Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


LICIK. Itu mungkin perkataan yang sesuai untuk bekas pelajar Universiti Oregon State (OSU), Kendra Sunderland, 19, apabila berjaya menghasilkan sebuah klip video lucah di dalam perpustakaan universiti tersebut.
Dalam klip video itu, dia telah membuka baju dan menyentuh tubuhnya dalam keadaan ghairah selama lebih 31 minit.
Ia kemudiannya dimuatnaik ke laman lucah, Pornhub dan ditonton lebih daripada 260,000 kali dalam masa beberapa hari, memetik Mail Online.

Bagaimanapun, klip tersebut kemudiannya dipadamkan dari laman tersebut selepas ia menjadi sensasi di kalangan pelajar OSU dan tersebar di media sosial.
Ekoran itu, Kendra yang juga bekas pelajar universiti itu telah ditahan polis atas tuduhan melakukan perbuatan keji di tempat awam, namun dibebaskan selepas keterangannya diambil.
Insiden itu mengejutkan ramai pihak kerana durasi klip video itu boleh dianggap cukup panjang untuk dirakamkan di perpustakaan tanpa disedari oleh sesiapa.
“Ia biasanya sesak. Saya tak tahu bagaimana dia dapat melakukannya,” ujar salah seorang pelajar, Shelby Wilson.
Sementara itu, jurucakap OSU, Steven Clark menjelaskan pemantauan sentiasa dijalankan di perpustakaan tersebut, tetapi ia tidak bermakna mereka boleh berada di semua tempat dalam satu masa.
“Bayangkan…enam tingkat, 340,000 kaki persegi dan digunakan oleh 30,000 orang setiap minggu,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Izreen Azminda pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia rimas dengan komen berbaur spekulasi yang mengatakan dia sedang bercinta dengan seseorang.
Sejujurnya, kami rasa Izreen tidak perlu menyalahkan masyarakat 100 peratus kerana sudah menjadi lumrah untuk kita membuat telahan berdasarkan apa yang dilihat terutamanya di laman sosial
Pernah dikaitkan dengan pelakon Amar Baharim dan Nazrief Nazri kerana gambar mesra mereka di Instagram, kini pengikutnya tertanya-tanya pula bahu jejaka sado manakah yang disandar pelakon itu menerusi gambar terbarunya.
Ia turut disertakan dengan caption:
“Awak..yer awak..awak la..ha ah awak..sapa lagi ..ish awak ni..awak la.. yg kat sebelah saya ni la..awak jer pun yg ada..confirm awak..tq..tq apa??? Awak jer yg taw.. #awaktauawaksiapa”


Ternyata tindakan Cazine McCarthy memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Nathan Lloyd, 22, mengundang padah apabila lelaki itu bertindak memuatnaik gambar dan video lucahnya ke akaun Instagram milik wanita itu sendiri.
Bukan itu sahaja, malah kata laluan akaun itu juga ditukar agar Cazine tidak dapat memadamkan gambar tersebut.
“Saya menghantar imej dan rakaman itu kerana Nathan bekerja jauh dan sentiasa memujuk saya supaya melakukannya.
“Dia memberitahu saya boleh mempercayainya dan tidak akan menunjukkan gambar itu kepada orang lain,” katanya kepada Mail Online.
Bimbang Nathan akan melakukan perkara yang lebih teruk, Cazine menghubungi polis dan Nathan akhirnya ditahan serta diarahkan untuk menjalani kursus pemulihan selama dua tahun.
Gambar dan video tersebut juga telah dipadamkan oleh pihak Instagram selepas menerima ratusan aduan daripada orang ramai.
“Wanita perlu melindungi diri sendiri. Tak tahu ke mana dan sejauh mana gambar saya telah disebar sememangnya amat menakutkan.
“Apa yang boleh saya lakukan ialah menasihatkan wanita lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama,” ujarnya.

SAO PAULO – Lain yang mahu dicari, lain pun yang ditemui apabila sepasukan polis Brazil secara tidak sengaja menemui dua buah kereta kebal ketika melakukan operasi mengesan kereta curi di bandar raya ini, lapor akhbar tempatan pada Rabu.
Kejadian berlaku di kawasan Sacoma, sebuah daerah penduduk miskin terbesar di Brazil apabila anggota polis tempatan menyerbu sebuah gudang sebelum menyita kira-kira 500 unit set televisyen, pelbagai alat ganti kenderaan dan sebuah trak curi.

Ketika itu, pasukan polis tersebut mulai terperanjat apabila menjumpai dua jentera perang berkenaan, namun siasatan dengan pihak Kementerian Pertahanan Brazil pula mendedahkan kereta kebal itu bukan milik pasukan tentera negara itu.
“Ini sangat luar biasa kerana pada asalnya polis hanya cari barang dan kereta curi tetapi kami dapat dua buah kereta kebal ‘misteri’ pula,” kata jurucakap polis Brazil, Leftenan Andrei do Carno kepada stesen penyiaran tempatan, Globo TV.
Setakat ini pihak polis gagal menjelaskan dengan terperinci asal-usul kereta kebal tersebut kerana jentera berat itu tiada dalam rekod tentera Brazil dan tidak menolak kemungkinan ia diseludup dari luar negara oleh kumpulan penjenayah.
Bagaimanapun, anak lelaki pemilik gudang tersebut ketika disoal siasat pihak polis mendakwa, dua buah kereta kebal itu dibeli secara sah menerusi satu acara lelongan awam pada 2003 dan ada dokumen pendaftaran sebagai bukti pemilikan.
Pihak tentera darat Brazil pula dalam satu kenyataan mengesahkan dua jentera itu pernah dilelong sebagai besi buruk tanpa ada peralatan senjata dan enjin oleh pengeluar kenderaan perisai tempatan, Engesa namun enggan mengulas lanjut.
Brazil pada masa ini memiliki 378 buah kereta kebal jenis Leopard 1 buatan Jerman selain 91 buah lagi model M60 Patton buatan Amerika Syarikat yang kebetulan hampir menyerupai dua buah kereta kebal ‘misteri’ berkenaan. – Agensi

SAN FRANCISCO: Apple Inc mencatat rekod baharu dengan untung sebanyak AS$18 bilion (RM65 bilion) bagi suku pertama tahun kewangan 2015 berikutan sambutan luar biasa terhadap iPhone terutama di China.
Mengikut syarikat teknologi itu, hingga kini ia sudah menjual satu bilion peranti yang menggunakan sistem operasi (OS) iOS.
Apple juga mengumumkan peranti pintar boleh dipakai, Apple Watch yang diperkenalkan tahun lalu akan mula dijual April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tim Cook, berkata syarikat berterima kasih kepada pengguna yang memberi sambutan luar biasa kepada produk Apple.
"Permintaan bagi iPhone sangat menakjubkan, jauh lebih tinggi daripada jangkaan kami," katanya.
Penganalisis di Forrester, Frank Gillet, berkata permintaan luar biasa kepada iPhone adalah petunjuk peningkatan minat pengguna terhadap telefon pintar dengan skrin lebih besar.
"Saya jangkakan peningkatan jualan di China dan seluruh dunia akan bertahan buat beberapa lama lagi," katanya.
Rekod untung pada suku pertama berakhir 27 Disember 2014 itu disandarkan kepada pendapatan AS$74.6 bilion (RM269 bilion), didorong jualan 74.5 juta iPhone, jauh lebih tinggi daripada unjuran penganalisis.
Paras untung yang dicatatkan Apple itu lebih besar daripada rekod sebuah perbadanan korporat di AS ketika ini, iaitu AS$15.9 bilion (RM57.3 bilion) yang pernah dicatat ExxonMobil pada suku kedua 2012.
Jualan iPhone meningkat sekali ganda di China, pasaran telefon pintar kedua terbesar Apple, kata ketua pegawai kewangan, Luca Maestri.
Dalam pada itu, jualan iPad jatuh pada suku dikaji, tetapi Apple mencatat rekod baharu jualan komputer Macintosh dan pendapatan yang diraih daripada pembelian menerusi App Store.
Begitupun Cook menzahirkan keyakinannya terhadap potensi jangka panjang iPad. Bilangan pembeli kali pertama peranti itu kekal kukuh di China, Britain dan Amerika Syarikat (AS), tambahnya.
Cook turut akui bahawa iPhone skrin besar mungkin menjejaskan pasaran iPad dan komputer Macintosh. Lantaran itu, beliau yakin kerjasama dengan IBM akan menjadikan iPad lebih menarik kepada syarikat, sebagai peranti di tempat kerja.
Dengan mengambil kira prestasi kewangan semasa, lembaga pengarah Apple mengumumkan dividen tunai 47 cents (RM1.70) sesaham yang akan dibayar pada 12 Februari ini.
Saham Apple naik lima peratus kepada AS$115.20 (RM415) dalam sesi selepas dagangan malam tadi. - AFP


Bulawayo, Zimbabwe: Biasanya ular adalah haiwan berbahaya dan mengancam nyawa namun kejadian menimpa penduduk Tshabalala dilaporkan amat pelik dan mengejutkan.
Menurut penduduk setempat, ada seekor ular yang gemar menghampiri kanak-kanak untuk dibelit dan dijilat sebelum menghilangkan diri ke dalam semak.

Insiden itu dilaporkan tersebar meluas di kalangan penduduk dan kebanyakan mereka mengesyaki ia ada kaitan dengan alam ghaib.

Menurut penduduk yang bimbang dengan kejadian itu, Abel Dube, seekor ular sawa menyasarkan mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak di kawasan kampungnya.
“Apa yang mengejutkan ia tidak menggigit mereka tetapi hanya membelit dan menjilat seluruh badan mereka sebelum melarikan diri.

“Kami menerima banyak laporan mengenai kejadian seumpama itu dan bimbang ia ada kaitan dengan amalan sihir,” katanya.
Untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini, penduduk setempat tidak lagi membenarkan anak mereka bermain di luar rumah. - Agensi



London: Seorang ibu beranak dua mengambil tindakan drastik ‘menjual’ dirinya di eBay dengan harapan dapat menemui jejaka kacak warga Greece semata-mata mahu memenuhi impiannya tinggal di negara itu.
Lois Curtis, 49, meletakkan iklan menawarkan “wanita, bersaiz baju 10” dengan huraian mengenai dirinya sebagai “terpakai tetapi masih berkeadaan elok.”
Malangnya dia terpaksa menurunkan iklan itu selepas 24 jam selepas gagal mendapat lelaki idamannya, walaupun menerima dua tawaran termasuk yang tertinggi sebanyak £205 (RM1,100).

“Saya mahu hidup di Greece, memang itu impian sejak kecil. Jadi rakan saya Apostolos yang tinggal di sana mencadangkan saya membuat tawaran itu di eBay dan dia berjanji menyebarkannya memandangkan dia ramai kawan.
“Kami sengaja mahu melihat jika ada yang berminat jadi saya membiarkannya selama 24 jam, malah mendapat tawaran dari Australia serta Puerto Rico. ‘Kembang’ juga apabila tawaran diberikan jauh menjangkaui sangkaan saya.

“Malangnya, tiada sesiapa dari Greece yang menghubungi saya sedangkan itu yang diimpikan,” katanya.

Malah, katanya, dia masih mendapat tawaran walaupun iklan itu sudah diturunkan apabila kira-kira tujuh orang menghantar e-mel bertanya sama ada masih boleh membida.
Disebabkan itu, Lois tidak menolak kemungkinan akan membuat tawaran sama pada masa akan datang.
“Tetapi saya akan mengkhususkan tawaran hanya boleh dibuat dari Greece,” katanya. - Agensi

Kereta mirip Delorean DMC-12 yang diubahsuai seperti kereta digunakan dalam filem Back To The Future ini ditemui di Miri.

KEBANYAKAN peminat filem Back To The Future lakonan Michael J Fox pastinya pernah mengagumi kereta DeLorean DMC-12 yang diubahsuai menjadi mesin merentas masa dalam filem itu.
Filem berkenaan diterbitkan oleh Steven Spielberg pada 1985 dan diarahkan oleh Robert Zemeckis.
Selaku salah seorang peminat filem tersebut kami terpaku seketika apabila mendapati di laman Facebook hari ini, kereta yang mirip seakan-akan kereta digunakan dalam filem berkenaan kini dikesan berada di Miri, Sarawak.
Kereta Delorean yang digunakan dalam filem sekual Back To The Future III.

Bagaimanapun, gambar kereta itu tidak disertakan dengan maklumat lanjut.
Individu yang memuatnaik gambar berkenaan juga, didapati turut meminta pengguna Facebook yang mempunyai maklumat tambahan terutama tentang pemilik kereta epik tersebut memaklumkan padanya.
Kereta itu kini ditempatkan di bawah sebuah kawasan parkir berbumbung di sebelah sebuah kereta BMW.
Tayar hadapan sebelah kirinya bagaimanapun didapati telah pancit dipercayai kerana kereta diparkir dalam tempoh lama.
Back To The Future mengisahkan tentang Marty McFly (Michael J Fox), seorang remaja yang secara tidak sengaja dihantar kembali ke zaman silam 1985-1955 di mana dia berpeluang bertemu ibu bapanya di sekolah tinggi. Di sini berlaku insiden yang boleh mengubah sejarah jadi Marty harus membetulkan keadaan semula.

REYKJAVIK, Iceland – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati burger dan kentang goreng yang dibelinya dari sebuah restoran makanan segera McDonald’s kira-kira enam tahun lalu masih kelihatan segar dan tidak berkulat.
Lelaki berkenaan, Hjortur Smarason, 28, membeli hidangan burger dan kentang goreng pada hari terakhir sebuah restoran McDonald’s beroperasi di bandar ini pada Oktober 2009 sebagai kenangan sebelum menyerahkan makanan tersebut kepada sebuah muzium.
Katanya, selepas tiga tahun muzium berkenaan menyerahkan semula hidangan berkenaan kepadanya dengan alasan makanan itu tidak sesuai untuk dipamerkan.

“Ketika menerima hidangan itu, burger dan kentang goreng berkenaan dilihat masih segar serta tidak berkulat sebelum saya menyimpannya semula ke dalam satu bekas plastik.
“Baru-baru ini saya membuka semula bekas plastik berkenaan dan terkejut apabila mendapati hidangan itu masih lagi kelihatan segar seperti baru dimasak,” katanya.
Menurutnya, makanan tersebut merupakan salah satu sejarah Iceland kerana negara itu merupakan antara beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai cawangan restoran McDonald’s. – Agensi




HONG KONG – Pihak polis sedang memburu satu kumpulan yang didapati menggunakan seorang budak perempuan berusia 12 tahun untuk mencuri seutas rantai berlian bernilai AS$4.6 juta (RM16.57 juta) di sebuah kedai emas di sini.
Kumpulan itu yang dianggotai dua wanita dan seorang lelaki bersama kanak-kanak berkenaan dilaporkan masuk ke sebuah kedai emas di sebuah kawasan beli-belah di Tsim Sha di sini pada Jumaat lalu.
Tiga suspek tersebut kemudian mengalihkan perhatian pekerja kedai emas berkenaan dengan berpura-pura mahu membeli beberapa barangan kemas sebelum kanak-kanak itu mencuri kunci dan mengambil satu rantai berlian yang dipamerkan.
Seorang jurucakap polis berkata, kanak-kanak perempuan tersebut mengambil satu kunci di dalam laci dan membuka satu kabinet kaca sebelum memasukkan seutas rantai berlian ke dalam poketnya.
Katanya, ketiga-tiga suspek berpakaian seperti orang kaya dan kegiatan jenayah itu dilihat sangat terancang.
“Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kanak-kanak itu dengan tenang keluar dari premis berkenaan sebelum diikuti oleh ketiga-tiga suspek dewasa.
“Pekerja kedai emas itu hanya menyedari rantai berkenaan hilang kira-kira dua jam selepas kumpulan tersebut beredar,” katanya. – Agensi





London: Seorang lelaki didakwa mengadakan seks dengan dua kuda malah berpeluh dan bau haiwan itu melekat pada badannya ketika ditahan polis.

Alan Barnfield yang dianggap mempunyai nafsu seks songsang ditahan selepas penduduk tempatan menghubungi polis apabila bimbang melihatnya dalam keadaan mencurigakan bersama dua kuda padi.

Ketika ditahan polis menemui beberapa tin deodoran, kabel elektrik putih, penyembur air, kain, rantai anjing dan dua botol minuman tenaga.

Mahkamah Crown Sheffield yang mendengar perbicaraannya diberitahu DNA daripada seekor kuda, Sky, ditemui pada sampel yang diambil daripada badan Barnfield.
Gambar seks dengan haiwan juga ditemui dalam telefon bimbitnya.


Bintulu: Dia bukan saja terpaksa menahan lapar selama tiga hari, malah turut menderita kesejukan terperangkap dalam hutan akibat hujan lebat dan banjir selepas dilaporkan hilang ketika memancing bersama rakan di Sungai Segan, di sini, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, mangsa Christina Senie David, 14, dari rumah panjang Nyaing, di sini, menyelamatkan diri apabila terdengar bunyi bot melalui kawasan sungai berkenaan sebelum mempertaruhkan nyawa berenang untuk mendapatkan bantuan.
Secara kebetulan, bot itu pula dinaiki anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bintulu yang dalam misi menghantar bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir di Rumah Panjang Giri, di sini.

Sumber berkata, ketika diselamatkan pasukan bomba kira-kira jam 9 pagi, mangsa dalam keadaan lemah akibat kelaparan, selain menggigil kesejukan.

Menurutnya, Christina dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika memancing bersama tiga rakannya menaiki perahu di sungai itu, namun mereka terpisah akibat hujan lebat dan air pasang besar ketika turun ke kawasan hutan berhampiran. Hmetro Online