Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kalau disebut mesin vending (layan diri), pasti ramai yang terus membayangkan mesin menjual air tin atau kotak yang terdapat di tempat awam di Malaysia.
Tetapi, kalau di Jepun, bukan setakat mesin menjual air sahaja yang disediakan, mesin menjual mi segera, rokok, bunga, bateri, dan surat khabar pun ada.
Tidak cukup dengan itu, mesin menjual serangga, telur, beras, seluar dalam wanita dan majalah lucah pun ada! Erkk…
Lebih menarik, ada mesin vending yang menggunakan konsep touch screen terutamanya di stesen keretapi di Tokyo.
Mesin Menjual Bunga Segar
Mesin Menjual Seluar Dalam


DUA gambar printscreen dimuatnaik oleh dua anak pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Tun Fatimah Muar dan Hospital Besar Teluk Intan kini viral di laman Facebook.
Kedua-dua individu terbabit mendakwa ibu mereka yang dimasukkan ke wad tidak dijaga dengan baik oleh jururawat bertugas.
Susulan itu, seorang jururawat telah menerangkan hal sebenar termasuk skop kerja seorang jururawat juga melalui laman sosial Facebook.

Luahan jururawat bernama Intan Shafina ini sememangnya benar.
Untuk pengetahuan anda Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web rasmi telah memberi penerangan, menukar lampin pakai buang serta memandikan pesakit bukanlah tugas hakiki jururawat, melainkan arahan diberikan untuk jururawat berbuat demikian oleh doktor atau pengurusan Hospital.
Berbalik kepada kisah tidak puas hati dua anak bertuah terbabit, kedua-dua mereka sewajarnya berfikir dahulu sebelum menuduh.
Yalah, di hospital kerajaan bukannya hanya seorang dua pesakit yang hendak diuruskan, malah berpuluh-puluh.
Dimanakah tanggungjawab sebagai seorang anak kalau iba bapa sendiri yang terlantar tak sanggup dijaga?
Apa salahnya anak sendiri yang menukar pampers serta memandikan orang yang pernah membesarkan kita hingga ke hari ini.
Sedarlah bahawa para jururawat ini membantu dengan niat yang baik supaya anak-anak kepada pesakit ini dapat meneruskan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapa yang sedang uzur.
Ingat ya, sehina-hina seorang jururawat yang malas, hila lagi seorang anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa.

Kejayaan kerjaya Sia bermula daripada album terbaharunya, 1000 Forms if Fear menerusi single hit Chandelier. Sia, 39, bagaimanapun lebih gemar berselindung dan jarang menunjukkan wajahnya kepada khalayak umum melainkan bercerita mengenai kisah hitam.
Penyanyi kelahiran Australia itu mengakui dia pernah berdepan zaman kegelapan apabila hidupnya terlalu bergantung dengan ketagihan, tertekan dan cubaan membunuh diri beberapa kali hingga pengalaman tersebut menjadikan dirinya hari ini.
“Saya seorang penagih pil,” dedah Sia ketika ditemu bual oleh OK! Magazine.
Dia mengakui bergantung dengan pil jenis Xanax dan OxyContin selepas disahkan menghidap bipolar disorder (kecelaruan mental).
Bagaimanapun, alkohol pula menjadi pelega buat Sia apabila berdepan dengan perasaan gemuruh dan kurang selesa sewaktu membuat persembahan di atas pentas.
“Saya juga pernah cuba untuk membunuh diri pada September tahun 2010,” katanya dalam temu bual itu.
Dengan ketagihan dan tekanan sepanjang masa selepas kematian tragis teman lelakinya yang dilanggar oleh sebuah teksi sehari sebelum mereka bertemu di London, Sia sengaja menyewa bilik di sebuah hotel murah bagi melegakan perasaan dengan pengambilan alkohol tanpa kawalan.
Mujur, ketika itu dia ditemui oleh temannya sebelum dibawa menjalani terapi bagi mengekang masalah ketagihan yang dihadapinya.



Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Seorang nenek mendakwa dirogol oleh seorang peniaga kain gara-gara gagal melangsaikan baki hutang bajunya bernilai RM20 dalam kejadian di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Cenderakasih, Luyang dekat sini baru-baru ini.
Kejadian pada pukul 9 pagi Jumaat lalu itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 75 tahun tinggal berseo­rangan di rumahnya.
Satu sumber polis memberitahu, sebelum kejadian, wanita itu dikatakan didatangi oleh peniaga kain warga Pakistan berusia lingkungan 30-an ke rumahnya.
Kedatangan warga asing itu adalah bagi mengutip baki hutang RM20 daripada mangsa yang baru membuat bayaran RM10 bagi sehelai baju blaus yang bernilai RM30.
Kata sumber itu, mangsa dikatakan mempelawa peniaga kain itu masuk ke dalam rumahnya dengan niat berbincang mengenai baki hutangnya.
“Namun lain jadinya apabila peniaga kain itu didakwa naik berang selepas wanita warga emas itu dikatakan memberi alasan dia tiada wang,” kata sumber itu semasa dihubungi di sini semalam.



Bangkok: Ramai pasangan memikirkan hari perkahwinan mereka sebagai permulaan untuk hidup baru bersama.
Beberapa pasangan Thai mengambil idea itu lebih serius dengan baring dalam keranda ketika melafazkan ikrar perkahwinan.

Upacara perkahwinan itu yang dijalankan oleh sami kononnya untuk membolehkan pasangan menyucikan diri daripada nasib malang dengan ‘dihidupkan semula’ dan ia dipercayai dapat membawa cinta sejati, kemewahan dan dilidungi daripada bahaya.

Seramai 10 pasangan mengambil bahagian dalam upacara besar-besaran yang luar biasa itu di sebuah kuil di pinggir bandar Bangkok, kelmarin.

Peserta melakukan upacara keagamaan di depan sami sebelum mengambil tempat mereka bersebelahan antara satu sama lain di dalam keranda merah jambu sambil memegang bunga rapat pada dada mereka.


London: Iphone 6 paling mahal di dunia dipamerkan kepada umum kelmarin dan ia bukan setakat dibuat daripada emas 24 karat, tetapi diturut bertatahkan puluhan berlian kecil.
Harga ditawarkan ialah RM13 juta.
Syarikat Goldgenie bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk luar biasa ini dengan logo Apple dibuat daripada berlian. Sepanjang sisi peranti itu juga dihiasi dengan permata berharga itu.
Antara pelanggannya sebelum ini ialah pelari pecut Usain Bolt, bekas bintang bola sepak David Beckham, penyanyi rap P Diddy.
Pengasas Goldenie Laban Roomes berkata: “Ini mungkin telefon bimbit paling eksklusif di dunia ketika ini. Nilainya sama dengan sebuah pulau kecil.”
Iphone Diamond Ecstasy boleh disesuaikan mengikut citarasa pelanggan, dengan pilihan emas, platinum atau kemasan keemasan-merah mawar.
Mereka juga boleh memilih sendiri berlian atau permata lain untuk menghiasinya.
Jika anda tidak mampu untuk memiliki edisi berlian, Goldgenie menawarkan telefon peribadi bermula dari RM53,000.
Ini bukan pertama kali sebuah syarikat menawarkan iPhone mahal terlampau.
Tahun lalu, pereka Alexander Amosu mencipta iPhone 6 emas dengan bertatahkan 6,127 butir berlian untuk seorang pelanggan yang tidak diketahui identitinya.
Logo Apple dengan emas padu juga diletak di belakang dan telefon bimbit itu dijual dengan harga £1.7 juta (RM9 juta) - Agensi

PARIS — Setelah diusir keluar dari negaranya sendiri kerana menayangkan payu daranya menerusi video kontroversi untuk anugerah Cesars di Perancis pada 2012, aktres kelahiran Iran, Golshifteh Farahani sekali lagi mencetuskan kekecohan baharu.
Kali ini, pelakon berusia 31 tahun itu muncul bergambar hitam putih dengan penampilan tubuh telanjang sambil beraksi ghairah dalam keluaran terbaharu majalah erotik Perancis, Egoiste yang dirakamkan jurufoto terkenal di dunia, Paolo Roversi.
Golshifteh pernah berbogel untuk mempromosikan Cesars pada 2012, acara penganugerahan karya skrin terbaik Perancis setaraf Academy Awards di Hollywood sehingga menyebabkan nama dia langsung dilarang menjejaki tanah tumpah darahnya.


Stesen Al-Arabiya pada waktu itu melaporkan, pihak berkuasa menghubungi keluarganya di Teheran untuk memaklumkan Golshifteh bakal dihukum jika ‘berdegil’ pulang ke Iran dengan payu daranya akan dipotong dan disajikan di piring untuk bapanya makan.
Sejak itu, beliau terpaksa menetap di Paris bersama suaminya, Amin Mahdavi, namun penampilan terkini Farahani menimbulkan isu kemungkinan ia tindak balas terhadap negara asalnya yang dianggap menindas kebebasan akhbar dan hak bersuara rakyat.
Stesen Fox News memetik Golshifteh sebagai berkata: “Perancis telah membebaskan saya dan ini satu-satunya tempat di dunia wanita tidak perlu berasa bersalah. Di Timur, anda bersalah sepanjang waktu setelah memiliki dorongan seksual yang pertama.”
Golshifteh mula dikenali ketika menjadi heroin kepada aktor terkenal, Leonardo DiCaprio dalam filem adaptasi novel, Body of Lies pada 2008, sekali gus menjadi pelakon wanita Iran pertama tampil menerusi filem Hollywood sejak zaman Revolusi Iran 1979.
Namun, banyak pihak meragui niat sebenar Golshifteh kononnya bekas penuntut Universiti Islam Azad itu mendakwa foto telanjang tersebut adalah cara terbaik untuk mendukung hak asasi wanita Iran, sebaliknya ia merendahkan lagi imej sopan beliau selama ini.
Beliau yang juga penyanyi dan pemuzik, sudah pun berlakon lebih 25 buah filem sejak berusia 14 tahun, malah adik kepada pelakon wanita terkenal, Shaghayegh Farahani; serta anak bongsu kepada Behzad Farahani, pengarah teater ternama Iran. – Agensi

MAYAT seorang lelaki terbaring dan dikatakan sudah meninggal dunia tersebar di laman Facebook hari ini tanpa diketahui apa sebab sebenarnya.
Menurut seorang pengguna yang memuatnaiknya, ia kejadian yang berlaku selepas ada pergaduhan ekoran seorang daripada mereka tidak puas hati nasi yang dibahagikan tidak sama banyak.
Katanya, seorang maut manakala seorang lagi cedera parah.


Secara jelasnya, gambaran keadaan ini masih samar tetapi ia dikatakan berlaku di Seremban, Negeri Sembilan.
Oleh itu, mungkin ada berita dan kenyataan dari pihak polis hari ini yang bakal menjadi rujukan.
Apapun, gambar kejadian itu sudah pun tersebar di laman sosial dan menerima banyak spekulasi dari ramai pihak.
Kalau ianya benar, mengapa sampai begitu sekali bergaduh.
- MYNEWSHUB.CC

TAIWAN – Apa agaknya yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayinya yang berusia sebulan ke steering kereta dan kemudiannya menggerakkan steering tersebut. Adakah lelaki itu, Yong Liao, 39, menyangka ia satu gurauan?
Gambar itu yang dirakamkan oleh ibu bayi tersebut, Xia Lung, kemudiannya memuat naik dalam media sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai.
Kejadian itu berlaku ketika dia berada di stesen minyak di Miao. Hanya selepas dikeji dan dihentam, barulah wanita berkenaan membuang video itu dari internet.
Meskipun berdepan dengan kemarahan orang ramai, namun jabatan kebajikan memaklumkan tiada tindakan akan diambil terhadap pasangan tersebut.
Ini kerana ia tidak menunjukkan bahawa ibu bapa bayi tersebut mendatangkan kecederaan kepada bayi berkenaan.
“Berdasarkan video ini, tidak kelihatan berlaku penderaan kanak-kanak namun apa yang boleh dikatakan ialah ibu bapa budak ini adalah contoh buruk kepada ramai serta aktiviti berkenaan adalah bahaya,’’ kata pengarah jawatankuasa penambahbaikan kanak-kanak, Wang Wei Jun.

ROMANIA – Gambar ini menunjukkan bagaimana seorang bayi diabaikan oleh ibunya meskipun hanya dua minggu dilahirkan. Tubuhnya menjadi kurus kering dengan kulit berwana kuning, dan turut mengalami masalah kegagalan hati serta pernafasan.
Ia merupakan sesuatu yang menyayat hati dan doktor percaya bayi malang ini turut menjadi mangsa gigitan binatang, sekali gus menambahkan kesengsaraannya.
Bayi tersebut turut menghidap jangkitan darah dan mengejutkan pasukan perubatan kerana masih hidup walaupun diabaikan dengan teruk oleh ibunya.
Doktor kini bergelut siang dan malam untuk memastikan bayi berkenaan terus hidup.
Dia ditinggalkan oleh ibunya di hospital dan sejak itu wanita berkenaan langsung tidak datang mengunjunginya. Wanita itu dikatakan turut mempunyai lapan anak yang lain.
Suaminya bekerja di Itali dan dilaporkan tidak dapat menghantar wang kepada isterinya selepas dipenjarakan kerana mencuri.
Ia menyebabkan wanita itu terpaksa bergelut untuk meneruskan kelansungan hidup bersama anak-anaknya hinggakan bayi itu tidak dipedulikan serta tidak diberikan nama.
Pihak berkuasa bercadang menempatkan bayi malang itu dengan jabatan kebajikan namun wanita berkenaan tidak membenarkan anaknya dijadikan anak angkat.

LONDON – Seorang wanita, Elizabeth Outram membunuh diri selepas sebuah produksi televisyen telah merakamkan gambar dia mencuri jaket kulit di pusat beli belah TK Maxx dan disiarkan dalam televisyen.
Outram yang menerima rawatan sakit mental itu ditemui mati tergantung di rumahnya di timur London, selepas meraikan hari jadinya bersama rakan-rakan pada 14 Ogos tahun lepas.
Perkara itu didedahkan oleh kakaknya, Alexandra, 31, dalam inkues yang diadakan di mahkamah.
Outram dirakamkan cuba menukar tanda harga pada jaket kulit di TK Maxx dan telah didakwa di mahkamah kerana menipu.
Menurut Alexandra, sejak kejadian itu, adiknya menjadi trauma dan sering diganggu oleh syarikat produksi berkenaan.
“Mereka menghantar mesej dan menghubunginya. Adik saya terpaksa menyamar sebagai saya dan meminta supaya dia tidak diganggu lagi ketika menghubungi mereka,’’ katanya.
Jelas Alexandra, adiknya itu memerlukan sokongan kerana mengalami masalah mental.
Bagaimanapun inkues tersebut dimaklumkan bahawa ketika itu, kesihatan mental Outram telah bertambah baik namun ia kembali merosot susulan insiden TK Maxx berkenaan.

BILA pergi ke restoran, perkara pertama yang dilakukan mestilah memesan makanan bukan?
Setelah buku menu sampai ke tangan, maka anda pun memilih makanan yang diingini.
Menu dibuat dengan tujuan membantu anda memilih makanan yang disediakan di restoran tersebut.
Melalui menu juga, sesebuah restoran dapat memperkenalkan makanan yang menjadi hidangan istimewa yang ditawarkan di situ.
Sebut pasal hidangan istimewa, jika anda mengunjungi sebuah restoran yang terletak di Ipoh, Perak melihat menu yang ditawarkn di situ pastu buat anda terhibur.