Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SUDAH menjadi lumrah seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pasti akan dinilai dan diperhatikan peminat hiburan.
Begitu jugalah yang berlaku kepada penyanyi terkenal Shila Amzah apabila gambarnya berpelukan bersama seorang jejaka disalah tafsir oleh para peminat.
Apatah lagi, pelantun Patah Seribu ini sudah lama berhijrah mengenakan hijab.
Gambar yang diiringi kapsyen “My date for tonight…” tersebut membuatkan Shila dikritik dan diajukan soalan sinis antaranya, “Dah kahwin ke belum ni??”

Apa yang kelakar, lelaki yang dipeluk Shila itu sebenarnya adalah adik kandungnya sendiri!
Hm, inilah jadinya bila ramai sangat ustaz dan ustazah di laman sosial yang kerjanya hendak berceramah tanpa usul periksa.
Sedangkan kalau mereka tak terburu-buru, pada kapsyen gambar tersebut terang-terangan Shila memaklumkan nama lelaki itu iaitu @syahiramzah turut membawa nama ayah yang serupa dengannya.
Kepada para keyboard warrior cukup-cukuplah bermain serkap jarang dan menuduh orang lain. Kan dah malu..
- MYNEWSHUB.CC

SEORANG cucu jutawan minyak dari Los Angeles, Andrew Getty ditemui mati dalam rumahnya di Hollywood Hills, semalam.
Menurut pihak polis, mayat Andrew ditemui di bilik air selepas mereka menerima panggilan seorang wanita yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada lelaki tersebut.
Ketika ditemui mayat Andrew berada dalam keadaan separuh bogel dengan terdapat kesan kecederaan di bahagian kemaluannya.
Andrew merupakan salah seorang pewaris jutawan minyak Amerika, John Paul Getty yang meninggal dunia pada 1976.
Bekas kekasih Andrew yang melaporkan mengenai penemuan mayat itu kini ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.
Namun, pihak berkuasa buat masa ini tidak menjumpai apa-apa kecurigaan terhadap kes ini sebaliknya memberikan konklusi awal mendiang berkemungkinan mati mengejut.

POKOK SENA: "Sudah jatuh ditimpa tangga", itulah pepatah yang dapat dikatakan bagi menggambarkan nasib 200 pemilik rumah Taman Sejahtera, Pokok Sena, Kedah apabila rumah yang dibeli mereka tidak selamat diduduki.

Mana tidaknya, wakil penduduk di situ  mendakwa berlaku satu "Magic" apabila rumah yang mereka beli itu mengalami hujan memenuhi ruangan rumah apabila saluran paip dipasang oleh pihak Syarikat Air Darul Aman(SADA).


Wakil penduduk Taman Sejahtera, Encik Zulhilmi Bin Ahmad, menghubungi kami mendakwa rumah yang dibina itu dikatakan lewat disiapkan selama 14 bulan dan apabila diserahkan kunci masalah ini pula terjadi.

"Apabila air paip disambung oleh pihak SADA, rumah-rumah yang lewat setahun diserahkan kunci ini mengalami 'hujan' apabila kelihatan air keluar dari siling dan dinding rumah.'

"Apa yang paling mengejutkan ada dua buah rumah air keluar laju melalui ruang sistem pendawaiaan elektrik yang nyata mengejutkan kami, ia amat berbahaya dan memang tidak selamat langsung untuk diduduki," Katanya.

Untuk membuktikan kata-katanya itu, Zulhilmi ada menghantar tiga rakaman video tentang kejadian yang nyata merbahaya ini kerana ia melibatkan arus elektrik dan air.

"Bayangkan hampir semua rumah mengalami masalah air keluar dari siling, dinding dalam dan luar selain terdapat binaan rumah sudah retak, dinding sudah roboh dan siling runtuh."

"Terdapat pelbagai lagi masalah dengan rumah yang sebenarnya tidak siap dibina ini dimana saluran paip sentiasa tersumbat menyebabkan air bertakung dan apa yang berlaku ini sebenarnya berlaku hampir ke semua rumah di taman ini." 


"Kami sudah tidak tahu hendak sampaikan masalah kami ini kepada siapa lagi kerana sudah berjumpa dengan orang pemimpin setemptat dan negeri. kami juga telah emnghantar memorandum tentang masalah kami ini kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada apa-apa tindakan." Tegasnya Zulhilmi.

Beliau turut memberitahu rumah yang baru diserahkan pada Disember 2014 ini masih banyak tidak diduduki kerana bimbang akan keselamatan mereka.

"Kami penduduk Taman Bandar Sejahtera amat berharap masalah ini dapat diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab kerana tidak tahu mana lagi harus mereka bawa perkara ini selain mendedah melalui media dan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil." -Siakapkeli.com.my


Lihat Gambar Di Bawah: \\\\\









Laporan berita Astro Awani

Tak ramai daripada kita yang menggemari subjek Matematik di sekolah, betul tak? Tapi bagaimana kalau kita diajar oleh guru Matematik setampan ini?

Pietro Boselli, 26, bukan sahaja kacak, malah sangat bijak. Dia merupakan pensyarah Matematik dan pengkaji di University College London.


Memetik sumber dari portal Mylaunchpad, jejaka berketinggian 6’1 ini pernah dianugerahkan ‘Faculty Excellence Scholarship’ kerana kecemerlangannya, dan dia juga lulus ijazah dengan kepujian kelas pertama.


Kerana kekacakannya, tak hairanlah Pietro juga ada melakukan modelling untuk designer-designer ternama.

Pietro kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang kejuruteraan.

Who says you can’t be smart and good looking?

Foto: Daily Mail

Kalau TV, bila bising kita boleh tekan mute. Kalau bosan, kita boleh tukar channel lain.

Tapi kalau isteri?

Mana boleh tutup mulut kalau dia dah nak membebel, bukan boleh tukar isteri lain kalau bosan. Silap-silap diasidkannya, kan naya?

Kalau ada remote control yang boleh kawal wanita macam gambar di atas, syok juga kan?

Kahkahkah.. Artikel sekadar santai.. jangan marah ye puan-puan… 


Kredit: Satrika.my

YOGYAKARTA – Kesal dengan senarai nama menu sebuah restoran masakan tempatan di sini, sebuah badan bukan kerajaan menyeru masyarakat agar membuat bantahan ke atas pemilik premis makanan itu, lapor akhbar Indonesia.

Kedai 24 Jam di Jalan Damai, mukim Ngaglik daerah Sleman di bandar raya ini terkenal dalam kalangan penduduk bukan sahaja kerana keenakan hidangan restoran tersebut, malahan nama-nama menu yang mampu membangkitkan ‘selera’.




Menurut laporan yang dimuatnaik dari portal Mynewshub menyatakan, antara menu yang pasti merangsang ‘nafsu’ pelanggan khasnya lelaki ialah ‘Pelacur’ singkatan daripada Pemusnah Lapar Cukup Rasional, ‘Peniz’ (Spesial Nasi Soziz) dan ‘Sodomie’ (Semangkok olahan Indomie).
Kesemua nama makanan itu tidak pun menggambarkan rupa bentuk hidangan tersebut, namun ia mengakibatkan ramai pelanggan teruja ingin tahu dan tidak sabar meratahnya termasuk antaranya ‘Gigolo’ (Gerombolan Nasi Goreng Sesuka Lo).

Bimbang dengan senario berbaur lucah yang ditakuti boleh menyebabkan gejala seks bebas, Forum Komunikasi Psikolog Puskesmas se-Kabupaten Sleman membuat protes secara aman, tetapi bukan dengan piket atau boikot ke atas restoran itu.

Sebaliknya organisasi tersebut mengirim mesej kepada penduduk Yogyakarta agar menegur pengusaha premis itu kembali insaf dengan menghantar pesanan berunsur nasihat dan tazkirah agama menerusi pelbagai aplikasi telekomunikasi pintar.

“Assalamualaikum wr wb Bapak Ibu… Mohon bantuannya, untuk bersama2 ber-amar ma’ruf nahi munkar, menyelamatkan anak2 kita semua dari pornografi. Saat ini kami dari Forum Komunikasi Psikolog Puskesmas se-Kabupaten Sleman merasa resah.

Ini ekoran usaha Kedai 24 Jam menggunakan konsep menu ‘vulgar’ setiap nama pada makanan dan minuman yang dijual. Sehingga kami merasa perlu mengkoreksi konsep tersebut. Saat ini kami sedang berupaya hubungi pemilik Kedai 24 Jam.

Salah satunya berada di Jalan Damai, kami desak mereka untuk ubah konsep warung dalam bentuk nama2 menu makanan minuman, serta dekorasi interior-nya, menjadi lebih santun. Kami masih menunggu agar pemilik melakukan perubahan.”

Selain itu, Forum Komunikasi Psikolog juga mengajak penduduk supaya mengirimkan pesanan terus kepada Arismanto, si pemilik Kedai 24 Jam dengan disertakan sekali nombor telefon bimbit pengusahanya dalam mesej akhir organisasi berkenaan.

Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, pemilik premis tersebut telah diminta memberi penjelasan mengenai nama-nama menu kepada pihak unit perlindungan wanita polis daerah atau segera mengubahnya jika gagal memberi alasan munasabah.
Gambar: SiantarNews
Pematangsiantar (Indonesia) – Seorang pemuda di sini bertindak membunuh diri selepas terlalu kecewa kerana tidak mempunyai wang untuk melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya.
Sawaludin Siregar, 26, dijumpai mati pada pagi semalam di dalam bilik air di rumahnya di Kecamatan Siantar Martoba, di sini.
Sawaludin ditemui dalam keadaan terduduk dengan pergelangan tangan kirinya dikelar di dalam bilik air oleh ibunya sendiri.
Ibu mangsa sebelum itu berasa hairan selepas mendapati ada darah mengalir di bawah pintu bilik air yang terkunci ketika mahu mengambil air sembahyang.
Wanita berkenaan kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air dan terkejut mendapati anaknya sudah tidak bernyawa.
Polis berkata, mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak selepas mengelar pergelangan tangannya dengan pisau lipat. – Agensi

PANAS, panas apabila melihat seorang wanita ini tidak faham dengan konsep menutup aurat.
Gambar seorang perempuan yang sedang menunggu giliran di kaunter ini mengundang dosa kepada mata yang melihatnya.
Bayangkan, jika bahagian belakangnya tampak begitu jelas sehingga menampakkan warna kulitnya, bagaimana pula di bahagian hadapan gadis terbabit?
Tidak salah berfesyen, tetapi apa maknanya bertudung jika aurat lain terdedah seperti ini…
Sepatutnya sebelum keluar dari rumah, pastikan pakaian yang dipakai itu tidak memalukan diri.
Jadikan satu kebiasaan, selepas bersiap tanyalah pada suami, adik atau kawan-kawan apakah pakaian yang dipakai itu mendedahkan aurat.
Periksa bahagian belakang tudung di cermin sama ada terlalu jarang atau tidak.
Ingat, konsep ‘menutup aurat’ dengan ‘membalut aurat’ adalah berbeza ya.
-MYNEWSHUB.CC

AKIBAT satu perselisihan faham, seorang lelaki bertindak menyembunyikan diri dengan menyorok dalam sebuah longkang di Taman Daya, Johor Bahru.
Malangnya, situasi bertukar tragedi apabila lelaki berkenaan gagal keluar dan tersangkut berjam-jam lamanya dalam longkang berkenaan.
Susulan itu, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Tebrau terpaksa dihubungi untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan mangsa.

Mujurlah, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 11.30 malam.
Insiden yang dilaporkan berlaku malam tadi ini, dikongsikan di Facebook Korporat Ibu Pejabat Bomba Putrajaya.

AUSTRALIA – Wanita ini, Karen Davis memang tak tahu malu. Nampak je kenderaan Google Street View melalui rumahnya, dia cepat-cepat mengangkat baju untuk menunjukkan payudaranya tanpa sedikit pun rasa malu.
Selepas gambarnya menjadi viral, Karen, 38, telah menerima kritikan, sesuai dengan tindakannya itu.
Namun Karen tidak berpuas hati dan melawan balik kritikan berkenaan dengan menyifatkan orang ramai yang mengkritiknya sebagai teruja kerana dia berpayu dara besar.
“Mereka adalah orang yang berfikiran sempit dan tidak gembira dengan badan sendiri.
Kamu berani ke buat macam ni….” soalnya kepada mereka yang mengkritiknya sebagai ibu yang teruk.
Selepas menayangkan payudaranya itu, Karen kini dilaporkan telah menyertai kumpulan penerjun udara yang tidak berbaju.
Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Dua gadis terpaksa meringkuk di penjara selepas masing-masing gagal membayar denda RM900 dan RM800 yang dijatuhi Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas kesalahan berkhalwat dengan tiga pemuda pada Khamis minggu lalu.
Hakim Syarie Zahari Mohd. Yusof menjatuhi hukuman tersebut terhadap Nur Syafiqah Sari, 18, dan rakannya Fatin Nadia Mohd. Zulkafli, 17, selepas mereka didapati bersalah melakukan perbuatan khalwat di sebuah rumah di Kampung Kenali, Kubang Kerian di sini kelmarin.
Bagaimanapun, kedua-dua gadis yang mempunyai rekod kesalahan sama sebelum ini gagal melunaskan denda itu menyebabkan mereka terpaksa menjalani hukuman penjara masing-masing tiga bulan dan dua bulan.
Sementara itu, Zahari memerintahkan Ahmad Syamil Zakiran Zuhaimi, 20, Mohammad Sulazmie Che Hassan, 20, dan Khairul Anam Ramli, 31, yang ditangkap bersama dua gadis itu masing-masing dijatuhi hukuman denda RM600.
Ketiga-tiga pemuda itu membayar denda tersebut.
Ahmad Syamil, Sulazmie dan Khairul didakwa mengikut Seksyen 9(3) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya jika disabitkan.


Kosmo Online


Port Dickson: Seramai 30 individu berusia 17-42 tahun ditahan ketika asyik menari dalam satu parti liar di apartment di Batu 6, Jalan Pantai, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah berkata, serbuan dibuat pada 9.30 pagi selepas mendapat maklumat orang awam yang mendengar bunyi bising di tempat mereka berpesta.

Katanya, operasi diketuai oleh Inspektor Norsaiful Mohd Najih bersama enam anggota turut menemui dua biji pil ekstasi dan beberapa gram dadah ganja bersama alat menghisap ganja.
"Semua mereka, 20 lelaki dan 10 perempuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Port Dickson untuk siasatan.

"Mereka ditahan reman bermula hari ini sehingga 2 April depan," katanya dalam sidang media di IPD Port Dickson, sebentar tadi.

Hmetro Online