Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
CHENGDU – Doktor di bandar ini melakukan pembedahan ke atas seorang lelaki bagi membuang lima kilogram najis daripada tubuhnya.
Mengikut akhbar harian West China Metropolis Daily, pesakit itu berusia 27 tahun, sebelum ini mengadu sakit perut amat teruk dan mengalami sembelit sejak kira-kira 10 tahun lalu.
Selepas dimaklumkan doktor bahawa mereka gagal menemui sumber penyakitnya sedekad yang lalu, pakar perubatan dari hospital kedua di sini akhirnya menemui masalah itu selepas menjalankan ujian sinar-X.
Selepas mendiagnosis pesakit dengan penyakit “kolon mega kongenital”, doktor menemui najis amat besar yang menyebabkan ususnya membesar dua kali ganda berbanding saiz biasa, malah menyebabkan jantungnya beralih ke bahagian kanan.
Mengambil kira faktor penyakit mangsa sejak sedekad lalu, lelaki itu dianggap amat bertuah kerana tidak menemui ajal seperti nasib remaja England, Emily Titterington.
Pada Februari 2013, Titterington, 16, yang turut mengidap autisme ringan terkena serangan jantung dan maut selepas lapan minggu sembelit. – Agensi/myMetro Online
Global
Gila, hilang akal, jijik atau tidak siuman. Pilih mana satu daripada gelaran berkenaan untuk diberikan kepada seorang penuntut, Louelle Denor dari Scranton Pennsylvania yang sanggup memuatnaik gambar tuala wanitanya yang dipenuhi darah haid dalam media sosial.
Dia berbuat demikian hanya semata-mata bagi membantah tapisan darah haid dari media sosial dan mahu menyedarkan wanita bahawa mereka tidak perlu malu mengenainya.
Denor merakamkan tuala wanita dipenuhi darah yang turut mengalir melalui jarinya.
Ramai yang mengecamnya kerana bertindak demikian malah hingga ke tahap hendak membunuh Denor.
Memang gila wanita ini, tidak semua perkara perlu ditunjukkan, simpan sedikit rasa malu….
Isu Panas

Anda mampu berluncur dengan memakai kasut tumit tinggi? Jangan terkejut kerana wanita ini, Maud Le Car yang berusia 23 tahun, mempunyai cara tersendiri untuk memeriahkan sukan luncur iaitu dengan memakai tumit tinggi.
Maud yang juga peluncur profesional telah berkongsi gambar dia meluncur sambil memakai kasut tumit tinggi dalam Facebooknya di St Martin, Perancis.
Meskipun berkasut tinggi, namun Maud dapat mengimbangkan badan ketika papan luncur membelah laut biru.
Malah Maud sempat tersenyum kepada peluncur lelaki ketika bertembung dengan mereka.
Dia kini berada dalam kedudukan ke-15 di dunia. Dalam satu temubual, Maud memberitahu dia berasa bangga kerana impiannya menjadi peluncur sejak kecil telah tercapai.
“Saya sentiasa mahu menjadi peluncur dan hari ini saya gembira kerana berjaya mencapai impian tersebut,’’ katanya.
Bagaimanapun Maud bukan peluncur pertama memakai kasut tumit tinggi ketika meluncur sebaliknya, tiga peluncur wanita dari Rusia telah melakukannya ketika menyertai satu pertandingan di Bali pada 2013.
Global
LOS ANGELES – Ketika sebahagian besar aktres Hollywood berebut-rebut ingin memperbesarkan payudara agar tubuh mereka tampak lebih molek, lain halnya kisah seorang pelakon wanita terkenal ini, Sofia Margarita Vergara.
Rimas akibat payudaranya itu sering mengembang ke semua arah ketika baring, bintang jelita Amerika Syarikat (AS) kelahiran Colombia tersebut dilaporkan media tempatan berhasrat mahu segera mengecilkan buah dadanya.
Dia yang juga model dan ahli perniagaan berusia 43 tahun itu mendakwa bahawa kebesaran saiz payudaranya sehingga mencecah ukuran maksimum 32F amat menjengkelkan dirinya sendiri selain berasa kurang selesa.
Dalam wawancara dengan majalah ternama Vanity Fair, janda anak seorang yang masih tetap ‘bergetah’ anggun serta pernah membintangi pelbagai drama dan filem komedi itu dilaporkan mengakui kerap mengeluh kesah.
“Percayalah andai dapat payudara ini kecil, saya harap mampu buat satu pembedahan pengecilan buah dada. Bayangkan jika baring, payudara ini langsung turun ke semua arah, dan ini memang tidak lucu,” ujar Sofia.
Dia meskipun dikenali sebagai aktres komedi menerusi siri Modern Family, The Three Stooges dan The Smurfs, tetap kelihatan anggun setelah bercerai kekasih zaman sekolahnya, Joe Gonzalez pada 1993 dalam usia 20 tahun.
Sofia turut cerita betapa susah menemui coli yang sesuai. “Payudara saya sungguh besar. Sepanjang hidup, beli bra adalah pengalaman mimpi buruk. Ketika pindah ke Los Angeles, ia cuma ada di kedai Fredrick’s of Hollywood.
“Kedai ini membuat coli khusus untuk pekerja seks jalanan. Anda tahu ia bra seperti penari bogel direka asalnya untuk wanita kurus dengan bentuk payudara kecil bertukar menjadi yang luar biasa besar seperti saya,” ujarnya.
Selain itu, kemontokan buah dadanya turut mengundang kritikan daripada pengamat fesyen Hollywood yang mengatakan bahawa Sofia sering kali mengenakan gaun dengan gaya yang serupa sahaja dari masa ke semasa.
“Mungkin anda pernah baca komen di media sosial seperti, ‘Oh, Sofia guna gaun dengan bentuk yang sama lagi’, walhal saya ingin jawab pada mereka, ‘Gaun seperti apa yang ingin saya kenakan pula!?’,” terangnya sedih.
Sofia memang sering kali memakai gaun berpotongan strapless yang ikut bentuk tubuhnya, malah dia pernah mendakwa ibunya melarang dirinya melakukan pembedahan pengecilan payudara.
Hiburan
ENTAH sejak bila, fenomena ‘relationship goals’ tiba-tiba melanda para gadis seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Kononnya, mengharapkan kisah cinta sempurna bak seindah kayangan dengan kehadiran ‘prince charming’ yang romantis.
Semuanya gara-gara tabiat anak muda yang suka menunjuk kehebatan dan kesenangan hidup di laman sosial sehingga menyebabkan ramai gadis terpengaruh lalu mengimpikan sesuatu yang tidak rasional.
Sebagai contoh, mengharapkan teman lelaki menghadiahkan itu ini, memberi layanan romantis dan bermacam-macam lagi.
Sedangkan realitinya, tidak semua lelaki berkemampuan untuk menunaikan impian kekasih hati yang gilakan ‘relationship goals’ ini. Lainlah kalau teman lelaki anda sememangnya kaya raya.
Senang cakap, golongan wanita yang gilakan ‘relationship goals’ ini sebenarnya materialistik dan penuh dengan angan-angan kosong seperti ‘Mat Jenin’.
Akibat sikap ‘hidup segan mati tidak mahu’ ini jugalah, menjadi punca ramai wanita menjadi andartu.
Barangkali, kisah lelaki yang telah putus bersama teman wanitanya ini boleh dijadikan pengajaran buat semua wanita di luar sana agar berpijak di bumi yang nyata.
Menerusi perbualan lelaki ini dan rakannya, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap teman wanitanya yang berangan mahukan lelaki kaya dan boleh berikan segala-galanya.
Berikutan itu, lelaki ini berharap agar dipertemukan wanita bergelar isteri yang boleh mengharungi susah senang hidup bersamanya.
Semoga luahan pilu lelaki ini sedikit sebanyak dapat mengubah sikap wanita agar tidak terlalu mengejar ‘relationship goals’.
Ketahuilah, nenek moyang dan ibu bapa kita sampai kini masih bahagia bersama tanpa mengenal apa itu ‘relationship goals’. – MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

HOUSTON – Seorang warga emas di Texas, Amerika Syarikat terpaksa menjalani pembedahan untuk menanam tangannya yang teruk terbakar ke dalam perutnya, bagi memberi masa kepada kulit tangannya untuk sembuh.
Frank Reyes yang berusia 87 tahun itu hampir kehilangan tangan selepas sebuah treler menghempap sebelah tangannya ketika dia sedang menukar tayar kenderaan tersebut, lapor media tempatan.
Dia terpaksa menahan kesakitan selama sejam sebelum bantuan tiba, dan ketika itu dengan suhu yang panas, menyebabkan besi itu membara. Ia hampir menyebabkan tangan Reyes `masak’.
Warga emas itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Methodist Houston. Doktor terpaksa menggunakan kaedah implan itu bagi menyelamatkan tangan Reyes.

Menurut cucunya, Casey Reyes, agak sukar untuk menerangkan kepada datuknya itu mengenai prosedur yang akan dilalui dalam pembedahan berkenaan kerana Reyes mengalami masalah pendengaran.
“Saya terpaksa menerangkan dengan cara mudah bahawa tangannya akan dimasukkan dalam perutnya, sama seperti tudung.
“Ia kelihatan seperti gila tetapi datuk saya memandang saya dan bersetuju,’’ katanya.
Global
LONDON — Seorang model majalah bogel, Chelsea Ferguson, terpaksa ‘diboikot’ daripada muncul menerusi laman sosial Snapchat gara-gara sering memuat naik foto dirinya yang terlalu seksi, lapor media tempatan.
Wanita muda Britain ini dianggap sengaja mempamerkan kemontokan tubuhnya secara berlebihan dan di luar batas etika pihak pentadbir Snapchat sehingga memaksa akaun milik Chelsea dibekukan buat sementara waktu.
Beberapa muat turun kontroversi oleh penari tiang di kelab bogel Blue Velvet di Newcastle ini yang pernah disiarkan Snapchat seperti memasak sarapan, selfie di cermin dan katil, semuanya dilakukan tanpa pakaian.

Selain berkhidmat sebagai model, keayuan foto aksi berani Chelsea yang mungkin ‘mencairkan’ iman kebanyakan lelaki Inggeris turut dinobatkan oleh akhbar sensasi terkenal, Daily Star sebagai ‘Snapchatter paling seksi’.
Chelsea malah mendakwa dirinya memang layak namun, rayuan manjanya itu enggan dilayan pihak Snapchat sebaliknya pentadbir media sosial perkongsian video tersebut berkeras terus menyekat akaun milik model itu.
“Saya adalah ratu Snapchat. Saya rasa mereka (Snapchat) wajar mengizinkan saya untuk kembali ke Snapchat bagi saya dapat bergaul mesra semula dengan setiap peminat saya,” tegasnya yang dipetik oleh Daily Star.
Peliknya, selama ini, Snapchat memang dikenali di seluruh dunia sebagai laman sosial penyebaran kandungan berbaur separuh lucah, namun, CEO Snapchat, Evan Spiegel telah berkali-kali membantah persepsi tersebut.
Menurut beliau, Snapchat tidak pernah diwujudkan untuk menjadi platform media sosial yang berkait rapat dengan segala unsur pornografi, sekali gus menggalakkan aktiviti seks bebas dan jenayah serangan seksual.
“Jangan gunakan Snapchat untuk hal-hal melanggar peraturan. Jika anda di bawah umur 18 tahun, pastikan anda memuat turun gambar dengan baju masih lagi terpasang!” kata sinis jurucakap Snapchat yang enggan dikenali.
Berasa aspirasi dirinya tidak lagi didengar, Chelsea pun ‘beralih arah’ kepada laman Twitter dan sudah mula aktif memasukkan beberapa foto seksi yang asalnya daripada Snapchat dipindahkan ke akaun Twitter @chelsfergo.
Setakat ini, pentadbir Twitter belum mengambil apa-apa langkah progresif seperti Snapchat dan membiarkan pengguna lelaki bebas dulu menikmati ‘khazanah’ erotik Chelsea secara percuma. –
Global
Ruang dan suasana di rumah anda terlalu membosankan kerana hiasan dan perabot di dalamnya biasa-biasa sahaja? Jika anda sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah dengan kos yang paling minimum, anda boleh memanfaatkan barang-barang terpakai atau yang tidak digunakan lagi.
Dengan sedikit usaha dan kreativiti, barang terpakai tersebut ditransformasi menjadi perabot yang sangat cantik serta membuatkan ruang di rumah anda nampak eksklusif dan mendatangkan suasana yang nyaman. Jom tengok gambar-gambar hiasan dekorasi rumah yang kreatif ini.
1. Patterned Bookcase.
Anda ada rak buku lama atau tidak dipakai lagi? Daripada dibuang, anda boleh hasilkan seperti gambar di atas dengan menghias rak buku tersebut menggunakan wallpaper. Cantik kan? Mungkin sesuai untuk diletakkan di ruang tamu ataupun pejabat mini anda.
2. Chelsea Handler’s Office
Meja pejabat yang tidak digunakan lagi boleh anda hiaskan menjadi meja solek berkonsepkan retro khas untuk kaum wanita.
3. Black Walls
Jika anda memiliki jendela yang menghadap keluar seperti di atas, ubah catnya dengan warna hitam dan letakkan sekali kerusi kayu yang kelihatan seperti buaian agar anda dapat membaca dengan nyaman dan tenang di ruang tersebut.
4. Gorgeous Studio Apartment
Ruangnya nampak kecil dan terhad tetapi jika hiasannya tidak terlalu banyak dan melampau, hasilnya sangat cantik bukan?
5. Reading Nook
Dengan hiasan dalaman yang berwarna terang, anda akan berasa lebih selesa untuk membaca buku atau berehat di sofa ini dengan nyaman.
6. Vanity Closet
Rak yang dihasilkan dari kayu terpakai dan diberikan sedikit sentuhan ini pastinya akan memudahkan anda untuk menyimpan kasut dan koleksi beg tangan anda. Ini amat sesuai sekali untuk golongan wanita!
7. Colourfull
Hiasi ruang kerja peribadi anda tampak ceria dan penuh warna dengan lukisan buatan anda sendiri.
Sumber dari popsugar.com
Informasi
Menjadi seorang pramugari bukanlah perkara mudah. Banyak wanita di luar sana yang ingin mendapatkan pekerjaan ini tetapi berbeza pula dengan gadis cantik ini yang lebih memilih untuk menjadi tukang kupas isi ketam.
Melalui informasi dari portal Next Shark, wanita berusia 27 tahun ini telah memilih untuk meninggalkan pekerjaannya sebelum ini sebagai pramugari demi menjadi seorang tukang kupas isi ketam di sebuah restoran di China.
Gadis yang tidak diketahui namanya ini dilihat di sebuah restoran di Hangzhou, yang ketika itu sedang menikmati makanan laut ketam bersama dengan seorang jejaka. Gadis ini menggunakan laman web belanja secara atas talian(online shopping), Taobao bagi mempromosikan servis yang ditawarkan olehnya.
Dia mengenakan bayaran sebanyak 10 yuan (RM7) untuk setiap ketam, dengan tambahan 5 yuan (RM 4) jika pelanggan ingin disuapkan.
Jika dilihat, layanan yang ditawarkan ini sangat menarik dan unik serta menarik banyak minat golongan lelaki. Mana tidaknya, selain dikupaskan, pria yang membayar wang tambahan akan mendapat layanan istimewa di mana bekas pramugari itu akan menyuapkan makanan ke dalam mulut mereka.
Pelbagai

Masyarakat Beijing, Tiongkok kini dilanda demam trend terbaru yang menjadi ikutan hampir seluruh lapisan masyarakat daripada yang muda sehingga dewasa.
Trend yang tengah melanda kota Beijing ketika ini adalah penggunaan klip rambut yang memiliki bentuk seperti sebatang tunas/benih tanaman atau bunga. Kalau dilihat dari jauh, orang ramai yang mengikuti trend ini kelihatan seperti menanam sesuatu di atas kepala mereka.
Klip rambut ini terdalam dalam pelbagai jenis dan bentuk bermula dari benih tanaman sehingga bunga matahari. Dari gambar-gambar yang dimuatnaik di laman web Shanghaiist.com, kelihatan ramai penduduk kota Beijing memakai klip rambut bunga palsu tersebut.
Tidak diketahui bagaimana trend ini bermula tetapi pihak media di sana mengatakan trend ini tercetus dari karakter dalam sebuah rancangan TV popular iaitu “Pleasant Goat And The Big Bad Wolf”.
Pelbagai

Tidak semua yang dimuatnaik di laman sosial adalah indah belaka.
Boleh dikatakan setiap hari pasti ada pasangan atau individu yang berhenti kerja kerana rutin yang sama dan terlalu membosankan. Mereka ini pastinya ingin mencuba dan melakukan sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa.

Sebagai contoh pasangan Chanel Cartell dan Stevo Dirnberger dari Afrika Selatan. Pasangan ini mendapat perhatian orang ramai apabila mereka meninggalkan pekerjaan dalam bidang pengiklanan yang memberikan pendapatan lumayan semata-mata hanya kerana ingin mengembara ke seluruh dunia.

Pasangan ini mencatatkan pengalaman pengembaraan mereka dalam sebuah blog yang diberi nama ” How Far From Home”. Mereka juga turut memuatnaik gambar-gambar lokasi indah seluruh dunia yang memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya di laman Instagram mereka.
Pastinya pengalaman dan kisah mereka ini menjadi inspirasi buat mereka yang kerja makan gaji dan tertumpu di pejabat sahaja.

Namun realitinya, keadaan sebenar adalah lebih buruk daripada apa yang digambarkan dalam media sosial
Sehingga saat ini, pasangan ini telah mencuci 135 tandas dan membuang 250 kilogram najis lembu, mengemas 57 katil dan banyak kerja lain termasuk membersihkan gelas-gelas wain.
“Ia adalah pekerjaan yang memenatkan serta kotor,’’ demikian tulisan pasangan itu dalam blog mereka How Far From Home.
Mereka juga terpaksa makan biskut kering dan jem kerana itu sahaja makanan murah yang boleh mereka nikmati.

Kerana sumber wang yang amat terhad dan perbelanjaan yang semakin bertambah, pasangan ini terpaksa menggunakan kreativiti mereka untuk menyelesaikan banyak masalah. Mereka juga turut menasihatkan kepada pembaca blog mereka agar jangan tertipu dengan gambar yang mereka muatnaik.
Ketika pengembaraan, mereka hanya makan biskut kering sepanjang masa untuk berjimat dan hanya tidur lima jam sehari serta terpaksa mengheret beg kami setiap malam pada pukul 1 pagi untuk mencari tempat tinggal kerana tambang bas tidak termasuk dalam senarai perbelanjaan kami,’’ kata Chanel.
- adweek
Pelbagai

Ramai orang mengira usianya baru 25 tahun bahkan kerap disangka teman lelaki anaknya ketika berjalan bersama.
Kenalkan Pamela Jacobs. Inilah wanita cantik berkulit gelap dari England yang “awet muda” dan masih kelihatan seperti berusia 25 tahun. Namun anda akan terkejut apabila mengetahui umur sebenarnya iaitu 52 tahun. Malah Pamela sudah mempunyai anak lelaki yang sudah berusia 21 tahun.
“Banyak lelaki memberi komen tentang penampilan saya dan mereka tidak percaya saya sudah tua,” kata Pamela ketika ditemuramah Dream dari Oddity Central.
Yang lucunya, si anak yang sudah semakin dewasa berasa malu ketika mereka berjalan bersama kerana kelihatan mereka seperti sedang berpacaran. “Ada suatu ketika, seorang kawan anak saya menyangka kami seperti pasangan yang sedang bercinta ,” ujar Pamela sambil tertawa.
Pamela amat gembira dan terharu dengan pujian dari orang ramai kerana penampilannya masih di anggap muda lagi. Namun Pamela menjelaskan bahawa dia lebih suka lelaki yang sama usia dengannya. Memiliki penampilan seperti anak muda kadang-kadang membuatkannya rasa kurang selesa dan ganjil kerana selalu mendapat perhatian orang ramai.

Ketika menjalani pemeriksaan kesihatan beberapa tahun yang lalu, doktor seolah tidak percaya Pamela berusia 50 tahun. Doktor itu berkeras mahu melakukan pemeriksaan kesihatan berulang-ulang kali dan akhirnya dia percaya bahawa Pamela memang sudah berusia serta sangat kagum dengan penampilannya yang kelihatan masih muda lagi.
Pamela juga berkongsi tips bagaimana penampilannya kelihatan lebih muda berbanding usianya yang sudah tua. Menurutnya, penampilan mudanya diperolehi dengan mengamalkan diet sihat, aktiviti senaman, dan menggunakan minyak kelapa. “Saya pencinta minyak kelapa,” katanya.
“Ibu saya menggunakan minyak kelapa pada rambut dan kulit anak-anaknya ketika masih kecil. Dan saya mengamalkan tradisi ini sehingga sekarang. Saya menggunakan minyak kelapa untuk memasak, membuang make-up pada wajah, untuk rawatan rambut dan sebagai pelembab untuk tubuh badan saya.
Pamela mengelakkan mengambil bahan berasaskan gandum seperti roti dan pasta, kerana boleh menyebabkan kegemukan. Pamela juga tidak memakan buah kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi, tetapi dia mengamalkan mengambil sayur-sayuran sebagai pengganti buah-buahan.
Dia juga melakukan rawatan sauna setiap minggu dan mandi wap untuk menyingkirkan kulit mati di wajahnya setiap dua hari sekali.
Tambah Pamela lagi, rahsia utama untuk kelihatan muda adalah terletak pada sikap dan hati seseorang itu. “Saya rasa rahsia awet muda adalah selalu senyum setiap hari,” katanya.
“Perkara terbaik tentang tampak awet muda ialah ianya membuatkan saya mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta rasa disayangi oleh semua orang. Saya tidak sempurna dan saya juga memiliki kekurangan seperti orang lain, tapi saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini,” tambah Pamela.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)


































Recent Comments