Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


JOM workout, itu istilah bagi kebanyakan mereka yang biasa bersenam di pusat gimnasium atau gym.
Kami yakin kebanyakan kita beranggapan gym adalah tempat melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan agar hidup lebih sihat.
Namun, lain pula istilah ‘jom workout’ di sebuah gym yang membenarkan pelanggan mereka melakukan senaman tanpa seurat benang pun membaluti badan masing-masing.
Ini bukan rekaan tapi benar-benar terjadi di negara jiran kita Thailand.

Natijahnya, gym tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa sana baru-baru ini setelah didapati membenarkan pelanggan wanita dan lelaki melakukan senaman dalam keadaan bertelanjang bulat sekaligus membuka jalan kepada aktiviti tak bermoral.
Menurut laporan AsiaOne, premis yang dinamakan Ebi Sauna & Fitness tersebut turut menawarkan ‘urutan istimewa’ kepada pelanggan yang sanggup membayar harga tertentu.
Untuk menjadi ahli kelab dan memasuki  premis ini pelanggan cuma perlu membayar lebih kurang RM190 dan menambah wang RM500 hingga RM1’000 untuk mendapatkan ‘urutan istimewa’ yang ditawarkan.

KUANTAN – Pihak polis meminta pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Kagawa Onieshia’ supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan berhubung komen berbaur lucah dan kesat ke atas Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut susulan laporan yang dibuat tujuh pihak semalam termasuk enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata perkara itu juga sudah dimaklum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti individu terbabit.
Status Instagram Tengku Puan Pahang ini dikatakan punca seorang pengguna FB yang kini diburu pihak polis melemparkan kata-kata kesat kepada baginda.

Semalam enam NGO dan wakil istana membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna Facebook yang menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tunku Azizah.
Perkara itu dilakukan susulan ulasan baginda mengenai tindakan peminat bola sepak Johor yang mempamerkan kain rentang (tifo) yang tertera gambar manusia berkepala anjing yang dipercayai ditujukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semasa aksi Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Takzim dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu. – BERNAMA

TAIPEI – Gara-gara seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan dilaporkan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya, baru-baru ini.

Memetik laporan, kejadian tersebut berlaku apabila wanita tersebut yang mahu membunuh seekor lipas, namun secara tidak sengaja menghasilkan bom buatan sendiri dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang disimpan di tandas berkenaan.

Menurut laporan tersebut, wanita itu mengambil langkah pertama dengan memukul lipas tersebut dengan menggunakan kasutnya untuk memastikan haiwan itu benar-benar mati.

Kemudian, lipas tersebut dibalut dengan kertas tisu sebelum ‘dihancurkan’ sebelum dibakar.

“Wanita itu membuang lipas ke dalam tandas dan terlupa untuk menarik pam tandas. Menyebabkan tisu itu bercampur dengan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci tandas.

“Tandas itu meletup tidak beberapa lama kemudian dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengejutkan seluruh pejabat,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Lipas dikatakan antara serangga yang mempunyai tahap survival yang tinggi.

Serangga itu dikatakan masih boleh hidup dalam masa beberapa minggu walaupun kepalanya dipotong. – Metro.co.uk

Biarpun hana beberapa minggu menjalinkan hubungan dengan pelakon A-List Hollywood Leonardo DiCaprio, namun kehidupan Rihanna sudah mula dikongkong.

Menurut sumber, Leonardo sudahpun membuat senarai Do's and Don't untuk kekasihnya itu yang terkenal dengan imej 'Bad Girl'.

“Rihanna merupakan seorang wanita yang gemar melakukan apa saja yang dia mahukan.

“Dia mahu mencacah tatu baru tapi Leo memaksanya berjanji agar tidak lagi membenarkan sebarang jarum tatu mencacah tubuhnya", kata sumber itu.

Rata-rata media hiburan antarabangsa sudah pun memberi gelaran kepada pasangan ini iaitu Rihonardo biarpun hubungan mereka masih belum diumumkan secara rasmi.

Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pel#ayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.

"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk

"Selepas beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogel diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Khairi memberitahu, terkejut dengan tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan awal polis mendapati, sebelum merogol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi telefon bimbit.

Suspek telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE 

SIBU: Sekumpulan pekerja warga Indonesia terkejut melihat satu haiwan pelik yang cuba menerkam mereka di ladangkelapa sawit pagi semalam.


Khuatir dengan keselamatan mereka, salah seorangdaripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.



Apabila haiwan itu sedar semula, mereka menghalaunya kembali ke dalam hutan.

Menurut mereka lagi, ini adalah kali pertama mereka melihat haiwan pelik yang tidak diketahui spesiesnya dan mereka berpendapat haiwan tersebut seakan-akan beruang yang sudah tua, yang sudah gugur bulunya. Sumber - The Borneo Post

Malmo, Sweden: Melakukan apa saja demi wang, begitulah kisah dua pengemis Roma yang sanggup duduk dan berdiri sambil membungkam berhadapan dengan cawan kertas di galeri seni Malmo.

Pengemis pasangan suami isteri itu dilihat berpakaian nipis dan tidak dibenarkan menuturkan sepatah perkataan apabila pelawat mendekati mereka di Malmo Konsthall, satu daripada pusat pameran seni paling besar.

Sebelum itu, Luca Lacatus dan Marcella Cheresi, mengemis di tepi jalan, namun kejadian itu disedari penganjur projek Malmo.

Sebaik terlihat Lacatus dan Marcella, dia berhasrat menggunakan mereka dalam pameran yang bertujuan menggalakkan rakyat Sweeden lebih peka terhadap ketidaksamaan dalam negara yang bakal dihujani pendatang asing tahun ini.

Namun projek itu itu menimbulkan kekecohan selepas dianggap melampau hingga galeri itu dikritik kerana dianggap memanipulasi kemiskinan.

Artis Ioana Cojocariu yang juga aktivis kumpulan hak asasi pendatang di Kesatuan Eropah memberitahu media dia mempunyai harapan yang tinggi, tetapi apabila memasuki bilik itu dia berasa seperti melihat pameran etnologi dengan badan kulit hitam diganti mayat orang miskin.

“Saya berasa artis berniat baik, namun jelas terdapat kesilapan,” katanya.

Pegawai media projek itu, Erika Li Lundqvist berkata: “Isu ini sensitif jadi tidak hairan jika menerima kritikan hebat.

“Namun saya agak kecewa ramai kritik yang menyelar pameran ini sebenarnya tidak datang sendiri melihatnya,” katanya. - Agensi

Romania – Hasrat seorang peguam wanita untuk kelihatan awet muda dengan suntikan botox tidak kesampaian apabila prosedur kecantikan berkenaan bertukar menjadi mimpi ngeri kepadanya.
Ini kerana muka Raluca Crisan, 38, menjadi lumpuh hanya beberapa saat selepas suntikan itu dijalankan.
Crisan percaya dia disuntik dengan bisa ular oleh doktor terbabit, Adrian Oancea, 47, meskipun dia meminta untuk rawatan botox.

Keadaan itu menyebabkan otot mukanya tidak dapat digerakkan selama lapan bulan hingga setahun.
Hanya selepas Crisan menjalani rawatan intensif selama dua tahun, barulah wajahnya sembuh, itupun tidak sepenuhnya dan hanya 70 peratus sahaja.
“Saya diberikan suntikan itu di bahagian bawah mata dan bibir. Namun dalam masa beberapa saat, wajah saya menjadi panas dan bengkak hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Kesannya amat panjang hinggakan saya tidak boleh ketawa dan menangis,’’ katanya.
Oancea kini digantung tugas dan polis juga sudah merampas dokumen serta bahan ujian di kliniknya.
Visa ular kini semakin beransur-ansur menggantikan botox sebagai kaedah popular untuk mengurangkan kedutan.
Namun ia hanya perlu digunakan dalam kuantiti kecil dengan dicampurkan di dalam krim dan tidak boleh disuntik secara terus ke dalam kulit.
WASHINGTON – Selain dapat memberikan kenikmatan seksual, ternyata bercinta juga mampu membuatkan pasangan suami isteri menjadi lebih cerdas, itu kesimpulan hasil penyelidikan oleh pihak Universiti Maryland, Amerika Syarikat.

Anehnya, penemuan secara tidak sengaja itu didedahkan saintis neuro atau kaji saraf otak apabila mereka mendakwa berjaya menemui fakta yang membongkar rahsia aktiviti seks dapat melonjakkan kualiti kebijaksanaan dan daya ingatan seseorang.




Paling unik, hasil penemuan tersebut ‘dijumpai’ secara kebetulan menerusi siri rangkaian penyelidikan universiti itu yang pada asalnya adalah untuk merumuskan bahawa aktiviti seks mampu membakar banyak kalori sekali gus menguruskan lemak badan.

Kajian julung kali itu dilakukan ke atas sekumpulan tikus makmal dan hasilnya secara jelas memperlihatkan kegiatan seks memiliki peranan amat penting dalam pembentukan neuron yang terletak dalam kawasan hippocampus di bahagian otak.

Ruang pada otak itu sebenarnya bertanggung jawab dalam pembentukan memori jangka panjang dan secara saintifik, pembentukan neuron akan berkurangan jika pasangan jarang bercinta dan seterusnya melakukan hubungan seks.

“Kami menemui bukti ada penghasilan neuron terbaharu dan peningkatan tahap kemampuan kognitif pada tikus sepanjang eksperimen namun, apabila sampel uji kaji itu dibiarkan tidak buat seks selama beberapa waktu, neuron itu pun turun,” kata saintis.

Bagaimanapun, seorang pakar psikologi, Tracey Shors menulis dalam jurnal Neuroscience bahawa penemuan tersebut masih boleh dibahaskan kerana tahap kecerdasan orang yang kuat seks pada umumnya tidak istimewa atau terlalu pintar.

“Anda boleh cipta sel neuron ini dengan bersukan dan seks. Jika selaku melakukan latihan jasmani, anda dapat meningkatkan produktiviti neuron. Namun, jika seimbang antara sukan dan seks, maka kehidupan terasa lebih bahagia,” terangnya. – Agensi

TIBA-tiba kecoh dakwaan Old Town White Coffee mengandungi babi apabila gambar resit restoran kopitiam tersebut yang tertera tulis “toufu pork” tersebar menjadi viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp.
Berita tergempar ini hangat diperkatakan dan menjadi buah mulut masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
Rata-rata meluahkan kegusaran terhadap hidangan yang disediakan kopitiam tersebut yang majoritinya dilihat adalah pelanggan beragama Islam sendiri.
Rasanya umum mengetahui larangan bagi umat Islam memakan daging babi yang dianggap sebagai haram sama sekali.
Seandainya benar dakwaan terdapat hidangan ini, mengapa pihak Old Town White Coffee House tidak menguar-uarkan perkara tersebut selama ini?
Malah, ada yang menimbulkan persoalan perihal tanda sijil halal yang dikeluarkan Jakim kepada Old Town White Cofee selama ini.
Pun begitu, kami sendiri tidak dapat memastikan kesahihan berita yang seperti yang didakwa ini.
Apa yang diharapkan moga pihak Old Town White Coffee House tampil menjelaskan dakwaan makanan tidak halal yang dianggap sensitif bagi umat islam. – MYNEWSHUB.CC

ROMANIA – Seorang bapa yang tidak tergamak melihat anak perempuannya yang berusia 18 tahun bergambar bogel dalam majalah Playboy, akhirnya nekad membunuh diri.
Meskipun kejadian tersebut sudah enam tahun berlalu namun ia sentiasa menghantui anak perempuannya itu, Loredana Chivu yang kini sudah berusia 25 tahun.
Ketika mendedahkan perkara itu, Chivu berkata, dia bergambar untuk majalah Playboy edisi Romania dan selepas bapanya melihat gambar berkenaan, dia menjadi amat marah dan mula menjauhi Chivu.
“Dia tidak lagi bercakap dengan saya dan dia amat sedih.
“Apabila dia mengetahui apa yang saya lakukan, dia mula memencilkan diri daripada orang ramai termasuk saya dan anggota keluarga yang lain,’’ katanya.
Menurut Chivu, dia menjangkakan bapanya itu akan sembuh dan kembali seperti normal namun tidak menyangka lelaki itu akan membunuh diri.
Model berkenaan mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya sebelum ini, tidak menyangka dia sendiri akan menemui mayat bapanya tergantung di dalam rumah.
“Saya balik ke rumah beberapa bulan selepas gambar berkenaan dikeluarkan selepas memutuskan mahu berbaik dengan bapa saya tetapi tidak sangka akan berdepan dengan perkara ini.
“Saya tidak pernah pulih daripada kejutan menyaksikan mayatnya tergantung,’’ katanya.
Chivu yang kini menetap di Bucharest, berkata, peristiwa enam tahun itu telah menghantuinya dan berharap ia tidak akan berlaku kepada orang lain.
Jelasnya, keadaannya bertambah parah apabila tidak mengetahui kenapa bapanya itu membunuh diri.

NAKHON PATHOM - Ancaman perogol bersiri yang mengganas di wilayah Nakhon Pathom menyebabkan golongan warga emas – yang kebiasaannya berasa lebih selamat – dibayangi ketakutan sentiasa.
Dalam kalangan wanita berusia 70-an, mereka sentiasa bimbang dan tertanya-tanya siapakah bakal menjadi mangsa perogol itu seterusnya.
Kebimbangan itu tercetus selepas polis – tanpa sebab yang jelas – memaklumkan suspek masih diburu walaupun media kelmarin melaporkan dia sudah ditangkap.
Peniaga buah-buahan di pasar Thana di Nakhon Chaisi, Sunant Thongtabtim berkata perogol terbabit mengganas dua kali di daerah itu baru-baru ini.
“Kejadian pertama berlaku Disember tahun lalu sebelum dia muncul lagi baru-baru ini,” katanya.
Polis sebelum ini mendedahkan seorang lelaki diburu kerana merogol sekurang-kurangnya 12 wanita – kebanyakannya berusia 70-an – dan membunuh dua daripada mereka.
Kata polis, perogol itu mula mengganas sejak 2011.
Sebagai langkah pencegahan, polis mengedarkan lakaran wajah suspek di seluruh wilayah Nakhon Pathom.
Seorang sami, Manop Sapsaendee berkata, pihaknya didatangi ramai wanita warga emas yang mengadu ketakutan menjadi mangsa terbaru perogol terbabit.
“Kami meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berisiko, terutama rumah di tepi terusan dan wanita warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya.
Penduduk Lan Tak Fa, Mon Sangbonnrue yang tinggal berhampiran rumah mangsa yang diserang Ahad lalu berkata, dia amat bimbang dengan keselamatan ibunya.
“Saya terpaksa membawa ibu ke tempat kerja walaupun dia sudah berusia 82 tahun,” katanya. – Agensi