Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


GAMBAR seorang doktor muda di China yang sedang memujuk seorang bayi berusia 2 tahun telah mendapat perhatian serta menyentuh hati masyarakat tempatan.
Sifat kebapaan yang ditunjukkan oleh lelaki itu segera menjadi viral selepas ia dimuat naik di secara online di sana.

Doktor Shi Zhuo yang bekerja di Hospital Zhejiang dilihat cuba menenangkan anak kecil itu di dalam bilik surgeri dengan berikannya melihat video kelakar di telefon bimbitnya selepas dia menangis ketakutan kerana ibu bapanya tiada disisi.
“Dalam bilik pembedahan, para doktor akan cuba menenangkan pesakit dengan memberikan pelukan serta kata-kata semangat kepada mereka. Perkara seperti ini adalah normal,” katanya kepada sumber.



SEBUAH kafe di Jepun menawarkan perkhidmatan yang unik kepada pelanggannya iaitu Ore No Yome yang bermaksud ‘isteriku’. Ia menawarkan `isteri’ kepada pelanggan yang kesunyian dan kelaparan.
Kafe yang terletak di Higashi Ikebukuro itu kini mula mendapat tarikan ramai.
Pelanggan yang mahu ke situ perlu membuat tempahan melalui telefon dan sebaik mereka tiba, pelayan wanita yang hanya memakai bikini dan apron akan menyambut pelanggan tersebut.
`Isteri’ tersebut akan melayan dan memainkan peranan sebagai seorang isteri ketika masak untuk pelanggan.
“Sebaik sahaja anda mahu pulang ke rumah, tolong beritahu saya sayang. Saya akan masak makan malam,’’ demikian tulis iklan mempromosikan kafe terbabit.
Tetapi bukan hanya `isteri disediakan sebaliknya seorang wanita juga boleh memiliki `suami’ di kafe berkenaan yang akan menemani mereka dan hanya memakai pakaian mendedahkan.
Pelayan lelaki itu akan digelar `suami tersayang’ yang akan turut melayan pelanggan wanita, sama seperti mereka melayan isteri. 

SEORANG pelukis, Sarah Levy telah melangkah ke arah seni provokatif apabila menghasilkan karya menggunakan darah haidnya sendiri.
Figura yang terpilih untuk menjadi wajah pertama untuk karya seninya itu tak lain dan tak bukan ialah calon presiden Amerika Syarikat untuk tahun 2016, Donald Trump.
Sarah yang berasal Portland, Oregon berhasrat mahu mendermakan wang hasil jualan lukisan uniknya itu untuk sebuah badan kebajikan.
Menurut Sarah, warna lukisannya itu sudah mulai luntur menjadi warna merah kecoklatan tidak seperti merah gelap seperti sebelum ini.

Ladang jagung Patch Pumpkins di California, AS, merupakan maze terbesar di dunia dan sering membuat pengunjung tersesat di dalamnya hingga meminta pertolongan 911!

Ciptaan yang menakjubkan ini dibuat oleh dua saudara Matt dan Mark Cooley, yang mereka bentuk ladang tersebut hingga menjadi maze raksasa.

Ladang ini sebenarnya sudah ada sejak tahun 2007. Namun saat itu keduanya belum berjaya membuat Patch Pumpkins menjadi maze terbesar di dunia, dan mereka terus menambah luas ladang jagung tersebut hingga mencapai luas 25 hektar!

Dan berkat kesabaran serta ketekunan keduanya, tahun ini (2014) Patch Pumpkins akhirnya berjaya memecahkan rekod Guinness sebagai maze terbesar yang pernah dibuat manusia. Pada akhir Oktober semasa perayaan Halloween lalu, ladang ini berjaya membuat ratusan orang ketakutan berada di dalamnya.

Bayangkan saja, dengan luas 25 hektar dan bentuknya yang rumit, ramai tidak berjaya keluar disana hingga sehingga menangis kerana panik dan ketakutan. Menurut Matt, ramai yang tidak sedar memerlukan waktu berjam-jam untuk menyelesaikan maze ladang tersebut.

Namun semakin ramai yang tersesat dan mengaku kebingungan mencari jalan keluar, membuktikan maze tersebut sangat berjaya. Ladang ini tidak boleh disebut sebagai maze jika orang dengan mudah memecahkan teka-teki jalan yang ada di dalamnya.

Bagi tahun 2015, Patch Pumpkins akan dibuka kepada umum pada bulan Oktober akan datang.

GAMBAR seorang ibu membiarkan anaknya membuang air kecil di sinki food court sebuah pasar raya kini menerima kecaman hebat daripada netizen.
Menurut info daripada individu yang memuat naik gambar, kejadian dikatakan berlaku di pasaraya AEON di Taiping, Perak.
Tinjauan kami di ruangan komen pada pautan gambar berkenaan menunjukkan hampir kesemua pengguna Facebook mengkritik tindakan wanita berbangsa Cina terbabit yang dilihat amat pengotor dan tidak bertanggungjawab.
“Rasanya toilet dekat je. Apa ke malas nk g toilet? Tak malu betul. Da la kat mall. Malulah sikit,” kata Nuramalina Jamaludin.
“Warga Negara China ni, depa memang banyak orang komplain satu dunia perangai cam ni,” ujar Nagathisen Katahenggam.
“Maaf ni bukan perkauman…tapi mereka ni memang macam ni. Selalunya bangsa ni la yg membuat masalah,” kata Azni Zam.
Bukan niat kami untuk menimbulkan spekulasi yang seakan ‘menunding jari’ kepada bangsa terbabit, tetapi jika anda lihat kebanyakan isu yang berkaitan kesedaran sivik, pasti bangsa ini yang sering dilaporkan.
Tidak kurang juga dengan sesetengah pihak yang melabelkan golongan ini seakan ‘ kurang ajar’ dan tidak menghiraukan hal sensitiviti bangsa lain.
Apa-apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, adalah sebaiknya menegur perbuatan perempuan terbabit dan bukannya memuatnaik gambar berkenaan untuk dijadikan bahan celaan di media sosial. – Mynewshub.cc

Tasha Shilla sekali lagi dilanda kontroversi apabila dia berani tampil dengan pakaian yang cukup menjolok mata ketika menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari Perancis, di ibu kota malam semalam. 

Melalui beberapa keping gambar yang dimuatnaik di Instagram (sebelum dipadam semuanya), tindakan Tasha yang berani itu sememangnya mendapat maklumbalas daripada ratusan peminatnya yang rata-ratanya terkejut dengan perkara tersebut. 

Myartis.com









Ada-ada sahaja yang dilakukan oleh wanita berasal dari Texas ini ketika mahu pergi ke kampus. Kerana lesen memandunya digantung, gadis bernama Tara Monroe ini melakukan aksi berani dan selamba dengan memandu  kenderaan mainan Barbie Jeep  untuk menghadiri kuliah di kolejnya.
Memetik laporan San Antonio Express News, lesen memandunya digantung oleh pihak berkuasa kerana dia tidak memberikan kerjasama ketika ditahan. Dia ketika itu baru sahaja pulang dari menonton konsert bersama rakan-rakannya. Bapa kepada gadis ini tidak dapat menahan kemarahan terhadap anak gadisnya lalu mengambil kunci kereta dan menggantikan dengan sebuah basikal sebagai kenderaan untuk digunakannya.

Tara tidak dapat menerima keputusan yang dia perlu pergi ke kampus dengan hanya menaiki basikal. Jadi dia memutuskan untuk mencari kenderaan lain yang boleh digunakan walaupun tidak memiliki lesen memandu.
Gadis berusia 20 tahun ini kemudian membeli sebuah kenderaan mainan Jeep Barbie di sebuah laman web jual beli secara atas talian(online) .
Tanpa rasa malu, Tara memandu kenderaan mainannya itu ke kampus. Beberapa orang yang melihat gelagatnya memandu kenderaan mainan tersebut tidak dapat menahan gelak  lalu merakamkan saat lucu ini dan seterusnya memuatnaik gambar tersebut ke laman sosial.

Tanpa disangka-sangka, Tara mendapat perhatian di media sosial hanya gara-gara dia memandu kenderaan mainan Barbie Jeep ke kampus. Dia amat merasa bangga dan tidak berasa malu dengan kelakuannya ini walaupun menjadi bahan lawak di kalangan rakannya.

Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang sangat indah dan menarik yang wajib dikunjungi oleh setiap orang yang cintakan keindahan alam dan cabaran. Mendapat gelaran sebagai “Land Below The Wind” (Negeri Di Bawah Bayu) oleh orang-orang Eropah, negeri ini amat kaya dengan khazanah lautnya serta pulau-pulaunya yang sangat cantik.
Sabah kerap dikunjungi oleh penyelam dari luar dan dalam negara, dan laut yang mengelilingi negeri Sabah dipenuhi dengan batu karangnya yang cantik dan kehidupan laut yang unik. Pulau-pulau Sabah adalah satu destinasi yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian di pantai. Ingin lari dari kesibukan kerja di kota dan ingin mencari ketenangan? Berikut kami senaraikan 7  pulau di Sabah yang kurang  popular tetapi sangat cantik dan indah setaraf dengan pulau cantik di dunia seperti Bora-bora.
1. Pulau Bohey Dulang, Semporna
Imej dari ilovesabah.info
Pulau Bohey dulang terletak satu jam perjalanan dari pekan Semporna menaiki bot. Keindahan pemandangan dari atas gunung di pulau ini menjadi tarikan pelancong.
2. Pulau Kapalai, Semporna
mej dari embassyalliance
Pulau Kapalai adalah sebuah  pulau yang terletak agak tersembunyi di antara pulau SIpadan dan Pulau Mabul. Ia sebenarnya adalah sebuah pulau yang terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan. Terdapat sebuah kampung/ resort air yang dibina di atas tiang-tiang yang tinggi yang membolehkan anda untuk melihat kehidupan marin yang berenang-renang di kawasan batu karang di bawahnya. 
3. Pulau Sibuan, Semporna
Imej dari etawau.com
Pulau ini dikatakan antara pulau yang terindah di lautan Sulawesi. Untuk ke pulau ini, anda boleh menaiki teksi atau bas dari Lapangan Terbang Tawau terus ke Semporna.
4. Pulau Mataking, Semporna
Imej dari tripadvisor.co.uk
Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Terdapat 30 kawasan menyelam  dan antara yang paling terkenal adalah Magic Rick, Mantis Reef dan Alice Wall. Lihat secara dekat lagi hidupan laut seperti barracuda, stingrays, tuna, ikan dan lain-lain. Pantainya yang cantik dan menarik pasti menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari dan keluarga anda.
5. Pulau Baggi, Kudat
Imej dari gadflyketch.wordpress.com
Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
6. Pulau Bum-Bum, Semporna
Imej dari cuti-cutimalaysia.net
Pulau Bum Bum terletak berdekatan dengan Semporna, Kudat dan Lahat Datu dan bersaiz sebesar Singapura. Pulau Bum Bum belum menjadi pusat perlancongan yang terkenal tetapi tak rugi kalau singgah ke Pulau Bum Bum jika anda datang ke Sabah.
7. Pulau Timba-timba
Imej dari Flickr

Sajakongsi.com

Tak ada orang yang tak ingin kelihatan cantik. Ada yang nampak cantik bila pakai make up, pakai baju cantik dan sebagainya. Tetapi bila budak umur 10 tahun lagi cantik daripada anda, rasa tergugat tak?
Kristina Pimenova yang baru berusia 10 tahun digelar kanak-kanak perempuan paling cantik oleh netizen seluruh dunia. Matanya berwarna biru membuatkan sesiapa saja yang bertentang mata dengannya cair dan rambutnya yang perang original menyerlahkan lagi kecantikan kanak-kanak ini.

Lahir pada 27 December 2005 ini berasal dari Rusia dan menjadi model untuk beberapa jenama terkenal seperti Dolce & Gabbana, Armani dan Roberto Cavalli. Dia juga dikatakan supermodel yang paling muda.


Buat anda yang nak sangat tahu pasal si cantik ini boleh lihat gambar-gambarnya di akaun Instagram miliknya,  @kristinapimenova2015 yang kini sudah mempunyai pengikut sebanyak 925k dan juga Facebooknya yang kini melebihi 1juta like. Tapi kedua-dua akaun ini dikendalikan oleh ibunya.

SADIS.. seorang nenek akhirnya menemui ajal di tangan cucu sendiri selepas meninggal dunia akibat disembelih, pagi tadi.
Kejadian mengejutkan ini berlaku di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu.
Jiran yang menemui Halimah Taib, 78, kira-kira 9.30 pagi dalam keadaan sudah tidak bernyawa bertindak menghubungi pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian.

Difahamkan selepas membunuh neneknya, suspek yang berkain pelikat pergi ke surau sambil membawa bersamanya pisau yang berlumuran darah.
Dia dikatakan mengaku sudah menyembelih neneknya lalu ditahan oleh orang kampung.
Berdasarkan cerita jiran, suspek sudah seminggu datang ke rumah neneknya itu dan ada memanjat pokok duku untuk mengambil buahnya yang dibeli oleh peraih yang datang sebelum kejadian.

Suspek ditahan manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
Kejadian disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar. 


Jakarta: Selepas beberapa individu di Indonesia muncul dengan nama pelik seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go To School kini giliran seorang gadis pula yang mempunyai nama paling pendek.

Pelajar di sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah ini dipercayai individu yang mempunyai nama paling pendek selepas namanya hanya D.

D yang berusia 15 tahun menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya kerana dia masih belum membuat kad pengenalan diri.
Bapanya, Mulyaji berkata, dia memberi anaknya nama D kerana gadis itu dilahirkan terlalu cepat.

“Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di tempat keempat,” katanya.
Menurutnya, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama biasa.

D memberitahu, dia tidak pernah menghiraukan atau berasa terganggu dengan nama yang diberikan oleh bapanya itu.
“Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D,” katanya. - Agensi



Zhytomyr Oblas (Ukraine): Kemaluan seorang kanak-kanak berusia enam tahun putus selepas digigit kuda peliharaan keluarganya.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu menunggang basikal melintasi depan kuda betina berkenaan.

Menurut laporan, kuda itu menyerang mangsa secara tiba-tiba, menyebabkan kanak-kanak itu jatuh sebelum ia menggigit kemaluannya.
Mangsa meraung kesakitan sambil berlari menuju ke arah bapanya.
Lelaki itu berkata, dia bernasib baik kerana menemui semula bahagian kemaluan anaknya yang terputus.

Kejadian aneh itu berlaku di wilayah Zhytomyr Oblas di utara Ukraine.
Si bapa yang terkejut dengan kejadian itu berkata: “Saya memberi makan kepada kuda lain apabila mendengar anak saya menjerit: ‘Dia gigit saya, dia gigit saya.’

“Saya memegang kemaluannya untuk menghentikan pendarahan dan menelefon ambulans.”
Mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menjalani pembedahan kecemasan.

Doktor Igor Vishpinsky yang merawat kanak-kanak itu berkata, dia berdepan dengan pelbagai kes rumit sejak beberapa tahun lalu, tetapi kes kemaluan digigit kuda adalah yang paling aneh.

“Sebelum ini, kami menerima pesakit yang putus jari kerana digigit kuda atau sebagainya.
“Tetapi, ini kali pertama pesakit datang dengan kemaluan terputus kerana digigit kuda,” katanya.
Pakar bedah berjaya mencantumkan kemaluan itu, tetapi memerlukan masa untuk menentukan sama ada pembedahan itu berjaya atau sebaliknya. - Agensi