Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


HANOI – VIETNAM . Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas terjatuh dari layang-layang gergasi di bandar Ho Chi Minh, Vietnam, menurut pihak berkuasa, kelmarin.
Kemalangan pada Ahad lalu itu berlaku selepas kanak-kanak terbabit dikatakan tersangkut pada tali ketika ahli Kelab Layang-Layang Saigon sedang bersiap sedia untuk melancarkan layang-layang berukuran 18 meter.
“Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” menurut pegawai polis daerah Hoc Mon. – DPA

BAGHDAD – Tentera kerajaan Iraq dilaporkan berjaya menangkap sejumlah anggota pengganas kumpulan IS yang dipercayai cuba melarikan diri daripada terlibat dalam kancah pertempuran sengit di wilayah utara negara itu.
Paling kelakar, militan ‘brutal’ terbabit ditahan dalam keadaan lucu: mereka cukur licin misai dan jambang di muka selain berpakaian seperti perempuan dengan harapan dapat meloloskan diri daripada pemeriksaan tentera Iraq.
Pihak keselamatan Iraq menyiarkan beberapa foto eksklusif menerusi laman Instagram memaparkan anggota tentera negara itu membuka burqa selain terpaksa melucutkan coli dipakai ekstremis IS itu yang menyamar sebagai pondan.
Salah satu daripada foto tersebut mendedahkan ‘keayuan’ wajah seorang remaja lelaki militan IS yang sanggup belot dan berpaling tadah dengan mengenakan solekan lengkap ‘eyeshadow’ berwarna merah pada kelopak matanya.
Media tempatan pada Isnin berkata, tentera Iraq enggan membocorkan maklumat bila dan di mana gambar-gambar tersebut dirakamkan kerana bimbang ia boleh menjejaskan proses siasatan pihak agensi perisikan negara berkenaan.
Anehnya pada minggu lalu, tiga lelaki yang didakwa sebagai homoseksual telah dipenggal kepala mereka di salah sebuah wilayah dikuasai IS, bahkan ada dicampak dari bangunan tinggi atas kesalahan liwat walaupun suka sama suka.
IS yang mendakwa mereka berpegang teguh kepada ajaran Islam menyelar kelompok gay sebagai golongan dilaknat Allah SWT dan dikutuk Rasulullah SAW sebagaimana pengamal seks songsang yang popular dalam kalangan kaum Sodom ketika zaman Nabi Luth AS.
Sumber keselamatan memberitahu agensi berita antarabangsa, golongan perempuan yang menyertai IS dilarang keras ikut bertempur di medan perang malah, anggota militan amat bimbang jika tewas di ‘tangan’ tentera perempuan.
Ironinya di sisi lain, IS berjaya mempengaruhi ramai belia dan kanak-kanak lelaki dari seluruh dunia termasuk Malaysia untuk turut bertempur di barisan hadapan, kononnya demi menegakkan sistem pemerintaan khalifah Islam. – Agensi

NAMPAKNYA karenah remaja zaman sekarang makin parah. Mana taknya, sudahlah melakukan dosa tergamak pula membuat pengakuan terbuka tentangnya di laman sosial Facebook tanpa segan silu.
Di page Facebook USM love confession (satu laman yang disediakan buat pelajar Universiti Sains Malaysia meluahkan pengalaman cinta mereka), pengendalinya telah memuatnaik pengakuan ‘berani mati’ seorang penuntut perempuan berkenaan aktiviti sumbang dengan teman lelakinya. Adoi!

Dalam entri yang dimuatnaik beberapa hari lalu, penuntut tersebut mengakui bahawa kekasih hatinya merupakan individu yang baik dan sabar dengan karenahnya.
“Boifren aku seriusly baik, pandai, anak mak. Selalu jaga aku time aku perlu. Tak pernah marah2 and sabar je dengan perangai merajuk aku. Aku nak kahwin dengan dia,” tulisnya.
Tapi, penuntut tersebut mula membuka pekung sendiri apabila mengakui melakukan aktiviti ringan-ringan dengan teman lelakinya.
Tapi past two years dia ajak ringan-ringan. Aku ikut sbb suka. Sapa x suka peluk sayang weyy.”
Tak terhenti di situ, siswi terbabit terus ‘bikin panas’ apabila mengakui teman lelakinya kini mula mengajar dia melakukan ‘blowjob’!
Tapi recently dia ajar aku blowjob. Aku tak suka. Tapi aku buat sebab sayang dia.”
Sayang? Inilah yang dipanggil sayang tak kena tempat cik adik oii…
Apa lagi, ruangan komen terus dibanjiri luahan tidak puas hati terhadap tindakan siswi tersebut kerana sanggup membuat pengakuan mengaibkan itu untuk dibaca oleh orang lain.

Banyak pihak turut menghentam pengendali laman tersebut kerana semberono memasukkan pengakuan tanpa membuat tapisan terlebih dahulu.
Yelah, page Facebook itu kan mewakili suara pelajar USM, dah tentulah universiti tersebut turut menerima akibatnya. Orang cakap seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit…
- MYNEWSHUB.CC

MUNGKIN kisah yang dikongsikan ini akan membuatkan anda kecut perut pada permulaannya tapi selepas mengetahui cerita sebenar, anda pasti berdekah-dekah ketawa.
Senang cakap, inilah contoh individu yang suka membuat andaian tanpa menyelidik dahulu. Hanya kerana satu imej kabur muncul dalam foto yang diambil, mudah betul si penyebar mengatakan ia adalah penampakan entiti paranormal!
Dimuat naik dalam akaun Facebook Sukan Star TV, seorang individu menceritakan pengalamannya yang menyeramkan ketika melakukan riadah di sebuah kawasan di Simpang Pulai, Perak.
Selang beberapa minit selepas mengambil foto di sekitar kawasan tersebut, dia kembali melihat imej-imej itu. Namun, ada sesuatu yang menaikkan bulu romanya. Nak tahu apa?
Menurut si tukang cerita, satu entiti aneh dikesan dalam foto sedangkan ketika kamera diklik, ‘makhluk’ tersebut langsung tak kelihatan. Paling menakutkan adalah keadaan kakinya yang boleh menimbulkan pelbagai andaian.
Selepas mengesan imej ‘seram’ dalam foto itu katanya, dia melihat keadaan sekeliling untuk mencari kot-kot dia salah lihat tapi memang sah ‘makhluk’ tersebut tak ada di sekitar kawasan tersebut.
Nah, kita kasi zoom sikit…

Pengalaman seram yang dikongsikan di Internet ini apa lagi… dengan pantas menerima pelbagai reaksi netizen yang turut kecut perut dan sama-sama meneka apakah sebenarnya ‘makhluk’ itu.
Namun tak lama kemudian, kisah tersebut bertukar menjadi kelakar apabila ada pihak berkongsikan satu gambar sebijik rupa ‘makhluk’ yang muncul secara tak sengaja dalam foto diambil si pengadu.
Rupa-rupanya, ia bukanlah penampakan hantu seperti yang diperkatakan individu tersebut. Imej itu hanyalah seorang lelaki yang memakai seluar celoreng jingga.

Adoi, tak pasal-pasal abang tu dapat title jembalang hanya kerana imejnya tidak jelas dan kelihatan aneh…
Kes seperti ini sebenarnya sering terjadi. Sebelum ini, terdapat beberapa laporan yang kononnya imej hantu dikesan dalam foto diambil, namun setelah diselidik ia hanyalah kesan pantulan cahaya, trick kamera mahupun kesilapan-kesilapan lain.
Jadi lain kali, pastikan ‘hantu betul’ baru kongsi di laman sosial kalau anda tak nak dapat malu seperti ini!
- MYNEWSHUB.CC


KUALA LUMPUR:  Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu  masih lagi baharu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.

"Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.

"Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya," katanya kepada mStar Online.

Erra ditemui pada majlis pelancaran teater Takhta 3 Ratu di Bora Ombak di sini pada Rabu. 


Pelakon Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut hadir pada majlis tersebut.
Terdahulu Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan  bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.


BINTANG terkenal Hollywood, Kim Kardashian membelanjakan hampir AS$500 (RM2,000) demi mendapatkan rambut berwarna putih keemasan seperti penyanyi Madonna.

Menurut laporan E Online, Kim sanggup menghabiskan masa hampir empat jam untuk melalui proses mewarnakan rambut yang menggunakan bahan terbaik agar dapat menyerupai penyanyi itu.

Bagaimanapun selepas empat hari, Kim tidak berpuas hati dengan gaya rambutnya itu dan mewarnakan sekali lagi untuk mendapatkan hasil lebih baik.

Meskipun dikritik hebat oleh peminat fesyen, Kim bagaimanapun tidak menghiraukan pandangan negatif tersebut malah berasa bangga kerana sudah lama menginginkan gaya rambut seperti Madonna.

Isteri kepada penyanyi Kanye West itu sentiasa menjadi perhatian umum apabila sering menggayakan fesyen terkini.
Mstar Online

Sik: “Saya cuma membaca petikan ayat al-Quran sebelum menjinakkan ular tedung selar itu walaupun pergelangan tangan kiri kesakitan akibat dipatuk, ” kata Zahhariman Abdul Razak, yang ‘bertarung’ selama 10 minit untuk menewaskan ular tedung yang cuba masuk ke rumahnya di Kampung Belantik, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika bekas kakitangan FELCRA itu keluar ke halaman rumah sebelum menyedari kelibat reptilia sepanjang 4.2 meter dengan berat kira-kira sembilan kilogram itu sedang menyusur di tepi dinding.

Zahhariman, 54, berkata, dia terkejut melihat seekor ular di luar rumah lalu mengacah menangkapnya tetapi dipatuk pada pergelangan tangan kiri.
Menurutnya, pada masa sama dia langsung tidak mengendahkan kesakitan dan berusaha menangkapnya sambil membacakan petikan ayat al-Quran untuk menjinakkan ular berkenaan walaupun berdepan kesukaran.

“Ular itu cuba mengelak menyebabkan saya membaca ayat al-Quran dan menghembus ke arahnya menyebabkan reptilia itu menjadi lemah sebelum saya mencekak dan dimasukkan ke dalam guni.

-

Bangkok: Kerajaan tentera Thai semalam memberi amaran kepada wanita negara itu supaya tidak memuat naik gambar selfie bawah payudara mereka - trend terbaru media sosial yang semakin menjadi viral.

Menurutnya, perbuatan itu menyalahi undang-undang jenayah komputer negara itu.
Akta Jenayah Komputer 2007 Thailand melarang sebarang bentuk bahan yang boleh ‘menjejaskan keselamatan negara atau menyebabkan panik dalam kalangan penduduk’ atau ‘sebarang data komputer lucah yang boleh diakses orang ramai.’

Kementerian Kebudayaan berkata, pesalah berdepan dengan hukuman penjara lima tahun. Ia bagaimanapun tidak menyebut cara mereka akan mengenal pasti pelaku.
“Apabila orang merakam gambar selfie pangkal payudara mereka, tidak ada siapa dapat melihat wajah mereka,” katanya. - Agensi



Kuching: Sudahlah mabuk, pukul orang pula. Itu kisah sebenar video dua lelaki memukul seorang lelaki dalam kejadian dikatakan berlaku di Jalan Bako, di sini, yang ‘viral’ di laman sosial sejak petang tadi.

Kejadian 3.30 petang itu sebenarnya berlaku di Jalan Demak, di sini, membabitkan mangsa berusia 46 tahun yang sudah membuat laporan polis selepas kejadian.

Berdasarkan laporan dibuat, pada mulanya mangsa bersama rakannya yang memandu Toyota Unser melalui kawasan berkenaan sebelum mendapati ada sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang dalam keadaan bahaya.
Rakan mangsa membunyikan hon untuk menegur penunggang motosikal itu tetapi menerima ‘hadiah’ isyarat lucah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Entusa Imam berkata, penunggang motosikal itu memberhentikan kenderaannya, diikuti mangsa dan rakannya.

"Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.
"Tiba-tiba penunggang motosikal itu dengan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya

Menurut Entusa, siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
"Saksi yang menyaksikan kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Hmetro


KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan membeli sebuah lagi jet peribadi baharu didakwa akan menimbulkan kemarahan rakyat di kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat terpaksa menanggung cukai baharu yang sebahagiannya akan digunakan pembelian sebuah lagi jet peribadi ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan sikap tidak peduli beliau terhadap kesempitan hidup rakyat.

"Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baharu untuk Najib dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.



"Penggunaan jet peribadi ACJ319 sahaja sudah melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyelenggaraan. Tindakan membeli jet peribadi baharu ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST," dakwanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Rafizi ketika membuat pendedahan itu di lobi Parlimen menambah, rakyat kini terpaksa menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau dalam pada itu turut mendedahkan salinan bukti pembelian jet peribadi tersebut.

Sehubungan itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.

"Ini bukti bahawa pentadbiran beliau (Najib) terus-menerus bergelumang dengan pemborosan dan pembaziran.

"Tindakannya jelas membuktikan dia membelakangkan kepentingan rakyat. Oleh itu Najib harus memohon maaf," tegasnya lagi. - Sinar Harian

SEBELUM berkahwin, ayat-ayat cinta tak pernah lekang di bibir, “I  love you, I miss you, I can’t live without you..” dan bermacam-macam lagilah.
Tapi bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari! Begitulah yang terjadi apabila ketika bahtera dilayari, datang pula ribut dugaan melanda.
Beberapa petikan perbualan mesej WhatsApp yang kami kongsikan ini, sebenarnya merupakan kes tahun lalu namun ia didapati kembali tersebar di media sosial. Maka, kami turut siarkannya kembali agar jadi pengajaran buat suami isteri di luar sana.
Perbualan tersebut menunjukkan bagaimana seorang isteri bertindak memaki hamun suaminya kerana mempersoalkan keputusan membuat pinjaman bank dalam jumlah yang besar. Jom baca:
*Mesej di dalam kotak hijau merupakan dari suami, manakala kotak putih pula dari isterinya.


Memang dalam rumah tangga bab duit merupakan salah satu faktor utama punca pergaduhan pasangan.
Namun tindakan si isteri dalam perbualan di atas bagi kami, cukup melampau.
Seorang isteri sepatutnya menghormati suami tidak kira kaya atau miskin, muda atau tua. Ingatlah, Allah memerhati dan malaikat mencatat kerana syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami.
Pesanan buat para suami pula, jika ada kudrat maka usahakanlah sebaik mungkin untuk mencari nafkah.
Anda ada tanggungjawab yang akan ditanya di akhirat kelak.. jangan jadi DAYUS!
- MYNEWSHUB.CC

DI ZAMAN ini, banyak pihak tak bertanggung jawab mengambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan memanipulasi barangan sedia ada di pasaran dengan menjual produk tiruan.
Terbaharu, kes Milo tiruan yang dibuktikan dengan penyebaran rakaman video dan rampasan oleh pihak berkuasa di satu kawasan perumahan di Mantin, Negeri Sembilan.
Susulan timbul kebimbangan orang ramai tentang produk tiruan yang dikhuatiri  dibeli oleh mereka tanpa sengaja, pihak Nestle menerusi akaun rasmi Milo Malaysia memaklumkan cara mudah mengenalpasti sama ada Milo yang ingin dibeli adalah produk tulen atau tiruan.
“Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” demikian maklumat dikongsikan di laman tersebut.
Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan membuat rampasan produk tiruan jenama Milo berjumlah RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin.
Apa yang mengejutkan, proses pembungkusan produk tersebut didapati dilakukan secara manual dan hanya ditimbang kilo sahaja!