Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Band ini mendapat gelaran sebagai penyanyi paling romantik. Dua puluh lima tahun lamanya dalam industri, Micheal Learns To Rock (MLTR) masih terus kukuh dan tiada petanda mahu berkubur.
Siapa tidak ingat band legenda yang dianggotai Jascha Ritcher (vokalis dan keyboard), Kare Wanscher (dram), dan Mikkel Lentz (gitar) ini? Era 1990-an, setiap corong radio berlumba-lumba memainkan lagu berhantu mereka.
Bukan tiada pencabar, kemunculan banyak band lain nyata takkan mampu menandingi MLTR terutama menyentuh karya balada romantik, band ini berjaya membuatkan satu dunia ‘jatuh cinta’.
Paling istimewa, meskipun masing-masing semakin dimamah usia, MLTR terus bertahan. Daripada berempat kemudian kini hanya tinggal bertiga, penarikan diri anggota terdahulu, Soren Madsen, bukan pematah semangat.
Hakikatnya, kalau suatu hari nanti mereka berkubur sekalipun takkan menggugat memori peminat terhadap lagu mereka.
Hiburan

Kuala Lumpur: Penyanyi dan penulis lagu, Yunalis Zarai bakal tampil dengan lagu duet bersama penyanyi popular Amerika Syarikat, Usher tidak lama lagi.
Perkara itu disahkan penerbit muzik antarabangsa dan presiden Verve Music Group, David Foster yang menaungi Yuna.
"Yuna sudah merakamkan lagu duet itu baru-baru ini. Saya berasa projek ini akan melonjakkan namanya ke kemuncak. Saya 100 peratus yakin dengan Yuna.
"Dia rakyat Malaysia dan mempunyai personaliti yang menarik. Sudah menjadi matlamat kami untuk melonjakkan namanya menjadi bintang ternama," katanya.
Foster berkata demikian pada sidang media pengumuman komposer itu sebagai duta jenama global AirAsia di Majestic Hotel di sini, semalam.
Yuna menyertai syarikat pengurusan penerbit antarabangsa itu pada 2013.
Majlis pelantikan Foster semalam turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
Sementara itu, Yuna menerusi Instagramnya turut memuat naik gambarnya bersama Usher dengan catatan 'soon' (akan datang).
Hmetro Online
Hiburan

Kapar: “Subhanallah! Gelap tak dapat cari jalan ni,” itu antara mesej sempat dihantar seorang penyampai radio, Azhar Muhammad, 45, kepada rakannya melalui aplikasi WhatsApp sebelum hilang di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, mangsa dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan itu untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berhampiran.
Bagaimanapun mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam selepas turut sempat menghubungi isterinya dan memberitahu akan pulang tidak lama lagi.
Rakan baik mangsa, Ahmad Ridzwan Yahya, 35, berkata, mangsa dipercayai menghantar mesej itu selepas tersesat di kawasan hutan bakau itu.
“Mangsa juga sempat menghantar pesanan “sebelum bateri telefon bimbit ini habis, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam kumpulan ini”.
Hmetro Online
Isu Semasa

PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose, 22, menjelaskan hubungannya dengan aktor Syafiq Kyle mulai renggang kerana mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen turut menegaskan selama ini dia tidak pernah mengesahkan bercinta dengan pelakon itu.
"Dengan Syafiq pun saya kawan sahajalah, memang dulu kami rapat dan sekarang ni masing-masing sibuk dengan kerja.
"Saya tidak pernah pun cakap yang saya bercinta dengan dia dan sekarang kami kawan macam biasa… cuma tidak rapat sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Uqasha diminta mengulas hubungannya dengan pelakon itu selepas timbul gosip baharu dia menjalinkan cinta dengan Iqram Dinzly.
Gosip itu tercetus apabila kedua-dua mereka dilihat sering memuat naik gambar kemesraan di laman sosial masing-masing.
Bercakap mengenai Iqram, Uqasha berkata, dia senang berkawan dengan aktor itu kerana Iqram seorang yang penyanyang dan mengambil berat.
Malah pada peringkat ini hubungan mereka adalah untuk mengenali hati budi masing-masing dan menjalinkan persahabatan seperti orang lain.
"Buat masa ini saya berkawan sahaja dengan dia dan boleh dikatakan masih mengenali hati budi masing-masing. Iqram seorang yang caring dan sahabat yang baik. Dia boleh dijadikan kawan rapat," ujarnya.
Bagaimanapun kata Uqasha, buat masa ini dia tidak memikirkan untuk ke fasa yang lebih serius dan akan berkawan dengan sesiapa sahaja selagi belum bergelar isteri orang.
Menurutnya, dia mula berkawan dengan Iqram ketika mereka sama-sama beraya di Sarawak ketika terlibat dalam program sambutan Hari Raya Aidilfitri selama empat hari di negeri itu.
"Selagi saya masih single dan belum berkahwin, saya tidak kisah berkawan dengan siapa pun," ujarnya.
Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia berasa hairan kerana sering dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki, biarpun mereka sekadar teman biasa.
"Saya pelik bila saya rapat dengan lelaki orang akan kata kami bercinta, walhal kami kawan sahaja. Saya lihat ada sahaja artis lain yang berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi tidak pula digosipkan bercinta," soalnya.
Sebelum ini hubungan Uqasha dengan aktor Pekin Ibrahim juga putus.
Mstar Online
Hiburan

PENYANYI Ariana Grande dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi latarnya, Ricky Alvarez.
E Online melaporkan pasangan berkenaan rapat sejak beberapa bulan lalu dan penari itu dilihat sentiasa bersama Ariana.
"Pasangan itu rapat sejak beberapa bulan lalu tetapi hubungan profesional itu kini bertukar romantik," kata sumber.
Bagaimanapun kata sumber berkenaan, Ariana dan Ricky enggan mendedahkan hubungan mereka secara terbuka kerana bimbang dengan perhatian diberikan oleh media.
Terdahulu, Ariana pernah bercinta dengan penyanyi Big Sean namun kesibukan dengan kerjaya masing-masing membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah April lalu.
Hiburan

Bukan tidak biasa kita mendengar aduan orang ramai mengenai makanan dan minuman yang dihidang oleh sesetengah restoran.
Ada sahaja cerita jijik mengenai kualiti makanan termasuk penemuan bendasing yang boleh meloyakan anak tekak bila dilihat.
Tapi dalam banyak-banyak, tak sangka pula kami restoran francais popular Ayamas turut terpalit sama menghidang juadah yang sudah basi kepada pelanggan.
Hal tersebut diadukan oleh seorang pelanggan, Shafiq Fhadly yang meluahkan rasa tidak puas hati dan kesalnya membeli ayam panggang dari Ayamas secara online baru-baru.
Menurutnya, ayam panggang yang diberi bukan sahaja sudah basi dan berwarna pelik malah mempunyai bau yang sangat busuk.
Lebih teruk, Shafiq mendakwa terpaksa menunggu tempahan ayam panggangnya lebih dua jam berikutan beberapa masalah termasuk penghantar makanan mengalami kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, perkara itu dimaklumkan lewat dan pihak restoran langsung tidak memohon maaf mengenai kesulitan tersebut.
Difahamkan, selepas mendapat tahu ayam panggangnya yang dibeli telah basi, Shafiq kemudian memaklumkan hal tersebut kepada pengurus cawangan tersebut namun tiada sebarang respon atau tindak balas.
“Malam ini saya membuat tempahan Ayamas secara online pada pukul 7.41 pm untuk makan malam. Selepas satu jam menunggu, saya menghubungi kembali untuk memeriksa tempahan saya dan terkejut cawangan Ayamas (Damai Perdana) tidak menerima pesanan saya.
“Selepas 1. 30 jam kemudian pengurus cawangan menghubungi saya mengunakan telefon bimbitnya memaklumkan mereka terpaksa membatalkan tempahan saya berikutan masalah teknikal (budak penghantar terlibat dalam kemalangan). Saya rasa amat bersalah terhadap budak itu namun mengapa mereka mengambil masa 1.30 jam untuk memaklumkan hal itu dan membiarkan saya kelapan. Lebih teruk, pengurus mudah menyatakan jika saya masih mahu lagi, saya perlu menunggu satu jam lagi.
“Akibat kedegilan saya dan pengurus tindak berasa bersalah (tidak memohon maaf) saya tekad untuk menunggu. Selepas satu jam kemudian (9.50 pm), akhirnya saya dapat tempahan saya.
“Tetapi, apabila saya ingin menjamahnya saya mendapati ayam itu sudah busuk (tidak boleh dimakan), berwarna pelik dan mempunyai bau busuk. DAH BASI. BASI.
“Saya menghubungi talian perkhidmatan pelanggan tetapi mereka sudah ditutup. Saya menghantar SMS pada pengurus namun tidak menerima sebarang respon,”tulisnya.
Isu Panas

Kuala Lumpur: Berpura-pura mahu membeli bunga sebelum menyamun pekerja premis. Itu taktik dilakukan dua suspek lelaki yang merompak seorang wanita dan melarikan wang tunai RM350.
Dalam kejadian jam 7.45 malam kelmarin, dua suspek berusia 20-an menunggang motosikal sebelum meletakkannya di hadapan premis menjual bunga di Jinjang Selatan, di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, seorang suspek menekan loceng premis dan memberitahu mangsa yang dia ingin membeli bunga.
“Sebaik mangsa membuka pintu, suspek segera mengambil gunting yang diletakkan di atas meja sebelum mengarahkan wanita itu menyerahkan wang tunai dan barangan berharga.
“Suspek turut membuka pintu premis bagi membolehkan rakannya masuk ke dalam kedai sebelum mengambil wang tunai,” katanya, semalam.
Hmetro Online
Isu Semasa

DALAM zaman serba serbi dunia teknologi ini, terlalu ramai manusia yang menggunakan nama atau identiti palsu menerusi laman sosial.
Wajah di sebalik nama di Facebook, Instagram atau mana-mana laman Internet itu tidak semestinya wajah sebenar.
Perkara ini pernah berlaku kepada anak penyanyi legenda rock negara, Nabila Huda apabila individu tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan nama dan gambarnya bagi mengaut keuntungan di Facebook.
Pemilik akaun palsu tersebut dikatakan telah memperdaya pengguna lain untuk melakukan transaksi ke dalam akaun simpanannya.
Mungkin terdapat satu penyakit mental khusus untuk tabiat seperti ini kerana terdapat kes kedua pula di mana pelakon Hanez Suraya juga dikatakan telah menjadi mangsa di dalam dunia permainan manusia tidak bertanggung jawab ini.
Terbaharu, ialah mengenai seorang wanita yang mendakwa bernama Rebecca Razli.
‘Rebecca’ ini mendapat ribuan pengikut di laman Facebook dan juga Instagram kerana kegemarannya mengambil gambar selfie sambil menyangkan ‘asetnya’ yang bersaiz XXXXL.
Lamannya sentiasa dikemas kini dengan gambar seksi terbaru selain status acah-acah selebiriti, yang mendakwa kononnya menjalankan tugas modeling, sesuai dengan status pekerjaannya sebagai Freelance Model seperti mana yang tertulis di laman ‘Facebooknya’.
Bukan itu saja, ramai lelaki Melayu beragama Islam memberi komen berbaur lucah di laman Facebook tersebut tidak kira usia tua atau muda.
Namun begitu, hasil carian kami di internet mendedahkan Rebecca Razli yang sebenarnya ialah seorang gadis Indonesia yang menggunakan akaun Instagram becarabecca966.
Yang paling penting, bro bro yang memberi komen di laman personaliti palsu tersebut mungkinkah suami, abah, pakcik, saudara-mara atau sepupu sepapat anda?
Serta mungkinkah identiti sebenar pemilik pemilik akaun palsu tersebut sebenarnya adalah maknyah atau pondan, siapa tahu kan?
Apa-apapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya mengambil tindakan terhadap manusia-manusia tidak bertanggungjawab ini.
Dan satu perkara yang kami agak hairan ialah mengapakah akaun ‘pelacur popular’ Zara (bukan palsu) masih bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan?
Isu Panas
AKIBAT mengamalkan kehidupan sosial yang terlampau bebas, anak lelaki kepada seorang pelakon era 80-an teruk dikutuk netizen di ruang media.
Manakan tidak, sudahlah kulitnya dicacah tatu, individu berkenaan juga didakwa meneguk arak! Tak percaya, lihat sendiri foto-foto yang dimuat naik sendiri oleh isterinya di ruang Instagram.
Bukan itu saja, si isteri juga turut dikritik kerana penampilannya yang seksi dan sering menayangkan ‘lurah’ dalam Instagram peribadi.
Semua tahu, sebagai seorang muslim, si suami sepatutnya menunjukkan perilaku yang mencerminkan ajaran Islam kepada pasangannya yang mualaf.
Ini tak…Lepas kahwin, lengan yang sebelum ini licin dari sebarang cacahan, terus penuh dengan macam-macam lukisan. Lebih teruk lagi, si suami itu semacam langsung tak kisah isterinya menunjukkan ‘aset’ di media sosial serta menayangkan kehidupan hanyut mereka.
Isu Panas

KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah sememangnya berpisah tiada. Malah, kritikan yang diterima tidak pernah berkudis di hatinya.
Sinonim dengan perangai selamba, Sharifah Sakinah sekali lagi mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar bercumbu bersama suami menerusi laman Instagramnya.
Seperti biasa, gambar tersebut mengundang kritikan dan kecaman sesetengah peminat yang berpendapat adegan bercium mulut agak keterlaluan dan menunjuk-menunjuk untuk dikongsikan dengan umum.
Namun, tidak kurang juga yang menyokong foto tersebut dan menyifatkan ianya tidak salah kerana Sharifah Sakinah dan Aliff mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.
Alahai, tak pasal-pasal peminat Sharifah Sakinah berbalah sesama sendiri menyatakan pendapat masing-masing berkenaan isu ini.
Kontroversi seperti ini juga pernah menimpa Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 dahulu.
Jika difikirkan, perbuatan cium mulut secara terbuka sememangnya bertentangan dengan budaya timur membuatkan ramai beranggapan ianya kurang manis untuk dikongsi buat tatapan umum.
Hiburan

SEPERTI semua maklum, pelakon Elfira Loy mengorak langkah dalam bidang usahawan apabila membuka sebuah kafe yang diberi nama Lovemesevendayscafe baru-baru ini.
Namun, entah di mana silapnya kafe milik Elfira Loy tiba-tiba mengundang pelbagai kritikan daripada peminat. Semuanya berpunca apabila kopi yang dihidangkan kafe berkenaan memaparkan gambar seni berbentuk wajah babi.
Hanya kerana gambar seni itu, Elfira Loy dilabel kurang sensitif kerana tidak kisah gambar seni babi menghiasi hidangan kopi yang diminum orang Islam.
Tak pasal-pasal gambar tersebut menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminatnya yang menyifatkan ianya kurang sopan. Manakala, Elfira Loy pula dilihat mempertahankan hal tersebut.

Menurut Elfira Loy, gambar tersebut hanyalah atas dasar seni semata-mata dan Islam tidak menghalang umatnya untuk melukis mahupun memandang gambar babi.
Apa yang dijelaskan Elfira Loy ada benarnya, namun tidak dinafian setiap individu mempunyai pandangan berbeza-beza mengenai hal ini.
Isu Panas

PENGUNJUNG sebuah tasik di Rochdale, Greater Manchester, England tergamam apabila melihat satu rangka haiwan yang cukup mengerikan.
Jonny Beckett, 32, terperanjat apabila mendapati rangka haiwan disangkakan buaya pada mulanya itu kelihatan jauh lebih mengerikan dengan barisan gigi yang bergerigi dan tajam.
Rata-rata berpendapat bentuknya yang ganjil membayangkan ia adalah haiwan purba yang tinggal jauh di dasar tasik namun ada juga berpandangan ia adalah ikan pike.

Meskipun sudah mati, rangka di Tasik Hollingworth yang berukuran kira-kira 5 kaki (1.5 meter) panjang itu nyata mampu menakutkan setiap pengunjung yang melihatnya.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)









Recent Comments