Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

SEORANG guru wanita dari Republik Czech dibuang kerja selepas pelajarnya menjumpai video ujibakat pencarian bintang lucah yang dilakonnya tersebar di Internet, baru-baru ini.
Selepas ibu bapa pelajarnya mengetahui perkara tersebut, pihak sekolah telah didesak untuk membuang cikgu yang berkelakuan tidak senonoh itu.
Bagaimanapun, cikgu tersebut mempertahankan dirinya dengan menafikan terlibat dalam video lucah, sebaliknya mengatakan dirinya tertipu dan diberikan dadah oleh si perakam.
Dalam video itu, cikgu terbabit yang digelar Lucie mengatakan dia seorang ibu anak dua dan tujuannya mencuba pekerjaan baharunya itu adalah untuk mencuba sesuatu yang baharu selain daripada mengajar yang merupakan profesionnya sebelum ini.
Global

BUKAN tak biasa melihat gambar-gambar selfie atas katil yang dikongsikan oleh selebriti antarabangsa.
Tapi, entah kenapa kegilaan merakam gambar atas katil ini seperti sudah merebak pula kepada selebriti tempatan.
Gambar yang dikongsikan Ekin dalam Facebooknya itu dihujani pelbagai komen yang berbau teguran dan kritikan. Antaranya;
Biasalah sebagai negara yang mengamalkan budaya timur, isu-isu sebegini memang dianggap sensitif dan tidak molek jika dikongsi di laman sosial.
Tapi, respon Ekin membalas teguran peminat dalam Facebook miliknya ini memang pedas habis!
Nah, anda bacalah sendiri luahan Ekin ini;
SUMBER ; Mynewshub.cc
Hiburan
FLORIDA – Jijik. Pasangan ini memang tidak tahu malu apabila sanggup melakukan seks di depan orang ramai yang sedang mandi manda di sebuah pantai.
Aksi keji Jose Caballero, 40, dan Elissa Alvarez, 20 itu juga disaksikan oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Nasib baik polis cepat bertindak dengan menangkap mereka kerana melakukan perbuatan tidak senonoh.
Mereka kini berdepan hukuman penjara selama 15 tahun dan turut disenaraikan sebagai pesalah seks.
Dalam pad
Global
GARA-GARA ingin zakar ‘gagah perkasa’, seorang lelaki terpaksa menahan derita kesakitan berjam-jam lamanya sambil menanggung malu besar apabila cincin besi yang dipasang bagi tujuan seks tersekat pada kemaluan.
Sebelumnya akibat terlalu panik, lelaki berusia 44 tahun ini cuba menanggalkan cincin besi tersebut hingga menyebabkan zakarnya membengkak.
Berikutan itu, dia terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang semalam.
Bagaimanapun, deritanya tidak berakhir di situ.
Doktor yang mengalami kesukaran untuk mengeluarkan cincin besi itu terpaksa memanggil pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menyelesaikan kes ini.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada HKL meminta bantuan untuk mengeluarkan cincin yang terlekat di zakar mangsa kira-kira pukul 3.45 petang.
“Kami cuba untuk bercakap dengan dia semasa prosedur tetapi dia terlalu malu untuk bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baharu dibelinya di Amerika Syarikat. Selepas itu dia tidak bercakap lagi dengan kami.
“Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini,” jelas Azizan.
Operasi memotong cincin besi itu berakhir kira-kira pukul 5 petang.
– MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
AUSTRALIA – Sekeping gambar yang memaparkan seekor anak buaya menggigit alat sulit seorang lelaki telah tersebar luas di media sosial.
Gambar itu telah dihantar oleh seorang wanita dari Darwin ke bilik berita NT News. Namun wanita itu gagal dikesan bagi mendapatkan cerita sebenar mengenai gambar tersebut.
Pakar buaya, Professor Grahame Webb, telah mengkaji gambar berkenaan dan mendapati ia adalah benar.
“Saya tidak faham kenapa seseorang boleh membiarkan buaya berbuat demikian.
“Saya juga telah melihat gambar buaya dengan orang lain di seluruh dunia tetapi ini adalah sesuatu yang baru bagi saya,’’ katanya.
Seorang lagi pakar buaya yang enggan dinamakan berkata, lelaki itu berisiko tinggi terkena jangkitan kuman daripada gigi buaya tersebut.
Global

LONDON – Seorang pemuda berusia 19 tahun terkejut selepas mendapati penyebab tangannya membengkak adalah sebatang gigi yang melekat di dalam tangannya, tanpa disedari.
Gigi siong itu tertanam di bahagian jari tengah dan jari manis.
Lelaki berkenaan memaklumkan sebelum kejadian, dia bermain tinju dengan adiknya dan secara tidak sengaja telah tertumbuk muka adiknya.
“Jari saya luka tetapi dan hanya dibiarkan begitu sahaja. Saya tidak tahu gigi adik saya tercabut kerana selepas terkena tumbukan itu dia telah keluar dari rumah,’’ katanya.
Selepas tangannya terluka, dia hanya membasuh luka berkenaan dan kemudian tidur.
Namun selepas bangun tidur, dia mendapati tangannya membengkak serta amat sakit.
Dia kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital dan selepas x-ray dilakukan barulah doktor berjaya mengesan gigi berkenaan.
Pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan gigi tersebut dan pada masa yang sama bagi mengelak jangkitan kuman.
Tisu tangan di sekeliling gigi yang tertanam itu dikesan sudah mati.
Global

Geli, jijik dan meloyakan. Cuba bayangkan kalau tengah sedap anda kunyah burger yang baru dipesan, tiba-tiba anda terjumlah cacing di sebalik daging?
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang baru membeli McChicken melalui kaunter pandu lalu McDonalds di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat.
Kejadian tersebut disedarinya setelah dia mengigit McChicken tersebut dan terkejut dengan kemunculan seekor cacing besar berwarna ungu di dalamnya.

Memetik kenyataannya dalam portal Mirror, “Saya datang ke kaunter pandu lalu dan memesan dua biji burger untuk dua orang anak saya.
“Ketika saya mengunyah salah satunya, saya merasa sesuatu yang aneh. Bila saya lihat, rupa-rupanya terdapat cacing di dalamnya.”
Tambah individu itu lagi, ketika memeriksa daging terbabit untuk kepastian, dua terkejut lagi kerana terdapat dua ekor cacing!
Ketika membuat aduan, pihak pengurusan Mc Donalds ingin menggantikan burger terbabit dan memohon maaf atas kesilapan mereka, namun si ibu itu tidak berpuas hati.
Pihak pengurusan McDonalds turut dilihat cuba melarikan diri apabila mendakwa daging ayam itu dibekalkan oleh sebuah syarikat swasta.
Namun, si mangsa mempersoalkan, andai makanan tersebut dihantar dalam kuantiti yang banyak bersama-sama, maka tak mustahil ia turut berada dalam daging-daging lain.
Global
Chengdu, China: Seorang lelaki menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan kaki kanannya membesar secara luar biasa.
Liu Huichang, 21, disahkan menghidap penyakit yang dikenali sebagai macrodactyly yang menyebabkan bahagian badan membesar.
Keadaan itu menyebabkan kakinya membesar sepanjang 43.18 sentimeter dan setebal 14 sentimeter.
Huichang yang bekerja di sebuah kilang di sini terpaksa berhenti kerja kerana sukar untuk bergerak.
Lelaki itu berkata, kakinya mula membesar sejak dia kecil lagi dan sejak itu ia tidak berhenti membesar.
Global

Georgetown: Kecewa kerana cintanya tidak berbalas, seorang wanita warga Vietnam nekad terjun dari tingkat empat parkir kereta di flat Taman Aman Jaya, Relau, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa lingkungan 20-an maut di lokasi kerana patah kaki serta tangan selain mengalami kecederaan teruk di kepala.
Menurut sumber, wanita terbabit dikatakan tinggal di tempat lain dan pergi ke flat berkenaan untuk bertemu teman lelakinya, namun kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan kekasihnya itu yang tiada di rumah.
“Selain itu, wanita berkenaan juga sebelum ini dikatakan kerap bertengkar dengan teman lelakinya kerana hubungan cinta mereka bergoyah dan dia mengesyaki lelaki terbabit menjalin hubungan dengan wanita lain.
“Dia kemudian pergi ke flat terbabit untuk bertemu lelaki itu, namun hampa apabila mendapati teman lelakinya tiada di rumah,” katanya.
Hmetro Online
Isu Semasa

SOMERSET, Britain – Sepasang kekasih di sini yang bakal berkahwin akan melafazkan sumpah cinta mereka di atas wayar besi sekali gus menjadikan mereka pasangan pertama di Britain yang berbuat demikian.
Pasangan tersebut, Chris Bull, 37, dan Phoebe Baker, 25, akan berdiri pada ketinggian 24 meter dari atas kepala tetamu di Gua Wookey Hole, dekat sini ketika hari bahagia mereka nanti.
Sementara itu, pendaftar perkahwinan mereka akan menjalankan upacara perkahwinan dari atas tanah menggunakan alat pembesar suara di hadapan 100 orang tetamu yang bakal hadir dalam majlis esok.
“Majlis ini merupakan impian kami. Bull mengajar saya untuk berjalan di atas wayar,” ujar Baker yang akan melakukan upacara menukar cincin di udara.
Bull yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun berjalan di atas tali secara profesional mula mengajar tunangnya kemahiran itu sejak empat tahun yang lalu.
Baker telah mereka sendiri gaun perkahwinannya dengan abah-abah keselamatan untuk menyesuaikan ia pada majlis tersebut. – Agensi
Global

PENYANYI Beyonce dilaporkan mengupah seorang detektif untuk memerhati pergerakan suaminya, Jay Z ketika berada di luar rumah.
Sumber memberitahu, perkara tersebut dilakukan selepas rumah tangga mereka dilaporkan bermasalah akibat orang ketiga.
"Beyonce ketika ini mengupah seorang detaktif bagi mengawasi Jay Z dan melaporkan apa yang dilihat kepada wanita itu," ujar sumber seperti dipetik Mirror.
Beyonce bertindak demikian apabila mereka berduaa sibuk dengan pekerjaan masing-masing dan sukar berjumpa.
"Jaz sering pergi jauh dan perkara tersebut sering menjadi kebimbangan wanita itu. Oleh itu, dia mengupah mata-mata untuk awasi gerak-geri suaminya supaya hidupnya tenang," ujar sumber berkenaan.
Hiburan
![]() |
| Wanna Ali |
PETALING JAYA: Penyanyi Wanna Ali ditawarkan untuk menjadi jurucakap kepada sebuah produk iklan gara-gara wajahnya dikatakan mempunyai iras dengan pelakon Diana Danielle.
Bagaimanapun, Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Ali, 18, berkata, dia masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut.
"Ramai yang beritahu bahawa wajah saya seperti pelakon itu, tetapi saya sendiri tidak pernah bertemu dengannya.
"Malah saya juga dapat tawaran untuk jadi duta sebuah produk yang sebelum ini menggunakan khidmat Diana kerana wajah kami dikatakan sama, tetapi saya masih mempertimbangkan tawaran tersebut," ujarnya kepada mStar Online.
![]() |
| Diana Danielle |
Dalam pada itu, Wanna memberitahu pengorbanannya meninggalkan sementara dunia hiburan bagi menumpukan perhatian terhadap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini berbaloi.
Dia yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 7A 2B dalam peperiksaan tersebut berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di sebuah universiti swasta tidak lama lagi.
"Alhamdulillah, saya dapat keputusan yang cemerlang pada SPM lalu. Pengorbanan saya menghilang selama setahun di saat nama sedang meningkat naik dilihat sangat berbaloi, saya tidak rasa kesal pun bila orang sudah lupakan saya.
"Bagi saya bidang nyanyian ini hanya sebagai hobi yang serius sahaja dan pelajaran adalah yang paling utama," ujarnya.
Wanna berkata, dia menggunakan masa yang ada sebelum menyambung pelajaran untuk mempromosi single terbaharunya iaitu Tak Mengapa berkolaborasi dengan penyanyi rap, Juzzthin.
Mstar Online
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)












Recent Comments