Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KEDENGARAN agak jijik dan meloyakan namun tidak bagi wanita yang dikenali sebagai Tracy Kiss ini.
Tracy yang merupakan ibu tunggal kepada anak dan bekas model popular ini mengejutkan ramai apabila memuat naik video tutorial mengenai rahsia penjagaan mukanya yang hanya menggunakan air mani.
Video berdurasi 19.48 saat yang dikongsi minggu lalu sekali gus menjadi viral di laman-laman sosial dan media antarabangsa.
Menurut Tracy, 28, dari Wendover, Bucks ini, rawatan air mani yang diamalkan ini telah membuatkan kulit wajahnya selama ini sentiasa tegang, lembut dan kekal sihat.
Dalam video tersebut, Tracy turut menunjukkan cara-cara meletakkan air mani tersebut pada wajahnya, selain menerangkan khasiat terkandung dalam air mani.
Difahamkan, blogger yang mempunyai 15 ribu pengikut ini mendapat stok air mani setiap hari dari seorang rakan yang membekalkannya dalam satu bekas bersih.
Jelasnya, empunya air mani yang diterima itu haruslah tidak merokok dan tidak minum arak.
Global
BEKAS pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi 2015 oleh majalah selebriti terkenal dari Amerika Syarikat, People keluaran 30 November ini.
Bintang berusia 40 tahun itu menerima gelaran tersebut sempena ulang tahun ke-30 majalah berkenaan yang diterbitkan oleh Time Inc. dan setiap keluaran dijual sehingga 3.5 juta naskhah.
Berita mengejut tersebut diumumkan menerusi sebuah program bual bicara lewat malam popular stesen penyiaran ternama ABC, Jimmy Kimmel Live pada semalam.
“Ia merupakan penghargaan yang besar. Saya sangat teruja untuk menerimanya,”katanya.
“Saya tak rasakan diri saya menarik dan seorang yang seksi. Memang saya suka memakai pakaian dan sut yang kemas, kelihatan dan tampil menarik tetapi saya tidak rasakan diri saya ke arah itu,” tambahnya.
Suami kepada pereka fesyen terkemuka, Victoria Beckham serta bapa kepada 4 orang cahaya mata mereka itu merupakan atlet pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut.
Anak-anaknya, Brooklyn, 16; Romeo, 12; Cruz, 10; dan Harper, 4; juga terkejut malah mereka semua dikatakan ketawa dengan berita berkenaan.
“Betul ke?! Lelaki paling seksi?? Betul ke?” mereka persoalkan kepada David sambil ketawa.
Apa-apa pun, lelaki British itu sememangnya layak dengan gelaran yang diterimanya itu. – Agensi
Hiburan

Macam belum pernah pula pihak blogbahni buat 'Blog-Review'... ok.. for the first time blogbahni akan review satu blog english yang baru naik dipanggil SabahState. Kalau baca dari nama blog pun kamurang mesti tahu yang admin blog ini orang Sabah.
Apa yang ada dalam Sabah State ni?
Ok.. konsep Sabahstate ini lebih kurang macam infotainment.. macam blogbahni juga.. ada macam-macam berita atau info-info menarik dan terkini. Blog macam ini lah yang akan mendapat sambutan dari 'loyal-reader' tidak kira yang berada di dalam atau luar negara. so, Sabah State ini memang sesuai sangat bagi reader yang berminat untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di Sabah.

Last but not least, satu hal yang penting untuk menarik minat reader ialah 'Frequency atau kekerapan blog itu update dengan mengikuti perkembangan semasa.
Di bawah ini disertakan link untuk anda semua follow Sabahstate.com
Foto Bah - Pelbagai

Dua lelaki di dalam gambar di atas adalah Alan Whitman dan Andrew Masters. Mereka berdua adalah jenis yang tidak mahu 'membesar' tapi apa yang best, mereka masih lagi berjaya buat duit yang banyak.
Bagaimana?
Dengan mencipta satu spray yang dipanggil 'Liquid Ass'; cecair yang boleh menghasilkan bau yang tersangat busuk.
Semuanya bermula ketika Whitman berada di sekolah - ibu bapa Whitman memberikannya satu kit chemistry dan dia menggunakan bahan-bahan di dalam kit tersebut untuk mencipta satu kombinasi bau longkang, punggung dan bangkai haiwan. Dia menggunakannya untuk mem'prank' seorang guru bahasa Inggeris yang dia tidak suka, dan pada saat itu dia sedar bahawa dia kini memiliki satu 'senjata' yang sangat berkuasa.

Namun ramuan itu tidak berguna baginya sehinggalah 10 tahun lalu, dimana dia hampir dipecat dari sebuah syarikat pembuat trak. Hubungan yang tidak baik antara dirinya dan pihak pengurusan menyebabkan dia mengeluarkan kembali 'senjata' lamanya. Ketika itu dia sudah mengenali Masters yang turut mempunyai masalah dengan pihak pengurusan.

Setelah itu, Whitman dan Master berhenti dari syarikat itu namun tahu apa yang perlu mereka buat seterusya, memastikan 'senjata' mereka dikongsi kepada mereka yang memerlukannya.
Whitman dan Masters masing-masing melabur $18,000 untuk produksi dan marketing "Liquid Ass" dan pada ketika itu keluarga mereka sudah mula memikirkan mereka berdua gila. Isteri Whitman melawan sekeras-kerasnya idea tersebut manakala keluarga Masters memikirkan Masters sudah gila. Namun semua tanggapan itu terbukti salah apabila "Liquid Ass" menjadi satu kejayaan besar dua tahun selepas itu.
Mereka mula dibanjiri dengan pesanan untuk Liquid Ass. Orang ramai membeli Liquid Ass untuk pelbagai prank termasuklah menyemburnya di dalam locker dan membalas dendam kepada jiran-jiran bising. Kerana kepelbagaian guna Liquid Ass, Whitman dan Masters turut menjenamakan semula produk itu kepada BARTFume, Tex-Ass, Fake Dog Poop dan Bad Karma, tapi pada hakikatnya ia hanyalah produk yang sama. Lebih menarik, Liquid Ass kini bukan sahaja digunakan untuk prank, tetapi ia juga digunakan untuk melatih ahli perubatan professional.
"It's a great life", kata Whitman
Pelbagai

Uniknya, semua penduduk di sini membina kediaman mereka di bawah tanah atau gua lumpur malah bandar ini turut dilengkapi dengan gereja, muzium, galeri seni dan juga bar bawah tanah. Kini seramai 3,500 orang tinggal di sini.
Bandar ini adalah antara pengeluar batu opal dunia dan menjadi sumber utama pendapatan mereka.
Pelbagai

COLOMBO – Doktor di Hospital Mahamodera di sini, berjaya menjalankan pembedahan membuang janin kembar dari mulut seorang bayi perempuan yang baru lahir kelmarin.
Menurut portal berita Hiru Gossip, bayi itu dilahirkan seorang wanita pada 26 Oktober lalu.
Sewaktu pemeriksaan dijalankan, doktor mendapati sesuatu yang pelik pada muka bayi berkenaan dan mengesyaki ia ketumbuhan menyebabkan wanita itu perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Sebaik dilahirkan, doktor memberitahu mulut bayi terbuka luas dan mengalami sesak nafas serta tidak boleh menyusu.
Pembedahan selama 90 minit dijalankan tiga hari kemudian, bagi membuang ketumbuhan di mulut bayi itu.
Global

Kini memiliki 40 juta pengikut, model dan personaliti televisyen itu memuat naik gambar "paling digemarinya" - sekeling imej menunjukkan dia menarik baju untuk menayangkan payudara. Gambar hitam putih itu kelihata begitu bangga dan gembira menunjukkan bahagian dadanya.
Bagaimanapun sebahagian kecil bahagian itu 'ditapis' tanda pangkah berwarna merah.
"Gambar kesukaan saya untuk semua anda 40 juta pengikut saya. Kebahagiaan sejati," tulisnya mengiringi gambar berkenaan.
Kendall, 20, adalah salah seorang daripada 10 selebriti AS yang paling ramai memiliki pengikut di Instagram.
Selain Kendall, artis yang menjadi buruan ramai di media sosial ialah Nicki Minaj, Justin Bieber, Ariana Grande, Beyonce, Selena Gomez dan Taylor Swift.
Hiburan

DALAM era telefon berkamera ini, berhati-hatilah dengan cara pemakaian anda jika tidak mahu menjadi ‘mangsa’ ejekan netizen!
Menerusi satu kiriman pembaca STOMP.sg bernama Tan, dia telah menyertakan beberapa gambar seorang wanita dengan skirt mininya terlondeh sehingga menampakkan seluar dalamnya di Plaza Sing. Menurut Tan, dia terserempak dengan wanita malang itu di kaunter tiket wayang pusat membeli-belah tersebut.
‘Kekurangan kain’ wanita itu turut menjadi tatapan orang ramai yang ternyata pelik dengan gaya pemakaiannya.
Lebih mengharukan lagi, wanita yang sama masih tidak perasan seluar dalamnya terdedah setelah habis menonton wayang. Dan dia juga dikatakan tidak melakukan sebarang usaha untuk menarik skirtnya yang terlondeh.
Tak sejuk ke, dik?
Kata Tan mengenai insiden itu: “Ini bukanlah satu kelakuan yang sesuai dipertontonkan kepada masyarakat.
“Jika kamu tidak malu pada diri sendiri, sekurang-kurangnya hormatlah ahli keluarga kamu.” –
Sumber: STOMP.sg
Isu Panas

Seorang wanita bernama Gianna Peponis menemukan makhluk aneh di halaman rumahnya di California, Amerika Syarikat.
Gianna lantas mengambil gambar makhluk tersebut dan menyiarkannya di beberapa media sosial seperti Facebook dan Reddit.
Memetik laporan Tribunnews.com, Gianna mendakwa mendengar jeritan sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan. Dia keluar dan menemukan makhluk itu yang sudah mati.
Ketika dimuat naik di Reddit, ramai yang cuba mengenal pasti makhluk aneh itu. Seorang pengguna Reddit mengatakan ia adalah makhluk asing.
Ada juga yang menyebutnya sebagai facehugger, nama makhluk asing dalam filem Alien arahan Ridley Scott.
Pengguna lain memberikan pandangannya dengan memuat naik gambar janin kijang.
"Itu janin kijang yang sudah dimakan pemangsa," tulisnya.
Global

NAK menjalankan sesuatu perniagaan itu mestilah jujur dan beretika, barulah perniagaan yang kita buat tu mendapat berkat dan keredaan.
Tapi, kalau dah terang-terang kantoi macam ni, siapa yang malu?
Itulah.. curi lagi gambar orang tanpa meminta izin pemiliknya terlebih dahulu.
Lepas tu suka-suka mendakwa individu itu berjaya menambahkan berat badan dengan menggunakan produk keluarannya.
Memang ‘mendapatlah’ bila pemilik gambar itu bengang, minta gambarnya tidak disalah gunakan. – MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

SIAPA sangka, imaginasi Stephen Chow yang menggabungkan kung fu dan pemainan bola sepak menerusi filem Hong Kong popular, Shaolin Soccer pada tahun 2001 bakal menjadi realiti dalam kehidupan sebenar.
Ini kerana, sebuah sekolah seni mempertahankan diri di bandar Dengfeng, China telah menubuhkan kelas latihan yang menggabungkan kung fu dan kemahiran bermain bola sepak.
Memetik People’s Daily China, gabungan seni mempertahankan diri dengan bola sepak itu adalah satu pembaharuan dalam sistem bola sepak China.
Ketua Jabatan Budaya Fizikal, Zhang Wenshen berkata, pelajar yang terpilih memasuki kelas latihan itu bakal diajar menggabungkan kemahiran kung fu dalam sukan bola sepak.
“Setakat ini, kami merancang untuk memilih 50 kanak-kanak lelaki dan 50 kanak-kanak perempuan daripada kira-kira 30,000 pelajar kung fu bagi mengikuti kelas bola sepak yang baharu ditubuhkan itu.
“Para pelajar yang terpilih berusia dari 10 tahun hingga 12 tahun,”
Global

KECANTIKAN alam semula jadi Zhangjiajie, bandar yang terletak di bahagian utara Hunan, China tiba-tiba menjadi sebutan di seluruh dunia.
Semuanya bermula apabila bandar itu menjadi salah satu lokasi pengambaran filemAvatar yang ditayangkan pada tahun 2009.
Keunikan bandar kecil yang dikelilingi gunung-ganang dan pemandangan semula jadi ini sekali gus menarik pelancong di seluruh dunia.
Di bandar ini juga terletaknya Zhangjiajie Natural Forest Park yang merupakan Taman Negara pertama di China dan pernah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 1992.
Dianggarkan sekitar 200,000 hingga 500,000 pelancong terutama dari Korea Selatan, Taiwan dan Thailand mengunjungi bandar ini.
Difahamkan, pihak berkuasa China kini sedang meningkatkan usaha bagi menarik pelancong Muslim dengan menyediakan perkhidmatan sajian makanan halal serta penginapan.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)



















Recent Comments