Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Sydney: Nampaknya seminggu dua ini bukan tempoh yang baik untuk Jepun. Semalam seorang lagi warga negara itu terbunuh selepas kakinya terputus akibat dibaham seekor jerung ketika bermain luncur ombak di pantai timur Australia.
Seorang peluncur lain dibaham jerung di kawasan berhampiran, kelmarin. Datuk Bandar Ballina di New South Wales, David Wright berkata, jerung berkenaan menyerang mangsa dari arah belakang ketika dia bersama papan luncurnya menanti kedatangan ombak besar.
“Mangsa berusia 41 tahun,” katanya. Selepas parah akibat kakinya terputus, rakan mangsa membawa dia ke darat sebelum cuba memberhentikan pendarahan. Mangsa juga diberikan bantuan pernafasan. Namun, kata Wright, lelaki terbabit akhirnya gagal diselamatkan kerana pendarahan terlalu banyak.
“Kecederaan daripada kedua-dua kakinya terputus dibaham jerung menyebabkan pendarahan gagal dihentikan,” katanya. Menurut Wright, identiti mangsa perlu dirahsiakan.
“Dia bekerja sebagai pencuci di kedai luncur tempatan,” katanya.
Ekoran kejadian semalam, kawasan pantai di situ ditutup kepada orang ramai. Kelmarin, Jabez Reitman, 35, turut dibaham jerung pada pinggangnya kira-kira 20 kilometer dari tempat serangan semalam berlaku.
Kata Reitman, asalnya dia menyangka seekor ikan lumba-lumba menggigitnya. “Saya tidak menyedari bahaya itu sehinggalah berasa kesakitan amat sangat,” katanya. Reitman kemudian dipindahkan ke Hospital Universiti Gold Coast dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Global

Seoul: Seorang wanita menerima padah kerana membiarkan robot pembersih hampagas berfungsi ketika dia tidur di lantai apabila rambutnya disedut alat itu kerana disangka habuk.
Dalam keadaan begitu, wanita terbabit terpaksa diselamatkan anggota bomba.
Sebelum itu wanita berusia 52 tahun dari Changwon itu terpaksa bergelut dengan alat berkenaan untuk melepaskan dirinya.
Sebaik saja mesin itu menyedut rambut wanita terbabit, dia terkejut tetapi terlambat untuk menyelamatkan diri.
Kata sumber, tidak ubah seperti filem fiksyen sains yang menyaksikan ada robot buatan manusia ‘memakan’ tuannya.
Global

Temerloh: Jabatan Perikanan negeri akan berusaha membantu pihak yang berminat memajukan kawasan paya terbiar untuk dijadikan estet ikan.
Bantuan seperti benih ikan dan khidmat nasihat akan diberikan kepada mereka yang mahu menceburi projek berkenaan bagi menambah pendapatan masyarakat setempat.
Pengarahnya Adnan Hussain berkata, banyak kawasan paya termasuk sawah terbiar di negeri ini sesuai dimajukan sebagai estet ikan secara komersial dan menguntungkan.
Menurutnya, untuk mengusahakan estet ikan, kawasan paya sekurang-kurangnya perlu berkeluasan 10 hektar selain mempunyai sistem pengairan yang baik termasuk status tanah dimiliki pihak tertentu.
Katanya, kini ada lima estet ikan di daerah ini membabitkan keluasan lebih 151 hektar yang diusahakan 112 peserta terdiri daripada pemilik tanah berkenaan.
Hmetro Online
Isu Semasa

Buat pembaca semua, berapa ramai dari anda yang akan melihat dahulu harga di label barangan susunan dan membezakannya dengan yang dibayar ketika di kaunter?
Jika terdapat perbezaan harga, adakah anda akan meminta semula hak anda?
Mungkin sesetengah pengguna tidak kisah dengan hal tersebut kerana perbezaan harganya tidak banyak.
Namun, apa yang sebenarnya terjadi adalah anda telah tertipu dengan harga jualan barangan pembelian tersebut.
Berikat adalah aduan seorang pengguna bernama Khairul Anwar Safian melalui Facebooknya.
“Petang tadi shopping kat Tesco Puchong(kat2 IOI mall). Bila dah bayar, tah cam na leh perasan yg harga kat resit lagi mahal dari harga kat label. Bila tnya alasan sistem xupdate lagi. Aku pun dah panas baran n diorang pun malas nak gaduh2 sbb customer lain tgh tgk je aku duk sound bos Tesco tu, diorang ganti balik duit aku.
Tah ada brapa bnyak lagi barang xupdate. So masalahnya dlm satu hari dah berapa ribu orang tertipu n brapa bnyak diorang leh wat duit. So nasihat aku klau shopping kat Tesco or kat mana2 sekali pun, lepas bayar pastikan harga dekat resit sama dengan harga kat label.” – Khairul Anwar Safian
Berikut pula adalah aduan daripada beberapa pengguna di laman Facebook yang membeli-belah di pasaraya Tesco pula.


Timbul persoalan di sini, adakah alasan ‘sistem tidak update’ dengan harga barangan yang ditawarkan dapat diterima sedangkan harga sudah ‘terpampang besar’ untuk panduan pelanggan?
Sememangnya tidak masuk akal dan jika ianya benar sekalipun, ia merupakan satu kelalaian yang patut dipandang serius agar tidak lagi berlaku kelak.
Ketahuilah hak anda sebagai pengguna.-MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
“Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat!” Tagline ini sampai sekarang penulis masih teringat iklan Milo di televisyen yang pernah ditayangkan masa kecil dahulu.
Nostalagia sungguh.

Makin kuat nostalgianya apabila ibu penulis menyediakan secawan air Milo panas untuk sarapan, memang lazat.
Namun anda mungkin akan merasa sedikit jijik apabila melihat gambar yang baru sahaja kami terima daripada seorang pengirim.
Menurut pengirim, terdapat objek aneh yang panjang keluar dari air kotak Milo tersebut.
Dikatakan, pihak Milo Malaysia telah mengambil objek tersebut untuk dibuat uji kaji dan pemeriksaan lanjut.
Apa-apa pun, kami sarankan anda lebih berhati-hati dengan setiap jenis makanan dan minuman.
Lebih-lebih lagi kepada yang menggemari minuman air kotak, apa salahnya tuanglah ke dalam gelas dahulu.
SUMBER -MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai pemain import Kelantan atau The Red Warriors (TRW) sedang menurunkan autograf kepada seorang wanita peminat pasukan itu.
Gambar berkenaan tersebar luas di laman Twitter dan mengundang pelbagai spekulasi dan ada antara mereka yang mengatakan itu adalah pemain import Kelantan.
Pada siapa pula agaknya diturunkan tandatangannya itu?
Ada juga cakap-cakap bahawa wanita itu adalah isterinya. Cuma penulis agak pelik kenapa perlu menandatangani autograf dalam keadaan begitu di depan orang ramai.
Apapun gambar ini sudah pun menjadi viral di internet dan bermacam-macam spekulasi telah timbul.
Jika betul pun, mungkin ada jawapan yang boleh diberikan atau penjelasan kepada para peminat Kelantan dan juga pengguna laman sosial di internet.
Kalau ada yang mengetahui berkenaan gambar di atas tu, boleh juga menulis berkenaannya di ruangan komen.
SUMBER - MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
SEBUAH kitab seks kurun ke-17 Inggeris yang dijumpai bakal dijual minggu ini dengan harga sekurang-kurangnya GPB65,000 (RM351,000).
Kitab yang berjudul Aristoteles Masterpiece terbitan tahun 1684 ini sekaligus menyaingi harga lagenda kitab seks kuno India, Kama Sutra.
Buku tanpa pengarang ini dikatakan mengandungi ilmu tentang “penggunaan dan tindakan kemaluan” sehinggalah “kelahiran gergasi dan punca-puncanya” lapor The Guardian.
Selain itu, kitab ini turut membicarakan tips dan cara untuk mendapatkan anak lelaki dan perempuan.
Sebenarnya, kitab ini bukanlah hasil karya Aristotle dan tidak ditakrifkan sebagai salah satu karya agung.
Penjualan kitab yang cuma tinggal tiga naskhah ini dikatakan bakal dipasarkan di California International Antiquarian Book Fair di Oakland.
Pelbagai
TENNESSEE – Seorang penari bogel yang sedang hamil didakwa atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia dua bulan. Bayi malang itu ditemui meninggal dunia dalam keadaan kebuluran pada bulan April tahun lepas.
Brittany Marie Wiest, 21, ditangkap selepas hampir 10 bulan bayi malang itu, Anakin Leroy-Michael Wiest, meninggal dunia.
Dalam kejadian itu, kekasihnya ketika itu, Michael Withers, menghubungi 911 selepas mendapati bayi berkenaan tidak memberikan reaksi balas ketika dikejutkan.
Withers bagaimanapun bukan bapa kepada bayi berkenaan.
Ketika polis tiba di rumah tersebut, bayi itu sudah meninggal dunia. Beratnya ketika lahir hanya enam paun dan ketika ditemui, berat bayi berkenaan hanya sekitar lima paun.
Bedah siasat yang dijalankan sebulan selepas itu mendapati Anakin meninggal dunia akibat kebuluran dan dehidrasi. Justeru kematiannya dianggap sebagai mati dibunuh.
Wiest kini sedang mengandung 24 minggu dan ia merupakan anak ketiga.
Dalam pada itu, kekasihnya ketika ini, Steve Anderson, berkata, dia amat terkejut dengan apa yang berlaku kepada Anakin.
“Saya tidak tahu mengenainya, Saya tidak berada di situ ketika kejadian berkenaan berlaku. Keutamaan saya ketika ini ialah kebajikan anak dalam kandungannya dan saya mahu mendapatkan hak penjagaan terhadap anak saya kelak,’’ katanya.
Semua anak-anak Brittany mempunyai bapa yang berbeza. Anaknya yang sulung dan berusia dua tahun itu kini diletakkan di bawah pemeliharaan jabatan kebajikan.
Global

Dia sangat tersebut setelah doktor memaklumkan yang dia sebenarnya mempunyai rahim dan darah berkenaan adalah darah haid.
Lelaki tersebut yang juga merupakan seorang ahli perniagaan menjalani MRI kerana doktor pada asalnya menganggap ia adalah penyakit batu karang.
Setelah pemeriksaan dibuat, lebih mengejutkan semua pihak kerana selain memiliki organ lelaki, dia juga mempunyai uterus, fallopian dan ovari. Malah dia juga mampu mengandung.
“Saya mengalami simptom yang aneh sejak remaja tetapi doktor selama ini tidak mengetahui puncanya.
“Saya juga sering mengalami sakit perut,’’ katanya.
Lelaki berkenaan kini bersiap sedia untuk menjalani pembedahan membuang rahim, namun doktor memberi amaran dia bakal berdepan proses menopause sebaik sahaja prosedur tersebut berakhir.
Sindrom ini dipercayai amat jarang ditemui dan ia biasanya dikesan ketika kanak-kanak atau ketika usia baliqh.
Selepas pembedahan itu, lelaki berkenaan juga akan menjalani imbasan genetik bagi mengetahui keseimbangan gender dalam badannya.
“Kemungkinan ujian itu akan menunjukkan sama ada saya lelaki atau wanita namun saya kini menjalani hidup sebagai lelaki sepenuhnya.
“Jika ujian itu menunjukkan saya wanita, saya masih akan meneruskan kehidupan sebagai lelaki,’’ katanya.
Global

Aksi bogel pelancong itu yang terbaru mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini.
Anggota polis Keat Bunthan berkata, wanita terbabit kini disoal siasat.
“Mereka melurutkan seluar sehingga paras lutut dan mengambil gambar punggung masing-masing. Buat masa ini kami belum mengetahui tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya.
Menurut Apsara – agensi yang menguruskan kompleks berkenaan – dalam satu kenyataan, Lindsey Adams, 22, dan adiknya Leslie, 20, ditemui merakam gambar bogel di dalam kuil Preah Khan, Jumaat lalu.
“Kedua-duanya mengaku melakukan kesilapan apabila mengambil gambar bogel,” kata kenyataan itu.
Jurucakap Apsara, Chau Sun Kerya berkata, tindakan mereka menyinggung penduduk negara ini kerana Angkor dianggap tanah suci.
“Mungkin mereka tidak tahu Angkor ialah tapak suci. Tetapi tindakan mereka menjejaskan kesucian tempat ini,” katanya.
Ini kali kedua dalam hanya dua minggu membabitkan kes seumpama itu, selepas tiga pelancong Perancis ditangkap dalam keadaan bogel di lokasi berkenaan, baru-baru ini.
Mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan yang ditangguhkan pelaksanaannya, selain diharamkan daripada memasuki Kemboja selama empat tahun.
Tiga pelancong itu dihalau dari Kemboja hujung minggu lalu selepas mengaku salah mengambil gambar bogel di salah satu kuil di situ. – AFP
Isu Panas
.jpg)
Syarat yang ditetapkan untuk menjadi seorang model adalah mesti ketinggian mencecah 183cm yang mana dia hanya mempunyai ketinggian 165cm.
Namun, dia tetap tidak berputus dan terus berusaha mencapai cita-citanya itu. Dia telah menyimpan wang semata-mata untuk menjalani pembedahan pemanjangan tulang kakinya walaupun kini usianya adalah 30 tahun.
Dia berkata “Saya dimaklumkan oleh pengarah agensi modelling bahawa saya tidak cukup tinggi dan satu-satunya cara untuk menjadi tinggi adalah dengan memanjangkan kaki.
“Jadi saya lakukan apa yang perlu biarpun ibu bapa saya pada mulanya membantah,’’
Procesur yang dijalaninya ialah llizarov yang mana satu rawatan bagi memanjangkan tulang, ia adalah sama seperti yang dilakukan oleh juara lompat tinggit Soviet, Valery Brumel yang mana turut melakukan pembedahan tersebut pada 1968.
Transer telah menolak tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti dan mengambil keputusan untuk menjadi pembantu kepada bapanya yang bekerja sebagai seorang jurutera. Hasil pekerjaan itu dia berjaya mengumpul wang untuk pembedahan tersebut.
Rawatan itu melibatkan prosedur memasukkan besi pada kedua-dua belah kakinya dan dia perlu memusingkan skru di kakinya itu sebanyak empat kali sehari.
“Pembedahan itu berjaya dan dalam sembilan bulan, saya tinggi sebanyak 6cm lagi.
Pelbagai

KUCHING: Kebakaran di wad neurologi sebuah hospital swasta di Taman Timberland, Jalan Rock memaksa 59 pesakit dipindahkan ke luar bangunan, malam tadi.
Kebakaran jam 8.40 malam itu dipercayai berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, berkata kebakaran di tingkat dua itu hanya membabitkan 10 peratus bilik rawatan dalam klinik berkenaan.
Katanya, ketika kejadian klinik itu tidak beroperasi.
Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, seramai 59 pesakit yang dirawat di hospital berkenaan dibawa keluar.

"Satu jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam.
"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.24 malam dan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran masih dijalankan," katanya.
-Bharian Online
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)






Recent Comments