Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Hong Kong: Duta antidadah, Datuk Jackie Chan, baru-baru ini sekali lagi menjadi ‘mangsa’ berita palsu di Internet apabila dia dikatakan mati lagi akibat serangan jantung.
Laporan itu disiarkan di cnminformativo.com Jumaat lalu dan mendapat ribuan ‘like’ di Facebook.

Untuk memastikan ia nampak benar, laman itu turut memuat naik gambar photoshop wartawan NBC Brian Williams mengumumkan kematian Chan.
Turut disertakan, petikan kata-kata isterinya Lin Feng-jiao: “Saya harap anda faham kehilangan dialami kami dan meminta ruang untuk berkabung.”
Chan mengesahkan di akaun Weibonya bahawa dia masih hidup malah terkedu selepas membaca laporan itu.

Hanya dua tahun lalu, Chan dilaporkan mati di laman web Global Associated News kononnya kerana terjatuh lebih 18 meter di pergunungan Hahnenkamm ketika penggambaran filem.
Sumber berita palsu lain sebelum ini juga pernah melaporkan ‘kematian’ Chan. - AP

Kuala Lumpur: Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Tamil maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya terbelah dua akibat digilis tren komuter.

Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, mayat mangsa, K Anamalay, 67, ditemui orang ramai di landasan berhampiran Stesen Komuter Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, di sini.

Kematian mangsa menimbulkan tanda tanya berikutan mangsa yang juga wartawan akhbar Tamil Malar dalam perjalanan ke tempat kerja dengan berpakaian kemas.


Difahamkan sebelum kejadian itu, mangsa sempat bersarapan bersama rakannya di sebuah restoran di Jalan Ipoh sebelum masing-masing menuju ke tempat kerja.

Seorang kenalan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik atau mengadu berdepan dengan masalah.
“Mendiang tinggal seorang diri di sebuah rumah di Jalan Ipoh.
“Kami benar-benar terkejut dengan kejadian itu apatah lagi dikhabarkan dia maut dalam keadaan demikian,” katanya.

Sementara itu, sumber Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 9.15 pagi sebelum menghantar pasukan KTMB ke lokasi untuk siasatan.
“Berdasarkan soal siasat terhadap pemandu tren, mangsa didakwa tiba-tiba terjun ke landasan dari platform dua.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut sudah diserahkan kepada pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Hmetro


Seorang pengguna Facebook, James Douglas Ripon telah menyalah ertikan tajuk berita yang dibacanya dengan menyatakan kes pembunuhan bayi kerat 15 yang dikesan di Johor semalam dilakukkan oleh wartawan yang melaporkan berita tersebut.
Makan terjadilah status di Facebooknya ” Teruk juga Mary Dass & Izlaily Nurul Ain Hussein ni… apasal dia org kerat mayat bayi itu?”
Tak pasal-pasal nama wartwan Harian Metro yang melaporkan berita tersebut ‘dicop’ pembunuh pula.

Apa-apa pun, perkara tersebut telah menjadi trending di Twitter dan membuatkan segelintir pengguna menyarankan agar Douglas perlu memahami konsep pemahaman Bahasa Malaysia dengan betul dahulu sebelum membuat andaian.
Selain itu, status berkenaan jugak menjadi bahan lawak banyak pihak.
-MYNEWSHUB.CC
Perkahwinan itu adalah satu ikatan perhubungan yang cantik. Orang berkahwin untuk menunjukkan mereka saling cinta-mencintai. Tetapi bagaimana pula jika telah jatuh cinta dengan Menara Eiffel yang tersergam indah di Perancis? Adakah cara untuk mengahwini dengan “nya”?

Seorang wanita bernama Erika La Tour Eiffel telah mengabadikan cintanya pada struktur Menara Eiffel ini. Dia berusia 37 tahun ketika “berkahwin” dengan Eiffel pada tahun 2007. Erika merupakan bekas tentera dan tinggal di San Francisco, Amerika Syarikat. Sebelum ini dia telah jatuh cinta dengan tumbuh-tumbuhan, alat memanah, Dinding Berlin, tapi hanya Eiffel yang dipilih untuk ikatan “perkahwinan”.

MEMALUKAN! Itulah apa yang dirasakan kami apabila status di Facebook seorang wanita Melayu ini menyatakan sesiapa yang ingin menjalinkan hubungan dengannya akan mendapat habuan ‘tetek’.
Status yang dimuat naik di halaman Facebooknya itu berbunyi “sapa couple ngan saya boleh dapat tetek. usaha ada dapat la.”
Pergh, sudah sampai tahap begini jatuhnya akhlak gadis Melayu kita…
Setelah kami melakukan sedikit kaji selidik, dikatakan status lucah tersebut adalah bukan daripada dirinya tetapi ia dimuat naik oleh rakan yang meminjam telefonnya.

Hmm, betul ke cik dik?
Jika melihatkan beberapa status yang lain, ia membuatkan kami merasa was-was dengan dakwaan daripadanya yang mengatakan ia ditulis oleh rakan.
Kalau lah betul, agak-agaklah sampai sebegini ‘kejam’ rakannya, kan dah tak pasal-pasal dapat malu…
Apa-apa pun kesimpulan yang dapat dikatakan di sini ialah jadikan info ini sebagai pengajaran untuk anda agar tidak sewenang-wenangnya membiarkan rakan anda ‘menyelongkar’ telefon pintar anda.
Bayangkan jika telefon anda hilang atau dicuri, pastinya gambar-gambar hot yang berada di dalam telefon akan disebar.

Shaanxi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menghabiskan sepanjang usianya diikat untuk menghalangnya melarikan diri selepas dia mengalami kecacatan otak sejak berusia lapan bulan.
Menurut laporan media tempatan, si bapa, Yang berkata, anaknya Xiaoyu mengalami demam panas ketika kanak-kanak.
Keadaannya selepas itu bertambah teruk.
Tetapi kerana miskin, Yang dan isterinya hanya merawat Xiaoyu di rumah. Ketika berusia setahun, kanak-kanak itu jatuh katil ketika mengalami sawan. Sejak itu, dia tidak boleh berkomunikasi.
Demi keselamatan Xiaoyu, Yang mengikat anaknya pada tingkap dapur.
Apabila keluar bekerja, dia akan mengikat kanak-kanak itu pada pokok di luar rumah dengan tali sepanjang semeter.
Setiap kali dihampiri jirannya, Xiaoyu hanya akan mengangkat kepalanya untuk melihat sebelum kembali menggumam bersendirian.
“Dia akan melarikan diri jika saya tidak mengikatnya. Saya tidak ada pilihan lain untuk menangani masalah ini,” kata Yang.

Beijing – Seorang bilionair China dikhabarkan sanggup membayar £5 juta (RM28 juta) untuk membeli khidmat eksklusif bintang porno popular Jepun, Rola Misaki bagi tempoh 15 tahun akan datang.
Perbuatan tak ubah seperti filem popular 1990-an Pretty Woman ahli perniagaan misteri itu hadir bersama Rola, 22, dengan memakai topeng pada satu acara di Beijing, baru-baru ini.
Rola yang berdarah campuran Jepun dan Russia juga dipercayai mendapat kontrak lakonan dengan ‘Abang Serius’ selama 15 tahun bagi memperkembangkan kerjaya lakonannya selain menjadi pembantu peribadi.
Namun, keintiman ditunjukkan pasangan itu pada acara berkenaan membuatkan ramai menganggarkan kontrak terbabit merangkumi ‘klausa keintiman’.
Mengikut spekulasi media, dia dipercayai taikun bergelar ‘Abang Serius’ yang terkenal dalam industri hiburan sebagai bilionair yang tidak kisah berbelanja.
Rola yang mula mendapat perhatian melalui video di YouTube tidak begitu popular di negara asal namun, mempunyai ramai peminat di China dengan lebih 4.8 juta pengikut di Weibo.
Dia juga mendapat gelaran seperti ‘Dewi Lelaki Nombor 1.’
Pembelian khidmatnya itu tidak diterima baik peminatnya malah, seorang berkata, di Weibo:“Dia antara yang terbaik. Tak percaya dia kini dimiliki lelaki itu.” – Agensi/myMetro Online

LUMRAH bagi mereka yang suka mendaki gunung, sebaik tiba ke puncak sudah tentu perkara yang paling teruja dilakukan adalah bergambar bersama rakan-rakan dan selfie.
Namun malang tak berbau buat Eri Yunanti, 21, dia terjatuh ke dalam kawah Merapi sedalam 200 meter ketika selfie di puncak gunung terbabit, Sabtu lalu.

Mahasiswa Universiti Atma Jaya Yogjakarta itu dilaporkan mendaki bersama lima rakan lain pada malam Jumaat sebelum tiba di puncak sekitar jam 11 pagi, Sabtu.
Ketika bergambar di Puncak Garuda yang terletak di tepi Kawah Merapi, Eri dikatakan tergelincir dan terus hilang dari pandangan.
Hingga kini pasukan mencari dan menyelamat diberitakan masih mencari mangsa.
Misi SAR agak sukar disebabkan keadaan cuaca yang kurang elok, manakala kawah mengeluarkan gas beracun hingga alat bantuan pernafasan terpaksa digunakan.

MOSCOW - RUSIA. Seorang wanita parah dan kini sedang dirawat di hospital selepas diserang oleh seekor beruang di sini baru-baru ini.

Ketika kejadian, Natalya Pasternak, 55 bersama seorang rakannya mencari kayu di sebuah hutan berhampiran Tynda di wilayah Amur.

Menurut laporan The Siberian Times, selepas menyerang mangsa, beruang tersebut menimbus wanita itu dengan tanah kerana menyangkakan wanita tersebut telah mati sebelum kembali semula untuk menjamahnya.

Namun tindakan pantas anggota penyelamat selepas menerima laporan dari rakannya yang melarikan diri berjaya menyelamatkan nyawa wanita itu daripada menjadi makanan haiwan liar itu.

Beruang itu berjaya ditembak mati selepas turut cuba menyerang anggota penyelamat.

Penyelamat berjaya mengesan mangsa selepas menyedari tangan mangsa yang berlumuran darah disebalik timbunan daun kering.

Ketika ditemui, wanita itu berada dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan teruk di kepala dan kakinya.

Sebelum ini, terdapat beberapa serangan membabitkan beruang di kawasan wilayah berkenaan dengan sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam kejadian berasingan.

Seorang lelaki berusia 20-an dari Kota Jiangmen, Wilayah Guandong, China ditangkap pengawal keselamatan ketika sedang melakukan perkara yang menjijikkan iaitu makan najis di tandas wanita di sebuah pusat membeli belah terbesar di bandar itu.

Kes ini menggemparkan penduduk Jiangmen. Kemungkinan besar, lelaki itu mengalami gangguan mental. Bagaimanapun, hospital mental tempatan mendakwa tidak menemui data yang menunjukkan lelaki itu pernah dirawat. Pemilik pusat membeli-belah itu berharap kerajaan boleh memberikan rawatan terhadap lelaki muda tersebut, agar pengunjung tidak lari kerana tindakannya.

Wartawan GDTV sempat menemubual lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu. Dia ditanya kenapa makan najis dan mengapa di tandas wanita.

"Kerana di tandas wanita rasanya lebih enak," jawabnya sambil tersenyum.

KECOH jadinya apabila Mahkamah Rayuan Kuching, Sarawak baru-baru ini memutuskan seorang tertuduh kes rogol bawah umur, Bunya Jalong dibebaskan atas alasan tiada bukti berlaku penetrasi zakar.
Tertuduh, 60 tahun dibebaskan daripada hukuman asalnya selepas mahkamah rayuan mendapati empat sabitan kes rogolnya ‘tidak kukuh’, Khamis minggu lalu.
Berikutan itu, ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut yang membuktikan undang-undang sivil kini tidak mampu membela mangsa.
Menurut rekod siasatan, Bunya didapati bersalah merogol gadis berusia 14 tahun pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu.
Jenayah seksual yang dilakukan tertuduh mengakibatkan mangsa mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012.
Bunya bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah rayuan atas alasan dia hanya memasukkan jarinya yang berlumur air mani ke dalam faraj mangsa dan bukan melalui penetrasi zakar.
Ini kerana undang-undang sivil di Malaysia menyatakan penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol meskipun ujian DNA membuktikan anak yang dilahirkan mangsa adalah darah daging Bunya.
Kes ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berpendapat undang-undang seksual perlu dipinda segera bagi mengikut perkembangan masyarakat masa kini.
Nancy juga berharap agar agensi-agensi berkaitan mengkaji semula peruntukan undang-undang termasuk mengklasifikasikan semula pengertian rogol dan juga bahan lucah termasuk pornografi kanak-kanak.
“Sekiranya agensi gagal untuk menyelaras, ramai orang dewasa yang tidak bertanggungjawab akan berjaya melepaskan diri dengan menggunakan kelemahan dalam undang-undang.
“Secara peribadi, saya berasa sangat sedih apabila mendengar keputusan mahkamah yang membebaskan perogol yang merogol mangsa bawah umur. Sudah tiba masanya tindakan pindaan dibuat,” katanya.
Gambar Bunya yang dirakam selepas selesai keputusan perbicaraan dibacakan oleh mahkamah turut mendapat perhatian ramai.
Raut wajah Bunya yang tersenyum riang kegembiraan seolah-olah meraikan kemenangannya sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelan.
Memang sudah tiba masanya lompang undang-undang yang wujud dan dikesan melalui kes ini diperbaiki segera agar tidak akan ada mana-mana pihak yang melakukan tindakan yang sama dapat terlepas pada masa hadapan.

PENDUDUK di sebuah kondominium digemparkan dengan peristiwa ngeri lagi meloyakan apabila mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tangki air bangunan itu yang terletak di Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Menerusi laporan Harian Metro, mayat yang dikenal pasti sebagai Chua Wan Chooi, 43, berasal dari Klang itu ditemui jam 9.25 malam kelmarin oleh pekerja penyelenggara kondominium.
Anehnya, mangsa didakwa bukan penghuni kediaman itu selain tidak mempunyai sebarang rekod sebagai kontraktor di kondominium terbabit.


Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terlentang dalam tangki air.
Sementara tubuhnya sudah mengembang dan daging tubuhnya sudah reput menyerupai agar-agar.
Penemuan mayat ini sekali gus menjawab tanda tanya kehilangan mangsa sejak tujuh hari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.
Jelasnya, siasatan mendapati mayat mangsa ditemui dalam sebuah bilik pam yang membekalkan air kepada penghuni yang tinggal di pangsapuri itu.
Dalam pada itu, terdapat aduan daripada penduduk setempat yang mendedahkan air rumahnya mengeluarkan bau busuk dan rasa yang meloyakan.
Pada awalnya, ada penghuni yang menyangka ianya berpunca dari paip yang sudah karat namun ternyata sangkaan mereka meleset selepas mengetahui perkara sebenar.