vape mengandungi dadah jenis ganja selepas sampel diuji di makmal Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
Mengulas lanjut, Idris berkata, pihak universiti bagaimanapun dibenarkan membuat keputusan untuk mengharamkan vape di institusi pengajian masing-masing sebagaimana pengharaman rokok yang dikuatkuasakan di beberapa universiti, antaranya di USM yang menggariskan dasar kampus hijau yang diamalkan.



Kosmo Online

TOKYO, Jepun – Seorang lelaki memilih untuk membela seekor lintah gergasi sebagai haiwan peliharaan selain memuat naik di internet rakaman video haiwan itu menghisap darah pada lengannya.
Video yang agak menggerunkan itu menunjukkan lintah gergasi sebesar lengan diberi makan tengah malam dengan menghisap darah tuannya sendiri.
Sambil lintah terus menghisap darahnya, lelaki yang tidak dikenali itu secara bersahaja menyuluh lampu di badan haiwan peliharaannya bagi menunjukkan saiz sebenar makhluk tersebut.
Seekor lintah akan menggigit sebelum melekatkan mulut pada kulit mangsanya dan terus menghisap darah sehingga kenyang sebelum melepaskan cengkamannya.
Kebanyakan spesies lintah bagaimanapun tidak memakan darah manusia dan lebih menyukai haiwan kecil tanpa tulang yang ditelannya sekali gus seperti seekor ular sawa.
Lintah yang memang digunakan dalam perubatan tradisional juga telah kembali digunakan dalam perubatan alternatif khususnya bagi mengelakkan darah membeku serta pembedahan plastik.
– Agensi/Kosmo




LIMPOPO, Afrika Selatan – Seekor harimau bintang yang lapar menerima padah ketika cuba menerkam seekor landak selepas badannya dipenuhi dengan duri haiwan itu baru-baru ini.
Jurugambar, Helgard de Villiers yang merakamkan kejadian itu ketika mengunjungi Taman Negara Kruger, Afrika Selatan berkata, kedua-dua haiwan itu seakan-akan terlibat dalam satu pergaduhan hebat di sebalik semak sebelum harimau bintang berkenaan muncul dengan kesan luka pada badannya.
“Saya lihat harimau bintang itu mendekati sesuatu di sebalik semak dan ia kelihatan berwaspada dengan haiwan di hadapannya,” ujar de Villiers.
Harimau berkenaan menerkam dua ekor landak dan berjaya menangkap seekor landak yang lebih besar menggunakan kukunya.
Bagaimanapun, harimau bintang itu gagal dalam pemburuannya dan keluar dari semak dengan kesan kecederaan selain memerlukan masa lebih satu jam untuk menanggalkan duri landak tersebut daripada badannya. – Agensi/Kosmo


Changchun (China): Seorang guru tarian di bandar ini sangat obses dengan haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking sehingga menjadikan binatang itu sebagai sumber pendapatan utamanya.

Lebih menarik lagi, dia meraih pendapatan lumayan dengan membuat persembahan memasukkan haiwan berbisa itu ke dalam mulutnya.

Tian Jiashi mula tertarik dengan haiwan berbisa ketika kecil lagi dan sejak tujuh tahun lalu dia membela berpuluh-puluh binatang itu. Katanya, haiwan yang paling disukainya adalah ular, lipan dan kala jengking.Sejak beberapa tahun lalu, Tian mula membuat persembahan dengan haiwan berbisa dan mendapat sambutan hebat daripada orang ramai.

Aksi utama Tian yang paling mengejutkan penonton adalah memasukkan haiwan berbisa seperti lipan, ular, kala jengking dan labah-labah ke dalam mulutnya.“Kadang-kala haiwan ini menggigit balik, tetapi ia tidak mengancam nyawa,” katanya. - Agensi/Harianmetro


Ampang: Seorang wanita terpaksa merayu belas simpati kepada lima perompak yang mengugut mahu memotong jari manisnya selepas mereka gagal mencabut cincin berlian dipakai mangsa.

Kejadian berlaku jam 4.30 pagi semalam, apabila penjenayah menceroboh masuk rumah mangsa berusia 40-an di Taman Hijau, di sini.

Difahamkan mangsa terpaksa menggunakan sabun dan minyak masak yang disapu pada jari tangannya bagi mencabut cincin perkahwinan dipakai sebelum diserahkan kepada penjenayah.

Suami mangsa, seorang warga Perancis yang hanya mahu dikenali sebagai Alain, 50-an berkata, ketika kejadian hanya dia dan isterinya berada di rumah manakala dua anaknya belajar di luar negara.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati lima penjenayah berpakaian serba hitam dan bertopeng berada di dalam bilik tidurnya sambil mengacukan pisau.
“Mereka (penjenayah) terus bertindak mengikat saya dan isteri menggunakan kabel pengecas telefon sebelum menyelongkar seluruh rumah untuk mencari barangan berharga.
“Sebaik mereka terlihat cincin berlian tersarung di jari tangan isteri saya, penjenayah cuba mencabutnya tetapi gagal,” katanya.

Dia berkata, penjenayah kemudian mengugut mahu memotong jari, namun isterinya merayu supaya dia dibenarkan berusaha menanggalkan cincin itu terlebih dahulu.
“Cincin itu sudah lama disarung menyebabkan ia menjadi ketat dan sukar dicabut daripada jari. Isteri saya terpaksa menggunakan sabun dan minyak masak sebelum berjaya menanggalkan cincin itu.

“Sebaik memperoleh cincin itu, semua suspek melarikan diri melalui pintu belakang dan memasuki kawasan hutan di belakang rumah,” katanya.
Dia yang memeriksa rumah mendapati jeriji besi pintu di belakang rumah diumpil sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.

“Mereka melarikan wang tunai pelbagai matawang asing termasuk wang tunai RM1,000. Selain itu mereka turut melarikan pelbagai jenis barang kemas, sembilan utas jam tangan dan tiga beg galas mengandungi Ipad.

“Kerugian dianggarkan sekitar RM28,000 tetapi saya bersyukur kerana kami tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden ini,” katanya.
Alain berkata, dia sudah berada di negara ini sejak 15 tahun lalu dan baru berpindah ke rumah itu sejak dua bulan lalu.


Harian Metro 

Stoke-on-Trent, Britain: Seorang lelaki dihukum penjara empat tahun oleh sebuah mahkamah di sini selepas mengaku bersalah menendang seorang lelaki kurang upaya (OKU) sehingga jatuh dari tangga.

Dean Smith, 46, mengaku bersalah mencederakan Gary Hackney, 60, sebelum mencuri telefon mangsa dalam satu kejadian di sebuah pasar raya, di sini baru-baru ini.

Smith ditangkap selepas kamera keselamatan di pasar raya berkenaan merakam aksinya menendang Hackney sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh.

Dalam rakaman kamera itu, Hackney dilihat berdiri di atas tangga sebelum dia dihampiri Smith.
Smith berkata sesuatu kepada Hackney yang berdiri menggunakan tongkat, tetapi tidak diendahkan lelaki itu.



Kuala Lumpur: Sindiket menjual pakaian dan barangan sukan jenama terkenal tiruan kini dikesan mula didominasi oleh peniaga Mat Bangladesh yang dikesan aktif menyeludup barangan itu dari Bangladesh.

Taktik itu dikesan dilakukan sekumpulan peniaga warga asing terbabit yang dikesan mampu menyewa dan membuka perniagaan di sekitar Chow Kit di sini.

Hasil risikan bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur mendapati peniaga terbabit mendapatkan bekalan terus dari negara asal tanpa perlu bergantung barangan cetak rompak dari Thailand.

Difahamkan kumpulan peniaga itu mampu meraih keuntungan besar beratus ribu ringgit sebulan hasil kegiatan menjadi pemborong utama kepada peniaga tempatan dan pasar malam.

Kegiatan itu dibongkar susulan serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai KPDNKK membabitkan empat premis di kawasan itu jam 11 pagi semalam.

Harian Metro