Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


CHINA – Kena pukul hanya disebabkan tidak tahu menjawab soalan mengenai cerita kanak-kanak Pinocchio. Kejam betul wanita berusia 50 tahun ini, Li Na yang menggunakan kekerasan itu untuk mengajar anak angkatnya yang berusia sembilan tahun.
Nasib baik guru-guru sekolah dapat mengesan kes itu lebih awal, sekali gus menyelamatkan budak berkenaan daripada terus menjadi mangsa Li Na.
Dia bukan sahaja merotan anak angkatnya dengan batang besi malah gelung paip juga menjadi senjatanya.
Budak itu yang merupakan anak kepada sepupunya, dihantar kepada Li Na sejak usia enam tahun lagi kerana mereka menyangka budak itu akan mendapat kehidupan yang lebih baik di bawah jagaan wanita itu.
Namun jangkaan mereka meleset apabila Li Na menggunakan kekerasan untuk mengajar budak tersebut.
Penderaan itu dikesan sejak enam bulan lalu oleh guru sekolahnya selepas budak tersebut kelihatan takut dan trauma. Mereka kemudiannya dimaklumkan bahawa ibu angkatnya memukul budak tersebut kerana gagal menjawab soalan.
Ketika pihak sekolah menghubungi Li Na, dia mengaku memukul budak itu dan sangat tegas dengannya.
Li Na kini ditahan polis kerana mendera dan budak itu dikembalikan semula kepada keluarganya. Beberapa pakar psikologi juga disediakan untuk membantu memulihkan semula semangat budak terbabit.

HARAPNYA, redalah sudah kisah sensasi membabitkan Hanez Suraya dan Romie apabila selamat bergelar suami isteri.
Tapi, iyelah mulut orang mana boleh tutup kan?
Dalam mengecapi kebahagian alam rumah tangga bersama Romie, muncul pula individu-individu ‘bermulut busuk’ yang mendakwa Hanez sengaja menunjuk-nunjuk kemesraan yang terjalin bersama anak-anak tirinya.
Cakap-cakap ini muncul selepas aktres itu dilihat kerap berkongsi gambar aktiviti yang dilakukan bersama dua anak tirinya, Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3 dalam akaun Instagramnya.
Walau bagaimanapun, Hanes yang sudah berstatus seorang isteri ternyata lebih matang menerima segala tohmahan dan kritikan dengan tangan terbuka.
“Buat baik orang mengata, buat buruk apatah lagi. Jadi saya menjadi diri sendiri, itu akaun Instagram saya, apa orang nak kritik, saya terima. Semenjak dulu lagi, apa yang saya lakukan, pastinya ada komen negatif.
“Apa yang saya kongsikan di laman Instagram adalah untuk peminat yang menanti kemaskini terbaru dari saya dan mereka menerima semua itu dengan positif. Pada sesiapa yang melemparkan kritikan dan memberikan komen buruk, saya terima sahaja dan memaafkan mereka,” kata Hanez.
Dalam pada itu, gambar kemesraan tersebut turut mendapat respon positif daripada peminat Haney yang menyifatkan aktres itu pandai melayan kanak-kanak.
Sementara itu, Hanez mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri dalam alam perkahwinan.
“Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin semakin lama semakin baik. Perubahan besar saya selepas berkahwin adalah saya masih lagi kekok untuk meminta izin suami sebelum keluar rumah. Dulu biasa hidup bujang, kini saya harus biasakan,” ujar Hanez lagi.
Apa pun, semoga Hanez tabah mengharungi ujian yang mendatang. – MYNEWSHUB.CC

PELAKON Mischa Barton menyaman ibunya sendiri, Nuala Barton atas dakwaan ibunya mencuri wang miliknya sehingga mampu membeli sebuah rumah banglo mewah berharga USD$ 7.8 juta di Beverly Hills.
Memetik kenyataan peguam Mischa, Alex Weingarten, aktres itu menyifatkan perbuatan ibunya sebagai tamak dan pecah amanah sehingga tergamak memakan duit anak sendiri secara senyap-senyap.
Menurut laporan People, kedua-dua ibu bapa Mischa tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak 10 tahun lalu dan hanya bergantung sepenuhnya kepada Mischa.
Selain itu, Nuala turut dikatakan mengeksploitasi nama Mischa ketika mula-mula menubuhkan perniagaan butik miliknya, beberapa tahun lalu.
Mischa merupakan pelakon utama drama bersiri The OC, sinonim dengan wataknya sebagai Marissa Cooper yang dilakonkan bersama Rachel Bilson dan Adam Brody.


Beijing: Lebih 30 pemandu teksi cuba bunuh diri selepas meminum racun perosak sebagai tunjuk perasaan terhadap syarikat teksi yang memperbaharui pajakan teksi mereka.
Polis berkata di Weibo, kumpulan itu ditemui polis dalam keadaan tidak sedarkan diri di depan pusat beli-belah di Wangfujing dengan beberapa botol racun perosak turut ditemui di sebelah mereka pada jam 11 pagi.

Saksi memuat naik gambar dan video di media sosial yang memaparkan keadaan pemandu teksi yang terbaring tidak sedarkan diri dan dikerumuni orang ramai. Mereka semua pemandu teksi yang bekerja sendiri dan berasal dari Suifenhe di wilayah Heilongjiang.
Mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Kesatuan Beijing dan Hospital Tongren.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu media tempatan mereka datang ke Beijing untuk membuat petisyen menentang pembaharuan 2011 yang memberi kesan terhadap pembaharuan pajakan teksi.


BEBERAPA hari lalu, kami ada menyiarkan perihal pelakon dan pengacara Mahligai Cinta,Izreen Azminda yang kini digosipkan dengan aktor kacak, Fahrin Ahmad.
Tup-tup muncul pula berita gembira bahawa pelakon cantik itu kini sudah mengenakan hijab.
Melihat laman Instagram milik Izreen, boleh dikatakan sejak akhir-akhir ini Izreen sememangnya sering memuat naik gambar penampilannya dirinya bertudung dan berpakaian lebih sopan.
Malah, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya tidak henti-henti meluahkan sokongan dan memberi kata-kata positif terhadap penampilan baharunya.
Mengulas mengenai penampilannya itu, Izreen menjelaskan dia kini dalam proses membiasakan diri dengan imej bertudung.
“Alhamdulillah, sebenarnya niat untuk bertudung itu sudah lama saya fikirkan. Kebetulan pula kini saya sedang menggalas watak Damia Farisha menerusi drama bersiri Eksperimen Cinta yang memerlukan saya bertudung.
“Buat masa ini saya selesa penampilan ini, malah bukan di set saja, keluar rumah pun saya cuba biasakan diri pakai pakaian menutup aurat.
“Namun masih ada babak lakonan memerlukan saya membuka tudung lagi dan Insya-ALLAH, penghujung bulan ini, saya akan bertudung sepenuhnya. Doakan saya,” kata Izreen.
Menurut ibu kepada Andrian Umar ini, keputusan untuk berhijrah ini diputuskan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
Alhamdulillah.. moga Izreen istiqamah atas penghijrahan ini.

SEOLAH-OLAH tak serik dikecam peminat seni tempatan, isteri kepada aktor Farid Kamil mengulangi kesilapan sama.
Pernah dikritik awal bulan lalu kerana tampil terlebih seksi sebagai penghias muka depan majalah Esquire dengan hanya mengenakan pakaian dalam, kini Diana sekali lagi mungkin mencetuskan kritikan sama.
Melalui satu klip video memaparkan di balik tabir penggambaran wajah penghias majalahGLAM edisi Januari 2015, Diana dilihat memakai baju dalam ala bikini berwarna kuning.


NGERI… akibat terleka ketika memasukkan daging dalam mesin pengisar, seorang lelaki warga Indonesia terpaksa menahan kesakitan apabila tangan kirinya tersepit dalam mesin di sebuah premis di Bukit Jelaga, Bukit Fraser, semalam.
Dalam kejadian pukul 12.44 tengahari itu, sebahagian tangan mangsa dilaporkan hancur.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang memasukkan daging untuk dikisar namun terleka hingga tangannya tersepit.




Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengahari.
Tangan mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba bertugas sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

IBU bapa mana tak kecewa bila anak disakiti sehingga berbekas bukan?
Tambah sakit hati bila pihak pengurusan tempat jagaan di mana anak mendapat kecederaan tersebut acuh tak acuh sahaja tentang aduan yang dibuat.
Itulah luahan seorang bapa yang berkongsikan perkara ini menerusi satu entri yang disiarkan Facebook Sukan Star TV.
Si bapa tersebut menceritakan:
“Kejadian berlaku pada 31.03.2015 ketika isteri saya nak mengambil anak perempuan di sebuah taska sekitar Kajang.
“Sampai je kat taska tersebut seorang pengasuh memberitahu bahawa anak kami telah digigit sekitar belakang badan, pipi dan perut. Kami rasa sangat marah kerana kesan lebam yang terdapat pada anak kami sangat teruk.
“Pengasuh tersebut memohon maaf dan memberi penjelasan bahawa pada ketika itu mereka sedang membancuh susu. Pada fikiran saya, adakah anak saya tidak menjerit atau melalak ketika digigit sehingga mereka tidak sempat untuk mengambil tindakan?”


Tambah si bapa sudahlah anak mereka diperlaku sedemikian rupa, usaha mendapatkan penjelasan lanjut pengurus taska terbabit tidak dilayan.
“Apa yang membuatkan kami betul-betul tak puas hati apabila saya ingin berjumpa dgn pengurus taska utk membincangkan hal ini dan ingin meminta nombor JKM, dia langsung tidak menjawab panggilan telefon saya pada hari kejadian.
“Keesokan harinya baru dia menjawab telefon dan saya meminta nombor JKM tapi dia tak bagi atas alasan itu hak dia. Yang lebih menyakitkan hati apabila dia menyatakan bahawa anak kami tiada dalam senarai sistem tadika mereka.
Malah dia mencabar saya untuk membuat laporan untuk dibawakan kepada mahkamah. Laporan polis telah kami buat. Akhir kata, sikap acuh tak acuh sebagai seorang pengusaha taska mengecewakan saya. Siapa yang tak sayu hati bila tengok anak kita dalam keadaan begitu kan?”
Isu seperti ini seharusnya membuka mata ibu bapa agar sentiasa berwaspada dan tidak terlalu bergantung kepada pihak ketiga untuk menjaga cahaya mata mereka.
Kes melibatkan taska atau pusat jagaan kanak-kanak yang memandang enteng kejadian sebegini pula, bukanlah pertama kali kita dengar.
Justeru mohon kementerian yang berkaitan, tolonglah pantaulah taska yang begitu banyak pada hari ini agar kejadian si kecil cedera atau meninggal dunia akibat kecuaian tidak lagi kita dengar seperti sebelum-sebelum ini.
- MYNEWSHUB.CC

SEEKOR anjing jalanan terselamat daripada maut walaupun badannya tersepit dalam bumper kereta sejauh 248 batu perjalanan di Fenghuang, China, baru-baru ini.
Pemandu kereta tersebut, Mr. Zhang yang menceritakan kisah itu berkata, “Saya memandu dalam keadaan agak laju ketika terlanggar anjing tersebut. Saya ingatkan anjing itu dah mati ataupun berjaya melarikan diri, sebab itu saya tak keluar dari kereta.”
Namun, selepas beberapa batu perjalanan baru Zhang menyedari ada bunyi salakan anjing dari bawah kenderaannya menyebabkan dia terdetik untuk berhenti memeriksa.
Sebaik menyedari anjing itu tersepit, Zhang terus memandu keretanya ke klinik haiwan berhampiran tanpa mengeluarkan anjing malang itu terlebih dahulu.



Selepas insiden itu, Zhang akhirnya mengambil keputusan untuk memelihara anjing itu kerana mempercayai takdir sudah tertulis untuknya bergelar tuan kepada anjing jalanan tersebut.

India – Jijik….Seorang wanita yang menyediakan hidangan air teh bercampur dengan air kencing kepada ibu bapa mertuanya selama setahun, akhir tertangkap.
Perbuatan itu terbongkar selepas ibu mertuanya melihat sendiri bagaimana Rekha Nagvanshi, 30, sedang kencing di dalam teko yang mengandungi teh untuk dihidangkan kepada mereka.
Wanita itu dikatakan mengambil tindakan tersebut sebagai membalas dendam terhadap ibu bapa mertuanya kerana tidak membenarkan suaminya, Deepak, 34, melakukan kerja rumah.
Rekha juga dikatakan tidak gembira dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga dengan Deepak dan pernah mahu meninggalkan lelaki itu.
Dia bagaimanapun dihalang oleh Deepak demi anak perempuan mereka yang baru berusia empat tahun.
“Rekha tidak gembira dengan perkahwinan itu dan mendakwa suaminya melayannya seperti seorang hamba.
“Dia pernah keluar dari rumah itu tetapi kembali ke situ selepas dirayu oleh suaminya. Mereka juga membuat perjanjian bahawa Deepak perlu membantu Rekha melakukan kerja rumah termasuk memasak, membasuh dan mengurut kakinya,’’ kata rakan Rekha iaitu Alia.
Namun tidak lama selepas itu, ibu bapa mertuanya, Suraj, 60, dan Ajith, 55, mendapat tahu mengenai perjanjian berkenaan dan membantahnya.
Selepas perbuatan Rekha terbongkar, dia ditangkap dan dibawa ke balai polis namun polis tidak dapat berbuat apa-apa.
Ibu bapanya bagaimanapun mengupah seorang peguam untuk mengambil tindakan ke atas Rekha.
Rekha dan suaminya bagaimanapun dilaporkan telah keluar dari rumah berkenaan.

London – Manusia bertelur. Jangan terkejut tetapi itu yang dialami seorang seorang lelaki berusia 62 apabila doktor menemui `telur rebus’ dalam badannya.
`Telur’ berkenaan rupanya selama ini telah menekan pundi kencingnya hingga memaksa lelaki terbabit kerap kencing.
Ia dikesan apabila lelaki itu mendapatkan rawatan di hospital, selepas lebih 20 tahun mengalami masalah itu.
Doktor yang memeriksanya kemudian mengambil sampel dan menghantar ke makmal untuk pemeriksaan, namun tidak menemui sebarang perkara luar biasa mengenai penyakitnya.
Hanya selepas imbasan CT dijalankan barulah mereka menemui objek sepanjang 10cm dan lebar 7.5 cm. Ia seberat 220 gram.
Menurut New England Journal of Medicine, ketumbuhan berkenaan yang kelihatan seperti telur dipercayai terbentuk apabila kantung lemak dalam usus membran telah terpintal dan berubah menjadi ketulan.
Selepas pembedahan dijalankan bagi membuang telur berkenaan, lelaki itu tidak lagi mengalami masalah pundi kencing.

NGERI… angkara takut mendapatkan rawatan, seorang lelaki warga emas hampir kehilangan jari kelingkingnya selepas cincin yang dipakai tersekat pada jari.
Lelaki berusia 89 tahun yang menetap di Kampung Padang Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah itu terpaksa menanggung kesakitan berhari-hari lamanya selepas gagal menanggalkan aksesori tersebut.
Cincin yang tersekat itu telah menyebabkan jari mangsa membengkak dan lebam.
Ekoran itu, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dihubungi untuk mendapatkan bantuan khidmat khas bagi memujuk warga emas berkenaan.


Mangsa yang berjaya dipujuk oleh pihak Bomba dan Penyelamat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan kerja-kerja pemotongan cincin di lakukan di sana diikuti rawatan pada jarinya.