Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Tallahassee: Seorang wanita terkejut selepas doktor mengeluarkan peluru pada kakinya, lima hari selepas dia ditembak. Heather Charlebois yang tidak menyedari dia ditembak pergi ke hospital selepas merasa sakit di kaki. Selepas membuat pemeriksaan, Heather terkejut apabila doktor menemui peluru bersaiz 0.38 milimeter pada kakinya.

Heather memberitahu ketika kejadian dia minum di sebuah kafe pada 4 Julai lalu untuk menyambut Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat. Katanya, ketika berada di kafe itu, kakinya tiba-tiba sakit tetapi menyangka ia berpunca daripada percikan bunga api.
Sebaik pulang ke rumah dia dapati luka yang dialaminya tidak serius dan hanya berdarah sedikit. Bagaimanapun, selepas beberapa hari kakinya mula sakit dan dia mengambil keputusan mendapatkan wawatan di hospital.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tembakan di lokasi berkenaan. Polis percaya peluru itu mungkin ditembak ke udara dari jarak jauh sebelum jatuh dan terkena kaki Heather. - Agensi



KUCHING: Sebuah jet yang membawa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merempuh pesawat MASWings selepas mendarat di Lapangan Terbang Mukah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata sayap kiri jet yang dinaiki Taib merempuh bahagian depan pesawat MASWings berkenaan.

"Jet itu baharu sahaja mendarat dan sedang menuju ke terminal sebelum merempuh pesawat MASWings yang sedang parkir," katanya ketika dihubungi.

Bahagian depan pesawat MASWings didapati kemik manakala lampu di bahagian sayap kiri jet mengalami kerosakan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada pukul 4.42 petang itu.

Taib berada di Mukah untuk menghadiri majlis berbuka puasa.

LONDON – Harga rumah yang melambung tinggi di ibu kota Bri­tain, London mendorong lebih ramai penduduk untuk tinggal di dalam bot berikutan kosnya yang jauh lebih murah.
Bilangan bot juga semakin me­ningkat sehingga menyebabkan rangkaian sungai dan terusan di bandar raya itu sesak.
“Sudah menjadi perkara biasa untuk orang ramai tinggal di dalam bot kerana mereka tiada pilihan,” kata seorang pekerja pendidikan berusia 39 tahun, Jim Bryden.
Bryden tinggal di dalam botnya, Violent Mae bersama teman wanitanya sejak dua tahun lalu.
“Saya pernah berkenalan dengan warga kota lain yang membeli bot pada harga £10,000 (RM55,364) selepas mereka menerima notis dua minggu untuk mengosongkan flat mereka,” tambahnya.
Menurut Bryden, bot mewah yang harganya mencecah £100,000 (RM553,646) adalah jauh lebih murah berbanding purata harga rumah di London yang mencecah £500,000 (RM2.76 juta).
Selain menginap di bot, bilangan penduduk kota metropolitan itu yang memilih untuk menyewa kabin kenderaan air tersebut juga semakin bertambah.
Rata-rata kos sewa rumah di London mencecah separuh daripada gaji pekerja biasa.
Menurut sebuah yayasan yang menguruskan laluan air di London, bilangan bot di kota raya itu me­ningkat sebanyak 85 peratus sejak setahun lalu.
Walaupun tinggal di bot agak remeh kerana penghuninya terpaksa membersihkan tangki tandas, mendobi di luar dan risiko pencuri, mereka memiliki lebih kebebasan bergerak dan bersosial bersama penghuni bot lain. – AFP




SELAIN lagu Let It Go yang menjadi fenomena, salah satu karekter dalam filem Frozeniaitu Elsa paling banyak digunakan.

Menurut The New York Times, nama Elsa banyak digunakan oleh pasangan suami-isteri di Amerika Syarikat yang baharu memiliki cahaya mata.

Pada tahun 2014 lebih seribu bayi perempuan yang dilahirkan diberi nama Elsa.

Perkara tersebut menempatkan nama Elsa menduduki tempat ke-286 dalam senarai nama paling popular di Amerika Syarikat. Sebelum ini nama tersebut tidak pernah menembusi 500 senarai nama popular sejak tahun 1917.


Selain itu, dua karakter lain turut mengalami peningkatan iaitu karakter patung salji Olaf dan Kristoff.

Data ini diperoleh menerusi kiraan terhadap nama pertama bayi yang baharu lahir yang didaftarkan untuk kad keselamatan sosial. Nama tersebut dijangka terus meningkat pada tahun 2015.

SEORANG wanita yang juga artis dari Switzerland ditahan pihak berkuasa Perancis kerana bertindak berbogel bersama pelancong di Menara Eiffel.
Milo Moire sememangnya terkenal dengan hasil kerja ‘artistik’ yang sering mengundang pelbagai kontroversi.
Dia ditahan Ahad lalu.



Perbuatan Milo sememangnya tidak senonoh kerana terdapat ramai orang awam serta kanak-kanak yang melihatnya berbogel di situ.
Akibat perbuatannya itu, dia telah bermalam di penjara dan dijadualkan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini untuk menentukan sama ada dia akan dikenakan denda atau pun tidak.
Menurut surat khabar di Switzerland, dia sering terlepas daripada dakwaan akibat perbuatannya.
Sebelum ini Milo juga pernah bertindak berbogel dan berjalan di sekitar muzium dengan menggendong bayi untuk mengekspresikan nilai ‘artistik’ yang cuba disampaikan kepada masyarakat.
Mujurlah tak ada gempa bumi berlaku di Menara Eiffel itu, kalau tidak pasti akan jadi sensasi internet seperti kes sebelum ini. – Agensi

ALAHAI… Comelnya panda-panda yang ada di ‘pusat jagaan’ ini, mohon jangan cemburu dengan layanan istimewa serta kasih sayang yang dicurahkan kepada haiwan yang semakin pupus ini.
Mungkin inilah tempat yang akan dijadikan pilihan oleh semua orang sekiranya menghadapi tekanan di tempat kerja mahupun tekanan dalam hidup.
Pusat jagaan atau Pangkalan Penyelidikan Chengdu di China ini memainkan peranan penting untuk menempatkan serta melindungi spesis panda yang terancam ini daripada pupus.
Pusat ini sebenarnya dikhususkan untuk menjadi pusat untuk pembiakan panda serta menjaga dan memulih kembali spesis yang semakin berkurangan ini.
idak hairanlah jika kasih-sayang yang diberikan kepada panda ini diutamakan, populasi haiwan comel dan manja ini semakin mengecil.
Jadi, setiap seekor anak panda yang ada sangat istimewa dan dijaga dengan rapi bukan kerana comel semata-mata tetapi dijaga kerana proses pembiakan seekor panda sangat jarang berlaku.
Panda betina hanya akan melahirkan seekor anak dalam tempoh 2 hingga 3 tahun sekali, oleh itu, setiap seekor panda yang ada sekarang sangat penting untuk masa hadapan.
Jom tengok aksi-aksi comel panda yang ada di pusat jagaan ini, mesti anda semua akan berasa teruja!













BIMBANG dengan musim kemarau yang melampau, penduduk kampung Baan Na, Phetchabun, Thailand terpaksa mengambil langkah membina tiga patung seolah-olah sedang mengadakan hubungan seks di persimpangan jalan kampung berkenaan, semalam.
Berdasarkan kepercayaan masyarakat tempatan, patung seks yang dibuat daripada tanah liat itu diharapkan boleh membuatkan dewa hujan berasa ‘segan’ dan ‘malu’ lalu menurunkan hujan.
Difahamkan, kampung tersebut dilanda musim panas berpanjangan yang paling teruk dalam tempoh 20 tahun menyebabkan banyak tanamam padi mati kekeringan.


Sebelum ini, penduduk tempatan juga dikatakan telah mencuba beberapa upacara ritual untuk memanggil dewa hujan agar menurunkan hujan namun semua usaha itu gagal.
Akibat terdesak dengan keadaan itu, penduduk kampung memilih untuk menggunakan kaedah unik yang telah diturunkan dari generasi ke generasi selama lebih daripada 100 tahun.
Memetik laporan portal Thairath, ketiga-tiga patung tersebut diberi nama ‘Miss Rain’, ‘Mr. Fog’ dan ‘Mr. Cloud’.

AMPANG – Mahkamah Majistret di sini semalam diberitahu bahawa gambar wajah Rozana Misbun yang cedera teruk dipukul merupakan gambar tulen dan tidak diubah suai.
Perkara itu disahkan oleh saksi kedua, Inspektor Latifah Abdul Aziz semasa perbicaraan kes penyanyi rock terkenal itu yang dituduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana pada 2 Jun tahun lalu.
Juruanalisis Seksyen Audio dan Video Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, sepanjang analisis yang dilakukannya, tiada pengubahsuaian dikesan pada gambar termasuk daripada segi warna mahupun posisi gambar itu diambil.
“Gambar ini saya ambil daripada kad memori telefon bimbit BlackBerry milik Rozana sendiri. Tiada sebarang pengubahsuaian saya lakukan ketika menganalisisnya sebelum kad memori itu rosak dan tidak boleh dibaca selepas itu,” katanya pada perbi­caraan sebelah pagi hari ketujuh itu.
Pada prosiding semalam, peguam Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, cuba untuk mempertikaikan ketulenan gambar tersebut yang sudah pun tersebar dalam media sosial sebelum ini de­ngan mendakwa, ia telah diubah suai dan sengaja diada-adakan.
Ini susulan daripada keterangan Rozana, 37, kepada mahkamah minggu lalu bahawa dia te­lah mengarahkan orang gajinya mengambil gambar dirinya yang cedera sehari selepas kejadian dia dipukul pada 3 Jun 2014 sebelum membuat laporan polis pada 17 Jun 2014.




AMPANG – Mahkamah Majistret di sini semalam diberitahu bahawa gambar wajah Rozana Misbun yang cedera teruk dipukul merupakan gambar tulen dan tidak diubah suai.
Perkara itu disahkan oleh saksi kedua, Inspektor Latifah Abdul Aziz semasa perbicaraan kes penyanyi rock terkenal itu yang dituduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana pada 2 Jun tahun lalu.
Juruanalisis Seksyen Audio dan Video Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, sepanjang analisis yang dilakukannya, tiada pengubahsuaian dikesan pada gambar termasuk daripada segi warna mahupun posisi gambar itu diambil.
“Gambar ini saya ambil daripada kad memori telefon bimbit BlackBerry milik Rozana sendiri. Tiada sebarang pengubahsuaian saya lakukan ketika menganalisisnya sebelum kad memori itu rosak dan tidak boleh dibaca selepas itu,” katanya pada perbi­caraan sebelah pagi hari ketujuh itu.
Pada prosiding semalam, peguam Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, cuba untuk mempertikaikan ketulenan gambar tersebut yang sudah pun tersebar dalam media sosial sebelum ini de­ngan mendakwa, ia telah diubah suai dan sengaja diada-adakan.
Ini susulan daripada keterangan Rozana, 37, kepada mahkamah minggu lalu bahawa dia te­lah mengarahkan orang gajinya mengambil gambar dirinya yang cedera sehari selepas kejadian dia dipukul pada 3 Jun 2014 sebelum membuat laporan polis pada 17 Jun 2014.



Kosmo Online

Jakarta: Seorang wanita di Cipulir, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan dituduh menggergaji tangan anak kandungnya hingga luka parah.

Kejadian itu terbongkar selepas Agensi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan daripada jiran keluarga itu.

“Kejadian berlaku beberapa minggu lalu. Kami menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada jiran keluarga berkenaan selepas kanak-kanak itu melarikan diri dari rumahnya kerana takut dipukul si ibu,” kata Pesuruhjaya KPAI Jakarta Erlinda.
Menurut Erlinda, kanak-kanak berusia 12 tahun itu, Gaizka Tristan meminta pertolongan jirannya.

“Mulanya GT melarikan diri, bersembunyi di rumah jirannya. Jirannya menghantarnya pulang kepada ibunya Sharon Rose Leasa kerana menganggap ia masalah keluarga.
“Tetapi, Gaizka lari lagi. Kali ini dia bercerita kepada jirannya mengenai kekejaman ibunya, termasuk tindakan Sharon menggergaji tangan kirinya. Walaupun tidak putus, Gaizka cedera teruk,” kata Erlinda.

Gaizka kini berada di tempat selamat di bawah perlindungan KPAI.
Sementara itu, polis Jakarta Selatan berkata, pihaknya masih belum menahan Sharon sebagai suspek dalam kes itu kerana siasatan masih dilakukan.

“Kami akan menyoal siasat Sharon sebelum bertindak. Siasatan awal menunjukkan tiada gergaji di rumah itu,” kata jurucakap polis Jakarta Selatan Audi Latuheru.
Dalam pada itu, Sharon ketika ditemui di balai polis Jakarta Selatan untuk membuat laporan mengenai kehilangan anaknya menafikan dakwaan dia menggergaji Gaizka. - Agensi



Pasir Mas: “Tiba-tiba bunyi letupan kuat dari dalam rumah dan sebaik keluar bilik, saya lihat bilik abang berasap,” kata adik kepada seorang lelaki berusia 27 tahun yang parah di pergelangan tangan kiri dipercayai terkena mercun buatan sendiri.

Kejadian berlaku di Kampung Galok Chetok, di sini, jam 6 pagi semalam menyebabkan tangan kiri mangsa yang juga bekas tentera hancur. Dia dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Adiknya yang hanya mahu dikenali sebagai Ira, 18, berkata, dia sedang tidur ketika letupan berlaku dan terkejut mendengar ibunya menjerit sebelum bangun.

“Saya tak sangka apa-apa sebelum ibu masuk bilik saya dan minta saya bangun daripada tidur. Sebaik keluar bilik, saya tengok bilik abang berasap dan dia berlumuran darah serta terbaring tidak sedarkan diri di atas tilam.

Hmetro Online


Calais (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang menyambut hari kemerdekaan Amerika Syarikat maut dalam keadaan mengerikan apabila bunga api yang dinyalakan di atas kepalanya meletup.

Ketika kejadian Devon Staples, 22, bersama rakannya minum dan bermain bunga api di belakang halaman rumah rakannya Sabtu lalu.
Jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Stephen McCausland berkata, Staples meletakkan bunga api di atas kepala dan mahu membakarnya, tetapi cuba dihalang rakannya.

“Mungkin Staples fikir menyalakan bunga api di kepala idea yang hebat.
“Rakannya cuba menghalang dia berbuat demikian, tetapi dia tidak mengendahkannya,” kata McCausland.

Hmetro online



PETALING JAYA: Pelawak Jihan Muse terkejut dengan laporan mengatakan dia kini dikawal seseorang sejak dilimpahi dengan pelbagai tawaran kerja.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 32, berkata, isu seperti itu tidak patut timbul memandangkan tiada siapa yang campur tangan urusan kerjanyanya melainkan pihak pengurusan dan keluarga.

"Pada pendapat saya, isu siapa campur tangan kerja seni saya tidak patut timbul dan tidak perlu diperbesarkan.

"Memandangkan laporan pojok itu tidak menjelaskan siapa individu yang mengawal gerak geri kerja seni saya, maka saya akan menjelaskan perkara ini berdasarkan artikel berkenan ditulis.


"Cuma saya tidak faham, bukankah sesuatu yang normal apabila ada pihak yang menyusun dan mengambil tahu pergerakan saya? Takkan keluarga sendiri tidak boleh campur tangan? Saya tidak faham," katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, menerusi ruangan pojok di sebuah akhbar, Jihan dilaporkan mula dikawal 'seseorang' yang akan mengambil berat setiap pergerakannya termasuklah daripada segi pemilihan pakaian sejak dia mendapat banyak tawaran kerja kebelakangan ini.


Menurut akhbar berkenaan, perkara itu membuatkan Jihan tersepit dan risau sekiranya langkah itu menggores hati mana-mana pihak yang terbabit.

Individu yang dikaitkan dalam artikel itu ialah teman lelaki Jihan iaitu  Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 30.

Sementara itu, Jihan terus berharap agar perkara tersebut tidak dibesar-besarkan dan pada masa yang sama dia tetap bersyukur masih ada pihak yang begitu prihatin terhadap dirinya.

Dalam perkembangan lain, Jihan mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan mana-mana kerja seni sepanjang bulan Ramadan kerana ingin melakukan ibadah puasa bersama-sama keluarga.

"Bulan puasa ini, saya memang nak lebihkan amalan-amalan saya. Hanya satu kerja sahaja yang saya terlibat iaitu latihan teater Maduku Kalut Returns yang akan dipentaskan pada Ogos depan.

"Selebihnya, masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga," tuturnya.

Maduku Kalut Returns terbitan Mask Team bakal dipentaskan pada 7, 8 dan 9 Ogos depan.Tiket boleh dibeli secara atas talian menerusi www.airasiaredtix.com dan dijual dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan RM155 (platinum).

Mstar Online