Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

SUN dan suaminya hanya sempat bergambar tanpa upacara perkahwinan pada hari mereka ditangkap polis.– AGENSI
LONDONDERRY, Ireland – Sepasang suami isteri menerima wang pampasan sebanyak £21,000 (RM116,750) selepas pihak polis melakukan kesilapan menahan mereka sejurus sebelum ikrar perkahwinan dilafazkan.
Pasangan tersebut, Neil Elwee, 28, dan isterinya, Yanan Sun, 22, ditahan ketika berada dalam upacara perkahwinan mereka pada 19 Julai 2011 di sini di hadapan kira-kira 50 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.
Sun yang kini ibu kepada dua orang anak, meluahkan rasa kecewanya kerana mereka ditahan selama empat jam walaupun pihak polis sedar dalam tempoh masa 40 minit bahawa tangkapan itu merupakan satu kesilapan.
Mereka sebelum itu disyaki cuba mengatur satu perkahwinan palsu.
"Ketika berada di balai polis, Neil memberitahu rakan yang berada di hotel itu untuk meneruskan majlis berkenaan tanpa kehadiran kami berdua kerana tidak mahu mengecewakan semua yang hadir, malah kami juga sudah bayar untuk majlis tersebut," kata Sun.
Tambahnya, upacara perkahwinan dijalankan semula pada keesokan harinya tanpa pakaian pengantin dan rakan-rakan kecuali ahli keluarga terdekat.
Tidak puas hati dengan detik memalukan itu, pasangan suami isteri tersebut membuat aduan terhadap pegawai polis yang menahan mereka pada Jun 2012 menyebabkan empat pegawai digantung tugas selain menerima sejumlah pampasan. – AGENSI

GAMBAR ultrabunyi menunjukkan bayi dalam kandungan Dee memberi isyarat ‘V’ (dalam bulatan). Gambar kanan, Dee dan suami, Ed. - See more at: 

London: Membuat pemeriksaan ultrabunyi terhadap bayi yang masih dalam kandungan sering menimbulkan perasaan gementar kepada pada ibu bapa.

Bagaimanapun, bagi pasangan Ed dan isterinya, Dee Parsons perasaan itu terus hilang selepas bayi mereka dirakam menunjukkan isyarat tangan ‘V’ yang sering dirujuk kepada tanda keamanan atau kemenangan.

Dee, 35, berkata, mereka terkejut dan hampir tidak percaya melihat bayi dalam kandungan yang berusia 20 minggu menunjukkan isyarat tangan berkenaan dengan jelas.
“Jururawat yang membuat ujian ini juga terkejut dan memberitahu dia tidak pernah melihat keadaan seperti itu.

“Kami berasa sangat tenang melihat isyarat keamanan ini ketika berlaku pelbagai kekacauan di sekeliling kita dan di seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya, dia dan Ed, 35, sebelum ini berasa sedih dengan situasi di seluruh dunia dan juga kematian rakan rapat mereka.
“Kami juga bimbang kerana akan melahirkan anak kami ketika banyak keadaan buruk berlaku ketika ini.

“Tetapi selepas melihat isyarat ini kami berasa sangat gembira,” ujarnya.
Tambahnya, rakan-rakannya percaya isyarat tangan yang ditunjukkan bayi itu adalah sesuatu yang positif dan simbol kegembiraan.

Isyarat tangan ‘V’ yang bermaksud kemenangan dan keamanan itu dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill ketika Perang Dunia Kedua.
Pasangan berkenaan yang tinggal di Godalming, Surrey dekat sini merancang menamakan anak mereka Winston jika bayi itu lelaki.

Dee mempunyai seorang anak perempuan, Grace berusia enam tahun hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Katanya, Grace menunjukkan isyarat tangan bagus ketika ujian ultrabunyi kandungan yang ketika itu berusia 12 minggu. - Agensi


Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug, terkejut apabila menyedari gelagat dua gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli, dengan tidak menghiraukan sensitiviti penduduk tempatan dan pelancong lain.

Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan saja diperhatikan pengunjung kanak-kanak, malah perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).

Seorang pengunjung, Mardiana Abdul Ezam, 33, berkata, dia hanya menyedari perbuatan pelancong asing itu selepas ditegur salah seorang anaknya sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan kira-kira jam 9 pagi, Ahad lalu.

“Pada mulanya, saya menyangka anak tersilap cakap apabila mendakwa melihat perempuan tidak berbaju sedang bermain pasir.
“Saya kemudian melihat ke arah mereka dan terkejut apabila mendapati dakwaan anak memang betul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam


Memakan daging manusia, minum menggunakan tengkorak dan tinggal bersama mayat, menyebabkan satu puak sami ini sangat digeruni penduduk di India.

Sami Aghori yang tinggal di bandar suci Varanasi yang terletak di negeri Uttar Pradesh ini mengamalkan gaya hidup pelik, kononnya untuk lebih dekat dengan Tuhan.
Puak ini tinggal di kawasan pembakaran mayat dan memakan daging manusia serta minum menggunakan tengkorak sebagai satu ritual keagamaan.

Mereka juga menggigit kepala haiwan hidup hingga putus, meditasi di atas mayat dan mendakwa boleh meramal masa depan.
Maka, tidak hairanlah mengapa puak sami ini sangat digeruni penduduk di India sehingga mereka dianggap golongan terbuang.

Namun bagi jurugambar Itali, Cristiano Ostinelli, puak berkenaan sangat unik dan dia sanggup tinggal bersama untuk merakamkan kehidupan mereka.
Ostinelli berkata, gambar berkenaan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelami kehidupan sami misteri itu.

“Mereka diselubungi misteri yang hebat. Mereka juga digeruni penduduk di sini kerana didakwa boleh meramal masa depan, berjalan di atas air dan mempunyai kuasa sihir,” katanya.
Sami itu menggunakan ganja, alkohol dan meditasi untuk membantu mereka mencapai tahap tidak kesedaran tertinggi dan membawa mereka lebih dekat dengan dewa Hindu, Shiva.
Mereka percaya dengan mendekati mayat walaupun dianggap tabu atau mengganggu oleh orang ramai mereka semakin hampir ke tahap kesucian.

Sami ini percaya dewa Shiva dan Kali Ma juga tinggal di kawasan pembakaran mayat serta makan apa sahaja yang dibuang oleh manusia.
Mayat biasanya dibakar dan abunya dibuang ke dalam Sungai Ganges yang mengalir di Varanasi tetapi ada mayat yang dibuang tanpa dibakar.

Sami Aghori dipercayai mengutip mayat ini untuk upacara keagamaan mereka.
Ada bahagian mayat digunakan sebagai perhiasan atau alat pemujaan manakala dagingnya dimakan mentah-mentah.
Mereka percaya darah dan daging hanya sementara dan tubuh badan manusia pula adalah bentuk yang tidak penting.

Kepercayaan itu menyebabkan mereka suka tinggal di kawasan pembakaran mayat dan dikelilingi kematian serta mayat yang mereput.
Puak sami ini mudah dikenali kerana berjalan dengan pakaian yang sedikit atau tidak berpakaian langsung.

Mereka percaya dengan tidak berpakaian boleh menghalang mereka daripada godaan dunia dan menunjukkan badan manusia dalam bentuk yang paling suci.
Puak Aghori percaya amalan mereka berasal dari sami puritan, Baba Kinaram yang dipercayai hidup pada kurun ke-17. - Agensi



Pada zaman yang moden ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam penyebaran maklumat mahupun perkongsian idea dan kreativiti individu. Persaingan media-media di Malaysia semakin hari semakin sengit tidak kira saiz sesebuah organisasi tersebut. 

kupi-kupi talkshow adalah sebuah inisiatif yang baru dilancarkan pada bulan februari lepas hasil daripada idea dua buah media indiependent sabah iaitu OKIDU MEDIA dan JUST IMPRESSIVE. Ketiga-tiga kumpulan media ini berada dibawah satu naungan iaitu kumpulan Kreeative.

Apa yang menariknya, perkataan kupi-kupi adalah "SLANG" yang selalu digunakan orang-orang Sabah yang memberikan maksud 'Santai'.  Menarik bukan? 

Kupi-Kupi Talkshow ini diketengahkan untuk tontonan umum tidak kira usia. Banyak isu-isu menarik di Sabah yang ingin didedahkan oleh mereka bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada pemuda serta pemudi Sabah. 

Untuk pengetahuan anda, Rancangan seperti ini sudah ada di Malaysia dan sudah mengukir pencapaian yang memberansangkan seperti Jinny Boy, The Effing Show dan Mat Lufti. 

Semoga Kupi-kupi Talkshow akan terus mendapat sambutan dan semakin berjaya di masa akan datang. 

Untuk mengikuti setiap perkembangan Kupi-kupi Talkshow, korang boleh lah follow/like Facebook Fanpage 



Post by Kupi - Kupi Talkshow.


Seorang paramedik dipecat serta-merta oleh pegawai kesihatan selepas memuat naik gambar ‘selfie’ yang dianggap kejam dan tidak berhati perut.
Tatiana Kulikova, 25, mengambil beberapa gambar ketika dia sedang bertugas dalam operasi menyelamatkan mangsa yang nazak dalam kemalangan dan mangsa serangan sakit jantung di bandar Kirov, Rusia.
Menerusi gambar yang dikirimkan di laman sosialnya itu, wanita itu dilihat mengambil gambar pesakit dengan menunjukkan jari yang kurang sopan serta ‘selfie’ dirinya dengan menunjukkan simbol ‘peace.’
Kedua-dua gambar tersebut dimuat naik dengan tajuk ‘Another Moron‘ dan ‘How I Hate My Job.’
Kini, pegawai perkhidmatan kecemasan telah memecat pekerjanya yang tidak sensitif pada keadaan itu.

‘Ternyata ianya amat jelas bahawa dia tidak mempedulikan pesakitnya itu semasa dia mengambil gambar tak bertamadun itu,’ kata ahli kempen kesihatan tempatan, Artem Golubev. 40.
‘Tindakannya itu sangat tidak berhati perut dan dia tidak menjaga kebajikan pesakitnya itu sehingga ada yang meninggal dunia selepas gambar itu diambil,’ tambahnya.
Tatiana tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan insiden itu.
Harap-harap di Malaysia semua orang dapat buat kerja dengan seikhlas hati supaya benda-benda seperti ini tidak berlaku sama sekali.

SATU iklan jualan rumah kini heboh diperkatakan masyarakat Indonesia apabila si penjualnya menawarkan diri sendiri sebagai “free gift” kepada bakal pembeli.
Ops, jangan buat andaian bukan-bukan kerana tawaran tersebut bermaksud dia sanggup menikahi bakal pemilik rumahnya itu. Wah, untung kan?
Memetik laporan Kompas, Wina, 40, langsung tak menyangka bahawa tawaran itu bakal menjadi viral dan dicanang senusantara.
“Saya kaget, jujur kaget. Sampai jadi pembicaraan. Saya jujur tidak mencari sensasi, memang tulus menjual rumah dan cari suami,” ujarnya.
Tambahnya, dia tidak ambil pusing respon negatif yang dihamburkan kerana dia kini begitu terdesak untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupan sehariannya.
Wina turut berkata, rumah tersebut meninggalkan seribu kenangan kerana dimiliki oleh arwah ibunya sebelum ini.
“Kalau rumah ini dijual dan pembelinya jadi suami, kan saya tidak perlu pindah. Rumah ini nazar ibu saya. Kasihan juga anak saya mahu tinggal di mana, sedangkan saya memerlukan wang,” katanya.
Selain itu usianya juga sudah mencecah 40,justeru dia ingin memiliki lelaki yang boleh memimpin dan menjaganya.
Sehingga kini, Wina menerima banyak panggilan telefon yang berminat dengan tawaran tersebut.
Bagaimanapun kata wanita itu, dia akan membuat pilihan andai tawaran yang diberikan menarik.
“Kalau pilihannya banyak maka saya akan memilih yang boleh jadi suami baik dan bertanggung jawab, serta mampu memimpin keluarga,” tuturnya.
Tindakan Wina baru-baru ini, mengejutkan banyak pihak apabila dia membuat tawaran jualan rumah dengan menulis:

“Penawaran Langka Abad Ini !!! Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego.”
Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu ditawarkan pada harga Rp 999, 000, 000, 00 (RM 282,000).

Menghairankan apabila di sekitar pam angin stesen minyak dipenuhi dengan paku dan skru berserta dengan nombor-nombor telefon pomen untuk menukar tiub kenderaan.

Seorang Pengikut Siakapkeli telah berkongsikan kisah ini selepas terjumpa skru, paku dan dawai bertaburan di tampat pam angin di sebuah stesen minyak Petron di Jalan Kg Melayu Subang semalam.

Menurut beliau, dia terperasan ada banyak benda berkilat-kilat berhampiran dengan tempat pam angin tersebut.






"Rupanya-rupanya benda berkilat tersebut ialah paku, skru dan besi tajam yang berselerak. Saya pasti yang melakukan kerja ini tidak lain tidak bukan adalah mereka yang buat bisnes tukar tiub/ tukar tayar/pancit."

"Mustahil kebetulan, sebab gambar ini menceritakan segalanya. Ada banyak lagi skru dan paku kecil berselerakan di kawasan tersebut, dan ini hanya sebahagian kecil yang saya kutip,'' katanya.

Peringatan kepada semua pemandu tidak kira kereta atau motosikal parking dulu di jarak agak jauh dan tinjau keadaan tempat pam angin tersebut. Pastikan tiada benda tajam.


BERITA bintang realiti dari Singapura, Taufiq Batisah bakal mengakhiri zaman solonya bulan depan tidak lama lagi mengejutkan seluruh peminat hiburan.
Dalam pada itu, berita gembira ini nyata disambut baik peminat pelantun lagu Awak KatMane yang tidak sabar-sabar ingin mengetahui wanita teristimewa yang berjaya menambat hati penyanyi terkenal itu.
Sebelum ini, penyanyi berusia 33 tahun ini pernah mendedahkan bakal isterinya merupakan gadis senegara iaitu Singapura namun lebih senang berahsia perihal gadis bertuah berkenaan.
Namun tup-tup, menerusi Media Hiburan seorang peminat telah berkongsi gambar Taufik bersama seorang gadis yang dipercayai bakal isteri penyanyi terkenal itu.
Menurut sumber, gerangan gadis yang mencuri hati juara Singapore Idol musim pertama itu dikenali sebagai Sheena Akbal.
Wah, kalau benarlah gadis di dalam foto yang tersebar ini adalah bakal isterinya, pasti Taufik adalah insan paling berbahagia memiliki isteri cantik dan memahami kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
Apa pun, kami agak kagum dengan cara Taufik yang bijak dalam menyimpan rahsia perihal kisah peribadinya hinggakan tiada yang menghidu hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi tersohor itu bersama bakal isterinya.
Kita doakan moga majlis perkahwinan Taufik dan bakal isteri berjalan dengan lancar. 

NGERI…. seramai 43 pekerja dan seorang pemandu bas kilang berhadapan dengan situasi paling getir dalam hidup mereka apabila bas yang mereka naiki merempuh sebuah jejambat di hadapan Kilang Robert Bosch, Seagate, Bayan Lepas awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi itu, mengakibatkan keseluruhan bumbung bas berkenan tercabut hingga mengakibatkan seramai 43 penumpang cedera parah manakala pemandu tersepit.



Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5.58 pagi dan tiba di tempat kejadian 6.12 pagi.
Tambahnya, semua mangsa berjaya dikeluarkan dari bas berkenaan kira-kira pukul 7.08 pagi.
Beberapa buah ambulans turut bergegas ke lokasi berkenaan dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk  mendapatkan rawatan. – MYNEWSHUB.CC

PERGHHH… hampir tersembul biji mata kami melihat Diana Danielle yang begitu berani tampil seksi dalam majalah Esquire Malaysia, keluaran bulan ini.
Aksi isteri aktor Farid Kamil ini yang hanya mengenakan pakaian dalam atau ‘coli’ berwarna hitam, menampakkan sebahagian perut boleh membuatkan sesiapa sahaja ketap bibir melihatnya.
Dalam beberapa aksi lain, Diana turut memberikan pose daring dan menggiurkan sambil mengenakan pakaian sendat lagi singkat.
Jika melihat bentuk badan Diana yang superb ini, pasti ramai tidak menyangka wanita kacukan Melayu-Inggeris ini sudah pun bergelar seorang ibu.
Namun lebih utama, kami pasti gambar sensasi kali ini boleh mencetuskan kontroversi dan membuat nama Diana kembali bermain panas dalam radar hiburan tempatan.

Jika dilihat pada isi temubual dengan majalah tersebut, Diana banyak berkongsi cerita tentang permulaan kariernya dalam industri seni dan sifatnya yang sangat mementingkan hasil kerja terbaik.
Pada masa sama, Diana turut mendedahkan kisah kesukaran hidupnya suatu ketika dahulu sehingga ibunya, Norsiah Ramli terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan mereka anak beranak.
“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, ” katanya.
Untuk lebih menarik, dapatkan majalah Esquire di pasaran segera!
- MYNEWSHUB.CC


NANNING, China – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dipaksa melutut meminta maaf, dimasukkan ke dalam sangkar babi sebelum direndam di dalam tasik sebagai hukuman kerana mencuri wang berjumlah lebih 20,000 yuan (RM11,800).
Portal berita NetEase melaporkan, budak itu memasuki sebuah rumah dengan memanjat tembok sebelum masuk melalui tingkap di tingkat dua.
Seorang jiran yang melihat kejadian itu menyangka budak berkenaan saudara jirannya yang datang melawat ketika musim perayaan.
Jiran itu hanya menyedari budak lelaki itu pencuri selepas mangsa mengadu wangnya hilang.