Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaian dalam milik seorang pelancong China tersidai di atas kerusi tersebar luas.

Gambar baju dalam berwarna merah jambu dan seluar hitam wanita terbabit mula tersebar melalui media sosial kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya mengkritik pihak yang berkenaan.

Presiden Persatuan Pelancongan Chiang Mai, Pornchai Jitnavasathien berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di lapangan terbang berkenaan.

Persatuan berkenaan turut meminta ejen dan pemandu pelancong Thailand menjelaskan kepada pelanggan masing-masing bahawa tindakan menyidai pakaian dalam bukan saja tidak sesuai dengan budaya setempat, malah menjejaskan imej pelancong China.

Sementara itu pegawai perhubungan awam lapangan terbang terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika wanita itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China pada jam 9 malam.

Menurutnya, ia adalah waktu puncak dan kawasan berkenaan dipenuhi oleh orang ramai. - Agensi
Makhluk aneh ditemukan terdampar di Santa Barbara, California, AS - mirror / news channel 3/ abc 

Seekor makhluk misteri terdampar di kawasan pantai California, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Haiwan berkulit coklat yang mempunyai gigi dan kuku tajam ini ditemui di Santa Barbara selepas berakirnya sebuah ribut.

Hingga saat ini, seperti dikutip Mirror.co.uk, belum ada pihak yang mampu mengenalpasti makhluk tersebut. Sebahagian orang menyebutnya sebagai anjing laut, sebahagian lain makhluk prasejarah yang telah ada sejak 65 juta tahun lalu.

"Seperti gabungan anjing dan anjing laut," ucap seorang penduduk tempatan. "Bagi saya, seperti dinosaur," tambah seorang penduduk lain.

Pihak berkuasa California belum mengesahkan penemuan makhluk ini yang telah menghebohkan pelancong domestik dan asing.

Penemuan sama berlaku di Rusia beberapa tahun lalu. Satu makhluk aneh ditemui seorang askar di pesisir pantai, yang baru-baru ini diumumkan saintis sebagai ikan paus beluga.



Sumber dari metrotvnews.com

SEGAMAT: Bandar Segamat di Jalan Ros semalam gempar apabila melihat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya berseluar pendek telah berlari di khalayak orang ramai lalu sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki yang membawa paip besi.

Lelaki tersebut telah pergi ke arah sebuah teksi yang sedang parkir sebelum masuk ke dalam kenderaan tersebut dan menguncinya dari dalam.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Tan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.

Mereka kemudian ternampak seorang lelaki sedang melarikan diri dengan hanya berseluar pendek sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki lain.

Apabila tiba di hentian teksi lelaki yg berseluar pendek itu telah masuk ke dalam teksi dan menguncinya dari dalam.

“Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran.

“Seorang daripada kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menghubungi polis selepas mendapatinya bersembunyi dalam teksi terbabit,” katanya.



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam keterangan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ismail Sabri berhubung kenyataan beliau menyeru agar memboikot perniagaan Cina.
Perkara ini diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter beliau @KBAB51 berbunyi:
“@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian utk kita rakam percakapan nya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmonian kaum dihormati”

Status dimuatnaik Ismail di laman Facebook sebelum ini telah mencetuskan polemik apabila beliau menggesa bangsa Melayu selaku pengguna majoriti di negara ini bersatu memboikot perniagaan yang dijalankan secara tamak agar mereka tidak lagi ditindas.
Rata-rata menyokong pendapat beliau kerana sememangnya realiti di Malaysia, pengguna terbesar adalah kaum Melayu manakala Cina banyak mendominasi lapangan peniagaan sekaligus memainkan peranan dalam menentukan harga barangan di pasaran.
Apabila isu ini dijadikan kontroversi terutama oleh pihak pembangkang, Ismail tampil membuat penjelasan petang tadi.
Menurut Ismail kenyataannya itu bukan ditujukan kepada peniaga Cina secara keseluruhannya tetapi peniaga yang tamak dan tidak mahu menurunkan harga barangan meskipun harga minyak sudah mengalami penurunan.

JOM workout, itu istilah bagi kebanyakan mereka yang biasa bersenam di pusat gimnasium atau gym.
Kami yakin kebanyakan kita beranggapan gym adalah tempat melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan agar hidup lebih sihat.
Namun, lain pula istilah ‘jom workout’ di sebuah gym yang membenarkan pelanggan mereka melakukan senaman tanpa seurat benang pun membaluti badan masing-masing.
Ini bukan rekaan tapi benar-benar terjadi di negara jiran kita Thailand.

Natijahnya, gym tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa sana baru-baru ini setelah didapati membenarkan pelanggan wanita dan lelaki melakukan senaman dalam keadaan bertelanjang bulat sekaligus membuka jalan kepada aktiviti tak bermoral.
Menurut laporan AsiaOne, premis yang dinamakan Ebi Sauna & Fitness tersebut turut menawarkan ‘urutan istimewa’ kepada pelanggan yang sanggup membayar harga tertentu.
Untuk menjadi ahli kelab dan memasuki  premis ini pelanggan cuma perlu membayar lebih kurang RM190 dan menambah wang RM500 hingga RM1’000 untuk mendapatkan ‘urutan istimewa’ yang ditawarkan.

KUANTAN – Pihak polis meminta pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Kagawa Onieshia’ supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan berhubung komen berbaur lucah dan kesat ke atas Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut susulan laporan yang dibuat tujuh pihak semalam termasuk enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata perkara itu juga sudah dimaklum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti individu terbabit.
Status Instagram Tengku Puan Pahang ini dikatakan punca seorang pengguna FB yang kini diburu pihak polis melemparkan kata-kata kesat kepada baginda.

Semalam enam NGO dan wakil istana membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna Facebook yang menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tunku Azizah.
Perkara itu dilakukan susulan ulasan baginda mengenai tindakan peminat bola sepak Johor yang mempamerkan kain rentang (tifo) yang tertera gambar manusia berkepala anjing yang dipercayai ditujukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semasa aksi Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Takzim dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu. – BERNAMA

TAIPEI – Gara-gara seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan dilaporkan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya, baru-baru ini.

Memetik laporan, kejadian tersebut berlaku apabila wanita tersebut yang mahu membunuh seekor lipas, namun secara tidak sengaja menghasilkan bom buatan sendiri dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang disimpan di tandas berkenaan.

Menurut laporan tersebut, wanita itu mengambil langkah pertama dengan memukul lipas tersebut dengan menggunakan kasutnya untuk memastikan haiwan itu benar-benar mati.

Kemudian, lipas tersebut dibalut dengan kertas tisu sebelum ‘dihancurkan’ sebelum dibakar.

“Wanita itu membuang lipas ke dalam tandas dan terlupa untuk menarik pam tandas. Menyebabkan tisu itu bercampur dengan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci tandas.

“Tandas itu meletup tidak beberapa lama kemudian dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengejutkan seluruh pejabat,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Lipas dikatakan antara serangga yang mempunyai tahap survival yang tinggi.

Serangga itu dikatakan masih boleh hidup dalam masa beberapa minggu walaupun kepalanya dipotong. – Metro.co.uk

Biarpun hana beberapa minggu menjalinkan hubungan dengan pelakon A-List Hollywood Leonardo DiCaprio, namun kehidupan Rihanna sudah mula dikongkong.

Menurut sumber, Leonardo sudahpun membuat senarai Do's and Don't untuk kekasihnya itu yang terkenal dengan imej 'Bad Girl'.

“Rihanna merupakan seorang wanita yang gemar melakukan apa saja yang dia mahukan.

“Dia mahu mencacah tatu baru tapi Leo memaksanya berjanji agar tidak lagi membenarkan sebarang jarum tatu mencacah tubuhnya", kata sumber itu.

Rata-rata media hiburan antarabangsa sudah pun memberi gelaran kepada pasangan ini iaitu Rihonardo biarpun hubungan mereka masih belum diumumkan secara rasmi.

Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pel#ayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.

"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk

"Selepas beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogel diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Khairi memberitahu, terkejut dengan tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan awal polis mendapati, sebelum merogol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi telefon bimbit.

Suspek telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE 

SIBU: Sekumpulan pekerja warga Indonesia terkejut melihat satu haiwan pelik yang cuba menerkam mereka di ladangkelapa sawit pagi semalam.


Khuatir dengan keselamatan mereka, salah seorangdaripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.



Apabila haiwan itu sedar semula, mereka menghalaunya kembali ke dalam hutan.

Menurut mereka lagi, ini adalah kali pertama mereka melihat haiwan pelik yang tidak diketahui spesiesnya dan mereka berpendapat haiwan tersebut seakan-akan beruang yang sudah tua, yang sudah gugur bulunya. Sumber - The Borneo Post

Malmo, Sweden: Melakukan apa saja demi wang, begitulah kisah dua pengemis Roma yang sanggup duduk dan berdiri sambil membungkam berhadapan dengan cawan kertas di galeri seni Malmo.

Pengemis pasangan suami isteri itu dilihat berpakaian nipis dan tidak dibenarkan menuturkan sepatah perkataan apabila pelawat mendekati mereka di Malmo Konsthall, satu daripada pusat pameran seni paling besar.

Sebelum itu, Luca Lacatus dan Marcella Cheresi, mengemis di tepi jalan, namun kejadian itu disedari penganjur projek Malmo.

Sebaik terlihat Lacatus dan Marcella, dia berhasrat menggunakan mereka dalam pameran yang bertujuan menggalakkan rakyat Sweeden lebih peka terhadap ketidaksamaan dalam negara yang bakal dihujani pendatang asing tahun ini.

Namun projek itu itu menimbulkan kekecohan selepas dianggap melampau hingga galeri itu dikritik kerana dianggap memanipulasi kemiskinan.

Artis Ioana Cojocariu yang juga aktivis kumpulan hak asasi pendatang di Kesatuan Eropah memberitahu media dia mempunyai harapan yang tinggi, tetapi apabila memasuki bilik itu dia berasa seperti melihat pameran etnologi dengan badan kulit hitam diganti mayat orang miskin.

“Saya berasa artis berniat baik, namun jelas terdapat kesilapan,” katanya.

Pegawai media projek itu, Erika Li Lundqvist berkata: “Isu ini sensitif jadi tidak hairan jika menerima kritikan hebat.

“Namun saya agak kecewa ramai kritik yang menyelar pameran ini sebenarnya tidak datang sendiri melihatnya,” katanya. - Agensi

Romania – Hasrat seorang peguam wanita untuk kelihatan awet muda dengan suntikan botox tidak kesampaian apabila prosedur kecantikan berkenaan bertukar menjadi mimpi ngeri kepadanya.
Ini kerana muka Raluca Crisan, 38, menjadi lumpuh hanya beberapa saat selepas suntikan itu dijalankan.
Crisan percaya dia disuntik dengan bisa ular oleh doktor terbabit, Adrian Oancea, 47, meskipun dia meminta untuk rawatan botox.

Keadaan itu menyebabkan otot mukanya tidak dapat digerakkan selama lapan bulan hingga setahun.
Hanya selepas Crisan menjalani rawatan intensif selama dua tahun, barulah wajahnya sembuh, itupun tidak sepenuhnya dan hanya 70 peratus sahaja.
“Saya diberikan suntikan itu di bahagian bawah mata dan bibir. Namun dalam masa beberapa saat, wajah saya menjadi panas dan bengkak hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Kesannya amat panjang hinggakan saya tidak boleh ketawa dan menangis,’’ katanya.
Oancea kini digantung tugas dan polis juga sudah merampas dokumen serta bahan ujian di kliniknya.
Visa ular kini semakin beransur-ansur menggantikan botox sebagai kaedah popular untuk mengurangkan kedutan.
Namun ia hanya perlu digunakan dalam kuantiti kecil dengan dicampurkan di dalam krim dan tidak boleh disuntik secara terus ke dalam kulit.