Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Seorang paramedik dipecat serta-merta oleh pegawai kesihatan selepas memuat naik gambar ‘selfie’ yang dianggap kejam dan tidak berhati perut.
Tatiana Kulikova, 25, mengambil beberapa gambar ketika dia sedang bertugas dalam operasi menyelamatkan mangsa yang nazak dalam kemalangan dan mangsa serangan sakit jantung di bandar Kirov, Rusia.
Menerusi gambar yang dikirimkan di laman sosialnya itu, wanita itu dilihat mengambil gambar pesakit dengan menunjukkan jari yang kurang sopan serta ‘selfie’ dirinya dengan menunjukkan simbol ‘peace.’
Kedua-dua gambar tersebut dimuat naik dengan tajuk ‘Another Moron‘ dan ‘How I Hate My Job.’
Kini, pegawai perkhidmatan kecemasan telah memecat pekerjanya yang tidak sensitif pada keadaan itu.

‘Ternyata ianya amat jelas bahawa dia tidak mempedulikan pesakitnya itu semasa dia mengambil gambar tak bertamadun itu,’ kata ahli kempen kesihatan tempatan, Artem Golubev. 40.
‘Tindakannya itu sangat tidak berhati perut dan dia tidak menjaga kebajikan pesakitnya itu sehingga ada yang meninggal dunia selepas gambar itu diambil,’ tambahnya.
Tatiana tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan insiden itu.
Harap-harap di Malaysia semua orang dapat buat kerja dengan seikhlas hati supaya benda-benda seperti ini tidak berlaku sama sekali.
Global

SATU iklan jualan rumah kini heboh diperkatakan masyarakat Indonesia apabila si penjualnya menawarkan diri sendiri sebagai “free gift” kepada bakal pembeli.
Ops, jangan buat andaian bukan-bukan kerana tawaran tersebut bermaksud dia sanggup menikahi bakal pemilik rumahnya itu. Wah, untung kan?
Memetik laporan Kompas, Wina, 40, langsung tak menyangka bahawa tawaran itu bakal menjadi viral dan dicanang senusantara.
“Saya kaget, jujur kaget. Sampai jadi pembicaraan. Saya jujur tidak mencari sensasi, memang tulus menjual rumah dan cari suami,” ujarnya.
Tambahnya, dia tidak ambil pusing respon negatif yang dihamburkan kerana dia kini begitu terdesak untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupan sehariannya.
Wina turut berkata, rumah tersebut meninggalkan seribu kenangan kerana dimiliki oleh arwah ibunya sebelum ini.
“Kalau rumah ini dijual dan pembelinya jadi suami, kan saya tidak perlu pindah. Rumah ini nazar ibu saya. Kasihan juga anak saya mahu tinggal di mana, sedangkan saya memerlukan wang,” katanya.
Selain itu usianya juga sudah mencecah 40,justeru dia ingin memiliki lelaki yang boleh memimpin dan menjaganya.
Sehingga kini, Wina menerima banyak panggilan telefon yang berminat dengan tawaran tersebut.
Bagaimanapun kata wanita itu, dia akan membuat pilihan andai tawaran yang diberikan menarik.
“Kalau pilihannya banyak maka saya akan memilih yang boleh jadi suami baik dan bertanggung jawab, serta mampu memimpin keluarga,” tuturnya.
Tindakan Wina baru-baru ini, mengejutkan banyak pihak apabila dia membuat tawaran jualan rumah dengan menulis:

“Penawaran Langka Abad Ini !!! Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego.”
Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu ditawarkan pada harga Rp 999, 000, 000, 00 (RM 282,000).
Global
Menghairankan apabila di sekitar pam angin stesen minyak dipenuhi dengan paku dan skru berserta dengan nombor-nombor telefon pomen untuk menukar tiub kenderaan.
Seorang Pengikut Siakapkeli telah berkongsikan kisah ini selepas terjumpa skru, paku dan dawai bertaburan di tampat pam angin di sebuah stesen minyak Petron di Jalan Kg Melayu Subang semalam.
Menurut beliau, dia terperasan ada banyak benda berkilat-kilat berhampiran dengan tempat pam angin tersebut.
"Rupanya-rupanya benda berkilat tersebut ialah paku, skru dan besi tajam yang berselerak. Saya pasti yang melakukan kerja ini tidak lain tidak bukan adalah mereka yang buat bisnes tukar tiub/ tukar tayar/pancit."
"Mustahil kebetulan, sebab gambar ini menceritakan segalanya. Ada banyak lagi skru dan paku kecil berselerakan di kawasan tersebut, dan ini hanya sebahagian kecil yang saya kutip,'' katanya.
Peringatan kepada semua pemandu tidak kira kereta atau motosikal parking dulu di jarak agak jauh dan tinjau keadaan tempat pam angin tersebut. Pastikan tiada benda tajam.
Isu Panas

BERITA bintang realiti dari Singapura, Taufiq Batisah bakal mengakhiri zaman solonya bulan depan tidak lama lagi mengejutkan seluruh peminat hiburan.
Dalam pada itu, berita gembira ini nyata disambut baik peminat pelantun lagu Awak KatMane yang tidak sabar-sabar ingin mengetahui wanita teristimewa yang berjaya menambat hati penyanyi terkenal itu.
Sebelum ini, penyanyi berusia 33 tahun ini pernah mendedahkan bakal isterinya merupakan gadis senegara iaitu Singapura namun lebih senang berahsia perihal gadis bertuah berkenaan.
Namun tup-tup, menerusi Media Hiburan seorang peminat telah berkongsi gambar Taufik bersama seorang gadis yang dipercayai bakal isteri penyanyi terkenal itu.
Menurut sumber, gerangan gadis yang mencuri hati juara Singapore Idol musim pertama itu dikenali sebagai Sheena Akbal.
Wah, kalau benarlah gadis di dalam foto yang tersebar ini adalah bakal isterinya, pasti Taufik adalah insan paling berbahagia memiliki isteri cantik dan memahami kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
Apa pun, kami agak kagum dengan cara Taufik yang bijak dalam menyimpan rahsia perihal kisah peribadinya hinggakan tiada yang menghidu hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi tersohor itu bersama bakal isterinya.
Kita doakan moga majlis perkahwinan Taufik dan bakal isteri berjalan dengan lancar.
Hiburan

NGERI…. seramai 43 pekerja dan seorang pemandu bas kilang berhadapan dengan situasi paling getir dalam hidup mereka apabila bas yang mereka naiki merempuh sebuah jejambat di hadapan Kilang Robert Bosch, Seagate, Bayan Lepas awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi itu, mengakibatkan keseluruhan bumbung bas berkenan tercabut hingga mengakibatkan seramai 43 penumpang cedera parah manakala pemandu tersepit.


Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5.58 pagi dan tiba di tempat kejadian 6.12 pagi.
Tambahnya, semua mangsa berjaya dikeluarkan dari bas berkenaan kira-kira pukul 7.08 pagi.
Beberapa buah ambulans turut bergegas ke lokasi berkenaan dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan. – MYNEWSHUB.CC
Isu Semasa

PERGHHH… hampir tersembul biji mata kami melihat Diana Danielle yang begitu berani tampil seksi dalam majalah Esquire Malaysia, keluaran bulan ini.
Aksi isteri aktor Farid Kamil ini yang hanya mengenakan pakaian dalam atau ‘coli’ berwarna hitam, menampakkan sebahagian perut boleh membuatkan sesiapa sahaja ketap bibir melihatnya.
Dalam beberapa aksi lain, Diana turut memberikan pose daring dan menggiurkan sambil mengenakan pakaian sendat lagi singkat.
Jika melihat bentuk badan Diana yang superb ini, pasti ramai tidak menyangka wanita kacukan Melayu-Inggeris ini sudah pun bergelar seorang ibu.
Namun lebih utama, kami pasti gambar sensasi kali ini boleh mencetuskan kontroversi dan membuat nama Diana kembali bermain panas dalam radar hiburan tempatan.

Jika dilihat pada isi temubual dengan majalah tersebut, Diana banyak berkongsi cerita tentang permulaan kariernya dalam industri seni dan sifatnya yang sangat mementingkan hasil kerja terbaik.
Pada masa sama, Diana turut mendedahkan kisah kesukaran hidupnya suatu ketika dahulu sehingga ibunya, Norsiah Ramli terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan mereka anak beranak.
“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, ” katanya.
Untuk lebih menarik, dapatkan majalah Esquire di pasaran segera!
- MYNEWSHUB.CC
Hiburan

NANNING, China – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dipaksa melutut meminta maaf, dimasukkan ke dalam sangkar babi sebelum direndam di dalam tasik sebagai hukuman kerana mencuri wang berjumlah lebih 20,000 yuan (RM11,800).
Portal berita NetEase melaporkan, budak itu memasuki sebuah rumah dengan memanjat tembok sebelum masuk melalui tingkap di tingkat dua.
Seorang jiran yang melihat kejadian itu menyangka budak berkenaan saudara jirannya yang datang melawat ketika musim perayaan.
Jiran itu hanya menyedari budak lelaki itu pencuri selepas mangsa mengadu wangnya hilang.
Global
GAMBAR seekor kucing hitam kaku di jalanan selepas ditikam dengan pisau oleh individu tidak bertanggungjawab kini tersebar di laman sosial sekaligus mengundang kutukan masyarakat.
Apalah agaknya salah kucing tu sampai ada yang tergamak bertindak kejam terhadapnya yang tidak berupaya untuk melawan kudrat manusia.
Kalau pun rasa annoying dengan tindakan kucing itu yang mungkin mencuri makanan atau ikan, takkan tak tahu kot yang haiwan tak dikurniakan akal untuk berfikir yang mana baik dan sebaliknya.
Kita yang ada akal inilah sepatutnya bertindak dengan cara wajar dalam menangani sesuatu permasalahan kan?
Kepada pelaku perbuatan kejam ini ingatlah.. mungkin di dunia anda boleh terlepas tapi menjawablah nanti di akhirat kelak!
Isu Semasa

LOS ANGELES – Percayakan anda jika dikatakan bahawa wanita ini, Sarah Stage sedang mengandung.
Gambar berkenaan menunjukkan dia sedang mengandung sebulan dan enam bulan. Namun tidak kelihatan sebarang perbezaan pun pada badannya.
Dia yang juga seorang model kini sudah sarat dan hamil lapan bulan. Namun jika dilihat kepada perutnya itu, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Malah dia masih menjadi model untuk pakaian dalam meskipun perutnya sedang membesar.
Sarah merekodkan gambar perutnya itu setiap bulan melalui akaun instagramnya sejak bulan pertama hingga bulan kelapan hamil.
Dia sememangnya aktif di gim dan meskipun sedang mengandung, Sarah tetap ke gim dalam usaha mengekalkan bentuk badannya.
Sarah, yang mempunyai darah campuran Eropah dan Costa Rica itu sering muncul dan majalah dan papan iklan di seluruh Amerika Syarikat.
Hiburan

SUDAH jadi lumrah buat mereka yang memilih kerjaya guru untuk berhadapan dengan pelajar yang nakal serta susah dilentur. Tambahan pula dengan adanya cadangan untuk menghalang hukuman rotan dilaksanakan, lagi bertambah peninglah kan?
Namun, atas dasar tanggungjawab dan peranan sebagai ‘ibu bapa kedua’, para guru tetap meneruskan tugas mereka dengan penuh dedikasi.
Namun, ada ‘peel’ segelintir pelajar boleh membuatkan guru tepuk dahi dan tak senang duduk.
Cuba bayangkan kalau anda seorang guru dan mendapat kiriman gambar bogel daripada seorang pelajar perempuan, apakah reaksi anda?
Ya, situasi tersebut merupakan realiti zaman kini. Melalui satu ‘screen-captured‘ yang tersebar di laman sosial, seorang guru didedahkan telah menerima kiriman foto bogel pelajarnya sendiri!
Buat hal betul..
Melalui foto yang tersebar pelajar terbabit dapat dilihat menegur gurunya di aplikasi mesej WeChat sebelum bertindak menghantar ‘selfie‘ bogelnya dengan selamba, siap bertanya “ok tak!!”
Tak tahu lah nak klasifikasikan gambar bogel tersebut sebagai ‘rezeki’ ataupun ‘cari penyakit’ namun ia jelas bukanlah satu momen yang mudah untuk ditangani guru terbabit.
Yelah.. silap haribulan, guru terbabit pula dituduh mencabul dan melakukan gangguan seksual terhadap pelajar sendiri kan?
Apa pun ini adalah penggera untuk pihak atau kementerian terlibat melakukan sesuatu untuk bantu menangani masalah moral yang semakin kronik dalam kalangan pelajar dan golongan muda hari ini.
Harap-harap juga, ada pihak buka mata dan menilai kembali hala tuju hukuman kepada pelajar serta sistem pendidikan negara.
Murid sekarang bukan macam murid dulu dah…
- MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

CHINA – Mengejutkan. Seorang remaja berusia 16 tahun menjadi mangsa buli enam remaja perempuan yang lain di sebuah sekolah dalam kes yang mengejutkan penduduk di negara berkenaan.
Selain dipukul dan dibelasah, mangsa telah dibogelkan dan gambar bogel itu kemudian dimuat naik dalam media sosial, QQ.Dia dipukul oleh enam remaja gangster yang diketuai oleh Lu Tung di bilik asrama Sekolah Tinggi Bancang di Yunnan.


Dalam laman web QQ itu, Lu Tung dengan penuh bangga memberitahu bagaimana dia dan rakan-rakannya, yang bukan pelajar di sekolah berkenaan, berjaya membelasah gadis tersebut.
Selepas identitinya dikenalpasti, Lu Tung melarikan diri bersama rakan-rakannya ke bandar Guangzhou, yang terletak kira-kira 850 batu dari bandar berkenaan.
Dalam pada itu, jurucakap sekolah memberitahu, kejadian terbabit amat mengejutkan dan siasatan akan dijalankan dengan mana-mana pelajar yang dikesan terlibat akan dikenakan hukuman.
Sementara mangsa pula kini menerima kaunseling.
Isu Panas

Beijing: Seorang lelaki, Shi Zhiyong, 35, sanggup tinggal di dalam gua yang gelap gelita dan sempit sejak enam bulan lalu semata-mata untuk membolehkan dia berjimat dan menghantar lebih banyak wang kepada keluarganya di wilayah Hebei.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Shi bekerja untuk menyara ibu, bapa, isteri dan dua anaknya.
Menurut laporan itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk bekerja di bandar Jinan yang jauh dari kampungnya kerana ia menawarkan gaji lebih tinggi berbanding bekerja di bandar Handan di wilayah Hebei.
“Di Jinan, saya memperoleh 3,000 yuan (RM1,700) sedangkan di tempat asal saya, pekerjaan yang sama menawarkan gaji 1,800 yuan (RM1,050),” katanya.
Shi sebelum ini membelanjakan 200 yuan (RM116) daripada gajinya untuk bayar sewa bilik, talian telefon bimbit dan arak sementara makan dan minum hariannya ditanggung majikannya.
Apabila menemui gua sedalam 10 meter itu September lalu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di dalamnya supaya dia tidak perlu menyewa bilik dan berjimat sebanyak 100 yuan (RM58) lagi.
Bagaimanapun, dia tidak memberitahu keluarganya mengenai gua itu, sebaliknya berkata, dia menginap di asrama syarikat atau hotel.
Menurutnya, dia bangun jam 6 pagi setiap hari dan menggunakan tandas syarikat untuk mandi. Apabila pulang, dia akan mandi di tandas awam yang terletak berhampiran gua itu. - Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)






Recent Comments