Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


MEXICO – Seorang guru, Marcella Villalpando Tovar, 32, telah diserang dan dipukul oleh seorang wanita dengan ganas di hadapan orang ramai setelah wanita itu, Laelia Paredes Flores, 35, mendakwa dia mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
Laelia merupakan ibu kepada salah seorang pelajar Marcella. Kejadian memalukan itu berlaku selepas Laelia merempuh masuk ke dalam kelas, lalu mula memukul dan menendang guru terbabit di hadapan pelajarnya.
Pada masa sama, guru-guru yang lain hanya memerhatikan kejadian terbabit dan lebih malang ada yang merakamkan insiden berkenaan tanpa memberikan bantuan atau menghentikan pergaduhan tersebut.
Malah ada suara dalam video berkenaan yang menghasut Laelia supaya terus memukul Marcella selepas mereka diberitahu bahawa guru itu mempunyai hubungan dengan suaminya.
Salah seorang pelajar di dalam kelas itu, Miriam Gracia Adomo, 16, berkata, Marcella mula menjerit dan memaki guru mereka sebaik masuk ke dalam kelas sebelum dia membelasah Marcella.
“Ketika itu saya berlari mendapatkan bantuan guru-guru lain namun mereka hanya memerhatikan sahaja. Ia amat teruk,’’ katanya.
Dalam pada itu, jurucakap sekolah terbabit berkata, satu siasatan penuh akan dijalankan berhubung serangan terbabit .
“Serangan ini berlaku di sekolah kami dan tiada sebarang langkah yang diambil bagi menghentikannya,’’ katanya.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh terpaksa menahan isi perut yang terkeluar dengan tangan selepas mangsa dirodok senjata tajam.
Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa seorang pekerja kontrak diserang seorang lelaki di tapak pembinaan di Jalan Dutamas 2, Persiaran Dutamas di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ketika kejadian mangsa berada di rumah kongsi sebelum didatangi suspek dipercayai warga Indonesia.
Menurutnya, suspek berusia 40-an itu muncul menaiki van putih bersama seorang lelaki dipercayai rakan kepada suspek.
“Suspek menikam mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Difahamkan kejadian itu menyebabkan isi perut mangsa hampir terburai.
Mangsa yang parah bagaimanapun masih sedarkan diri dan terus menutup lukanya dengan tangan bagi mengelakkan isi perut dan usus terkeluar.
Menurutnya, siasatan polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata manakala motif kejadian juga masih dalam siasatan.
“Polis sedang meneruskan siasatan bagi memburu suspek. Berdasarkan keterangan mangsa, suspek berbadan gempal dan pendek,” katanya.
Difahamkan, mangsa terpaksa mengalami pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kejadian itu, bagaimanapun mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.
Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – myMetro Online

Selepas dikejarkan ke hospital, doktor mengesan benda dalam otaknya, namun mereka tidak mengetahui apa benda itu dan bagaimana mahu membuangnya.
Dia kemudiannya dibenarkan keluar hospital dan diberikan ubat. Namun selepas Yin Meng pengsan sekali lagi, barulah doktor terpaksa membuat keputusan dengan membedah kepalanya.
Hasilnya, mereka menemui parasit tersebut yang dipanggil Sparaganosis dalam otaknya.
Selepas sedar dari pembedahan dan dimaklumkan mengenai parasit itu, barulah Yin Meng mengingati saat-saat di mana dia dan neneknya makan katak hidup-hidup.
“Ketika usia lima tahun, saya selalu menangkap katak dan makannya dengan nenek saya.
“Saya boleh ingat ketika katak itu melompat-lompat di kerongkong saya selepas ia ditelan,’’ katanya.

Kali ini, yang menjadi mangsa adalah para pengguna lebuhraya LATAR yang gempar dengan lembaga seakan ‘pocong’ yang terbaring di atas lebuhraya.
Menurut seorang saksi, penemuan lembaga bebentuk mayat berkafan itu ditemui kira-kira pukul 10 malam tadi ketika dia sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Selangor.
Dia kemudian memberhentikan kereta lalu mendapati lembaga itu bukanlah entiti paranormal.

Pada masa sama, ramai yang beranggapan perbuatan tidak bermoral ini dikaitkan dengan kes-kes rompakan.
Kami sendiri tidak begitu pasti niat di sebalik perbuatan ini tapi cubaan menakutkan orang sebegini langsung tidak berperikemanusiaan apatah lagi melibatkan lokasi yang boleh mendatangkan kecelakaan dan kemalangan.
- MYNEWSHUB.CC

DALAM banyak-banyak barang, apa barang yang orang takkan (berani) bising walau baru je naik harga?
Pandai… jawapannya rokok!
Sejak semalam, sekeping kertas memaparkan harga baru rokok yang didakwa berkuatkuasa 1 April ini, mulai tersebar.
Buat masa ini belum ada pengesahan daripada pihak berkaitan tentang harga baru rokok ini tapi boleh tahan jugak kenaikannya.
Antaranya kesemua jenis Dunhill, Benson & Hedges dan Kent bakal berharga RM16 manakala Pallmall RM14.
Kiranya sesiapa yang jenis hisap rokok tahap ‘no mercy’ selama ini, ada kemungkinan akan mencongak sama ada mahu kenyang makan nasik atau sedut asap terutama menjelang hujung bulan.
Bangsa yang kena hisap rokok lepas makan tu pulak, akan bawa rokok ngam-ngam sebatang je dalam kotak untuk mengelak daripada dipau kawan-kawan.
Kali terakhir harga rokok dinaikkan adalah pada November tahun lalu.
Tahniah kepada yang berazam mahu berhenti merokok selepas ini dan berjaya melaksanakannya manakala buat mereka yang berkeras mahu meneruskan tabiat itu selamat membakar duit diucapkan.


CHANDIGARH, India – Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur badan pada tahap luar biasa seperti membengkokkan kakinya sehingga 180 darjah ke belakang.
Pelajar tersebut, Jaspreet Singh Kalra, 15, yang tinggal di negeri Punjab, India itu paling dikenali dengan aksi membengkokkan kaki ke belakang sehinggakan tapak kaki remaja berkenaan boleh diletakkan di atas bahunya.
Dia juga boleh memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang seperti watak dilakonkan Meryl Streep dalam filem komedi Death Becomes Her.
Gambar-gambar menakjubkan remaja ini menunjukkan dia mampu membengkokkan badan ke belakang, meletakkan kepala di pahanya di samping memusing badannya sehinggakan muka dan kakinya menghadap arah yang bertentangan.
Kalra mendedahkan dia tidak berasa sakit ketika melakukan aksi-aksi tersebut dan merancang untuk mengatasi idolanya, Daniel Browning Smith.
Smith merupakan ahli melentur badan dari Amerika Syarikat yang kini memegang rekod sebagai lelaki paling fleksibel di dunia. – Agensi



Kosmo


JOHOR BAHRU – Heboh semalam ekoran penyebaran gambar dan berita kononnya seorang bayi yang dilahirkan di Hospital Pontian dekat sini memiliki kaki seperti seekor ikan duyung.
Gambar dan berita yang menjadi viral di beberapa laman sosial dan portal berita itu mendapat pelbagai komen yang semuanya menyatakan perasaan terkejut, ajaib dan misteri.
Sumber yang dipetik daripada portal terbabit bermula daripada seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Atok Yan yang menyebarkan gambar bayi berkenaan.
“Seorang bayi telah dilahirkan seperti ikan duyung di Hospital Pontian petang semalam (kelmarin). Mari kita sama-sama ucapkan Subhanallah,” demikian status Facebook Atok Yan berkenaan gambar itu.
Penyebaran gambar tersebut telah mendapat perhatian sebanyak 5,515 pengguna Facebook sebelum ia dikongsi sebanyak 1,229 kali.
Gambar bayi yang menunjukkan kedua-dua belah kakinya melekat seperti kaki haiwan mitos itu didakwa dilahirkan di Hospital Pontian petang kelmarin.
Namun keghairahan rakyat negara ini yang cepat mempercayai gambar dan berita itu tidak bertahan lama apabila selang beberapa jam kemudian Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat menafikan cerita bayi duyung itu.
“Saya boleh katakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial hari ini (semalam) adalah tidak benar.
“Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran direkod di hospital itu pada hari semalam (kelmarin), jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar,” kata Ayub ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.



Kosmo..


Sepanjang hidupnya, pelarian Palestin ini bercita-cita untuk memelihara singa sebagai haiwan kesayangan.
Akhirnya, impian Saad al-Jamal tercapai apabila dia membeli dua anak si­nga dan menjadikan haiwan itu sebagai anak angkatnya.

Saad membeli kedua-dua anak singa berusia dua bulan itu dari Zoo Rafah yang terpaksa menjual haiwan berkenaan kerana mengalami masalah dana.
Dia merancang memelihara anak singa itu di rumahnya di kem pelarian Al-Shabora di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Anak singa jantan dan betina itu diberi nama Alex dan Mona.
Saad sedar dia bakal berdepan tugas yang sukar untuk memelihara anak singa itu terutama selera makan haiwan itu yang akan semakin bertambah.

Walaupun enggan mendedahkan harga kedua-dua anak singa itu, dia akui ditawarkan harga AS$9,000 (RM33,400) oleh seseorang untuk membelinya.

Kedua-dua anak singa itu sudah tinggal bersama keluarga Saad sejak 10 minggu lalu.
Saad menjaga haiwan itu seperti anaknya sendiri di sebuah flat tiga bilik miliknya dan kehidupan Saad sekeluarga kelihatan tenang.
Hampir setiap hari anak dan cucu Saad bermain dengan anak singa berkenaan seperti haiwan kesayangan yang lain.
Saad sering memeluk anak singa itu ketika membawanya keluar rumah dan haiwan berkenaan akan meronta kerana mahu dilepaskan.

Ibu bapa anak singa berkenaan dipercayai diseludup masuk ke Gaza melalui terowong bawah tanah di sempadan Mesir kira-kira tiga tahun lalu.
Membesarkan kedua-dua anak singa itu memerlukan kos yang tinggi dan Saad bercadang menggunakan haiwan itu untuk mendapatkan wang.

Dia merancang menyewakan anak singa berkenaan kepada taman, restoran dan pusat peranginan tepi pantai sebaik sahaja mereka membesar beberapa bulan lagi.

Kedua-dua anak singa itu diberi makan setengah kilogram daging sehari tetapi selera makan mereka akan bertambah apabila semakin membesar kelak.
Buat masa ini, anak singa itu masih terlalu kecil dan belum mampu melakukan apa-apa yang membahayakan.

Namun sebaik sahaja mencapai umur 15 bulan, gigi dewasa haiwan itu akan tumbuh dan mempunyai keupayaan mencarik daging.
Pada waktu itu, kehidupan Saad sekeluarga mungkin tidak tenang lagi.


China: Dengan harapan kononnya untuk menceriakan suasana, penganjur majlis pengebumian di China kini menawarkan perkhidmatan alternatif - tarian separuh bogel.

Beberapa gambar tersebar baru-baru ini menunjukkan majlis pengebumian di Hubei, wilayah pedalaman di utara China disertai wanita berpakaian seksi menghiburkan orang ramai yang datang untuk memberi penghormatan kepada keluarga si mati, kononnya untuk menceriakan mereka.

Persembahan lucah diadakan sempena Festival Musim Bunga yang disambut selama seminggu baru-baru ini di kawasan pergunungan Wuhan.
Syarikat penganjur pengebumian dilapor mempelawa penari separuh bogel ke atas pentas untuk menghiburkan mereka yang datang.

Mereka menawarkan perkhidmatan itu kepada pengunjung yang kemungkinan mengadakan majlis pengebumian pada masa depan.

Makeup artis berbangsa British, Jordan James Parke sangat mengagumi kewujudan Kim Kardashian selepas menonton hanya 1 episod 'Keeping Up with the Kardashians'. Kekaguman beliau diserlahkan dengan membelanjakan setengah juta ringgit hanya untuk kelihatan serupa dengan artis pujaannya itu.

Setakat ini dia telah melalui 50 siri pembedahan kosmetik termasuk botox, pembedahan bibir, menaikkan cheek bone, mentatu kening dan rawatan membuang mulu dimuka.

"Saya suka semuanya tentang Kim," kata Jordan.

"Dia merupakan wanita tercantik didunia. Kulitnya, rambutnya dan semua tentang dia. Dia sangat sempurna." tambah Jordan.

Setelah melalui kesemua pembedahan untuk menukar rupa menjadi Kim, Jordan kelihatan seperti Kim yang "TERLEBIH SUDAH' dan ramai yang mengkritik perubahannya yang nampak seperti plastik daripada menyerupai Kim.

Namun padanya, dia tidak mengubah dirinya untuk kelihatan natural, jika ya pastinya dia sudah meminta wangnya dikembalikan. 





PELIK bin ajaib!
Iyelah, wanita manalah yang rela hati mengizinkan suami berkahwin dengan wanita lain atau dengan maksud lain, sanggup BERMADU.
Lain la kalau ada sebab-sebab tertentu kan?
Tapi wanita ini mungkin mempunyai hati yang begitu murni hingga sanggup memberikan hadiah ulang tahun perkahwinan pertamanya dengan mengizinkan suami berkahwin lain.
Memang tak pernah dibuat orang kan?
Sudah tu, si isteri nampak seronok dan gembira meluahkan keizinan tersebut di Facebook menerusi status berbunyi:
“Genap setahun usia perkahwinan kami.. nakal saya, buruk saya, jahat saya.. suami je tahu. Saya benarkan dia kahwin lagi sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan kami. Hehe…”
Tak pasti pula kalau status ini cuma bergurau atau mungkin ‘ugutan’ secara halus tapi dah tentu-tentu ianya menarik tumpuan insan bergelar lelaki.
Walaupun kedengaran pelik bagi kaum wanita tapi tak mustahil niat si isteri ini memang ikhlas malah Islam sendiri mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang jika cukup syarat.
Apa pun buat suami yang sudah diberi izin, jangan pula tidak berlaku adil ye!
- MYNEWSHUB.CC

SEORANG wanita dari Texas, Wykesha Reid, 34, dilaporkan mati ketika menerima rawatan keempat untuk membesarkan bahagian punggungnya, baru-baru ini.

Menurut ahli keluarganya, Reid berusaha untuk mendapatkan punggung idamannya lantas mengunjungi pusat kecantikan tidak berdaftar untuk tujuan tersebut.

Tidak pulang-pulang selepas mendapat rawatan di situ, ahli keluarganya lantas melaporkan kehilangannya kepada pihak polis.

Pihak berkuasa menemui mayat Reid hasil pemeriksaan di pusat kecantikan tersebut.

Pemilik pusat itu, Denise Ross, 43, dan Jimmy Clarke, 31, diburu pihak polis kerana menjalankan perniagaan perubatan tidak berlesen selain berkemungkinan besar didakwa menyebabkan kematian Reid