Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Venezuela – Seorang peminat komik sanggup mengambil risiko dengan melakukan aksi melampau iaitu menukar dirinya untuk menjadi seperti watak dalam komik yang diminatinya iaitu Red Skull tanpa mempedulikan wajahnya kini menjadi buruk dan hodoh selain menakutkan.
Bagi tujuan itu, Henry Damon sanggup memotong separuh hidungnya, mencacah anak mata supaya kelihatan hitam, menanam implan di dahi dan bakal mencacah wajahnya menjadi merah tidak lama lagi.
Damon yang berusia 37 tahun dan bapa kepada dua anak itu mengubah wajahnya selepas bertemu rakannya Emilio Gonzalez yang merupakan bekas pelajar perubatan yang tercicir dalam pelajaran.
Selepas bertemu Gonzales yang turut mengkhusus dalam mencacah tatu dan pembedahan badan, Damon mengetahui itu adalah peluangnya untuk menjadi Red Skull.
Sebelum menjalani pembedahan itu, Damon menjalani beberapa ujian psikologi dan fizikal yang ditetapkan oleh Gonzales.
“Ramai pelanggan saya mengetahui bahawa pengubahsuaian badan merupakan satu seni badan kebanyakannya mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadikan impian mereka sebagai satu realiti,” kata Gonzales.
Menurutnya, selepas ini Daman akan menjalani pembedahan memasukkan implan silikon di bahagian tulang pipi, dagu dan pipi.
“Selepas itu seluruh wajahnya akan dicacah bewarna merah dan kemudian dia akan menjadi Red Skull,” katanya.
Pelbagai

KINABATANGAN – Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki minyak di Kilometer 103 Jalan Sandakan-Lahad Datu, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, Lim Gek Liang, 58, dan anak perempuannya, Lim Sar Yun, 19.
Katanya dalam kejadian 5.05 petang itu, Lim memandu dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu dan sebaik tiba di kawasan Kampung Perpaduan di sini, kenderaan yang dipandu Lim dipercayai masuk ke lorong kanan lalu bertembung dengan lori minyak dari arah bertentangan.
“Mayat kedua-dua beranak yang tersepit di dalam kenderaan dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan,” katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.
Menurutnya, pemandu lori minyak itu yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan dirawat di Hospital Kinabatangan manakala mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. – BERNAMA
Isu Semasa

SELEPAS dua hari bertarung, akhirnya seekor buaya gergasi sepanjang 4.75 meter berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Sebelum ini, hidupan liar itu menjadi buruan kerana mensasarkan haiwan ternakan penduduk sekitar sebagai santapannya.
Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu, pihak SFC berkata, reptilia yang menghuni Sungai Buri, Marudi itu membuatkan penduduk ketakutan setelah memunculkan dirinya beberapa kali.


Menurut pihak berkuasa itu lagi, buaya gergasi tersebut bakal dipindahkan ke Bernaya Crocodile Farm, di Kuala Baram.
“SCF sedang berusaha mewujudkan Zon Bebas Buaya di kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi atau di mana potensi untuk berlaku konflik antara manusia dan buaya adalah tinggi.”
Dalam pada itu, perbadanan itu memohon agar penduduk mengambil langkah berwaspada semasa memasuki kawasan yang berkemungkinan menjadi habitat haiwan liar, antaranya sungai.
“Mereka harus ingat bahawa kawasan berkenaan adalah habitat hidupan berkenaan dan kita merupakan ‘makhluk asing’ di habitat berkenaan.”
Isu Panas

Dua keping gambar saat-saat akhir sebelum pesawat TransAsia Airways Taiwan terhempas ke dalam Sungai Keelung di Taiwan.
Gambar itu yang dicantumkan menunjukkan pesawat berkenaan berlanggar dengan bahagian jejambat sebuah lebuh raya sebelum terhempas ke dalam sungai sehingga mencederakan lebih 10 orang.

Sebuah van di hadapan kenderaan yang merakam gambar itu dilihat terpaksa membrek kecemasan selepas ternampak pesawat yang begitu besar berada pada jarak dekat.
Reuters yang memetik laporan televisyen melaporkan, pesawat itu dengan nombor pendaftaran B22816 membawa 58 penumpang ketika terhempas kira-kira pukul 10.56 pagi waktu tempatan.
10 orang yang cedera itu ialah mereka yang dapat diselamatkan setakat ini, dan masih ramai lagi baki penumpang yang sedang terperangkap.
Pasukan penyelamat kini sedang berusaha untuk mengeluarkan mereka dari dalam pesawat berkenaan.

Stesen televisyen TVBS melaporkan 58 penumpang itu terdiri daripada 51 orang dewasa, dua kanak-kanak dan lima anak kapal.
Pesawat berkenaan jenis ATR-72, baru sahaja tiba di Taiwan tahun lepas.
Syarikat yang sama turut mempunyai rekod nahas pesawat pada Julai tahun lepas melibatkan pesawat GE222 yang cuba mendarat ketika cuaca buruk di sebuah pulau kecil di Taiwan, menyebabkan 40 orang terbunuh.
Isu Panas

BEIJING – Seorang taikun tenaga solar China menggantikan gergasi e-dagang Alibaba, Jack Ma sebagai lelaki terkaya di negara berkenaan dengan anggaran aset berjumlah AS$26 bilion (RM94 bilion), menurut satu kaji selidik kekayaan semalam.
Menurut senarai Hurun Report’s Global Rich List 2015, kekayaan pengasas dan pengerusi firma Hanergy, Li Hejun meningkat tiga kali ganda berbanding setahuh lalu.
Beliau kini orang paling kaya di China sementara kedudukannya dalam senarai global itu naik 108 anak tangga kepada nombor 28.
Kaji selidik sama mendapati pengasas bersama Microsoft, Bill Gates kekal sebagai individu terkaya dunia dengan nilai aset AS$85 bilion (RM307.3 bilion).
Kumpulan Hanergy yang ditubuhkan pada 1994 mempunyai pegangan dalam industri kuasa hidro, kuasa kincir angin dan tenaga solar.
Laporan oleh majalah Financial Times di London pada bulan lalu menyatakan Hanergy merupakan syarikat tenaga solar terbesar dunia mengikut nilai pasaran semasa.
Dalam pada itu, Ma yang merupakan lelaki terkaya di China pada September lalu kini menduduki tempat ketiga dengan kekayaan mencecah AS$24.5 bilion (RM88.6 bilion).
Ma bukan sahaja ketinggalan berbanding Li malahan oleh pemilik syarikat hartanah Wanda Group, Wang Jianlin yang mempunyai aset berjumlah AS$25 bilion (RM90.4 bilion). – AFP
Global

PETALING JAYA: Penyerang pasar raya Hyper Cache di Paris, Amedy Coulibaly dan isterinya dilaporkan telah berkunjung ke Malaysia apabila beberapa gambar dalam dokumen mahkamah menunjukkan pasangan itu berada di lokasi tumpuan pelancong di Kuala Lumpur.
Dilaporkan dalam Washington Post pada Isnin bahawa dokumen mahkamah yang diperoleh akhbar harian Amerika Syarikat (AS) itu menunjukkan Coulibaly, 32, dan isterinya, Hayat Boumeddiene, 26, mengambil gambar secara individu di Menara Kembar Petronas, Masjid Negara dan sebuah lagi masjid yang dipercayai di Terengganu.
Gambar-gambar yang tidak bertarikh itu diperoleh daripada siasatan polis pada 2010.
Dilaporkan pada 10 Januari lalu bahawa dokumen kehakiman Perancis berhubung pencarian polis terhadap kediaman Coulibaly pada 2010 telah menemui antaranya beberapa negatif dan gambar tidak bertarikh kepunyaannya semasa lawatan ke Malaysia, termasuk surat rasmi bagi memohon pemalsuan dokumen.
Media asing sebelum ini melaporkan pasangan itu bercuti ke Malaysia namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasangan itu tidak pernah memasuki Malaysia.
Coulibaly merupakan rakan karib kepada pasangan adik beradik yang terlibat dalam serangan Charlie Hebdo, Cheris, 32, dan Said Kouchi, 34.
Pasangan beradik itu membunuh 11 orang dan mencederakan 11 yang lain di pejabat akhbar mingguan Paris itu pada 7 Januari lalu.
Ia diikuti serangan pada 9 Januari di pasar raya yang dilakukan oleh Coulibalu, mengorbankan empat orang dan menahan 15 tebusan, sebelum polis membuat serbuan dan membunuhnya.
Boumeddiene meninggalkan Paris 2 Januari lalu, dilaporkan menuju ke Syria.
Isu Semasa

London: Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas mengaku memiliki imej ekstrem pornografi membabitkan beberapa haiwan dan lebih 600 imej tidak senonoh kanak-kanak ketika dia berusia 17 tahun.
Amy Hickson yang kini berusia 20 tahun mengaku terhadap 13 tuduhan termasuk menghasilkan imej tidak senonoh, memiliki imej terlarang dan sebuah filem kanak-kanak.
Menurut Mahkamah Winchester Crown, Amy mengaku memiliki 16 imej pornografi haiwan yang diklasifikasikan sebagai ekstrem, jijik dan lucah.
Tambahnya lagi, imej itu menunjukkan perbuatan seks dilakukan dalam keadaan ‘jelas atau realistik.’
Amy yang berasal dari New Cheriton memilih mengaku bersalah sejurus sebelum perbicaraannya dimulakan semalam.
Semua kesalahan dilakukan antara Jun 2011 dan Februari 2013 ketika Amy masih remaja.
Pertuduhan merangkumi lapan tuduhan menghasilkan gambar tidak senonoh seorang kanak-kanak dengan satu daripada pertuduhan itu saja membabitkan 596 imej.
Satu pertuduhan disebabkan menghasilkan imej palsu tidak senonoh membabitkan kanak-kanak.
Amy turut mengaku memiliki dua lagi akaun imej tidak senonoh kanak-kanak dan dua tuduhan memiliki imej melampau membabitkan haiwan.
Global

Texas: Seorang kanak-kanak yang begitu meminati Hobbit digantung sekolah selepas mengugut mampu menghilangkan rakan sekelasnya menggunakan cincin sakti.
Aided Steward, 9, dikatakan mengancam pelajar lain di sekolahnya apabila bergurau memiliki ‘One Ring’ seperti dalam cerita fantasi berkenaan.
Bapanya Jason Steward berkata: “Sukar untuk dipercayai apabila ini berlaku. Rasanya dia mungkin tidak bermaksud apa-apa.
“Kanak-kanak sering meniru aksi yang mereka lihat. Contohnya, saya pernah cuba untuk terbang selepas menonton Superman ketika seusia dengannya.”
Katanya, mereka sekeluarga baru saja menonton filem The Hobbit: The Battle of Five Armies menyebabkan anaknya itu mungkin mula berimaginasi selepas menontonnya.
Steward yang menulis e-mail kepada New York Daily News berkata, dia menjamin anaknya tidak memiliki kuasa ajaib yang boleh mengancam rakannya.
Guru besar sekolah terbabit, Roxanne Greer bagaimanapun enggan mengulas kejadian itu. - Agensi
Global

London : Seorang lelaki bertindak kejam membunuh teman wanitanya apabila memijak kepala kekasihnya itu hanya kerana berang enggan diberi kata laluan Facebook.
Kane Boyce, 34, dituduh membunuh Paula Newman, 20, di kediaman mereka di Croydon, London selepas mengesyaki wanita itu menipunya.
Dia menafikan tuduhan itu dan mendakwa Paula mati akibat terjatuh dari kereta ketika memandu.
Jiran mendakwa mendengar mangsa menjerit ketika pasangan itu bertengkar malah Boyce didengar menggertak mangsa supaya memberi kata laluan akaun Facebooknya.
Dalam kejadian 13 November 2013 itu, pasangan berkenaan menaiki kereta Boyce dan pulang seketika kemudian. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan nampak ‘tidak sihat.’
Paramedik dipanggil ke kediamannya keesokannya selepas mangsa tidak sedarkan diri, namun gagal menyelamatkannya. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala.
Malah, ketika paramedik merawat mangsa, Boyce sibuk memeriksa telefon bimbit dan pesanan suara mangsa.
Pegawai Pendakwa Gillian Etherton memberitahu mahkamah, Boyce menjadi taasub dengan akaun Facebook mangsa beberapa minggu sebelum kematiannya dan sering memaksa wanita berkenaan memberikan kata laluan.
“Lelaki ini suka mengawal mangsa, cemburu dan bersifat ganas sehingga sanggup membelasah dan memijak serta menendang kepala Paula,” katanya.
Sebelum ini mangsa pernah memberitahu rakannya dia merancang meninggalkan teman lelakinya dan meminta dia membantu keluar dari rumah kerana sutidak tahan dengan sikapnya.
Malah, Boyce didakwa pernah memberitahu rakannya, dia sudah meminta kata laluan Facebook Paula, namun wanita terbabit enggan mendedahkannya.
Dia juga kerap menuduh mangsa curang.
Global

GAMBAR salah seorang anggota kumpulan rapper Palestin, DAM yang dimuatnaik di laman mikro Twitter telah mencuri tumpuan dunia dan menjadi viral selepas ia dikongsikan secara meluas di laman sosial.
Ia memaparkan aksi rapper tersebut yang sempat selfie ketika sedang dikejar tentera Israel.
Ramai yang menyifatkan gambar tersebut adalah “The Best Selfie 2015″ dan “The Most Epic Photo” sekaligus mengangkat nama kumpulan rapper tersebut.
Aksi berani matinya itu membuatkan ada yang ketawa, teruja dan kagum akan keberaniannya.
Bagaimanapun, nasib rapper tersebut masih tidak diketahui selepas kejadian itu.
Global

KOTA KINABALU: Seorang pendaki warga Jepun tergelincir ketika sedang turun dari puncak Gunung Kinabalu kira-kira jam 7.45 pagi ini.
Menurut kenyataan Taman-Taman Sabah di sini, hari ini, mangsa Yoshimasa Maekawa, 65, cedera di kepala dan muka ketika sedang turun 7.3 kilometer dari puncak gunung setinggi 4,095 meter itu.
Kakitangan Taman-Taman Sabah dengan bantuan beberapa orang Malim Gunung atau pemandu pelancong memberi rawatan awal kepada mangsa dan mengusungnya turun ke Laban Rata iaitu pada ketinggian 3,272 meter gunung berkenaan.
Sebuah helikopter Sabah Air kemudian membawa Yoshimasa ke pekan Kundasang sebelum dia dibawa ke Hospital Ranau menaiki ambulans.
Menurut kenyataan itu, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
Sehubungan itu, pihak Taman-Taman Sabah memohon kerjasama pendaki lain supaya sentiasa mengambil langkah berhati-hati sepanjang pendakian.
- BERNAMA
Isu Semasa

Seekor makhluk misteri berukuran gergasi muncul di Teluk Oke, Di Kepulauan Bay, New Zealand kira-kira seminggu lalu.
Seorang engineer bernama Pita Witehira menemui makhluk itu melalui foto satelit Google Earth. Witehira menemui penampakan makhluk itu semasa sedang mencari rumah tempat untuk berlibur. Ukuran panjang makhluk itu kira-kira 12 meter.
Makhluk itu kelihatan seperti mendekati permukaan air dan dari atas bentuknya memanjang, jejak air yang ditimbulkannya cukup jelas kelihatan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Isnin (15/12).
"Suku asli Maori menyebut makhluk itu Taniwha (seperti naga raksasa), yang jelas bukan paus dan terlalu besar jika disebut yu," kata Witehira.
Jejak air di teluk itu juga dipastikan bukan bekas lintasan kapal kerana tidak ada buih warna putih akibat putaran kipas enjin kapal.
Seorang engineer bernama Pita Witehira menemui makhluk itu melalui foto satelit Google Earth. Witehira menemui penampakan makhluk itu semasa sedang mencari rumah tempat untuk berlibur. Ukuran panjang makhluk itu kira-kira 12 meter.
Makhluk itu kelihatan seperti mendekati permukaan air dan dari atas bentuknya memanjang, jejak air yang ditimbulkannya cukup jelas kelihatan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Isnin (15/12).
"Suku asli Maori menyebut makhluk itu Taniwha (seperti naga raksasa), yang jelas bukan paus dan terlalu besar jika disebut yu," kata Witehira.
Jejak air di teluk itu juga dipastikan bukan bekas lintasan kapal kerana tidak ada buih warna putih akibat putaran kipas enjin kapal.
Sumber dari merdeka.com
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments