Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KELIHATAN sepi seketika daripada muncul mana-mana produk baru di kaca televisyen dan layar perak, pelakon Sheera Iskandar akhirnya mengesahkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama seorang Chef, Doul Harun pada Ogos depan.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi drama Halimah Jonggang ini memaklumkan dia dan pasangannya memilih bernikah gantung terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis persandingan mereka yang dijangka berlangsung awal tahun depan.
“Sebenarnya pihak lelaki terlebih dahulu datang merisik saya pada Mei lalu dan berbincang mahu bertunang pada Ogos depan.
“Tetapi entah bagaimana pada Ramadan baru-baru ini, tiba-tiba sahaja kedua-dua belah pihak setuju untuk kami terus bernikah sahaja dan tidak perlu membazir mengadakan majlis tunang bulan depan.
“Malah majlis itu akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja kerana ianya hanya nikah gantung dan kami akan menjemput pihak media dan rakan-rakan yang rapat pada majlis kami nanti sahaja,” ujarnya.
Bercerita mengenai detik perkenalan dengan bakal suaminya itu, Sheera memberitahu dia dan Doul telah kenal sejak 4 tahun lalu namun mula menjadi akrab awal tahun ini.

WAJAH seorang lelaki di China didakwa bertukar seperti belon selepas digigit oleh seekor ‘raja’ nyamuk di tempat kerjanya.
Menurut laporan media tempatan, muka lelaki yang dikenali sebagai Zhang, 30, sudah membengkak selama 2 bulan sehingga dia tidak boleh membuka matanya.
Zhang yang berasal dari Jiangsu mendakwa digigit nyamuk bersaiz 20 kali ganda daripada biasa pada 26 Mei lalu dan dia telah mencubit bahagian digigit tersebut untuk menghilangkan gatal.
Namun, kesannya telah mengakibatkan bahagian mukanya mengembung seperti belon.
Dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor tidak dapat mengubatinya. Zhang disahkan menghidap neonatal scleroderma yang menyebabkan permukaan mukanya mengeras dan menebal.
Walau bagaimanapun selepas menjalani ujian darah, doktor mendapati organ dalaman serta tubuh badan lelaki tersebut berada dalam keadaan stabil dan percaya gigitan nyamuk itu yang menyebabkan tindak balas sedemikian berlaku.
Doktor menasihati Zhang untuk menekap mukanya dengan benda sejuk untuk mengurangkan bengkak yang terhasil.

BANDUNG – Dua polis wanita menerima pujian orang ramai selepas berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita di sini semalam.
Kejadian itu berlaku ketika dua anggota polis berkenaan, Ayu dan Dety meronda di satu kawasan perniagaan popular di bandar ini.
Ketua polis daerah Cimahi, Dedy Kusuma Bakti berkata, ketika meronda dua anggota polis itu ternampak seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita.
Katanya, Ayu dan Dety mengejar suspek sebelum menangkapnya.
“Ketika ditangkap suspek cuba melawan dan memukul anggota kami. “Bagaimanapun, dua anggota kami yang mahir dengan seni bela diri Judo itu berjaya menumpaskan suspek,” katanya.
Menurutnya, beg tangan yang berisi komputer tablet turut ditemui dan dipulangkan semula kepada mangsa.
“Suspek ditahan dan akan didakwa di mahkamah kerana mencuri,” katanya. Dua anggota polis berkenaan menerima pujian pengguna laman sosial di Indonesia selepas berita kejayaan mereka menangkap peragut itu disiarkan di internet.
Ramai pengguna laman sosial bukan sahaja memuji keberanian dua anggota polis berkenaan tetapi turut memuji wajah mereka yang cantik. – Agensi

SEORANG wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di jalanan Rio De Janeiro kini menjadi kegilaan orang ramai di Brazil.
Rita Mattos, 23, menjadi sensasi internet selepas gambarnya tersebar di laman sosial dan mendapat perhatian netizen sepanjang minggu lalu.
Kini dia bercadang untuk menukar kerjayanya daripada tukang cuci kepada model namun mendakwa, dia tidak suka dengan perhatian yang dimilikinya kini.


Rita berpendapat bahawa semua orang yang ‘bersorak’ untuknya itu memilih kasih terhadap rupa paras seorang tukang cuci.
“Masyarakat terkejut apabila lihat wanita cantik bekerja sebagai tukang cuci. Mereka beritahu saya boleh mendapat kerja yang lebih bagus berbanding menyapu dan membersih.
“Tapi kenapa tukang cuci di tepi jalan perlu kelihatan hodoh? Terdapat prejudis terhadap mereka. Saya sangat bangga dengan apa yang saya lakukan dan walaupun sukar saya sangat seronok,” katanya kepada media tempatan.
Tukang cuci yang memiliki tubuh badan menawan itu kini bakal mengejar impiannya dalam bidang modelling dan sanggup berbogel bagi memenuhi kehendak industri itu.
Walau bagaimanapun, dia tidak akan berhenti daripada kerjanya sebagai tukang cuci kerana ia membantu mengekalkan kelansingan tubuh badannya yang mantap itu. 
SERAMAI 12 orang yang menaiki sebuah lif yang terjatuh dari tingkat 12  di bandar Shenyang, China, dilaporkan terselamat.
Kemalangan ngeri tersebut berlaku di Huayang International Mansion di daerah Heping, Shenyang, pada 15 Julai lalu.
Kesemua 12 mangsa yang terlibat dipindahkan ke hospital tempatan manakala lima daripada mereka yang mengalami kecederaan teruk masih menerima rawatan lanjut.
Media tempatan melaporkan majoriti daripada mereka mengalami kecederaan pada tulang belakang serta keretakan pada kaki.
Seorang lelaki berusia 23 tahun terseliuh di bahagian leher manakal seorang wanita berusia 32 tahun lumpuh di bahagian kakinya.
Menurut salah seorang mangsa, lif terbabit pada mulanya terhuyung-hayang sebelum mengeluarkan percikan api seterusnya melurut jatuh dari tingkat 12.
Lif yang sudah beroperasi selama 15 tahun itu kini ditutup untuk siasatan. Terdapat sumber menyatakan kejadian seperti kerosakan serta jatuh secara tiba-tiba sememangnya pernah berlaku sebelum ini. 






MEMILUKAN… seorang lelaki bagaikan tahu hayatnya berakhir tanpa sempat berhari raya tahun ini apabila status aplikasi mesej Whatsapp terakhirnya adalah “No raya on this year…work until die”.
Lebih menyayat hati, Allahyarham Farid yang berasal dari Kuala Terengganu meninggal dunia seorang diri di rumah sewanya di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor di kala rakan serumah lain balik berhari raya di kampung dan mayatnya hanya ditemui pada hari raya ketiga, semalam.

Kisah mengejutkan ini dikongsikan sendiri teman serumah arwah menerusi Facebook dan laman blognya, BlogAmmar.com.

Berikut catatan penuh kejadian sedih ini oleh Ammar:
“Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia”, itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yang membuatkan aku sebak.
Tragedi ini mengejutkan aku dan semua rakan-rakan rumah bujang aku. Dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur aku mendapat panggilan telefon dari seorang rakan serumah bujang iaitu Herman yang bertanyakan mengenai Farid yang tidak dapat dihubungi sejak malam raya pertama sehingga semalam(19/7/2015).
Report polis telah dibuat oleh ahli keluarga Farid. Sesampai aku di hentian Gambang aku menerima sms dari Herman yang mengatakan rakan sekerjanya telah pergi ke rumah sewa dan memanggil tetapi tiada sesiapa yang menjawab.
Paling mengejutkan apabila ada bau busuk dari rumah sewa itu. Mujurlah bilik Farid berada paling hadapan rumah lalu rakan sekerja Herman membuka tingkap bilik dan melihat sebujur mayat di atas tilam.
Lalu rakan sekerja Herman membuat report polis dan polis memecah pintu rumah untuk melihat keadaan sahabatku, Farid yang telah beberapa hari meninggal dunia. Mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Serdang dan kini masih menunggu laporan bedah siasat. Insyaallah jenazah akan dikebumikan hari ini.
Untuk pengetahuan semua, Farid tidak dapat balik beraya kerana terpaksa bekerja pada hari raya. Semua rakan serumah telah balik beraya dan dia hanya tinggal seorang diri di rumah bujang.
Tidak disangka-sangka tragedi ini berlaku di rumah bujang aku. Masih teringat kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku membelikan panadol saat aku demam panas.
Dialah sahabatku yang sangat baik. Dia rakan serumah, dia rakan sekelas, dia rakan seasrama, dia rakan sebelajar dan rakan semasa susah dan senang. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Pergimu tiada pengganti. Kau sahabat dunia dan akhirat. Coretan ikhlas dari sahabatmu, Ammar.
Update terkini! Digit terakhir nombor telefon Farid 0717. Seakan satu kebetulan dengan tarikh kematiannya 17/07/2015.
Update terkini! Laporan bedah siasat menunjukkan Farid meninggal dalam keadaan normal.
Update terkini! Jenazah telah dibawa ke rumah bapa saudaranya di Puchong untuk urusan mandi dan kafan.

LUPAKAN tatu berdakwat! Sekarang ini orang Barat mempunyai kegilaan mereka yang terbaharu iaitu ‘membakar’ kulit atau sunburn kulit dalam usaha untuk memperolehi corak unik di tubuh badan mereka.
Walaupun kelihatan unik dan menarik namun menurut pakar kesihatan kulit trend ini tidak sihat malah boleh mendatangkan risiko kanser kulit di kalangan pengikutnya.
Trend seni sunburn ini mula mendapat sambutan selepas hashtag #sunburnart mula dipopularkan di laman-laman sosial seperti Twitter dan Instagram.



Tubuh badan mereka dijadikan sebagai kanvas untuk diletakkan corak atau lukisan yang diingini mereka dan kemudian mereka akan berjemur selama berjam-jam di bawah terik cahaya matahari dan mesin tan kulit bagi tujuan itu.
Selepas itu, badan mereka akan bertukar ‘artistik’ dengan terbentuknya corak unik seperti yang dihajati.
Menurut Persatuan Kanser Kulit Sedunia, trend itu adalah sesuatu yang sangat tidak baik untuk ditiru dan diaplikasikan memandangkan risiko yang bakal dihadapi mereka adalah sangat merbahaya.
“Kami setegas-tegasnya menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti sunburn apa lagi sunburn art. Ianya bukan hanya menyakitkan malah banyak risiko lain yang bakal dihidapi sekiranya perkara itu tidak dibendung.
“Sunburn berisiko melenyapkan DNA kulit, meningkatkan kadar penuaan dengan lebih cepat dan berkemungkinan besar anda berisiko menghidap kanser kulit.
“Menerusi kajian, remaja merupakan golongan yang paling berisiko menghidap kanser kulit,” kata wakil jurucakap persatuan tersebut.
Aktor popular Hollywood Vin Diesel di antara selebriti yang turut mempromosikan sunburn art di laman Twitter baru-baru ini apabila memuat naik gambar sunburn art yang disifatkan satu perkara yang cukup in dan glamor pada masa kini.



RAMBUT seorang wanita ditelan hidup-hidup dan dijadikan makanan oleh sesetengah pengikut ajaran paderi dari Afrika Selatan, Penuel Mnguni yang didakwa telah merahmati wanita tersebut.
Pengikut yang taksub dengan ajaran paderi itu telah memakan rambut wanita berkenaan yang menurut paderi itu adalah makanan yang telah dirahmati olehnya.
Sebelum ini, menerusi laporan media, Penuel pernah menyuruh pengikutnya menelan pakaian sebagai makanan mereka juga.
Syarahan paderi itu yang pelik pantas menjadi kontroversi di kalangan pelayar laman maya.
Mereka menyifatkan tindakan paderi itu sebagai satu perbuatan yang bodoh malah ada yang menulis, “This shoud win a world record for stupidity” (tindakan ini adalah perbuatan paling bodoh dalam dunia).





SENSASI internet..sebuah video seks yang dirakam di dalam bilik persalinan kedai baju popular, Uniqlo di Beijing, China kini viral di media sosial.
Aksi ghairah pasangan di dalam bilik kecil itu tersebar luas menerusi aplikasi Wechat dan laman sosial tempatan China sejak dua hari lalu.
Video tersebut dirakam secara amatur melalui kamera telefon bimbit lelaki itu dan tidak lama kemudian pengguna laman sosial berjaya menemui akaun sosial dua individu tersebut secara online.

Namun pasangan itu menafikan bahawa mereka adalah individu yang beraksi di dalam video tersebut.
Menurut sumber, mereka berdua dipercayai baharu sahaja bertemu sebelum melakukan perkara terkutuk itu di dalam bilik berkenaan.
Walaubagaimanapun, punca video itu tersebar masih belum diketahui dan ada yang membuat dakwaan bahawa itu adalah strategi pasaran Uniqlo untuk menarik perhatian orang ramai.

SUDAH sedia maklum penggunaan tongkat selfie di tempat-tempat tumpuan awam seperti Disneyland, festival keramaian, kelab malam serta di beberapa buah acara telah diharamkan pihak berkuasa.
Walaubagaimanapun, tongkat selfie yang dilihat kurang berguna kepada segelintir masyarakat ini telah menyelamatkan nyawa seorang gadis daripada lemas.
Erynn Johns, 16 tahun; dan bapanya, Derrick sedang bergembira serta ingin menerokai pantai Nantucket, Massachusetts di Amerika Syarikat sebelum kedua-dua mereka terperangkap dalam pusaran laut yang deras.
Erynn dilihat memegang tongkat selfienya itu sejak awal dikatakan tidak melepaskan langsung tongkat tersebut walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang cukup tegang.
Dalam situasi panik itu, seorang lelaki misteri tiba-tiba muncul sempat menarik tongkat selfie dipegang Erynn dan menarik gadis itu ke pesisiran pantai sebelum kembali ke dalam laut untuk menyelamatkan bapa Erynn.
Bapanya dilihat pengsan selepas berjaya dikeluarkan daripada pusaran ganas tersebut dan situasi cemas itu telah dirakam oleh kamera yang dipegang erat oleh Eryyn. 

AKIBAT terpalit dengan kontroversi bergambar memakai bikini ketika bercuti di Boracay, Filipina beberapa bulan lalu, Ainul Aishah mengakui serik untuk berkongsi gambar-gambarnya di laman Instagram.
Jelasnya, prinsip itu dilakukan bagi mengelak komen-komen negatif dan perbalahan peminat selepas insiden gambar ‘bikini’ menjadi kontroversi.
“Selepas kejadian itu saya jarang berkongsi gambar sebab ramai sangat yang nak beri teguran sehingga membuatkan kita rasa seperti tidak layak hidup.
“Bila nak kongsi gambar, saya akan fikir beberapa kali dan pastikan gambar tersebut tidak menimbulkan fitnah,” katanya kepada mStar Online.

Malah, isu itu menjadi lebih panjang apabila pelakon filem Histeria ini dikatakan berbalah dengan pengikutnya ketika cuba menerangkan perkara sebenar.
Menurut Ainul, sehingga kini masih ada segelintir pengikutnya yang menulis dan mengkritik tentang kontroversi berbikini itu di Instagram.
“Mereka semua cari sebab sahaja, hingga sekarang ada lagi yang beri komen negatif dan bertelagah pendapat pada gambar saya walaupun di bulan puasa ini,” ujarnya.

Ainul sebelum ini menafikan dirinya berbikini dan mendakwa gambar tersebut merupakan hasil editing menggunakan teknik ‘mirror’. 

KEJI dan menjijikkan! Itu gambaran paling sesuai untuk perilaku seorang guru wanita di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Terengganu.
Kerana gelora nafsu, dia dikatakan sanggup menjadikan seorang muridnya yang berusia empat tahun sebagai objek pemuas.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 8 Julai lalu di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang terletak di Kampung Mak Chili, Kemaman.
Menurut laporan, perbuatan terkutuk guru tersebut diketahui ibu kanak-kanak tersebut selepas anaknya menceritakannya ketika hendak mandi. Lantas, si ibu membuat laporan polis terhadap individu itu.
Memetik kenyataan yang tertulis dalam laporan polis, si guru itu telah menyuruh mangsa menghisap payu daranya sambil dia melakukan perbuatan sama kepada budak tersebut.
Bukan itu sahaja, dia turut dituduh menghisap kemaluan mangsa dan melakukan seks ringan!

Dalam perkembangan terbaharu, pihak Pasti menafikan perbuatan keji itu dilakukan guru terbabit dan berkata, laporan tersebut tidak benar serta berniat jahat.
Ujar Pengarah Pasti, Sulaiman Sulong, “Pengurusan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya bahawa guru yang dimaksudkan adalah tenaga pengajar PASTI berkenaan dan beliau juga bukan guru PASTI.
“Penyebaran berita yang sangat tidak berakhlak terutama dalam umat Islam sibuk dengan pencarian Lailatul Qadar malam penuh berkat di sepuluh akhir Ramadan ini sangat dikesali dan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap PASTI sebagai sebuah pusat asuhan yang telah melahirkan pelajar soleh pintar yang unggul di Terengganu.
“Oleh itu, PASTI dengan ini menuntut agar pihak yang terbabit menyiarkan berita berkenaan menarik balik berita tersebut dan seterusnya memohon maaf secara terbuka di atas penyiaran berita yang tidak berasas dengan serta merta.”