Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Kuala Lumpur: Seorang gadis berjaya menyelamatkan diri selepas hampir diperkosa majikan hidung belang di dalam kereta berhampiran pusat peranginan Genting Highlands, Pahang, Jumaat lalu.
Mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan cuba dirogol seminggu selepas bekerja di sebuah syarikat di Sentul, di sini.

Sumber berkata, suspek yang berusia 30-an itu kerap mengambil kesempatan ke atas pekerja baru kononnya mahu mengajar mereka selok-belok tugas di pejabat.
Mangsa dikenali sebagai Ema, 25, berkata, dia tidak menyangka cuba diperkosa berikutan suspek kerap menghantarnya pulang ke rumah sewa selepas tamat bekerja.

Menurutnya, suspek turut kerap menghantar seorang lagi rakan serumahnya setiap petang.
“Bagaimanapun, rakan saya mengalami sakit gigi menyebabkan dia pulang awal bersendirian pada hari kejadian,” katanya.

Ema berkata, suspek meminta dia menemaninya bertemu pelanggan di Jalan Ampang.
“Dia enggan menghantar saya pulang ke rumah di Shah Alam dengan memberi alasan jalan sesak sebelum mengajak saya makan terlebih dahulu,” katanya.

Dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju sebelum suspek membawanya makan di restoran makanan segera berhampiran Plaza Tol Gombak.
“Saya terkejut apabila dia membawa saya ke kawasan peranginan Genting Highlands sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan.


Taipei: Datuk bandar Taipei Ko Wen-je menggelar juruterbang pesawat malang TransAsia Airways yang terhempas, kelmarin, sebagai wira apabila berjaya mengelak beberapa bangunan sebelum terhempas ke dalam sungai seterusnya mengurangkan jumlah kematian.
Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam kejadian itu - termasuk juruterbang Liao Chien-tsung.

Kejadian berlaku sejurus selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di Taipei pada Rabu. Setakat ini, 15 dilaporkan selamat namun lebih 12 mangsa belum ditemui.
Ko yang tidak dapat menahan sebaknya berkata, Liao benar-benar berusaha menyelamatkan keadaan.
Penduduk Taiwan yang mengucapkan takziah rata-rata memuji tindakan berani Liao.


Dua petugas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) maut dan dua lagi cedera parah apabila dua kenderaan rasmi pacuan empat PLKN bertembung sesama sendiri.
Menurut laman web Harian Metro, kemalangan itu berlaku di Jalan Tanjung Resang – Air Papan berhampiran simpang ke Mersing.
Ia berlaku, kira-kira pukul 9.30 pagi menyebabkan Ismail Muhamad, 57 dan Raden Benni, 53, maut di tempat kejadian.
Dua orang yang cedera parah ialah Abdul Aziz Wahab, 59 dan Mohd Yusuf Ishak, 45,.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.58 pagi.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau dikerahkan ke tempat kejadian.

Demikianlah reaksi peminat hiburan yang nyata terkejut dan hairan melihat gambar  dimuat naik oleh aktres jelita Fazura dalam laman Instagramnya.
Aksi Fazura dan Zizan yang nampak mesra dan mampu bergelak ketawa bersama sekaligus menjawab segala persoalan ramai pihak selama ini menyangkakan mereka saling bermasam muka.
Memetik laporan Murai.com.my Fazura berkata, gambar tersebut sememangnya dikongsi untuk ditujukan kepada para keyboard warrior yang suka melihatnya dan Zizan bermasam muka.

“Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis mereka bermasam muka.” kata Fazura.
Teraju utama Manisnya Cinta di Cappadocia mengakui terpanggil untuk menghubungi Zizan untuk sama-sama mencari punca situasi ini hingga mereka merancang untuk bertemu.
“Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus.”
Sementara itu, Fazura turut meluahkan kesyukuran kehadrat Ilahi ekoran isu panasnya bersama Zizan sudah reda dan selasai. 

Mynewshub

KUCHING 5 Feb. - Umat Islam diingatkan bahawa ulat sago yang juga dikenali ulat mulong adalah haram dimakan.

Mufti negeri, Datuk Kipli Yassin berkata, keputusan fatwa bagi melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat, namun mungkin ada yang tidak mengetahui perkara tersebut.

“Apabila kita berpegang kepada hukum dan membuat kajian, binatang ini telah ditetapkan sebagai jenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

“Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya, malah tidak mengganggu budaya mereka. Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” katanya selepas majlis perasmian Bengkel Penyelidikan Fatwa dan Hukum 2015 di sini semalam. ─ Utusan

MPUMALANGA, Afrika Selatan – Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan video seks mereka telah bertindak nekad mencurah asid ke atas zakar lelaki tersebut.
Mangsa, Humphrey Khoza, 25, dikatakan menggunakan komputer ribanya untuk merakam aksi hubungan seks mereka sebelum video tersebut tersebar di laman sosial dan menjadi viral di internet.
Gadis berusia 17 tahun itu kemudian menemui Khoza di sebuah pub dan membaling asid bateri ke di celah paha lelaki berkenaan.
“Semuanya berlaku dalam sekelip mata kerana semasa dia datang saya nampak dia memegang sebiji botol, namun tidak menjangka botol tersebut berisi asid,” kata Khoza.
Ujarnya, dia tidak tahu bagaimana video tersebut boleh tersebar dalam laman sosial dan kini zakarnya tidak akan berfungsi lagi selain perlu membuang air kecil melalui tiub.
“Jika saya mendakwa dia di mahkamah sekalipun, ia tidak membawa apa-apa makna kerana tidak mungkin boleh mengembalikan kejantanan saya. Jika dia dipenjara, itu akan memusnahkan masa depannya dan saya juga tidak berupaya untuk berulang-alik ke mahkamah,” katanya. – Agensi

SEORANG pelanggan yang terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada anaknya membuat bayaran balik kepada restoran tersebut selepas 13 tahun insiden itu berlaku.
Tindakannya membuat bayaran bagi piza yang dicuri lebih sedekad itu selepas lelaki tersebut menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Lelaki berkenaan berkongsi sepucuk surat yang dihantar kepada restoran berkenaan di laman sosial Reddit, dengan meluahkan rasa bersalahnya kerana menggunakan cek tendang untuk ‘membayar’ makanan itu.
Hidangan piza yang dicuri itu berharga AS$20 (RM71.59) tetapi dia menebus kesalahannya itu dengan membuat bayaran beserta faedah sebanyak AS$54.39 (RM194.69).
Antara yang dinyatakan di dalam surat itu: “Pada 2002, saya menggunakan cek tendang untuk mendapatkan piza di kedai anda. Saya menempuh waktu yang amat sukar ketika itu dengan bebanan masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikannya.
“Saya tidak mempunyai wang dan mempunyai anak yang lapar di rumah.”
Permohonan maafnya diteruskan dengan kenyataan: “Saya telah bekerja keras dan membangunkan sebuah perniagaan sejak lebih sedekad lalu dan meraakan ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani keadaan yang saya hadapi. Saya harap tiada yang terasa hati.
Pemilik kedai piza itu memberikan reaksi positif apabila membaca beberapa komen berhubung kenyataan di Reddit, mengenai tindakan lelaki itu.
“Lelaki itu tidak berbuat apa-apa, tetapi jelasnya telah menunjukkan keperibadiannya. Ini termasuk kemurahan hatinya untuk memasukkan sekali faedah dalam bayaran itu,” menurut salah satu komen. – metro.co.uk

Venezuela – Seorang peminat komik sanggup mengambil risiko dengan melakukan aksi melampau iaitu menukar dirinya untuk menjadi seperti watak dalam komik yang diminatinya iaitu Red Skull tanpa mempedulikan wajahnya kini menjadi buruk dan hodoh selain menakutkan.
Bagi tujuan itu, Henry Damon sanggup memotong separuh hidungnya, mencacah anak mata supaya kelihatan hitam, menanam implan di dahi dan bakal mencacah wajahnya menjadi merah tidak lama lagi.
Damon yang berusia 37 tahun dan bapa kepada dua anak itu mengubah wajahnya selepas bertemu rakannya Emilio Gonzalez yang merupakan bekas pelajar perubatan yang tercicir dalam pelajaran.
Selepas bertemu Gonzales yang turut mengkhusus dalam mencacah tatu dan pembedahan badan, Damon mengetahui itu adalah peluangnya untuk menjadi Red Skull.
Sebelum menjalani pembedahan itu, Damon menjalani beberapa ujian psikologi dan fizikal yang ditetapkan oleh Gonzales.
“Ramai pelanggan saya mengetahui bahawa pengubahsuaian badan merupakan satu seni badan kebanyakannya mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadikan impian mereka sebagai satu realiti,” kata Gonzales.
Menurutnya, selepas ini Daman akan menjalani pembedahan memasukkan implan silikon di bahagian tulang pipi, dagu dan pipi.


“Selepas itu seluruh wajahnya akan dicacah bewarna merah dan kemudian dia akan menjadi Red Skull,” katanya.

KINABATANGAN – Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki minyak di Kilometer 103 Jalan Sandakan-Lahad Datu, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, Lim Gek Liang, 58, dan anak perempuannya, Lim Sar Yun, 19.
Katanya dalam kejadian 5.05 petang itu, Lim memandu dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu dan sebaik tiba di kawasan Kampung Perpaduan di sini, kenderaan yang dipandu Lim dipercayai masuk ke lorong kanan lalu bertembung dengan lori minyak dari arah bertentangan.
“Mayat kedua-dua beranak yang tersepit di dalam kenderaan dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan,” katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.
Menurutnya, pemandu lori minyak itu yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan dirawat di Hospital Kinabatangan manakala mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. – BERNAMA

SELEPAS dua hari bertarung, akhirnya seekor buaya gergasi sepanjang 4.75 meter berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Sebelum ini, hidupan liar itu menjadi buruan kerana mensasarkan haiwan ternakan penduduk sekitar sebagai santapannya.
Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu, pihak SFC berkata, reptilia yang menghuni Sungai Buri, Marudi itu membuatkan penduduk ketakutan setelah memunculkan dirinya beberapa kali.



Menurut pihak berkuasa itu lagi, buaya gergasi tersebut bakal dipindahkan ke Bernaya Crocodile Farm, di Kuala Baram.
“SCF sedang berusaha mewujudkan Zon Bebas Buaya di kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi atau di mana potensi untuk berlaku konflik antara manusia dan buaya adalah tinggi.”
Dalam pada itu, perbadanan itu memohon agar penduduk mengambil langkah berwaspada semasa memasuki kawasan yang berkemungkinan menjadi habitat haiwan liar, antaranya sungai.
“Mereka harus ingat bahawa kawasan berkenaan adalah habitat hidupan berkenaan dan kita merupakan ‘makhluk asing’ di habitat berkenaan.” 


Dua keping gambar saat-saat akhir sebelum pesawat TransAsia Airways Taiwan terhempas ke dalam Sungai Keelung di Taiwan.
Gambar itu yang dicantumkan menunjukkan pesawat berkenaan berlanggar dengan bahagian jejambat sebuah lebuh raya sebelum terhempas ke dalam sungai sehingga mencederakan lebih 10 orang.

Sebuah van di hadapan kenderaan yang merakam gambar itu dilihat terpaksa membrek kecemasan selepas ternampak pesawat yang begitu besar berada pada jarak dekat.
Reuters yang memetik laporan televisyen melaporkan, pesawat itu dengan nombor pendaftaran B22816 membawa 58 penumpang ketika terhempas kira-kira pukul 10.56 pagi waktu tempatan.
10 orang yang cedera itu ialah mereka yang dapat diselamatkan setakat ini, dan masih ramai lagi baki penumpang yang sedang terperangkap.
Pasukan penyelamat kini sedang berusaha untuk mengeluarkan mereka dari dalam pesawat berkenaan.

Stesen televisyen TVBS melaporkan 58 penumpang itu terdiri daripada 51 orang dewasa, dua kanak-kanak dan lima anak kapal.
Pesawat berkenaan jenis ATR-72, baru sahaja tiba di Taiwan tahun lepas.
Syarikat yang sama turut mempunyai rekod nahas pesawat pada Julai tahun lepas melibatkan pesawat GE222 yang cuba mendarat ketika cuaca buruk di sebuah pulau kecil di Taiwan, menyebabkan 40 orang terbunuh.


BEIJING – Seorang taikun tenaga solar China menggantikan gergasi e-dagang Alibaba, Jack Ma sebagai lelaki terkaya di negara berkenaan dengan anggaran aset berjumlah AS$26 bilion (RM94 bilion), menurut satu kaji selidik kekayaan semalam.
Menurut senarai Hurun Report’s Global Rich List 2015, kekayaan pengasas dan pengerusi firma Hanergy, Li Hejun meningkat tiga kali ganda berbanding setahuh lalu.
Beliau kini orang paling kaya di China sementara kedudukannya dalam senarai global itu naik 108 anak tangga kepada nombor 28.
Kaji selidik sama mendapati pengasas bersama Microsoft, Bill Gates kekal sebagai individu terkaya dunia dengan nilai aset AS$85 bilion (RM307.3 bilion).
Kumpulan Hanergy yang ditubuhkan pada 1994 mempunyai pegangan dalam industri kuasa hidro, kuasa kincir angin dan tenaga solar.
Laporan oleh majalah Financial Times di London pada bulan lalu menyatakan Hanergy merupakan syarikat tenaga solar terbesar dunia mengikut nilai pasaran semasa.
Dalam pada itu, Ma yang merupakan lelaki terkaya di China pada September lalu kini menduduki tempat ketiga dengan kekayaan mencecah AS$24.5 bilion (RM88.6 bilion).
Ma bukan sahaja ketinggalan berbanding Li malahan oleh pemilik syarikat hartanah Wanda Group, Wang Jianlin yang mempunyai aset berjumlah AS$25 bilion (RM90.4 bilion). – AFP