Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SUDAH sedia maklum bahawa bintang sensasi Hollywood, Kim Kardashian kini sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan penyanyi rap, Kanye West.
Lumrah menjadi selebriti terkenal, jantina anak kedua pasangan itu kini menjadi bahan bualan serta ramai yang membuat andaian sendiri mengenainya.
Sebelum ini ada juga sumber menyatakan bahawa North West iaitu anak sulung Kim dan Kanye itu bakal mendapat adik lelaki tidak lama lagi.
Namun, semua dakwaan dan andaian itu telah dibidas oleh Kim sendiri melalui laman sosial Twitter miliknya yang menyatakan dia masih belum mendedahkan jantina anaknya kepada sesiapa lagi.
“Terlalu banyak khabar angin..kami tidak akan dapat anak kembar, ya memang saya sedang hamil dan kami belum memberitahu jantina anak kami kepada sesiapa lagi.” tulisnya dalam twitter.

ENTAH apa sebabnya, seorang lelaki yang terlibat dengan kemalangan telah memilih untuk menamatkan riwayat dengan menerjun dari perancah projek Mass Rapid Transit (MRT).
Insiden yang mengejutkan itu dipercayai berlaku di Jalan Tunku Abdul Halim (Jalan Duta) pada jam 11 pagi semalam.
Menurut laporan, kereta yang dipandu oleh lelaki yang berusi 30-an itu terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain sebelum kedua-dua pemandu keluar untuk berbincang.
Melalui keterangan pemandu yang dilanggar oleh mangsa yang hanya dikenali sebagai Ong, mangsa secara tiba-tiba memanjat besi perancah MRT dan melompat dari ketinggian empat tingkat.
“Seorang lelaki melanggar kereta saya dari belakang jadi saya keluar untuk periksa”, katanya memetik laporan dari TheStar Online.
Menurut Ong lagi, lelaki terbabit pada mulanya enggan keluar dari keretanya dan cuba untuk lari tetapi enjin keretanya tidak boleh dihidupkan.
“Selepas beberapa ketika, dia berputus asa, keluar dari keretanya dan memberi kad pengenalannya kepada saya dan menyuruh saya membuat tuntutan insuran”, kata Ong.
Lelaki tersebut kemudiannya berjalan kearah tapak pembinaan MRT berdekatan dan memanjat perancah sebelum terjun.
“Saya tidak menyangka perkara itu terjadi. Tapi dia kelihatan tertekan”, kata Ong lagi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, mayat sudah dihantar untuk bedah siasat.

PADA awalnya timbul perasaan ingin ketawa apabila membaca laporan polis milik seorang pekebun yang tinggal di Yong Peng, Johor ini.
Namun, perasaan itu bertukar menjadi simpati apabila mengenang nasib mangsa yang diugut individu tidak bertanggungjawab.
Semuanya berpunca gara-gara tindakan mangsa yang tersilap menghantar mesej berbau lucah kepada isteri orang yang berbunyi, “MAMA.. Te*** MAMA BESAR PAPA ISAP SEDAP, PAPA BALIK NANTI NAK ISAP”.
Menurut mangsa, mesej tersebut dihantar kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bekerja, semalam.
Difahamkan, mesej itu sebenarnya ditujukan kepada isteri mangsa namun tersilap hantar kepada wanita lain.
Berikutan itu, mangsa dikatakan diugut sebanyak RM3000 oleh wanita terkenaan sebelum anak-anaknya melaporkan kepada pihak polis.
Gusar dan takut dengan ugutan wanita tersebut, mangsa memilih untuk membuat laporan polis berkenaan ugutan tersebut.
Pada masa yang sama, pekebun berkenaan mengaku bersalah akan kecuaiannya selain memohon maaf terhadap wanita berkenaan.
Alahai, jika difikirkan kesilapan menghantar mesej-mesej ‘nakal’ lagi ‘lucah’ kepada insan yang bergelar wanita bukanlah sesuatu perkara kecil kerana ianya boleh menimbulkan onar dan salah faham.
Bagaimanpun, tindakan wanita berkenaan yang mengugut dengan wang ringgit juga adalah ‘permintaan yang melampau’ dan tidak boleh diterima akal.
Mana tidaknya, seolah-olah mengambil kesempatan di atas kecuaian dan kesilapan orang lain.
Mungkin kes ini boleh memberikan pengajaran kepada lelaki tersebut dan orang ramai di luar sana agar lebih berhati-hati dalam memberikan pesanan lebih-lebih lagi yang berbaur lucah dan nakal. 


MEMANG hebat, skill menari wanita yang juga seorang pesara guru berusia 60 tahun ini sememangnya luar biasa dan menakjubkan bagi golongan yang seusia dengannya.
Video tarian lincah Shirley Clements bersama anak muridnya di Sekolah Menengah Ridge Panorama di British Columbia itu mula viral selepas ianya dimuat naik di laman web Ellen Degenerees.
Shirley merupakan pesara guru tarian dan persembahan itu merupakan kejutan yang dibuat untuk meraikan persaraan beliau.
Dengan iringan lagu popular Uptown Funk nyanyian Bruno Mars, gelagat wanita itu memang gempak dan sama sekali tak dijangka, rasanya orang muda yang tak miliki skill pun tak boleh lakukannya!

KALAU diikutkan tahun ini sahaja sudah beberapa kali Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin berulang-alik ke kota London.
Dah jadi macam rumah kedua dah! Itulah murah rezeki namanya.
Seperti yang kita tahu selain berlakon, Che Ta dan adik-beradiknya juga turut mengusahkan perniagaan tudung Padusi selain dirinya turut laku disambar produk-produk yang mahu menjadikan aktres cantik ini sebagai jurucakapnya.
Jadi tak hairanlah kalau dia sering berulang-alik ke London macam pergi Kuala Lumpur ke Langkawi sahaja. Hehe..
Mengakui tidak bosan berkunjung ke London dan juga kota cinta Paris, Rozita atau Che Ta mendedahkan dia ada memasang niat untuk membeli rumah dan membuka sebuah restoran di London.
Memetik Harian Metro, Che Ta berkata, “InsyaAllah kalau ada rezeki, saya dan suami mahu beli rumah di sana. Zain pun pernah mencadangkan supaya saya buka restoran di sana. Bagi merealisasikan impian itu, kami kena bekerja lebih keras.”

MASIH lagi hangat menjadi bualan, gambar terbaru Miley Cyrus yang tampil berbogel untuk majalah Paper kini menjadi perbandingan dengan bintang sensasi yang juga pernah berbogel untuk majalah itu, Kim Kardashian.
Mungkin Kim Kardashian jauh lebih seksi dengan potongan badan yang mantap, namun kehadiran Miley dalam majalah sensasi itu lebih unik dengan warna-warni yang ada pada tubuh badannya.
Tidak cukup dengan gambar sensasinya, Miley menghangatkan lagi keadaan dengan membuat pendedahan mengenai identitinya sebagai seorang biseksual kepada ibunya ketika berumur 14 tahun.

Dia memberitahu ibunya perkara itu semasa dia masih lagi terkenal dan popular sebagai Hannah Montana.
“Saya masih ingat, saya beritahunya mengenai perasaan saya terhadap perempuan sangat berbeza. Dia tanya apa maksud saya dan saya cakap saya suka perempuan sama seperti saya suka lelaki.
“Ianya sangat sukar untuk ibu saya faham dan dia tidak mahu saya dikritik dan tidak mahu saya ke neraka namun saya meminta dia untuk menerima saya seadanya,” kata Miley dalam sesi temubual untuk majalah itu.

Dia juga menyatakan dirinya kini bersikap terbuka dan menerima apa sahaja jenis hubungan yang mengizinkan asalkan tidak melibatkan haiwan. 

SUMBER: PAPER MAGAZINE

UNTUK maklum anda, kisah yang ingin kami kongsikan ini diceritakan oleh anak kepada usahawan ‘Nasi Lemak To You’ yang menggunakan nama akaun Encik Mizie menerusi laman Facebook.
Apa yang dilalui oleh usahawan nasi lemak di Johor ini layak dijadikan sumber  inspirasi buat pembaca supaya percaya bahawa rezeki ada di mana-mana jika kita sentiasa berusaha.
Kami percaya, kini usahawan Nasi Lemak To You ini boleh tersenyum lebar apabila telah melepasi saat getir hidupnya suatu ketika dahulu apabila tiada pekerjaan.
Malah, dengan rezeki penjualan nasi lemak, ibu kepada Encik Mizie sudah mampu membeli rumah dan memiliki sebuah lori.

Sesungguhnya, peribahasa ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’ ini amat sesuai menggambarkan kesusahan dan kejayaan yang dikecapi usahawan wanita ini.
Ikuti kisah Encik Mizie…
Mak saya dulu kerja kilang, kilang tutup, dia buat kuih tart nenas untuk jual. Kawan mak suruh niaga nasi lemak, dia bagi tempat niaga percuma untuk niaga pagi, malam orang tu niaga pula. Mak saya x ada buat pinjaman apa2, niaga sikit-sikit sampai orang kenal dan banyak kawan.
Ada pelanggan mahu bantu untuk mak saya dapat bantuan percuma dari MCA, dapat lah deep freezer, mesin giling cili, mixer besar.
Duit untung dapat dah beli rumah, dan beli lori kecil baru. Mak jual sendiri dan hantar kedai kopi cina. Mak saya kata, kalau tahu niaga untung, tidak lah kerja kilang. hahaha.. Adik saya pun banyak bantu untuk promosi jual nasi lemak, dapat order dari sekolah dan kilang, branding ‘Nasi Lemak To You’.
Semoga kisah usahawan Nasi Lemak To You ini menjadi inspirasi dan taulan buat semua. – MYNEWSHUB.CC

CHINA: Seorang lelaki yang merupakan penggemar tofu terkejut besar selepas doktor berjaya membuang 420 biji batu karang setelah buah pinggangnya dibedah.

Lelaki berkenaan, He, 55, berkata, batu karang tersebut terbentuk kerana tabiat makannya yang suka memakan tofu tetapi tidak minum banyak air kerana tofu mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.

Dia hanya menyedari penyakitnya itu selepas mendapatkan rawatan doktor kerana mengalamo sakit di bahagian bawah perut.

Selepas menjalani pemeriksaan X-ray doktor terkejut kerana mendapati buah pinggangnya mengandungi begitu banyak batu.

Pembedahan akhirnya dijalankan selepas He tidak dapat minum air kerana saluran buah pinggangnya sudah tersumbat dan perlu digantikan dengan buah pinggang baru.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Wei, ini adalah kejadian pertama dalam hidupnya menyaksikan begitu banyak batu di dalam buah pinggang di mana pembedahan untuk membuang ketulan-ketulan batu itu mengambil masa sehingga 2 jam.

“Ketika pembedahan hampir berakhir, barulah saya sedar betapa lengan dan kaki saya kebas kerana terpaksa mengutip 420 batu yang pelbagai saiz dan warna,’ katanya.

Dr. Wei memberitahu bahawa kebanyakan tofu yang dijual di Dongyang mengandungi kandungan kalsium yang amat tinggi dan kurang minum air selepas memakan tofu tersebut menjadi salah satu faktor kepada pembentukan batu karang.


PETALING JAYA: Pelakon baharu Mia Ahmad berharap khabar angin kononnya terdapat pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya sebagai Yuhanis dalam Hari Perempuan adalah cerita tidak benar. 

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia sudah lama mendengar mengenai gosip tersebut tetapi enggan mempercayainya kerana berita tersebut seolah-olah ingin menarik perhatian pembaca.

"Saya tak rasa berita kononnya pasangan suami isteri bercerai kerana Yuhanis adalah cerita betul.

"Apabila saya membuka blog yang menyebarkan berita itu, ia tidak kelihatan benar, sebaliknya ia seperti sengaja direka dengan tujuan untuk meraih perhatian orang ramai," katanya kepada mStar Online pada Rabu.



Minggu lalu, sebuah blog tempatan telah mengeluarkan artikel mengenai seorang isteri telah memfailkan perceraian kerana bengang suaminya sering menyebut nama Yuhanis ketika sedang tidur.

Kata isteri tersebut, sejak menonton drama Hati Perempuan, suaminya mula menunjukkan perubahan sehingga kedua-dua mereka kerap bergaduh.


Sementara itu, Mia berkata, sekiranya benar ada pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya itu, dia pasti akan bersedih kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sekiranya betullah khabar itu, saya sangat sedih kerana tidak sangka watak Yuhanis memberi impak sehingga ke tahap itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Mia mengakui drama tersebut mempunyai impak yang tersendiri apabila ramai memberi komen rata iaitu positif dan negatif.

Bagaimanapun dia bersyukur, namanya mula menjadi perhatian kerana lakonan itu dan sedikit sebanyak menambahkan rezeki dalam kerjayanya.

"Alhamdulillah, sejak dikenali menerusi Hati Perempuan, saya menerima pelbagai tawaran lakonan sehingga membuatkan saya perlu memilih.

"Malah saya turut ditawarkan menjadi model dan duta untuk beberapa produk," tuturnya.

Drama Hati Perempuan sudah pun tamat siarannya di TV3 pada 14 Mei lalu.

Mstar Online

Las Vegas: Seorang wanita mengaku membunuh suaminya sendiri selepas rahsianya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain diketahui mangsa.
Maria Hernandez, 32, dan adik lelakinya Hector Gutierrez, 22, ditahan dan dituduh membunuh suaminya, Enrique Hernandez.
Mayat Hernandez dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya hampir putus.
Maria dipercayai merancang pembunuhan itu sebulan lalu dengan bantuan Gutierrez yang menyerang mangsa menggunakan kapak.
Wanita itu pada mulanya menghubungi polis berhampiran persimpangan Buffalo Drive pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) dan memberitahu ada lelaki menyerang suaminya.
Selepas disoal siasat Maria akhirnya mengaku dia bersubahat dengan Gutierrez untuk membunuh suaminya itu.
Maria menyembunyikan kapak di tempat duduk belakang kereta yang dipandunya dan menyuruh Gutierrez menggunakan senjata itu untuk menyerang mangsa. - Agensi


London: Kemunculan satu permainan baru yang dipercayai boleh memanggil roh kini menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja.

Permainan yang dikenali sebagai ‘Cabaran Charlie Charlie’ digambarkan sebagai ritual ghaib dan membolehkan pemain berhubung dengan roh.

Cara permainannya hanya menggunakan dua batang pensel yang disilangkan dan diletakkan di atas sehelai kertas yang ditulis dengan perkataan ‘Ya’ dan ‘Tidak’.
Si pemain kemudiannya menyeru roh dengan menyebut ‘Charlie, Charlie boleh kita main?’ sebanyak dua kali dan menunggu pensel itu bergerak.

Sekiranya pensel menunjuk ke arah ‘Ya’, mereka boleh mula bertanyakan soalan.
Untuk menamatkan permainan, mereka perlu meminta kebenaran dengan menyebut ‘Charlie, Charlie bolehkah kita berhenti?’

Mereka perlu menunggu sehingga pensel menunjukkan ke arah ‘Ya’.
Selesai bermain, mereka harus menjatuhkan pensel ke lantai supaya roh itu boleh kembali ke tempat asal dan tidak mengganggu pemain.

Permainan itu menjadi popular selepas ramai remaja memuat naik video pensel yang bergerak sendiri di Internet.
Sekumpulan remaja di sini memberitahu permainan itu sangat menyeramkan walaupun mereka tahu tidak mungkin roh masuk ke dalam pensel berkenaan.
“Kami mahu berseronok dan tahu pensel itu bergerak akibat gerakan kami sendiri.
“Bagaimanapun, melihat pergerakan pensel itu sudah cukup untuk membuat kami berasa seram,” katanya.
-

Johor Bahru: Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah pengalaman hidup dilalui seorang jurujual apabila ‘perkahwinan segera’ bersama jejaka idaman yang dikenali menerusi laman sembang sosial bertahan 10 hari saja.

Kebahagiaan yang diimpikan musnah dalam sekelip mata selepas lelaki yang dinikahi itu didakwa hanya mahu mengikis harta, selain menjadikan dirinya sebagai batu loncatan untuk menebus hutang judi lebih RM300,000.
Menceritakan kisah malangnya, mangsa yang ingin dikenali sebagai Amy, 33, mengakui percintaan mereka berlaku begitu pantas ketika berkenalan menerusi laman sembang sosial pada 4 Jun tahun lalu.

Menurutnya, dalam tempoh hanya tiga hari perkenalan, pemuda yang baru dikenali ketika itu meluahkan keinginan untuk hidup bersama.
“Bayangkan tidak sampai tiga hari bersembang, dia (bekas suami) mengeluarkan ayat-ayat cinta menyebabkan saya cair dengan kata-katanya itu.

Hmetro Online