Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

BINTANG program televisyen Keeping Up With The Kardashian dinasihati oleh doktor agar mengurangkan aktiviti seks.
Kim Kardashian yang merupakan isteri kepada penyanyi Rap Kanye West, dikatakan kini begitu beriya-iya dan terdesak untuk hamil buat kali kedua dan menunjukkannya kepada umum.
Baru-baru ini, Kanye memuat naik gambar separuh bogel isterinya itu di laman sosial Twitter hingga mendapat perhatian peminat serta media di Hollywood.
Menerusi temubual eksklusif E! News bersama bintang terkenal itu, ibu kepada North West yang kini berusia 20 bulan menyatakan dia benar-benar mahu hamil dan akan lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya.
Namun, dia telah dinasihati oleh doktornya agar mengurangkan aktiviti seks selepas Kim mengakui melakukannya paling kurang 15 kali sehari.
Sama ada benar-benar mahu hamil atau cuma alasan sebab gilakan perhatian, semoga berjayalah diucapkan kepada Kim dan Kanye untuk menambah anak kita ucapkan.
Hiburan

Menurut media semalam, Wu Hsia, 21, berdepan dilema apabila bekas kekasihnya - dan kekasih terkininya - melompat ke sungai hampir serentak.
Kejadian berlaku di bandar Ningbo di wilayah Zheijiang.
Konflik itu bukanlah baru bermula sehari dua lalu, sebaliknya sejak Disember 2014 apabila Wu memutuskan untuk meninggalkan Jun Tang, 20.
Wu kemudian menjalin hubungan cinta dengan Rong Tsao, 22.
Kecewa dengan keputusan Wu, Jun mula menganggu pasangan terbabit tanpa mengenal jemu.
Kehidupan Wu bertambah tertekan sejak itu apabila kekasih barunya turut kerap membebel mengungkit kisah silamnya dengan Jun.
Menurut media, Wu akhirnya mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu dengan memangil kedua-dua wanita terbabit supaya mereka boleh berbincang.
Tanpa dirancang, pertemuan itu secara kebetulan berlaku di tepi sungai.
Apabila bersemuka, keadaan menjadi panas kerana Jun mengherdik Rong sebelum dia melompat ke dalam sungai.
Sumber berkata, sebelum itu Jun meminta Wu untuk memilih dia atau Rong.
“Tanpa disangka, Rong juga bertindak sama dengan melompat ke dalam sungai dan memberi tekanan kepada Wu untuk bertindak,” katanya.
Sementara itu, Wu berkata, dia benar-benar buntu kerana perlu bertindak pantas untuk memilih sama ada menyelamatkan Jun atau Rong.
“Saya akhirnya memilih untuk menyelamatkan kekasih saya,” katanya.
Selepas menarik keluar Rong dari sungai, Wu menelefon abangnya yang kemudian memanggil bomba untuk mengeluarkan Jun dari air.
Apabila keadaan sedikit reda, Wu menghampiri Jun dan meminta penjelasan mengenai tindakannya.
“Sudah empat bulan kita berpisah, tetapi mengapa kamu masih mengganggu saya?” katanya.
Jun yang berlalu pergi sambil tersenyum menjawab: “Saya hanya mahu mengganggu kamu.” - Agensi
Hiburan
BANGKOK - Seorang warga Poland cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan dengan ‘mak nyah’ ketika melancong ke Thailand bersama suaminya.
Kaparzyna Pietrzyck, 42, dilaporkan mengalami kecederaan parah di dahi yang menyebabkannya kehilangan banyak darah selepas dipukul berulang kali dengan kasut tumit tinggi oleh wanita transgender Plakat Somchan, 23.
Pergaduhan bermula apabila Somchan cuba menggoda dan menawarkan seks kepada suami Kaparzyna.
Berang dengan tindakan Plakat, Kaparzyna membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kedua-duanya sudah memberi keterangan kepada polis.
Plakat kini berdepan tindakan jenayah manakala Kaparzyna dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. – Agensi
Global
IKA hari tu kita tengok foto Eina Azman dan suami bercium, kemudian foto kakak Dafi dan suami pulakiss dalam air, hari ini kita pergi ke international level pula!
Siapa lagi kalau tak lain tak bukan pasangan sensasi, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Tapi, memang sekarang ni babak kissing kena upload di Instagram ye?
Rupa-rupanya ciuman manja Bunga Citra Lestari kepada Ashraf Sinclair ini adalah untuk meraikan kemenangan mereka dalam kategori ‘Most Fashionable Couple‘ dalam Insert Fashion Awards (IFA).
Tahniah kami ucapkan buat mereka! Cuma, agaknya lepas ni siapa pula nak kissing-kissing dalam Instagram.
Hiburan
Nazirah Ayub isteri kepada Nabil Ahmad, 31, telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.
Bayi seberat 3.2 kilogram itu diberi nama Layla Damita merupakan anak kedua mereka setelah Naera Milayla.
"Layla Damita.. Welcome to the new world of life! Happy Born Day..," ujar pengurus Nabil di laman IGnya.
Tahniah diucapkan!
Sumber: Myartis.com
Hiburan

VICTORIA, Australia – Seorang pemburu hantu, Allen Tiller menemui imej seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan melutut ketika melakukan penggambaran rancangan televisyen Haunting: Australia di sini baru-baru ini.
Rakaman video tersebut diambil ketika Tiller bersama rakannya, Rayleen Kable berada di Rumah Sakit Jiwa Beechworth yang terkenal sebagai salah satu destinasi berhantu di negara tersebut.
“Kami juga sempat merakamkan hentakan pintu dan bunyi orang berjalan ketika berada di bahagian yang dikenali sebagai bull pen, ujar Tiller.
Tiller menambah, menerusi rakaman ‘Fenomena Suara Elektronik’, jelas kedengaran suara orang ramai menjerit meminta mereka untuk keluar.
Sejak Januari lepas, pasangan itu mengetuai kumpulan pemburu hantu untuk mengambil gambar, bacaan elektromagnet dan rakaman suara di tempat-tempat misteri di sekitar Austalia. – AGENSI
Misteri Sejarah
INILAH aksi remaja melayu zaman sekarang yang bukan main lagi terang-terang atas motor pun boleh dijadikan tapak ‘projek’.
Apa yang ada dalam fikiran si perempuan ini agaknya sehingga sanggup beraksi seakan ‘sarkas’ ni.
Jika dikutkan, masalah sosial ini sebenarnya berpunca daripada kurangnya didikan agama dan nilai kasih sayang daripada keluarga.
Namun, agak hebat jugaklah ‘skill’ yang ditayangkan, si lelaki buka separuh, si perempuan buka separauh, lalu terus di dayung sahaja.
Hendak disalahkan kepada siapa jika perkara sebegini terjadi pada anak sendiri?
Renung-renungkan…
-MYNEWSHUB.cc
Isu Panas
NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang wanita di sini melalui situasi genting apabila terpaksa melahirkan anak di sebuah hospital di sini tanpa bantuan doktor di sisinya.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Rivera dari Newark bagaimanapun berjaya dalam proses itu hasil kecanggihan teknologi yang membolehkan seorang doktor wanita memberi arahan kepadanya melalui panggilan video FaceTime menggunakan telefon iPhone milik suaminya.
“Kami tidak dapat menunggu doktor kerana kepala bayi sudah terkeluar. Mujur, suami saya sempat menelefon doktor, Meena Devalla dan dia memberikan arahan menerusi FaceTime,” ujarnya yang selamat melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Raphael.
Pada awalnya, Rivera berkunjung ke hospital tersebut untuk membuat pemeriksaan biasa dan diselia oleh pembantu perubatan yang tidak mempunyai pengalaman di dalam bilik bersalin.
“Devalla memberikan arahan kepada kami dengan tenang dan jelas sehingga bayi selamat dilahirkan 20 minit kemudian,” ujar salah seorang pembantu perubatan, Oswaida Torres. – Agensi
Global
PETALING JAYA: Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa.
Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkan perkara itu dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.
"Dia hanya terlanggar pembahagi jalan sedikit sahaja di bahagian depan kereta tersebut.
"Bagaimanapun tidak ada kerosakkan teruk dan Zizan juga berada dalam keadaan baik. Buat masa ini saya belum pasti sama ada Zizan mahu buat laporan polis atau tidak," ujarnya kepadamStar Online, ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Dalam pada itu Izwan menafikan gambar kemalangan kereta Ferrari seperti yang tersebar di laman-laman sosial adalah milik pelawak tersebut.
"Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan," katanya.
Sementara itu, Zizan turut memuat naik gambarnya pada petang Rabu dengan kapsyen memberitahu dia berada dalam keadaan baik.
Zizan dalam proses penggambaran drama Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera terbitan syarikat milik aktres Liyana Jasmay.
Hiburan
![]() |
| ANGGOTA bomba membawa turun mayat lelaki yang mempunyai berat 160kg di rumahnya di Jalan Terasek 3, Bangsar. |
Kuala Lumpur: Mayat seorang pemandu teksi yang meninggal dunia di rumahnya di Jalan Terasik 3, Bangsar di sini, terpaksa dibawa keluar dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Pantai berikutan berat badannya yang mencecah 160 kilogram.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa R Sanjeevan, 30, dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.
“Mangsa yang masih bujang tinggal bersama keluarganya dan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 3.15 pagi tadi (semalam).
“Keluarga mangsa kemudian memaklumkan kepada polis sebelum kita meminta bantuan bomba,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Hmetro Online
Isu Semasa
![]() |
| PETIKAN video yang menujukkan kanak-kanak Indonesia sertai IS viral di laman sosial. |
Nilai: Tidak mustahil ada kanak-kanak negara ini yang berada di Syria direkrut menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, beberapa kanak-kanak berusia antara empat bulan hingga 12 tahun dibawa keluarga mereka ke sana.
Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran video yang menayangkan kanak-kanak dilatih menggunakan senjata dan mempelajari seni mempertahankan diri dipercayai menggunakan bahasa Indonesia.
"Memang ada kanak-kanak Malaysia sudah berada di Syria kerana turut dibawa keluarga ke sana. Bagaimanapun, kita tidak dapat mengesahkan sama ada mereka termasuk dalam kumpulan yang dipaparkan dalam video berkenaan," katanya pada sidang media selepas memberi taklimat mengenai ancaman gerakan IS di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, sebentar tadi.
Video bertajuk '170315 IS Indon' berdurasi dua minit itu dipercayai mula dimuat naik di laman Youtube semalam, sebelum tersebar di laman sosial Facebook.
HMETRO ONLINE
Isu Semasa

Siapa tidak terkejutkan jika melalui saat-saat seperti ini apabila kenderaan yang dipandu terdapat 'benda' tumpang.
Inilah yang berlaku kepada seorang pemandu teksi di Tok Jiring Kuala Terengganu yang nyata terkejut apabila mendapati terdapat seekor ular sawa berlingkar di atas enjin teksinya.
Beliau menyedari akan kehadiran ular sawa tersebut ketika ingin mengisi gas Ngv disebuah stesen minyak.
Bagaimanapun pihak bomba telah berjaya menangkap ular tersebut.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)














Recent Comments