Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Susan Surrete juga dikenali sebagai Kayla Kupcakes itu ditangkap polis Rabu lalu kerana mabuk di tempat awam.
Ketika ditanya hakim, Surrete mengatakan dia bekerja sebagai pendandan rambut.
"Selain itu saya juga seorang escort," katanya, seperti dilapor Mirror, Jumaat (21/8).
Di laman web peribadi, wanita itu mengaku sebagai bintang porno, escort dan penari persendirian.
Semasa perbicaraan, wanita itu memberitahu dia dikasari dan dipukul oleh polis dan mendakwa dia mempunyai bukti bagi menyokong kenyataannya itu.
"Saya dipukul oleh polis, termasuk ini juga," kata Surrette seraya menyelak baju memperlihatkan payudaranya kepada hakim.
"Ya Tuhan," kata Hakim John Hurley sambil menutup mulutnya dan menggeleng-gelengkan kepala.
Selepas mempamerkan payudaranya, Surrete mengatakan dia perlu menjalani rawatan perubatan.
"Dia memang perlukan bantuan," kata peguam Surrette.
Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman denda sebanyak US$ 100 dan mengarahkannya mendapatkan rawatan.
Global
![]() |
| Fan Bingbing |
Menurut senarai yang diterbitkan majalah Forbes bagi tahun 2015, Fan Bingbing, 33; telah menduduki tangga keempat dengan jumlah bayaran AS$21 juta (RM87 juta) setahun.
Pencapaian pelakon yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu ternyata membanggakan kerana beliau adalah satu-satunya pelakon wanita yang bukan rakyat Amerika Syarikat.
Bukan sahaja berwajah cantik serta menawan, Fan berjaya membuktikan taraf serta kualiti pelakon dari Asia juga setanding dengan mereka yang berada di Hollywood.
![]() |
| Jennifer Lawrence |
Pelakon muda yang baru berusia 25 tahun ini telah merangkul status sebagai pelakon wanita termahal di dunia dengan hasil kutipan AS$52 juta (RM216 juta) setahun.
Ternyata kehadiran Jennifer menerusi filem The Hunger Games serta X-Men: Days Of Future Past memberi impak besar bahkan membantunya meraih populariti serta bayaran yang mahal.
Tidak ketinggalan ialah pelakon versatile Hollywood, Scarlette Johansson juga berada di tangga kedua di dalam senarai tersebut.
Popular dengan aksi lakonan dan wataknya dalam filem The Avengers sebagai Black Widow, Scarlette meraih AS$35.5 juta (RM148 juta).
Diikuti dengan pelakon komedi Hollywood, Melissa McCarthy di tangga ketiga dengan jumlah kutipan AS$23 juta (RM96 juta) setahun.
Kemunculannya dalam filem Spy ternyata memberi kesan besar kepada industri perfileman di sana.
Muncul di tangga kelima pelakon wanita termahal di dunia, pengantin baru, Jennifer Aniston tersenarai dengan hasil jumlah kutipan sebanyak AS$16.5 juta (RM68 juta) setahun.
Antara selebriti lain yang tersenarai antaranya termasuklah Julia Roberts, Emma Stone, Angelina Jolie dan Anne Hathaway.
Forbes menganggarkan jumlah pendapatan mereka melalui pelbagai sumber seperti Nielson, Box Office Mojo dan IMDB serta beberapa lagi sumber lain.
Lihat senarai penuh aktres termahal di dunia berdasarkan data Forbes di bawah. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
1. Jennifer Lawrence – AS$52 juta
2. Scarlett Johansson – AS$35.5 juta
3. Melissa McCarthy – AS$23 juta
4. Bingbing Fan – AS$21 juta
5. Jennifer Aniston – AS$16.5 juta
6. Julia Roberts – AS$16 juta
7. Angelina Jolie-Pitt – AS$15 juta
8. Reese Witherspoon – AS$15 juta
9. Anne Hathaway – AS$12 juta
10. Kristen Stewart – AS$12 juta
11. Cameron Diaz – AS$11 juta
12. Gwyneth Paltrow – AS$9 juta
13. Meryl Streep – AS$8 juta
14. Amanda Seyfried – AS$8 juta
15. Sandra Bullock – AS$8 juta
16. Emma Stone – AS$6.5 juta
17. Mila Kunis – AS$6.5 juta
18. Natalie Portman – AS$6 juta
Hiburan

SEORANG wanita yang berasal dari Brazil ini telah menjadi sensasi internet kerana rupa parasnya yang serupa dengan pelakon popular Hollywood, Megan Fox.
Claudia Alende, 20, tinggal di Parana pernah menyertai pertandingan Miss Bum Bum di sana pada tahun lepas, namun tidak pula menjuarai pertandingan tersebut.
Walau bagaimanapun, populariti Claudia kini bukan kerana penyertaannya dalam pertandingan itu tetapi ia adalah kerana iras wajahnya yang sama dengan heroin filem Teenage Mutant Ninja Turtles itu.
![]() |
| Claudia Alende |
Claudia meraih jumlah pengikut yang tinggi di laman sosial miliknya seperti Facebook dan Instagram, malah telah menjadi sensasi Internet sejak kebelakangan ini.
Gambar peribadi peserta Miss Bum Bum 2014 yang dimuat naik di laman sosial itu saling tak tumpah seperti pelakon seksi di Hollywood itu sehingga ada yang keliru dengan mereka berdua.
Pertandingan Miss Bum Bum merupakan acara tahunan yang dipertandingkan di Brazil bagi menobatkan serta mengiktiraf wanita yang memiliki punggung yang menarik dan menawan. – Agensi
Pelbagai
ISLAM tidak pernah melarang golongan wanita untuk berfesyen dan mengikuti aliran terkini di dalam cara pemakaian berhijab.
Setiap wanita itu hendaklah memastikan menutupkan aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.
Bagaimanapun, dek kerana ‘kesenian’ dan kegilaan di dalam berfesyen, rata-rata wanita kini mungkin kelihatan seakan mengenakan hijab hanya kerena ianya cantik.
Baru-baru ini, menjadi viral sekeping gambar di media Indonesia yang memaparkan sekumpulan lelaki mengenakan tudung sambil mengenakan pakaian skirt pendek lagi ketat.
Tujuannya adalah tidak lain dari mempersendakan golongan-golongan wanita Islam yang bertudung tetapi tidak mengikut syarak dengan sepenuhnya.
Namun, mungkin niat yang ingin disampaikan oleh mereka adalah demi memberi kesedaran namun adakah mereka sedar akan merekalah yang seakan memalukan diri?
Jika dilihat kepada gambar, rata-ratanya menggunakan skirt yang menampakkan bahagian betis yang sudah terang-terangan adalah aurat.
Apakah ini merupakan pendekatan terbaik bagi memupuk kesedaran terhadap golongan-golongan wanita di Indonesia?
Bagi kami, perkara seperti ini bukan sahaja mencemarkan imej Islam, malah mungkin akan mendatangkan sedikit kekecohan sekiranya terdapat pihak yang mula campur tangan apabila memainkan isu sensitiviti berkaitan agama.
Sejujurnya,apa yang ingin ditunjukkan oleh mereka ini adalah perbuatan yang boleh kami katakan agak sia-sia.- Mynewshub.cc
Global

Ini info yang belum dapat kami pastikan kesahihannya lagi dan satu artikel baru akan menyusul selepas maklumat ini disahkan atau dinafikan. Bagaimanapun, seantero Malaya tahu hubungan Stacy dan Akim bukan main-main lagi malah Akim pernah membuat kenyataan bahawa dia (Stacy) sudah tidak jauh lagi ke arah untuk memeluk agama Islam sepenuhnya. Biarpun perkara itu yang akhirnya menjadi isu sensitif sekitar bulan Mei lalu, hari ini tersebar pula di laman sosial tentang Stacy telah selamat memeluk agama Islam.
Pengirim menulis, "Alhamdulillah, penyanyi Stacy baru sahaja selamat memeluk Islam sebentar tadi. Stacy yang diiringi ibu bapa Akim & ibu Stacy. Nama Islam Stacy sangat indah, Ummu Syaikhah Stacy Abdullah."
Maklumat ini terlalu baru untuk dihadam dan mungkin juga terlalu sensitif untuk terus dipercayai melalui satu gambar tersebut. Sejauh mana kebenarannya akan kita ketahui tak lama lagi. Apapun tahniah kepada Akim kerana menjadi asbab untuk Stacy memeluk agama Islam atas izin Allah. Semoga Allah membalas dengan kebaikan.

Kalau betul perkara ini, tak lama lagi kita akan dengar tentang Akim dan Stacy mahu menamatkan zaman bujang mereka. Kita doakan :)
Sumber: Ohmedia
Hiburan
![]() |
| DUA janin yang dikatakan kembar dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab semalam. |
KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki terkedu apabila menemui dua janin kembar yang dilahirkan tidak cukup bulan di tandas lelaki Surau Al-Ikhlas, Durian Burung di sini semalam.
Salah satu janin itu ditemui di luar tandas, manakala satu lagi janin ditemui di atas lantai berhampiran pintu tandas.
Ahmad Afkar Salleh, 18, berkata, dia pergi ke tandas tersebut kira-kira pukul 3 petang kerana sakit perut, namun pada mulanya tidak perasan dengan kedua-dua objek tersebut.
“Sewaktu hendak keluar dari tandas, saya ternampak satu ketulan objek dihurung semut dan lalat berhampiran pintu tandas, manakala satu lagi ketulan itu berada di luar tandas,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut remaja itu, dia yang meneliti kedua-dua objek tersebut pada mulanya menyangka kedua-dua itu merupakan janin kucing sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada penduduk kampung dan seorang jururawat yang kebetulan berada di surau ketika itu.
“Jururawat yang memeriksa kedua-dua objek itu kemudian memaklumkan kedua-dua ketulan itu merupakan janin manusia,” kata Ahmad Afkar.
Kosmo Online
Isu Semasa
![]() |
| Gambar Fail pesawat Trigana berlepas dari Tengah Borneo, Indonesia (Fotp EFE/EPA/ Reuters) manakala gambar kecil, anggota keluarga penumpang pesawat berkumpul di Lapangan Terbang Jayapura, Papua, menunggu berita (gambar AFP) |
Jakarta: pesawat turboprop ATR42-300 membawa 54 penumpang termasuk lima anak kapal milik Trigana Air Service Indonesia disahkan terhempas di kawasan pergunungan Papua.
“Maklumat terkini ialah pesawat yang terputus hubungan itu ditemui di Kem 3, daerah Ok Bape di pergunungan Bintang, Penduduk memberitahu pesawat itu terhempas di Gunung Tangok,” kata Ketua Pengarah Pengangkutan Indonesia, Suprasetyo.
Setakat ini belum dapat dipastikan nasib 49 penumpang dan lima anak kapal dalam pesawat itu.
Pesawat itu hilang dari radar petang tadi, ketika penerbangan dari ibu kota Papua, Jayapura, ke bandar Oksibil di negara itu. Ia terputus hubungan selepas 33 minit berlepas untuk penerbangan yang dijadualkan 42 minit.
Pengarah Operasi Trigana Air, Beni Sumaryanto, berkata selepas 30 minit pesawat itu disahkan hilang, pihaknya menghantar pesawat mengikut laluan yang sama tetapi tidak menemui apa-apa tanda.
Pesawat buatan Perancis dan Itali itu membawa 44 penumpang dewasa, lima anak kapal dan lima kanak-kanak serta bayi.
Menurut pangkalan data Aviation Safety Network, pesawat ATR 42-300 yang hilang itu sudah berusia 27 tahun dan Trigana Air Service berada dalam senarai hitam EU sejak 2007. Syarikat penerbangan yang berada dalam senarai itu dilarang beroperasi di ruang udara Eropah sama ada kerana tahap keselamatan tidak menepati piawaian atau sebab lain.
Menurut airfleets.com, Trigana Air Service mempunyai 14 pesawat, termasuk 10 ATR dan empat Boeing 737 Classics yang purata usia 26.6 tahun.
Menurut Aviation Safety Network, sejak beroperasi pada 1991, Trigana mempunyai 14 kejadian serius tidka termasuk yang terbaru ini. - Reuters
Global

Band ini mendapat gelaran sebagai penyanyi paling romantik. Dua puluh lima tahun lamanya dalam industri, Micheal Learns To Rock (MLTR) masih terus kukuh dan tiada petanda mahu berkubur.
Siapa tidak ingat band legenda yang dianggotai Jascha Ritcher (vokalis dan keyboard), Kare Wanscher (dram), dan Mikkel Lentz (gitar) ini? Era 1990-an, setiap corong radio berlumba-lumba memainkan lagu berhantu mereka.
Bukan tiada pencabar, kemunculan banyak band lain nyata takkan mampu menandingi MLTR terutama menyentuh karya balada romantik, band ini berjaya membuatkan satu dunia ‘jatuh cinta’.
Paling istimewa, meskipun masing-masing semakin dimamah usia, MLTR terus bertahan. Daripada berempat kemudian kini hanya tinggal bertiga, penarikan diri anggota terdahulu, Soren Madsen, bukan pematah semangat.
Hakikatnya, kalau suatu hari nanti mereka berkubur sekalipun takkan menggugat memori peminat terhadap lagu mereka.
Hiburan

Kuala Lumpur: Penyanyi dan penulis lagu, Yunalis Zarai bakal tampil dengan lagu duet bersama penyanyi popular Amerika Syarikat, Usher tidak lama lagi.
Perkara itu disahkan penerbit muzik antarabangsa dan presiden Verve Music Group, David Foster yang menaungi Yuna.
"Yuna sudah merakamkan lagu duet itu baru-baru ini. Saya berasa projek ini akan melonjakkan namanya ke kemuncak. Saya 100 peratus yakin dengan Yuna.
"Dia rakyat Malaysia dan mempunyai personaliti yang menarik. Sudah menjadi matlamat kami untuk melonjakkan namanya menjadi bintang ternama," katanya.
Foster berkata demikian pada sidang media pengumuman komposer itu sebagai duta jenama global AirAsia di Majestic Hotel di sini, semalam.
Yuna menyertai syarikat pengurusan penerbit antarabangsa itu pada 2013.
Majlis pelantikan Foster semalam turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
Sementara itu, Yuna menerusi Instagramnya turut memuat naik gambarnya bersama Usher dengan catatan 'soon' (akan datang).
Hmetro Online
Hiburan

Kapar: “Subhanallah! Gelap tak dapat cari jalan ni,” itu antara mesej sempat dihantar seorang penyampai radio, Azhar Muhammad, 45, kepada rakannya melalui aplikasi WhatsApp sebelum hilang di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, mangsa dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan itu untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berhampiran.
Bagaimanapun mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam selepas turut sempat menghubungi isterinya dan memberitahu akan pulang tidak lama lagi.
Rakan baik mangsa, Ahmad Ridzwan Yahya, 35, berkata, mangsa dipercayai menghantar mesej itu selepas tersesat di kawasan hutan bakau itu.
“Mangsa juga sempat menghantar pesanan “sebelum bateri telefon bimbit ini habis, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam kumpulan ini”.
Hmetro Online
Isu Semasa

PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose, 22, menjelaskan hubungannya dengan aktor Syafiq Kyle mulai renggang kerana mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen turut menegaskan selama ini dia tidak pernah mengesahkan bercinta dengan pelakon itu.
"Dengan Syafiq pun saya kawan sahajalah, memang dulu kami rapat dan sekarang ni masing-masing sibuk dengan kerja.
"Saya tidak pernah pun cakap yang saya bercinta dengan dia dan sekarang kami kawan macam biasa… cuma tidak rapat sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Uqasha diminta mengulas hubungannya dengan pelakon itu selepas timbul gosip baharu dia menjalinkan cinta dengan Iqram Dinzly.
Gosip itu tercetus apabila kedua-dua mereka dilihat sering memuat naik gambar kemesraan di laman sosial masing-masing.
Bercakap mengenai Iqram, Uqasha berkata, dia senang berkawan dengan aktor itu kerana Iqram seorang yang penyanyang dan mengambil berat.
Malah pada peringkat ini hubungan mereka adalah untuk mengenali hati budi masing-masing dan menjalinkan persahabatan seperti orang lain.
"Buat masa ini saya berkawan sahaja dengan dia dan boleh dikatakan masih mengenali hati budi masing-masing. Iqram seorang yang caring dan sahabat yang baik. Dia boleh dijadikan kawan rapat," ujarnya.
Bagaimanapun kata Uqasha, buat masa ini dia tidak memikirkan untuk ke fasa yang lebih serius dan akan berkawan dengan sesiapa sahaja selagi belum bergelar isteri orang.
Menurutnya, dia mula berkawan dengan Iqram ketika mereka sama-sama beraya di Sarawak ketika terlibat dalam program sambutan Hari Raya Aidilfitri selama empat hari di negeri itu.
"Selagi saya masih single dan belum berkahwin, saya tidak kisah berkawan dengan siapa pun," ujarnya.
Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia berasa hairan kerana sering dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki, biarpun mereka sekadar teman biasa.
"Saya pelik bila saya rapat dengan lelaki orang akan kata kami bercinta, walhal kami kawan sahaja. Saya lihat ada sahaja artis lain yang berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi tidak pula digosipkan bercinta," soalnya.
Sebelum ini hubungan Uqasha dengan aktor Pekin Ibrahim juga putus.
Mstar Online
Hiburan

PENYANYI Ariana Grande dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi latarnya, Ricky Alvarez.
E Online melaporkan pasangan berkenaan rapat sejak beberapa bulan lalu dan penari itu dilihat sentiasa bersama Ariana.
"Pasangan itu rapat sejak beberapa bulan lalu tetapi hubungan profesional itu kini bertukar romantik," kata sumber.
Bagaimanapun kata sumber berkenaan, Ariana dan Ricky enggan mendedahkan hubungan mereka secara terbuka kerana bimbang dengan perhatian diberikan oleh media.
Terdahulu, Ariana pernah bercinta dengan penyanyi Big Sean namun kesibukan dengan kerjaya masing-masing membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah April lalu.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)







Recent Comments