Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

TAK tau apa ada dalam fikiran pelakon baru yang juga bekas peserta Mentor 6, Tisha Shamsir ketika memuat naik gambar-gambar seksi lagi mengghairahkan dalam Instagram miliknya, dua hari lalu.
Mungkin dia berasakan tahap keyakinan dirinya sebagai perempuan jelita amat tinggi meskipun baru bangun dari tidur namun sebagai artis yang baru hendak meningkat naik menerusi drama bersiri Gerak Khas dan terbaharu Polis Evo, sudah tentu perkara sebegini menjadi hangat diperkatakan.
Tak hairanlah, gambar-gambar ini dikongsikan di laman-laman media sosial sekaligus mengundang kecaman orang ramai.
Ianya turut disiarkan semula Tisha di laman Instagramnya bersama komen klise yang akan diberikan artis bila dikritik terlalu seksi iaitu “hanya Tuhan saja yang tahu”





IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga.
Begitulah nasib seorang kerani dikenali sebagai Lily yang mendedahkan terpaksa menjadi hamba seks seorang lelaki warga Bangladesh sebanyak lima kali selepas lelaki tersebut mengugutnya akan menyebarkan video aksi panas mereka berdua kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya.
Menurut Lily, 21, dia mengenali lelaki bernama Anwar itu dua tahun lalu ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang pemborang sayur di Simpang Pulai, Ipoh.
Bagaimanapun, Lily tidak menyangka, Anwar yang dianggap sebagai rakan sanggup memperdaya dan memperkosanya di sebuah hotel.
“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.
“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.
“Masa tu, lelaki  tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Selepas insiden itu, Lily memberitahu, Anwar menghubunginya setiap hari dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.
“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.
“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya.
Dalam perkembangan lain, suspek telah berjaya ditahan atas bantuan penduduk Kampung Bercham yang bertindak membantu mangsa memerangkap suspek bagi diserahkan kepada pihak polis. 

Kecenderungan lelaki yang  lebih gemar memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian belakang seluar sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama  bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet tersebut.
Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Dan mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa  meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.
Malah seorang ahli fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata penyebab utama keadaan ini adalah masalah posisi dompet diletakkan.
“Ketika ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh kerana berhadapan dengn penyakit ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga boleh mendatangkan rasa sakit,” ujar Julian Forth, ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex.
Dompet akan menekan saraf-saraf  tubuh ketika seseorang itu sedang duduk di tempat kerja mahupun sedang memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit  pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau baring.
Keadaan ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan pada otot, tulang dan yang paling penting adalah sistem saraf. Mesti ada yang tertanya-tanya tak rasa apa-apa kesan pun? Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki.
Siapa yang tidak mahu  berbulan madu di tempat impian? Apatahlagi di tempat-tempat terindah dan termahal di dunia seperti yang berikut.
Dari laporan Businessinsider.com, lima tempat  di beberapa buah negara ini merupakan idaman kebanyakan pasangan sebagai tempat berbulan madu kerana menawarkan panorama yang mengasyikkan serta lengkap dengan fasiliti mewah.
1. Maldives

Di negara ini, percutian bulan madu anda akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan dan sangat sempurna kerana  keindahan alam semula jadi yang pasti memukau mata anda serta buatkan anda lupa kerja-kerja di pejabat. Hotel-hotel mewah di sini kebanyakannya menghadap ke arah pantai dan terdapat hamparan pasir putih yang mengasyikkan. Anda boleh meluangkan masa bersama pasangan di pantai yang indah sambil menyaksikan pemandangan-pemandangan cantik di sekelilingnya.
2. Bora-bora

Setiap tahun Bora-Bora dikunjungi oleh sekitar seratus ribu pelancong dari serata dunia. Pemandangan disini didominasi oleh pantai berpasir putih yang dikelilingi oleh lagun yang berwarna biru kehijauan. Setiap pasangan akan dimanjakan dengan air laut yang berwarna biru jernih dan dapat melihat  terumbu karang yang sangat cantik dan indah. Bagi penggemar sukan “surfing”, jangan risau kerana ombak di sini memang akan menjadi “sahabat” baik anda.
3. Greek Cyclades

Di pulau ini anda akan menikmati pemandangan bangunan-bangunan putih dan biru. Ianya dihiasi dengan kubah klasik ditambah lagi dengan pemandangan laut yang cantik. Di sepanjang jalan Greek Cyclades terdapat banyak restoran, kedai-kedai dan galeri lama yang boleh anda kunjungi bersama pasangan. 
4. Kepulauan Fiji

Fiji adalah sebuah negara pulau. Fiji memiliki 322 pulau, 106 di antaranya adalah berpenghuni. Selain itu ada pula 522 pulau kecil. Pulau kedua terbesar adalah Viti Levu danVanua Levu yang mana penghuninya meliputi 82% dari keseluruhan penduduk negara ini. Ibu kota Fiji, Suva, terletak di pulau ini. Di Fiji banyak imigran yang berasal dari India/Pakistan. 
5.Tuscany, Italy

Selain kesenian yang bermutu tinggi dan keindahan pemandangan alam, Tuscany turut memiliki pantai dan pulau yang  indah terutamanya di bahagian selatan. Beberapa pantai yang perlu dikunjungi di sana antara lain adalah Taman Nasional Uccelina, Albarese, Talamone, Monte Argentario, Laguna di Orbetello, dan Castiglion della Pescaia.Pulau-pulau di Tuscany juga menawarkan keindahan tropika yang unik. Tuscany merupakan tempat lahirnya kebudayaan Renaissance yang terkenal dengan warisan sejarah. Di daerah ini anda boleh melihat unsur seni bina Renaissance di banyak tempat.
Sumber dari Business Insider

Usaha murni Elizabeth Miranda untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak didiknya ternyata menjadi inspirasi buat pengguna dunia maya.
Demi mencurahkan ilmu kepada anak didiknya di daerah Sitio Barogante di Occidental Mindoro Filipina, guru wanita ini perlu melintasi 5  batang sungai dan berjalan kaki selama berjam- jam lamanya. Panas terik dan basah ketika melintasi sungai, tidak menjadi penghalang buat dirinya.
Video yang dimuat naik oleh akaun GMA News and Public Affairs di Youtube jelas menggambarkan betapa besarnya perngorbanan dan perjuangan Elizabeth dalam mendidik pelajarnya menjadi individu yang berguna kepada keluarga, negara dan masyarakat.
Berikut merupakan video cabaran yang terpaksa dilalui oleh  Elizabeth Miranda dalam memberikan pendidikan untuk anak anak ini.



HONG KONG – Seorang wanita di sini melalui pengalaman menjijikkan apabila tergigit tiga gigi palsu ketika menikmati sushi sewaktu makan malam.
Anak perempuannya dilaporkan membawa pulang sushi itu untuknya yang dibeli di sebuah restoran di kawasan Tsz Wan Shan.
Namun, wanita itu terkejut apabila tergigit sesuatu yang keras dalam hidangan ikan salmon yang dikunyahnya. Apabila diludahkan, dia melihat tiga gigi palsu di dalam makanan itu.
Anaknya mengambil gambar gigi palsu itu dan mengadu kejadian itu kepada Sushi Express.
Bagaimanapun, pengurusnya berkata pekerjanya tidak menggunakan gigi palsu selain diwajibkan memakai topeng ketika menyiapkan makanan.
Restoran Sushi Express itu kini disiasat Jabatan Kebersihan Makanan dan Alam Sekitar.
Syarikat itu berjanji menyiasat kejadian itu termasuk memastikan asal usul gigi berkenaan. – Agensi
SESIAPA yang memiliki akaun laman sosial Instagram pasti pernah terjumpa atau tertengok kucing ini di situ sama ada sengaja atau tidak.
Ya! Kucing comel yang diberi nama Nala ini sememangnya antara haiwan peliharaan yang sangat popular di Instagram.
Gambar kucing itu sering dikongsikan semula oleh orang ramai atau pencinta kucing sejati kerana telatahnya yang comel dan licik itu.
Jadi tidak hairanlah haiwan kesayangan itu begitu popular serta memiliki jumlah pengikut sebanyak 2.3 juta yang jelas setaraf dengan bintang terkenal di Hollywood.
Nala yang dihantar ke pusat perlindungan haiwan sejak kecil oleh pemiliknya sebelum ini telah diambil dan dibela oleh seorang wanita, Varisiri Mathachittiphan.
Kucing itu kini sememangnya bertuah kerana boleh menikmati kehidupan yang sempurna dan mendapat perhatian yang secukupnya.
“Walaupun saya tak berniat untuk mengambil kucing pada hari itu, bila saya nampaknya, saya dapat rasakan ia adalah takdir.
“Sebab asal saya mula kongsikan gambarnya di Instagram adalah untuk keluarga dan rakan di rumah,” kata Varisiri.
Wanita itu juga menegaskan bahawa kucing serta anjing di pusat perlindungan sememangnya memerlukan teman dan penjaga kerana 75 peratus daripada haiwan itu terpaksa dimatikan akibat populasi berlebihan.
Jadi, ia juga amat penting untuk memandulkan haiwan kesayangan anda agar haiwan berkenaan tidak terbuang atau terbiar begitu sahaja. 













BETUL ke pelakon dan peserta program televisyen popular Running Man, Song Ji Hyo sudah memiliki anak perempuan tetapi tidak didedahkannya?

Dengan kuasa Internet yang ada sekarang, gambar seorang budak perempuan di Korea Selatan telah menjadi viral kerana rupa parasnya yang mirip sekali dengan selebriti tersebut.
Walau bagaimanapun, budak berkenaan bukanlah anak kepada pelakon berusia 34 tahun itu malah memang tidak ada pertalian darah sama sekali.
Ia mendapat perhatian netizen selepas sebuah forum online dengan tajuk ‘Anak perempuan Ji Hyo yang disembunyi’ telah membincangkan persamaan serta mirip wajah mereka seperti ibu dan anak.
Dari segi aset mata yang bulat, bulu mata melentik dan senyuman yang manis itulah yang membuatkan mereka kebetulan macam kelihatan sama seiras.
Gambar budak perempuan itu mula menular serta menjadi popular dalam kalangan masyarakat termasuk media tempatan dan luar negara.

Apa-apa pun, mereka berdua sememangnya sama-sama comel dan mempunyai senyuman yang manis! – Agensi/MYNEWSHUB.CC



SEORANG wanita yang berasal dari Korea Selatan ini telah mensensasikan laman Internet selepas dia diberi gelaran polis paling cantik dan comel di sana.
Memiliki raut wajah serta kebetulan tubuh badan langsing seperti seorang model, Kim Miso kini telah mula mendapat perhatian netizen di seluruh dunia.
Tampil unik dalam pekerjaan yang dilakukannya, Miso yang bekerja sebagai polis merupakan bekas model Maxim. Dia juga pernah tercalon sebagai ‘Miss Maxim 2014’.
Menurut sumber, wanita berusia 25 tahun itu tinggalkan dunia modeling dan mengejar impiannya dengan memasuki Akademi Polis Daerah dan kini berkhidmat di Jabatan Polis Metropolitan Seoul.

Seperti sudah menjadi satu trend, mana-mana wanita cantik yang memiliki pekerjaan yang tidak disangka-sangka pasti akan mendapat perhatian oleh netizen sekarang.
Sebelum ini, wanita cantik yang bekerja sebagai tukang sapu di Brazil serta jururawat paling seksi di dunia juga pernah mendapat perhatian ‘seantero’ dunia.
Kini giliran Miso meraih populariti sedemikian, jom lihat gambar-gambarnya yang mencetuskan ‘kegilaan’ masyarakat di bawah ini.










JEPUN dan inovasi memang tidak dapat dipisahkan.
Perkembangan inovasi mereka tidak hanya terhad kepada pembangunan teknologi dan gajet sahaja, sebaliknya industri pemakanan turut sama berubah mengikut kepakaran saintis di sana.
Terbaharu seorang saintis, Kurare Raku telah mencipta mi yang boleh bersinar dalam gelap.
Raku enggan mendedahkan rahsia di sebalik penciptaan mi neon yang terdiri daripada warna merah jambu, hijau dan biru.
Walau bagaimanapun, banyak pihak mendakwa dia mewarnakan mi tersebut dengan pewarna makanan dan mendedahkan mi itu dengan cahaya ultraviolet untuk kesanglow in the dark.
Tindakan itu mungkin boleh membahayakan kesihatan si pemakannya. 

Meski kurang tau berapa "Ukuran Bra" payudara Nadia Ervina atau Bibie Julius namun yang pasti dia adalah model cantik dan salah satu wanita terseksi di Indonesia.

Bibie Julius atau yang juga sering dipanggil Nadia Ervina mempunyai tubuh yang begitu seksi sehingga dia dikenal sebagai cewek Terpaling hot indonesia. Dia model cantik yang masih belajar di salah sebuah universiti di jakarta. Ketika sebagai model,beberapa foto hotnya pernah mengisi  majalah pria dewasa yang cukup terkenal di negera ini seperti majalah POPULAR atau yang lainya.
Nadia Ervina atau Bibie Julius menjadi sangat popular kerana memiliki Payudara yang begitu besar, dengan tubuh yang sangat sexy membuat para lelaki begitu senang memandang..

Biodata / Profil:
Nama Asli : Nadia Ervina
Nama Panggilan : Bibie Julius
Tarikh Lahir : Bandung 18 Juli 1994
Tinggi Badan : 165 cm
Berat Badan : 50 Kg
Pendidikan : SMA Negeri 1 Bandung,Th angkatan 2005,Universitas Atma Jaya
Profesi : Model,FDj,Sexy Dancer
Hobi : Hang Out,Travelling,Shopping


Bibie Julius sebagai foto model tergolong berani dalam urusan berbusana, hal ini di karenakan karena dia adalah seorang Model di majalah pria dewasa.