Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Lelaki berkenaan, He, 55, berkata, batu karang tersebut terbentuk kerana tabiat makannya yang suka memakan tofu tetapi tidak minum banyak air kerana tofu mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.
Dia hanya menyedari penyakitnya itu selepas mendapatkan rawatan doktor kerana mengalamo sakit di bahagian bawah perut.
Selepas menjalani pemeriksaan X-ray doktor terkejut kerana mendapati buah pinggangnya mengandungi begitu banyak batu.
Pembedahan akhirnya dijalankan selepas He tidak dapat minum air kerana saluran buah pinggangnya sudah tersumbat dan perlu digantikan dengan buah pinggang baru.
Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Wei, ini adalah kejadian pertama dalam hidupnya menyaksikan begitu banyak batu di dalam buah pinggang di mana pembedahan untuk membuang ketulan-ketulan batu itu mengambil masa sehingga 2 jam.
“Ketika pembedahan hampir berakhir, barulah saya sedar betapa lengan dan kaki saya kebas kerana terpaksa mengutip 420 batu yang pelbagai saiz dan warna,’ katanya.
Dr. Wei memberitahu bahawa kebanyakan tofu yang dijual di Dongyang mengandungi kandungan kalsium yang amat tinggi dan kurang minum air selepas memakan tofu tersebut menjadi salah satu faktor kepada pembentukan batu karang.
Global

PETALING JAYA: Pelakon baharu Mia Ahmad berharap khabar angin kononnya terdapat pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya sebagai Yuhanis dalam Hari Perempuan adalah cerita tidak benar.
Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia sudah lama mendengar mengenai gosip tersebut tetapi enggan mempercayainya kerana berita tersebut seolah-olah ingin menarik perhatian pembaca.
"Saya tak rasa berita kononnya pasangan suami isteri bercerai kerana Yuhanis adalah cerita betul.
"Apabila saya membuka blog yang menyebarkan berita itu, ia tidak kelihatan benar, sebaliknya ia seperti sengaja direka dengan tujuan untuk meraih perhatian orang ramai," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Minggu lalu, sebuah blog tempatan telah mengeluarkan artikel mengenai seorang isteri telah memfailkan perceraian kerana bengang suaminya sering menyebut nama Yuhanis ketika sedang tidur.
Kata isteri tersebut, sejak menonton drama Hati Perempuan, suaminya mula menunjukkan perubahan sehingga kedua-dua mereka kerap bergaduh.
Sementara itu, Mia berkata, sekiranya benar ada pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya itu, dia pasti akan bersedih kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
"Sekiranya betullah khabar itu, saya sangat sedih kerana tidak sangka watak Yuhanis memberi impak sehingga ke tahap itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Mia mengakui drama tersebut mempunyai impak yang tersendiri apabila ramai memberi komen rata iaitu positif dan negatif.
Bagaimanapun dia bersyukur, namanya mula menjadi perhatian kerana lakonan itu dan sedikit sebanyak menambahkan rezeki dalam kerjayanya.
"Alhamdulillah, sejak dikenali menerusi Hati Perempuan, saya menerima pelbagai tawaran lakonan sehingga membuatkan saya perlu memilih.
"Malah saya turut ditawarkan menjadi model dan duta untuk beberapa produk," tuturnya.
Drama Hati Perempuan sudah pun tamat siarannya di TV3 pada 14 Mei lalu.
Mstar Online
Hiburan

Las Vegas: Seorang wanita mengaku membunuh suaminya sendiri selepas rahsianya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain diketahui mangsa.
Maria Hernandez, 32, dan adik lelakinya Hector Gutierrez, 22, ditahan dan dituduh membunuh suaminya, Enrique Hernandez.
Mayat Hernandez dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya hampir putus.
Maria dipercayai merancang pembunuhan itu sebulan lalu dengan bantuan Gutierrez yang menyerang mangsa menggunakan kapak.
Wanita itu pada mulanya menghubungi polis berhampiran persimpangan Buffalo Drive pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) dan memberitahu ada lelaki menyerang suaminya.
Selepas disoal siasat Maria akhirnya mengaku dia bersubahat dengan Gutierrez untuk membunuh suaminya itu.
Maria menyembunyikan kapak di tempat duduk belakang kereta yang dipandunya dan menyuruh Gutierrez menggunakan senjata itu untuk menyerang mangsa. - Agensi
Global

London: Kemunculan satu permainan baru yang dipercayai boleh memanggil roh kini menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja.
Permainan yang dikenali sebagai ‘Cabaran Charlie Charlie’ digambarkan sebagai ritual ghaib dan membolehkan pemain berhubung dengan roh.
Cara permainannya hanya menggunakan dua batang pensel yang disilangkan dan diletakkan di atas sehelai kertas yang ditulis dengan perkataan ‘Ya’ dan ‘Tidak’.
Si pemain kemudiannya menyeru roh dengan menyebut ‘Charlie, Charlie boleh kita main?’ sebanyak dua kali dan menunggu pensel itu bergerak.
Sekiranya pensel menunjuk ke arah ‘Ya’, mereka boleh mula bertanyakan soalan.
Untuk menamatkan permainan, mereka perlu meminta kebenaran dengan menyebut ‘Charlie, Charlie bolehkah kita berhenti?’
Mereka perlu menunggu sehingga pensel menunjukkan ke arah ‘Ya’.
Selesai bermain, mereka harus menjatuhkan pensel ke lantai supaya roh itu boleh kembali ke tempat asal dan tidak mengganggu pemain.
Permainan itu menjadi popular selepas ramai remaja memuat naik video pensel yang bergerak sendiri di Internet.
Sekumpulan remaja di sini memberitahu permainan itu sangat menyeramkan walaupun mereka tahu tidak mungkin roh masuk ke dalam pensel berkenaan.
“Kami mahu berseronok dan tahu pensel itu bergerak akibat gerakan kami sendiri.
“Bagaimanapun, melihat pergerakan pensel itu sudah cukup untuk membuat kami berasa seram,” katanya.
-
Global

Johor Bahru: Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah pengalaman hidup dilalui seorang jurujual apabila ‘perkahwinan segera’ bersama jejaka idaman yang dikenali menerusi laman sembang sosial bertahan 10 hari saja.
Kebahagiaan yang diimpikan musnah dalam sekelip mata selepas lelaki yang dinikahi itu didakwa hanya mahu mengikis harta, selain menjadikan dirinya sebagai batu loncatan untuk menebus hutang judi lebih RM300,000.
Menceritakan kisah malangnya, mangsa yang ingin dikenali sebagai Amy, 33, mengakui percintaan mereka berlaku begitu pantas ketika berkenalan menerusi laman sembang sosial pada 4 Jun tahun lalu.
Menurutnya, dalam tempoh hanya tiga hari perkenalan, pemuda yang baru dikenali ketika itu meluahkan keinginan untuk hidup bersama.
“Bayangkan tidak sampai tiga hari bersembang, dia (bekas suami) mengeluarkan ayat-ayat cinta menyebabkan saya cair dengan kata-katanya itu.
Hmetro Online
Isu Semasa

inilah Negara Republik paling kecil di dunia. Nauru yang dulu dikenali dengan sebutan Pleasant Island (Pulau Menyenangkan). Republik terkecil di dunia, penduduknya yang hanya berjumlah 9500 orang.
Nauru terletak hanya satu darjah di bawah garis Khatulistiwa sekitar 3000 km dari Caims, Australia. Penduduk yang sedikit itu mendiami sepanjang jalan utama yang ukurannya 24 km. Jika ingin mengelilinginya, hanya diperlukan 30 minit dengan kelajuan kenderaan 40 km / jam sambil menikmati pemandangan.
Bangunan rumah yang seperti belum siap, banyak sampah berserakan dan banyak infrastruktur yang tidak selesai.
Di sepanjang jalan, masyarakat kelihatan tak mempunyai pekerjaan.Pada tahun 2000an, pengangguran di Nauru tertinggi di dunia iaitu mencecah 90 peratus. Namun, beberapa bahagian pulau disana sangat indah dan angka jenayah disana juga rendah. tertarik untuk bercuti ke sana?
Pelbagai
Rupanya perkara pelik dan mengelirukan bukan hanya berlaku di China, tapi juga di India. Beginilah jadinya bila rakyat ramai, perangai pun macam-macam.
Lihat saja perkara berikut:
1. Motorbasikal? Krisis identiti yang kreatif.
2. Lori terlebih angkut balak. ini padahnya !
3. Motor tarik kuda? Atau kuda tarik motor?
4. Boleh tahan motor ni, siap angkut Skuter
5. Sejak bila lori pakai pampers? Pening gini. Haha.
6. Mungkin ini kebun sayur-sayuran
7. Arkitek yang kreatif? Atau dah habis idea.. Dah macam seluar dalam admin tengok.
8. Best kot dia menggaru guna rotan tuh.
9. RARE ! Yang ni Keldai atau kuda belang?
10. Rebel atau tak faham atau buat2 tak nampak dan tak faham.
11. Motor dan helikopter. Memang kreatif!
12. Keretapi dan lori. Nampaknya lebih jimat dan luas berbanding motorhome. Para traveller pasti suka yang ini.
13. Haaa ! Ni nak hidang bayi atau Roti canai ?
14. Tak sangka pulak di India juga terdapat tradisi sebegini.
15. Apabila gajah naik stim masa musim mengawan. Ha Ha
16. Kreatif pulak sampai ayam dipakaikan seluar dalam.
17. Ini dia rel keretapi Serbaguna. Juga untuk lori
18. Jika tak dibenarkan ketawa di sini. Apa 0rang-orang di sini buat sebenarnya?
19. Oh Really?
Sumber : Buzzfeed.com
Pelbagai
BEBERAPA keping gambar seorang lelaki yang cedera akibat smoke vapor (vapor) yang digunakan meletup di dalam mulutnya kini viral di Facebook selepas ia dikongsikan oleh rakannya.
Travis Nummerdor memohon gambarnya disebarkan agar dapat menjadi iktibar kepada semua pengguna vapor di luar sana.
Gambarnya itu telah dikongsi oleh lebih 100 ribu pengguna sejak ia dimuat naik pada 22 Mei lalu oleh akaun rakannya, Nikki Boggs.
Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.
Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang mendakwa gambar itu adalah palsu dan mahukan bukti yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan serta gambar Travis itu.
Bagi menafikan dakwaan bahawa gambar itu palsu, melalui ruangan komen facebook, Travis memberitahu vapor yang digunakannya itu meletup pada khamis lalu.

Walau apa pun pendapat orang ramai, sebagai pengguna vapor, perkara ini perlu diambil serius dan langkah-langkah keselamatan perlu dijaga.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lebih baik berhenti merokok, apa jenis rokok pun rasanya membahayakan nyawa manusia.
Tengoklah gambar-gambar yang dikongsikan oleh Travis di laman sosial facebook di bawah, agak ngeri dan menakutkan juga, nasib baik tak melayang nyawa!
Global
Mana taknya, orang luar ingatkan tudung saji yang digunakan untuk menutup makanan adalah topi.
Haha, mungkin boleh jugalah digunakan sebagai topi menghalang kepanasan terutama buat pesawah-pesawah yang memerah keringat di bendang.. tapi info yang diberikan ni memang tak tepat.
Gambar ini diperoleh menerusi laman Instagram rasmi kelab bola sepak Tottenham Hotspur yang kini dalam kunjungan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Harimau Malaya.
Perlawanan itu akan diadakan pada jam 8.45 malam ini di Stadium Shah Alam.
Pelbagai

KUALA LUMPUR: Selepas 30 tahun bersiaran, program Nona yang cukup sinonim di TV3 pernah mencipta sejarah apabila hosnya berbadan dua contohnya seperti Ezzah Aziz Fawzy dan Nurfarahim Jamsari.
Kini hosnya, Fouziah Gous turut mengikuti jejak yang sama selepas disahkan hamil tiga bulan. Ia berita baik buat Fouziah kerana tanggal 21 September ini akan genap dua tahun usia perkahwinan dengan Md Zhafran Md Yusof.
Bagi Fouziah berita kehamilan itu dilihat kena pada masanya kerana dalam tempoh hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, ia menjadi ruang terbaik untuknya dan isteri mengenali antara satu sama lain. Ia umpama fasa berbulan madu bagi mereka kerana kedua-duanya bercinta selepas berkahwin.
"Nona kini pun sudah sebati dengan saya. Malah selama ini pun tumpuan saya lebih kepada pengacaraan untuk program Nona dan tidak menerima tawaran berlakon. Produksi Nona pun sangat menyokong dan saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada program ini.
"Jadi selama berbadan dua ini, perkembangan saya boleh dilihat menerusi program ini setiap Ahad di TV3," kata Fouziah Gous yang menjadi wajah ilham rekaan lebaran House Of Cosry, Blanc & Noir Raya 2015 Jumaat lalu ketika berlangsungnya pertunjukan fesyen itu di Hotel Royale Chulan.
Ketika ini, Fouziah mengakui masih berhati-hati bercerita mengenai berita kehamilannya kerana ia masih di peringkat awal. Dia mengakui berasa selesa tidak terlalu teruja bercerita. Malah sebelum ini sempat pergi bercuti seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.
Cuma dia sedar, tetap perlu menerima hakikat itu dan tidak perlu berselindung kerana hal itu pasti akan diketahui juga.
"Gembira saya memang bukan kepalang. Siapa yang tak gembira kalau dapat tahu mengandung bukan? Cuma dalam apa sudut perasaan pun, saya tidak mahu terlalu beriya-iya bercerita. Saya tak putus berdoa hari-hari supaya anak yang bakal dilahirkan ini akan sihat dan sempurna. Insya-Allah," katanya sambil menambah suami turut memanjat kesyukuran selepas dimaklumkan berita gembira itu.
"Bayangkan sejak berbadan dua ini, setiap malam sebelum tidur dia akan sapukan minyak di kaki saya selain mengusap perut. Pendek kata, apa saja permintaan saya ketika ini pasti dipenuhi. Macam puterilah ibaratnya. Perempuan mengandung memang kuat makan. Mintalah apa saja, dia akan layan dan penuhi," katanya.
Mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan kelak, Fouziah mahupun suaminya tak kisah.
"Anak pertama ini, saya dan suami terima saja rezeki yang akan dikurniakan kepada kami nanti. Tak ada nak 'gaduh' mahukan anak lelaki atau perempuan. Janji sihat dan cukup sifat," katanya.
Hiburan
PETALING JAYA: Pelawak Zizan menyifatkan kontroversi terhadapnya yang muncul silih berganti baru-baru ini bukanlah petanda popularitinya mula jatuh seperti yang diperkatakan beberapa pihak.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 31, berkata, istilah zaman kejatuhan tidak boleh digunakan kerana ia merupakan ketentuan takdir Tuhan terhadap manusia.
"Kita tidak boleh kata seseorang itu sedang berdepan dengan zaman kejatuhan kerana jatuh bangun seseorang itu adalah ketentuan Allah.
"Saya pun tidak boleh bercakap adakah saya melalui fasa kejatuhan atau tidak kerana semua itu adalah rezeki. Dan Alhamdulillah, sehingga kini tawaran kerja masih lagi ada," katanya kepada mStar Online.
Kontroversi Zizan mula tercetus selepas hubungan cintanya dengan aktres Emma Maembong terputus gara-gara kehadiran pihak ketiga pada hujung tahun lalu.
Pelawak itu kemudiannya dituduh sebagai individu yang menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita.
Belum surut tuduhan itu, Zizan dikatakan telah melanggan pelacur ketika berada di Indonesia dan kerana kontroversi yang tercetus tanpa henti, difahamkan stesen televisyen Astro telah merehatkan Zizan daripada muncul dalam mana-mana program stesen televisisyen berkenaan sementara waktu.
Bagaimanapun Zizan kini sedang terlibat sebagai juri tetap program Ceria Popstar menerusi siaran Astro Ceria (saluran 611) dan Maya HD (saluran 135).
Sementara itu Zizan memberitahu, dia enggan kontroversi yang terpalit itu dikenangkan sebaliknya mahu memberi fokus terhadap kerjaya seni.
"Benda yang lepas biarlah ia berlalu. Saya anggap ia sebahagian dugaan yang perlu dilalui.
"Yang penting saya perlu lalui dugaan-dugaan ini dengan tenang dan pada masa sama fokus terhadap kerja. Saya terima saja sama.orang.luar di sana suka saya atau tidak," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zizan akan terlibat dengan penggambaran super telefilem berjudul Strawberi Karipap untuk siaran Astro.
Mstar Online
Hiburan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy semakin hampir ke arah untuk memeluk agama Islam dalam usaha menerima kekasihnya, Akim Ahmad sebagai suami.
Perkara itu disahkan oleh Akim, 24, yang juga sudah bersedia untuk mendidik wanita itu agar menjadi muslim sejati.
"Dia (Stacy) sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua.
"Sebenarnya untuk saya mendidiknya tiada masalah, untuk kata saya ini sempurna tidak juga tetapi hasil daripada didikan yang diberikan oleh keluarga saya, cukup lengkap dan saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat," jelasnya kepadamStar Online.
Akim ditemui pada majlis Sinari Kemulian Ramadan Bersama Yeo's Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya di Grand Ballroom, Aloff KL Sentral, Kuala Lumpur di sini, Isnin.
Antara artis yang hadir ialah Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG (Hot FM) dan Heliza Helmi.
Ditanya mengenai perancangan perkahwinan mereka Akim berkata, buat masa ini dia sedang berusaha untuk memenuhi beberapa perkara lain sebelum benar-benar sedia menggalas tanggungjawab bergelar suami.
"Sebenarnya untuk ke peringkat seterusnya saya perlu menyiapkan banyak benda dalam kehidupan. Apabila berkeluarga kita perlu bataskan segala kemahuan kita, jadi perkara seperti itu saya belum bersedia kerana masih ada lagi keinginan yang perlu dipenuhi," katanya.
Tambah Akim, dia tidak mahu keinginannya itu terhalang selepas berumah tangga jadi dia mengambil pendekatan untuk memenuhi segala kemahuannya sebelum mengakhiri zaman bujangnya.
"Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti," katanya.
Dalam perkembangan lain, Akim bersama kumpulannya Akim & The Majistret dalam proses mengeluarkan album terbaharu bertajuk Patriot pada tahun ini.
Bercerita mengenai Sinari Kemulian Ramadan Bersama Yeo's Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya, seluruh warga Malaysia bersama bintang-bintang terkenal akan melakukan kerja amal dengan memberi sumbangan kepada golongan memerlukan dengan pembelian produk air minum kotak Yeo’s.
Resit hasil daripada pembelian harus disertakan dan penyertaan perlu dilakukan melalui aplikasi WeChat untuk memenangi hadiah bernilai RM300,000.
Kempen berkenaan bermula pada Khamis ini sehingga 5 Julai depan.
Mstar Online
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)































Recent Comments