Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Hello Kitty Gournemt Café adalah kafe pertama seumpanya di Malaysia dan peminat tegar Hello Kitty boleh membuat pesanan makanan dengan watak kesukaan anda. Terletak di tingkat bawah Oasis Boulevard di Sunway Piramid, kafe ini dipenuhi dengan perabot kayu dan kusyen yang jelas seperti suasana di Paris.

Baru sahaja dua hari beroperasi dan sambutan yang diterima sangat menggalakan. Orang ramai sanggup beratur seawal 9 pagi untuk merasai sendiri pengalaman dan menjadi orang terawal menikmati makanan di kafe ini.

Kafe dua tingkat ini bagaimanapun agak luas untuk keselesaan pengunjung. Tingkat atas terletaknya dapur utama manakala tingkat bawah mengendalikan minuman dan pembayaran. Anda akan melihat pekerja turun naik di kafe ini.

Jika anda bukanlah seorang peminat Hello Kitty rasanya kafe ini tak rugi untuk dicuba. Tapi jika anda tak mahu menunggu terlalu lama, atau tidak suka kan suasana yang terlalu sesak memandangkan ianya masih baru lebih baik tunggu beberapa bulan sehingga ianya reda. Buat anda yang ingin ke sini kami sediakan maklumat lanjut operasi kafe ini.


Sumber dari The Rakyat Post

WALAUPUN mengakui sudah berpisah namun Nora Danish mengatakan jangan terkejut sekiranya dia berkahwin dengan Nedim Nazri di kemudian hari.
Sebelum ini, Nora menjalinkan percintaan dengan duda anak satu itu namun terputus di tengah jalan.
Baik Nora mahupun Nedim tidak bercerita lanjut mengenai punca perpisahan mereka.
Namun, Nora menjelaskan hubungan mereka sangat rumit sehingga terpaksa berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah.
“Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah. Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan.
“Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan. Bagaimanapun, saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin,” katanya memetik mStar.
Dalam perkembangan sama, Nora bakal menjalani latihan bagi mempersiapkan diri untuk persembahan teater arahan Erma Fatima berjudul Mak Cun yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 14 November ini.
Selain Nora, turut berlakon sama dalam teater itu adalah Erma Fatima, Balkish Semundur Khan, Dato Rahim Razali, Ungku Ismail dan Dafi. - Mynewshub

PIHAK polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar bogel sekumpulan lelaki dan wanita dipercayai pelancong yang didakwa dirakam di Pulau Sibuan, Semporna, Sabah seperti yang tersebar di aplikasi perbualan We Chat dan WhatsApp, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Peter anak Umbuas berkata, pihaknya sudah menerima maklumat mengenai penyebaran foto itu dan sedang menyiasat sama ada gambar itu dirakamkan di Semporna atau sebaliknya.
Memetik Berita Harian, Peter berkata, “Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah”.
Gambar yang tersebar itu menunjukkan tujuh lelaki berbogel membelakangi kamera sambil seorang wanita berpakaian lengkap menghadap kamera.
Mereka dipercayai pelancong dari negara China. - Mynewshub.cc
Anda pasti pernahkan selfie dengan gaya “duckface” lagi-lagi golongan wanita. Namun sekarang ini jangan buat lagi gaya selfie duck face di Instagram kalau tidak mahu “dicop” ketinggalan zaman.
Ketika ini, ada  tren foto selfie terbaru. Dari laporan Cosmopolitan, tren terbaru foto selfie ini digelar fish gape. Fish gape adalah pose dengan bibir yang terbuka sedikit sehingga menampakkan gigi bahagian depan. Susah nak jelaskan, kami sertakan sekali dengan gambar untuk anda lebih memahami tren selfie fish gape ini.

1. Girlfriend Joe Jonas juga turut selfie dengan gaya fish gape ini.

2. Demi Lovato

3. Ellie Goulding

4. Bibir kelihatan lebih garang dan menarik dengan warna lipstick merah menyala 

5. Yang ni paling seksi.

Duduk berjam-jam di dalam pesawat tentunya adalah perkara yang sangat membosankan. Malah penumpang dilarang untuk menggunakan smartphone, fuhh boleh jadi tak senang duduk dalam tu kan?  Walaupun bosan tetapi selera anda perlu dijaga.  Jadi di dalam kapal terbang, anda akan  dimanjakan dengan menu-menu makanan yang sangat yummy.
Makanan di dalam pesawat berbeza-beza mengikut negara.  Contohnya di Garuda Indonesia anda boleh menjamu lontong dan juga sate, atau di Malaysia Airlines anda boleh menikmati nasi lemak.
Jom tengok menu-menu makanan super lazat dari 16 syarikat penerbangan di bawah ini.
1. Air Asia

2. Air Canada

3. All Nippon Airways

4. American Airlines

5. Asiana Airlines

6. Garuda Indonesia

7. Hawaiian Airlines

8. Indian Airlines

9. Jamaican Airways

10. Japan Airlines

11. Kuwait Airways

12. Saudi Arabian Airlines

13. Singapore Airlines

14. Transasia Airways

15. EVA airways


PENEMUAN objek aneh dan jijik seperti bangkai binatang dalam produk yang dibeli khususnya makanan boleh dikatakan sudah acapkali berlaku.
Tapi apa yang dialami oleh seorang isteri dan ibu di Shah Alam, Selangor ini benar-benar memeranjatkan.
Mana tidaknya, sayur bayam yang dibeli turut didatangkan khas dengan seekor anak ular!

Menurut Rafidah Yaacob, sayur bayam berisi anak ular itu dibeli di sebuah pasaraya terkenal dengan harga RM 2.04.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada anak ular tersebut masih hidup ataupun tidak ketika ditemui.
Apa pun, insiden ini perlulah diambil serius oleh pihak pasaraya kerana ia melibatkan keselamatan pengguna.
Bayangkan jika anak ular itu masih hidup dan mematuk mangsa. Tak pasal-pasal pulak kan.
Paling menakutkan, kalau ular itu tanpa sengaja dimasak bersama-sama sayur dan jadi santapan seisi keluarga. Kan dah jadi kes naya!
Moga-moga insiden seperti ini tidak lagi berulang dan pihak pasaraya lebih peka terhadap kualiti barangan yang dijual kepada pengguna. – MYNEWSHUB.CC
SUSULAN gambar bogel Justin Bieber yang tersebar sejak dua hari lalu, pasukan perundangan penyanyi tersebut akan mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab.
Memetik laporan media tempatan, syarikat New York Daily News yang memiliki serta menyebarkan gambar kontroversi secara eksklusif diarah untuk menarik semula gambar tersebut di laman mereka secepat mungkin.

Pasukan perundangan pelantun lagu ‘What Do You Mean’ itu mengeluarkan surat notis kepada syarikat tersebut kerana telah mencabul privasi serta hak asasi penyanyi tersebut.
“Kami difahamkan syarikat anda telah memiliki serta menyebar gambar klien kami yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran termasuk gambarnya tidak berpakaian,” tulis mereka.
Menerusi surat itu juga, pihak Justin menuntut gambar terbabit ditarik semula daripada web itu dalam masa 12 jam dari tarikh surat itu diterima.
Wakil penyanyi berusia 21 tahun itu juga mengugut akan menyaman syarikat berkenaan sekiranya mereka gagal berbuat demikian.
Gambar bogel Justin mula tersebar ketika dia dan rakan modelnya, Jayde Pierce, sedang bercuti di Bora Bora selasa lepas. – Agensi/

SEORANG pondon yang juga seorang pelacur dipukul hingga mati oleh `suaminya’ selepas lelaki berkenaan mendapati dia sedang mengadakan hubungan seks dengan pelanggannya di rumah mereka di London.
Pondan terbabit, Vanessa Santillan, dibunuh oleh Joaquin Gomez-Hernandez, 24, dalam satu kes cemburu.
Dalam kejadian berkenaan, Joaquin dikatakan telah memukul kepala dan leher mangsa sebelum keluar dari rumah. Dia kemudiannya mengunjungi pusat pelacuran dan mendapatkan khidmat dua orang pelacur.
Susulan itu Joaquin telah didakwa di mahkamah, namun dia menafikan membunuh pondan terbabit dan menuduh pelanggan Vanessa yang membunuhnya.
Dalam perbicaraan kes bunuh itu, mahkamah dimaklumkan bahawa Vanessa mengawal hidup Joaquin dan lelaki itu yang merupakan seorang penganggur kerap meminta wang daripadanya.
Pendakwaraya, Brendan Finucane QC ketika memberitahu mahkamah berkata, pada hari kejadian, Joaquin telah masuk ke dalam bilik di mana Vanessa dan pelanggannya sedang melakukan hubungan seks.
“Ketika Joaquin merenung Vanessa, mangsa membalas semula renungan itu seolah-olah memberitahu tertuduh supaya tidak menganggunya,’’ katanya.
Tertuduh, ujarnya, telah keluar dari rumah menuju ke pusat hiburan dan rakan-rakannya yang menemui Joaquin memberitahu lelaki itu membawa wang beberapa helai wang kertas dan mukanya juga terdapat kesan calar.
Perbicaraan bersambung. 


PASIR MAS: Tindakan seorang lelaki yang juga merupakan bekas anggota polis cuba merompak sebuah rumah di Rantau Panjang telah menerima padah apabila dia telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.

Memetik laporan BH Online, penduduk kampung yang marah telah bertindak memukul suspek menyebabkannya patah tulang rusuk, cedera di muka dan turut dibogelkan.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan memecah masuk rumah penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah dan penduduk.


Suspek kemudiannya dicekup dan dipukul penduduk kampung  sebelum ditelanjangkan dan diserahkan kepada pihak polis.



Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua suspek sudah ditahan.

Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah. - Siakapkeli.my
TAK tau apa ada dalam fikiran pelakon baru yang juga bekas peserta Mentor 6, Tisha Shamsir ketika memuat naik gambar-gambar seksi lagi mengghairahkan dalam Instagram miliknya, dua hari lalu.
Mungkin dia berasakan tahap keyakinan dirinya sebagai perempuan jelita amat tinggi meskipun baru bangun dari tidur namun sebagai artis yang baru hendak meningkat naik menerusi drama bersiri Gerak Khas dan terbaharu Polis Evo, sudah tentu perkara sebegini menjadi hangat diperkatakan.
Tak hairanlah, gambar-gambar ini dikongsikan di laman-laman media sosial sekaligus mengundang kecaman orang ramai.
Ianya turut disiarkan semula Tisha di laman Instagramnya bersama komen klise yang akan diberikan artis bila dikritik terlalu seksi iaitu “hanya Tuhan saja yang tahu”





IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga.
Begitulah nasib seorang kerani dikenali sebagai Lily yang mendedahkan terpaksa menjadi hamba seks seorang lelaki warga Bangladesh sebanyak lima kali selepas lelaki tersebut mengugutnya akan menyebarkan video aksi panas mereka berdua kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya.
Menurut Lily, 21, dia mengenali lelaki bernama Anwar itu dua tahun lalu ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang pemborang sayur di Simpang Pulai, Ipoh.
Bagaimanapun, Lily tidak menyangka, Anwar yang dianggap sebagai rakan sanggup memperdaya dan memperkosanya di sebuah hotel.
“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.
“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.
“Masa tu, lelaki  tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Selepas insiden itu, Lily memberitahu, Anwar menghubunginya setiap hari dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.
“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.
“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya.
Dalam perkembangan lain, suspek telah berjaya ditahan atas bantuan penduduk Kampung Bercham yang bertindak membantu mangsa memerangkap suspek bagi diserahkan kepada pihak polis. 

Kecenderungan lelaki yang  lebih gemar memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian belakang seluar sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama  bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet tersebut.
Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Dan mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa  meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.
Malah seorang ahli fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata penyebab utama keadaan ini adalah masalah posisi dompet diletakkan.
“Ketika ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh kerana berhadapan dengn penyakit ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga boleh mendatangkan rasa sakit,” ujar Julian Forth, ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex.
Dompet akan menekan saraf-saraf  tubuh ketika seseorang itu sedang duduk di tempat kerja mahupun sedang memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit  pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau baring.
Keadaan ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan pada otot, tulang dan yang paling penting adalah sistem saraf. Mesti ada yang tertanya-tanya tak rasa apa-apa kesan pun? Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki.