Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Kerja-kerja seni ni merangkumi pelbagai cabang, tapi apa yang pasti tiap satu hasilnya pasti memukau dan membuatkan kita kagum dengan ketajaman minda dan kedalaman maksud setiap kerja. Dalam posting kali ni, admin nak kongsikan hasil kerja Slinkachu. Hasil seninya memang unik kerana gambar-gambarnya dilihat sekali, pasti tidak akan perasan ada benda yang tersembunyi disebalik 'framing' gambar tersebut, apakah benda yang tersembunyi tu?
Pelbagai
Inilah cara hukuman yang dikenakan keatas pencuri di iraq yang mengamalkan hukum Hudud, Hukuman potong tangan dijalankan ini dilakukan di kawasan bandar daerah Mosul dan dipertontonkan kepada orang ramai sebagai pengajaran.
Inilah yang ditekankan didalam hukum hudud, iaitu hukuman untuk mengajar dan bukan untuk memotong semata-mata. Ini terbukti dengan cara yang diamalkan di daerah mosul ini apabila hendak melaksanakan hukuman ini, semua petugas telah diarahkan dan bersiap sedia dengan pelbagai alatan termasuk pegawai medik.
Sebelum hukuman dijalankan, pesalahkan akan diberikan suntikan ubat bagi menghilangkan rasa sakit dan selepas dipotong pegawai medik dengan segera membalut tangan berkenaan agar pesalah tidak kehilangan banyak darah.

Pelbagai

Ngaben merupakan upacara pembakaran mayat atau pembakaran jenazah di Bali, Indonesia. Upacara adat Ngaben merupakan sebuah ritual yang dilakukan untuk menghantar jenazah pada kehidupan mendatang.
Menurut kepercayaan agama hindu di sana, dalam upacara ini, jenazah diletakkan dengan kedudukan seperti orang tidur. Keluarga yang ditinggalkan pun akan beranggapan bahawa orang yang meninggal tersebut sedang tertidur. Dalam upacara ini, tidak ada air mata kerana mereka menganggap bahawa jenazah hanya tidak ada untuk sementara waktu dan menjalani kelahiran semula atau akan mencari peristirahatan terakhir di Moksha iaitu suatu keadaan di mana jiwa telah bebas dari kelahiran semula dan roda kematian. Upacara ngaben ini juga menjadi simbol untuk menyucikan roh orang yang telah meninggal.

Pelbagai

Peninggalan kuno yang luar biasa telah ditemui dan mungkin boleh dijadikan sandaran untuk menulis semula sejarah tamadun Mesir.
Artifak misteri ini telah ditemui dibekas rumah Sir William Petrie di Jurusalem, yang dipercayai diambil oleh wakil Muzium Rockefeller, tidak lama selepas penemuan ini menjadi terkenal.
Menurut Shepard Ambellas, editor Intellihub News, artifak makhluk asing Mesir ini ditemui tersembunyi di sebuah ruang rahsia disebalik rak buku Sir William Petrie.

William rupanya telah menemui bukti kehidupan makhluk asing sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1942, tetapi memilih untuk menyembunyikannya di Jurusalem.
Sekarang, Muzium Rockefeller telah mengambil alih pemilikan artifak ini dan pakar makhluk asing dan UFO menyatakan kerisauan kerana artifak ini akan disembunyikan, dan akses orang awam disekat dari mengkajinya dengan lebih terperinci.
Misteri Sejarah
Berikut adalah enam benda aneh yang pernah ditemukan di bawah katil, seperti dilapor oddee.com
1. Buaya
Pada 2013 lalu, Guy Whittall menginap di Humani Ranch di Zimbabwe. Bekas pemain kriket itu tidur selama 8 jam tanpa menyedari bahawa ada seekor buaya di bawah katilnya. Dia juga sempat meletak kakinya ke sisi katil dan benar-benar tidak menyedari dia begitu hampir untuk menjadi makanan buaya.
Ketika sedang sarapan di dapur, pembantunya tiba-tiba menjerit kerana ternampak buaya seberat 149.6 kg berada di bawah tempat tidur Guy. Guy memanggil beberapa rakan untuk membantu mengusir buaya itu dari kamarnya dan melepaskan kembali pemangsa itu ke empangan di sekitar penginapan.
2. Penis Napoleon
Pada 1821, selepas Napoleon Bonaparte meninggal, Dr. Francesco Antommarchi melakukan bedah siasat terhadap mayatnya. Dr. Francesco mengambil hati dan perutnya, dan meletakkannya di dalam balang. Doktor juga mengambil zakar Napoleon dan memberikannya kepada seorang pastor di Corsica.
Pada tahun 1916, zakar itu dilelong dan dibeli oleh seorang pengumpul dari Inggeris. Kemudian pada 1924, seorang pengumpul Amerika membelinya dengan harga 400 pound sterling. Zakar itu kemudian dipamerkan di Muzium of French Art di New York.
Pada tahun 1977, seorang urologi yang tinggal di New Jersey membeli "barang antik" itu dengan harga US $ 3,000 dan menyimpannya di bawah katil sehingga dia meninggal 30 tahun kemudian.
3. Mayat busuk
Stesen berita KMBC-TV melaporkan bahawa seorang cleaning service di Capri Motel di Kansas City, Missouri, menemui mayat di bawah katil hotel pada bulan Julai 2003.
Penemuan itu terjadi setelah seorang tetamu tidak tahan dengan bau busuk di bawah katilnya. Kakitangan hotel kemudian mengangkat katil di bilik itu dan mendapati ada mayat. Polis mengesyaki bahawa panel kayu di sisi tempat tidur menghalang seseorang untuk menemui mayat itu sebelumnya.
4. Wang tunai 6.3 juta
Pada Oktober 2013, Ma Huangdi sedang membersihkan salah satu bilik di apartment di Dongguan, Guangdong Province, China dan menemui sesuatu yang sangat mengejutkan di bawah katil. Di bawah salah satu tempat tidur di apartmen, Huangdi menemui wang tunai bernilai 6.3 juta yang tertinggal dalam empat kotak.
Seseorang telah menyewa apartment Ma selama beberapa tahun, dan kemudian menghilang tanpa membayar wang sewa. Ma tidak mahu mengambil wang itu lalu memutuskan untuk melaporkannya kepada polis. Pihak berwajib kemudian menyiasat identiti bekas penyewa pangsapuri Ma.
5. Penagih dadah
Pada suatu malam di bulan Julai 2014 ketika Brian O'Neill dan isterinya Bridgett kembali ke kondominium mereka di Seattle dan mengalami satu kejadian aneh . Mereka mendapati pakaian mereka bertaburan dan barang-barang mereka disusun di atas tempat tidur mereka.
Mereka juga menemui sebuah dompet mengandungi kad pengenalan seorang wanita berusia 27 tahun di atas tempat tidur mereka. Pasangan itu kemudian menelefon polis. Selepas melakukan pemeriksaan, pihak berwajib tidak menemui apa-apa, bahkan tidak ada cap jari orang asing yang ditemui di bilik mereka.
Selepas polis beredar, pasangan suami-isteri itu kembali memanggil mereka. Kali ini, mereka mengaku mendengar suara-suara aneh yang datang dari bawah tempat tidur mereka.
Apabila polis kembali menyiasat mereka tidak menemui "hantu", tetapi seorang penagih dadah di bawah tempat tidur Brian O'Neill dan isterinya Bridgett. Wanita itu bersembunyi selama berjam-jam di bawah katil mereka dengan membawa pisau dapur. Mereka juga menemui jarum di tempat tidur.
6. Lubang yang dalam
Seorang wanita asal Guatemala City, Inocenta Hernandez, terbangun kerana bunyi letupan kuat pada suatu pagi di bulan Julai 2011. Hernandez awalnya berfikir bunyi itu disebabkan oleh letupan tangki petrol atau kemalangan kereta di luar rumahnya.
Selepas keluar untuk melihat asal bunyi itu, jirannya berkata bahawa bunyi kuat itu datang dari dalam rumahnya. Ketika mengintip ke bawah katilnya, dia mendapati ada lubang sedalam 12 meter di sana. Lubang itu terbentuk kerana hakisan tanah.

Gambar Hiasan
Kajang: Misteri kehilangan pelajar perempuan tingkatan satu yang didapati ‘ghaib’ sejurus pulang dari kelas tuisyen terjawab apabila mangsa disorok dan diperkosa teman lelaki di sebuah hotel murah.
Sumber dari HarianMetro memberitahu, mangsa yang berusia 13 tahun didakwa gagal pulang ke rumahnya selepas tamat kelas tambahan di bandar Kajang jam 10 malam Rabu lalu.
Pelajar tingkatan satu itu dipercayai termakan pujuk rayu suspek yang baru dikenali di kedai menjual telefon bimbit di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, bapa mangsa mula cemas selepas anaknya tidak pulang ke rumah dengan menaiki van seperti kebiasaannya.
“Bapa mangsa yang risau dengan kejadian itu cuba menghubungi telefon bimbit mangsa, namun gagal.
“Dia kemudian berusaha mencari anaknya di merata lokasi termasuk rumah rakan mangsa,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun terserempak anaknya bersama seorang lelaki tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di ibu kota Sabtu lalu.
“Marah dan kesal dengan insiden itu, bapa mangsa membawa anaknya pulang ke rumah dan memaksa mangsa menceritakan kejadian sebenar.
“Selepas dipaksa berulang kali mangsa memberitahu tinggal di sebuah hotel di bandar Kajang bersama teman lelakinya itu. Malah, dia dirogol berulang kali hingga mengakibatkan kecederaan,” katanya.
Menurutnya, bapa mangsa yang marah dengan kejadian itu membawa mangsa ke hospital dan pemeriksaan mendapati wujud kesan koyakkan pada kemaluan mangsa.
“Dia (bapa mangsa) membuat laporan di Balai Polis Kajang di sini. Susulan itu pihak polis menahan suspek di sebuah rumah di Semenyih di sini, 3 pagi,” katanya.
Menurut Ab Rashid, suspek terbabit ditahan untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Isu Semasa

Seorang lelaki yang dipercayai sedang mabuk menerima padah apabila maut sehingga putus kepala dalam satu kemalangan di Sungai Tua, Ulu Yam malam tadi.
Akibat rempuhan itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal dipercayai terbabas dan terpelosok di bawah kereta sebelum badan mangsa terpelanting beberapa meter.
Seorang saksi yang menggunakan nama akaun Facebook, Putera Srikandi Melaka menyifatkan insiden itu sesuatu yang amat ngeri.
Menerusi gambar yang dikongsi di laman Facebook Daily Traffic Report, kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk.
Setakat ini, kami belum menerima maklumat lanjut mengenai kemalangan ini.
Isu Semasa
NEW DELHI, India – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sini menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan kepalanya dalam keadaan tergantung di tubuhnya.
Kanak-kanak itu, Mahendra Ahirwar yang berasal dari Madhya Pradesh, tengah India bukan sahaja tidak mampu berdiri atau berjalan, malah tidak boleh duduk lama akibat tulang belakangnya yang lemah.
Keadaan itu menyebabkan Mahendra hanya mampu merangkak dan memerlukan bantuan untuk makan atau ke tandas.
Bapanya, Mukesh Ahirwar, 40, berkata, dia telah merujuk kepada lebih 50 doktor di seluruh negara, namun mereka tidak dapat mengesahkan penyakit anaknya itu yang mula dikesan ketika dia berusia enam bulan.
“Dia tidak mampu membuat apa-apa dengan sendiri. Bayangkan, dia hanya mampu duduk di satu sudut sepanjang hari. Jika doktor tidak boleh merawatnya, lebih baik tuhan mengambilnya,” katanya.
Sementara itu, seorang pakar telinga, hidung dan tekak Hospital Artemis, Dr. Shashidhar Tatavarthy berkata, kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah gangguan otot.
“Ia merupakan salah satu kes yang paling luar biasa. Kepalanya tergantung mungkin kerana masalah tulang belakang atau gangguan otot,” katanya. – Agensi
Global

PASANGAN lesbian dan selebriti terkenal Jepun, Akane Sugimori, 28 dan Ayaka Ichinose, 34 telah selamat melangsungkan perkahwinan sama jenis mereka pada hari ini.
Walapun Jepun merupakan sebuah negara yang mengharamkan perkahwinan homoseksual dan tidak akan mengiktiraf pasangan ini, mereka masih meneruskan upacara perkahwinan bagi menentang undang-undang sedia ada itu.
Mereka menggenakan pakaian putih sewaktu upacara perkahwinan dan hadirin majis merupakan saudara-mara dan kenalan rapat.
“kami adakan majlis perkahwinan ini agar ia menjadi pemangkin kepada pasangan sama jenis yang lain buat masa akan datang,” kata Sugimori kepada sebuah akhbar.
Beliau juga menegaskan akan mendaftar perkahwinan mereka di Pejabat Pendaftaran walaupun seakan sudah mengetahui jawapan ‘ditolak’ yang bakal diterima oleh mereka
Global
PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad.
Amar, 30, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang pelakon baharu bernama Redza.
"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.
"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya kepada mStar online yang dihubungi pada petang Ahad.
Bagaimanapun kata Amar, dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah dia selesai menjalani penggambaran drama arahan Rashid Sibir itu.
Sementara itu, Amar memberitahu dia bakal terlibat dengan penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Cik Bunga Encik Sombong pada Isnin, namun dia terpaksa berbincang dengan pihak produksi untuk menunda penggambaran tersebut sehingga lukanya sembuh.
"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.
"Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Amar menyifatkan kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya dan pada masa akan datang, dia akan memastikan mempunyai teknik dan latihan yang cukup sebelum melibatkan diri dalam babak-babak aksi.
mSTAR
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments