Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEORANG wanita dari Texas, Wykesha Reid, 34, dilaporkan mati ketika menerima rawatan keempat untuk membesarkan bahagian punggungnya, baru-baru ini.

Menurut ahli keluarganya, Reid berusaha untuk mendapatkan punggung idamannya lantas mengunjungi pusat kecantikan tidak berdaftar untuk tujuan tersebut.

Tidak pulang-pulang selepas mendapat rawatan di situ, ahli keluarganya lantas melaporkan kehilangannya kepada pihak polis.

Pihak berkuasa menemui mayat Reid hasil pemeriksaan di pusat kecantikan tersebut.

Pemilik pusat itu, Denise Ross, 43, dan Jimmy Clarke, 31, diburu pihak polis kerana menjalankan perniagaan perubatan tidak berlesen selain berkemungkinan besar didakwa menyebabkan kematian Reid
Apabila sebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat kaya raya. Mungkin ada asasnya di situ kerana ramai pemimpin dari negeri bumi kenyalang tersebut memiliki kediaman yang besar-besar, kenderaan yang mewah-mewah.
Saya akui sering ditanya rakan-rakan mengenai ‘kemewahan’ Datuk Seri Rohani.
Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata.
Pagi tadi saya berada di kediaman rasminya di Taman Sejoli, Kuching.
Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun lalu.
Tidak ada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera.
Kenderaan Land Cruiser Ninja tu pun milik jabatan.
Dalam tempoh itu YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari University Of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya buat renovation tiga kali – itupun di bahagian porch dan dapur.
Dan di rumah inilah yang beliau akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yg pegawai ni pulak beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman…naik segan kami sheikhhh…
Jadi pada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd. Karim…lihatlah sendiri dan inilah jawabannya.
#‎integriti‬

Petikan: Facebook Syahril A. Kadir (Pegawai Khas Datuk Seri Rohani Abdul Karim – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)







GAMBAR yang dikirimkan kepada kami ini memaparkan satu nota kecil yang ditinggalkan kepada pemilik sebuah kereta.
Nota tersebut memberitahu pemilik kenderaan terbabit supaya menghubunginya kerana kunci kereta tersebut telah dijumpai.
Namun, tergelak kecil kami dibuatnya apabila penggunaan Bahasa Melayu yang digunakan agak lucu.



“Adalah jumpa kunci kereta ini bilah kakak kamu datang balik, tolong cool saya lah, Mohammad Shahrul jaga Parkin”

Mungkin ayat sebenar yang ingin disampaikan ialah, “Saya jumpa kunci kereta akak, kalau datang balik tolong telefon saya.”
Walaupun penggunaan bahasa mat bangla ini agak kelakar tetapi niat yang ditunjukkan sangat jujur.
Kira okay lah tu, ada sesetengah masyarakat kita nak cakap Bahasa Melayu pun belum tentu lancar.
Sharjah (Emiriah Arab Bersatu): Satu hidangan burger mencipta rekod sebagai burger paling mahal di dunia apabila dijual pada harga mencecah AS$7,000 (RM25,976) dalam satu acara lelongan amal di sini, kelmarin.



Acara lelongan amal yang berlangsung di pusat beli-belah Dubai Mall di sini, itu dianjurkan bagi mengutip dana untuk sebuah pertubuhan mencegah kanser payudara, Pink Caravan.

Burger istimewa itu disediakan Pengerusi Jabatan Statistik dan Pembangunan Komuniti Sharjah, Sheikh Mohammed Bin Abdullah Al Thani juga duta Pink Caravan.
Hidangan burger paling mahal sebelum ini djual pada harga AS$5,000 (RM18,554) dalam satu acara lelongan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Beberapa lagi duta pertubuhan itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan hidangan burger mereka sebelum melelongkan kepada pembida.
Bagaimanapun, identiti pembida yang membeli hidangan burger paling mahal di dunia itu tidak didedahkan.

Jawatankuasa penganjur Pink Caravan mengumumkan bahawa aktiviti amal itu berjaya mengutip dana AS$19,650 (RM72,921).
Pengasas Pertubuhan Rakan Pesakit Kanser, Ameera Bin Karam berkata, beliau sangat bangga dengan sokongan yang diberikan penderma dan duta Pink Caravan pada program berkenaan.
“Tanpa sokongan mereka ini (penderma dan duta) Pink Caravan tidak dapat mencapai misi mereka,” katanya.

Menurutnya, Pink Caravan menyediakan beberapa pusat perubatan bergerak untuk menjalankan pemeriksaan terhadap wanita bagi mengesan tanda awal kanser payudara. - Agensi


Denver, Amerika Syarikat: Seorang budak perempuan berusia 13 tahun seolah dirasuk syaitan apabila tergamak meracuni ibunya sendiri kerana berang iPhone miliknya dirampas.
Lebih mengejutkan budak itu cuba membunuh ibunya sebanyak dua kali dengan meracun wanita berkenaan menggunakan cecair peluntur.

Kerana tidak tahan dengan sikap anaknya itu, wanita berkenaan bertindak melaporkan perkara itu kepada polis.

Jurucakap polis, Heidi Prentup berkata, budak perempuan itu ditahan pada Jumaat lalu selepas ibunya membuat laporan bahawa anaknya itu cuba membunuhnya.

Katanya, budak itu cuba membunuh ibunya sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu dengan mencampurkan minuman mangsa dengan cecair peluntur.
“Cubaan pertama berlaku pada 2 Mac lalu apabila budak itu memperdayakan ibunya dengan memberikannya minuman yang dicampur dengan cecair peluntur.

“Apabila mangsa minum air yang dibuat anaknya itu, dia berasa pelik apabila terbau cecair peluntur, namun dia menyangka gelas itu tidak dibilas dengan bersih,” katanya.
Menurutnya, selepas minum air berkenaan, wanita itu jatuh sakit dan terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari.
Bagaimanapun, sebaik keluar dari hospital, budak itu masih meneruskan rancangan jahat untuk membunuh ibunya.

Budak itu sekali lagi mencampurkan cecair peluntur di dalam minuman ibunya, tetapi kali ini mangsa berasa curiga kerana minuman itu berbau cecair peluntur.
“Kerana tidak berpuas hati wanita itu terus menyoal anaknya yang akhirnya mengaku dia sengaja menuangkan cecair peluntur berkenaan.
“Budak itu memberitahu dia mahu membunuh ibunya kerana berang selepas wanita itu merampas iPhone miliknya,” jelasnya.

Tambahnya, budak itu ditahan polis di rumahnya selepas ibunya membuat laporan polis.
“Budak itu kini ditahan di pusat juvana, sementara menunggu pertuduhan yang akan dikenakan terhadapnya,” katanya.


Isteri kepada Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden, yang juga merupakan seorang pelakon Eina Azman mengejutkan media sosial semalam selepas mengeluarkan kenyataan masih tidak boleh menukar warna rambutnya.

"Saya tidak boleh tukar lagi warna rambut yang sekarang ini kerana terikat dengan kontrak sedia ada,' kata Eina.

Walaupun tidak menyatakan dengan spesifik kontrak beliau , keputusan ini diterima dengan kecaman hebat dari peminat yang banyak mempersoalkan tuntutan seorang wanita dengan agamanya. Dipetik dari Facebook Media Hiburan, peminat- peminat tak kira lelaki dan wanita mengecam keputusan Eina tersebut. 

Namun ada juga peminat yang redha dengan keputusan ini dan mendoakan agar Eina menukar warna rambut kepada warna asal seletah tamat kontrak. 

SELEPAS gagal dalam beberapa siri percintaan termasuk bersama pelakon Johan Asari, Lana Nordin akhirnya berkongsi khabar gembira bakal mendirikan rumah tangga pada Mei nanti.
Lana bagaimanapun enggan memberitahu lebih lanjut siapakah gerangan bakal suaminya, sekadar memberi bayangan beliau berasal dari Amerika dan kini menetap di Singapura.
Katanya, dia mahu memberi kejutan sekaligus mengumumkan bakal suaminya ketika sidang media, 25 Mac ini.
Portal OHBULAN! bagaimanapun telah menjalankan ‘kajian’ mereka sendiri dan memberikan 7 bukti bahawa lelaki istimewa dalam hidup Lana adalah David McKienzie, atlit skuad bola tampar AS di Sukan Olimpik 2012.

1. Warga Amerika, Kerja Di Singapura?



Ya, untuk pengetahuan korang David McKienzie kini bergelar coach untuk sebuah kelab bola tampar, American Volleyball Academy yang berpusat di Singapura. Jadi betullah clue yang Lana Nordin cakap tu kan?

2. Foto Selfie



Kalau korang perasan Lana Nordin kerap memuatnaik foto lelaki ini di laman Instagram miliknya namun tidak mendedahkan nama. Apa susah, Google kan ada.

3. Lunch With My Love




Melihat kepada tweet-tweet daripada David ini sudah membuktikan bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta. Malah tweet terbaru David pada Februari lalu turut menyebut nama Lana Nordin.

4. Teman Kekasih Hati Photoshoot?




5. Follow Di Twitter


6. Instagram David McKienzie



Kami cuba ushar Instagram David tapi sayangnya private. Tapi tak apa, tengok dia punya default picture pun dah membuktikan siapa Lana Nordin di hatinya. Siap ada love LN tu.

7. Lagi Foto Bersama



Sebelum ini Lana Nordin pernah dikaitkan bercinta dengan seorang jejaka kacukan Cina-Inggeris namun hasil tinjauan kami foto lelaki tersebut telah pun dipadam. Alaaa mamat yang banyak tattoo tu.
Jika dilihat kepada foto-foto yang dikongsi oleh Lana Nordin di Instagram, dirinya kerap ke Amerika kebelakangan ini. Jumpa family David?
Apa-apa pun tahniah Lana Nordin kerana bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Untunglah dapat atlet, sado pula tu.
Sumber:  Ohbulan

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish  bernasib baik apabila perabot kafe dan baju jubah jenamanya yang ditempatkan di sebuah butik di Bangsar tidak dicuri dalam satu rompakan yang berlaku pada Selasa lalu.

Nora, 32, berkata, dia terkejut apabila diberitahu tentang kejadian itu dan bergegas ke butik berkenaan untuk memeriksa barang-barang perabot yang bernilai kira-kira RM100,000 yang dihias di butik itu.

"Saya sangat terkejut apabila mereka memberitahu butik itu dirompak pada pagi Selasa lalu dan saya terus bergegas untuk memeriksa barang-barang saya.

"Ketika itu saya baru sahaja bawa masuk perabot sofa, kerusi dan meja untuk dihias di kafe yang bakal dilancarkan itu. Nasib baik semua barang saya masih ada dan baju jubah saya juga tidak diambil.

"Mereka ambil jubah-jubah jenama luar negara yang mahal berharga ribuan ringgit," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Khamis
Nora berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filemIsteri Untuk Dijual di Wisma Metrowealth, di sini, Khamis.

Katanya, butik berkenaan kerugian lebih RM20,000 dan pemiliknya sudah pun membuat laporan polis pada Selasa lalu.

Nora berkata, dia bakal membuka sebuah kafe Kopi & Xoxo di butik berkenaan yang akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac ini.

Katanya, setakat ini dia masih memikirkan tentang menu yang bakal dijual selain mampu menarik pengunjung datang ke kafe tersebut.

"Persiapan daripada segi persiapan sudah hampir siap yang mana saya dan kawan-kawan perempuan saya buat sendiri semuannya.
"Sekarang kami sedang dalam fasa untuk mencari menu yang sesuai dan mampu menarik orang untuk datang ke kafe itu. Saya mahu orang datang kerana makanan yang kita jual sedap," ujarnya..

JIKA si isteri semakin lebat rezekinya dengan perniagaan tudung yang laris di pasaran, si suami pun tak kurang kencang dapat job.
Suami kepada aktres jelita Rozita Che Wan atau Che Ta, Zain Saidin baru-baru ini telah dilantik sebagai duta ubat kuat seks lelaki, Pesona Rugosa.
Selaku duta produk tersebut Zain berkata, dia percaya tugasan baharunya itu mampu mengurangkan kadar perceraian di kalangan rakyat Malaysia dengan membantu para suami menjalankan tangggungjawab batin mereka dengan baik.

“Saya tidak rasa jadi duta produk ini sesuatu yang memalukan kerana realitinya masalah dingin hubungan kelamin sememangnya berlaku yang mana ada pasangan mempunyai masalah kesihatan batin.
“Pada saya ia bertujuan baik untuk menyelamatkan rumah tangga seseorang seterusnya mungkin dapat mengurangkan kadar perceraian di negara ini.
“Saya anggap tawaran untuk menjadi juru cakap produk ini adalah rezeki selepas kahwin dan rezeki anak saya. Jadi saya ambil sahaja peluang itu kerana ia bukan sesuatu yang salah. Tentang promosi pula pengurusan saya yang uruskannya,” katanya, dalam satu laporan disiarkan MStar Online.

BINTANG program televisyen Keeping Up With The Kardashian dinasihati oleh doktor agar mengurangkan aktiviti seks.
Kim Kardashian yang merupakan isteri kepada penyanyi Rap Kanye West, dikatakan kini begitu beriya-iya dan terdesak untuk hamil buat kali kedua dan menunjukkannya kepada umum.
Baru-baru ini, Kanye memuat naik gambar separuh bogel isterinya itu di laman sosial Twitter hingga mendapat perhatian peminat serta media di Hollywood.
Menerusi temubual eksklusif E! News bersama bintang terkenal itu, ibu kepada North West yang kini berusia 20 bulan menyatakan dia benar-benar mahu hamil dan akan lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya.
Namun, dia telah dinasihati oleh doktornya agar mengurangkan aktiviti seks selepas Kim mengakui melakukannya paling kurang 15 kali sehari.
Sama ada benar-benar mahu hamil atau cuma alasan sebab gilakan perhatian, semoga berjayalah diucapkan kepada Kim dan Kanye untuk menambah anak kita ucapkan.


Beijing: Demi menguji cinta, dua wanita nekad terjun ke dalam sungai untuk melihat siapakah yang diselamatkan seorang lelaki yang direbut mereka.

Menurut media semalam, Wu Hsia, 21, berdepan dilema apabila bekas kekasihnya - dan kekasih terkininya - melompat ke sungai hampir serentak.

Kejadian berlaku di bandar Ningbo di wilayah Zheijiang.

Konflik itu bukanlah baru bermula sehari dua lalu, sebaliknya sejak Disember 2014 apabila Wu memutuskan untuk meninggalkan Jun Tang, 20.

Wu kemudian menjalin hubungan cinta dengan Rong Tsao, 22.

Kecewa dengan keputusan Wu, Jun mula menganggu pasangan terbabit tanpa mengenal jemu.
Kehidupan Wu bertambah tertekan sejak itu apabila kekasih barunya turut kerap membebel mengungkit kisah silamnya dengan Jun.

Menurut media, Wu akhirnya mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu dengan memangil kedua-dua wanita terbabit supaya mereka boleh berbincang.

Tanpa dirancang, pertemuan itu secara kebetulan berlaku di tepi sungai.

Apabila bersemuka, keadaan menjadi panas kerana Jun mengherdik Rong sebelum dia melompat ke dalam sungai.

Sumber berkata, sebelum itu Jun meminta Wu untuk memilih dia atau Rong.
“Tanpa disangka, Rong juga bertindak sama dengan melompat ke dalam sungai dan memberi tekanan kepada Wu untuk bertindak,” katanya.

Sementara itu, Wu berkata, dia benar-benar buntu kerana perlu bertindak pantas untuk memilih sama ada menyelamatkan Jun atau Rong.

“Saya akhirnya memilih untuk menyelamatkan kekasih saya,” katanya.

Selepas menarik keluar Rong dari sungai, Wu menelefon abangnya yang kemudian memanggil bomba untuk mengeluarkan Jun dari air.

Apabila keadaan sedikit reda, Wu menghampiri Jun dan meminta penjelasan mengenai tindakannya.
“Sudah empat bulan kita berpisah, tetapi mengapa kamu masih mengganggu saya?” katanya.

Jun yang berlalu pergi sambil tersenyum menjawab: “Saya hanya mahu mengganggu kamu.” - Agensi

BANGKOK - Seorang warga Poland cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan dengan ‘mak nyah’ ketika melancong ke Thailand bersama suaminya.
Kaparzyna Pietrzyck, 42, dilaporkan mengalami kecederaan parah di dahi yang menyebabkannya kehilangan banyak darah selepas dipukul berulang kali dengan kasut tumit tinggi oleh wanita transgender Plakat Somchan, 23.
Pergaduhan bermula apabila Somchan cuba menggoda dan menawarkan seks kepada suami Kaparzyna.
Berang dengan tindakan Plakat, Kaparzyna membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kedua-duanya sudah memberi keterangan kepada polis.
Plakat kini berdepan tindakan jenayah manakala Kaparzyna dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. – Agensi