Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Dek kerana tidak mahukan anak perempuan, seorang bapa telah nekad menanam anak perempuannya hidup-hidup.
Abdul Hussein, dituduh cuba untuk menguburkan anak perempuannya, yang berusia 10 tahun hidup-hidup atas alasan yang tidak munasabah, di Tripura, India.
Dia dikatakan ‘cuba menguburkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun hidup-hidup, hanya kerana dia adalah seorang gadis’.
Polis berkata, saksi melihat Abdul Hussein menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya ketika isterinya keluar, dan kemudian meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup.
Suspek dikatakan telah menimbus tanah sehingga paras dada, apabila gambar yang diambil menunjukkan kanak-kanak perempuan dengan tangan terikat dan kepala dikotori tanah.
Apabila isterinya pulang, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskannya perbuatan tersebut selepas ini.
Tetapi, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang meilhat kejadian terbabit. Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis


BEKAS teman lelaki penyanyi Britney Spears iaitu John Sundahl mati dibunuh dipercayai ditembak oleh pihak Taliban di Afghanistan pada Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian, helikopter yang dipandu oleh John dari Kabul ditembak jatuh namun tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian itu.

John pernah bercinta dengan Britney pada 2007 dan lelaki itu disebut sebagai individu bertanggungjawab membantu penyanyi itu keluar daripada masalah ketagihan alkohol.

Hubungan kedua-dua mereka kekal baik biarpun sudah berpisah dan mereka sering berhubung untuk bertanya khabar.

Britney pula dilaporkan sedih dengan berita kematian John dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang budiman.

LONDON – Seekor anjing berusia lima bulan yang kudung kedua-dua belah kaki hadapannya terpaksa melompat seperti seekor kanggaru untuk membantunya bergerak.
Anjing yang dikenali sebagai Roo itu, dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki hadapan menyebabkan ia terpaksa menggunakan kaki belakangnya untuk melompat seperti kanggaru.
Haiwan tersebut diselamatkan oleh sebuah badan kebajikan haiwan di sini sebelum diserahkan kepada seorang jururawat, Nikki Dick untuk dipelihara.
Dick, 50, berkata, Roo merupakan seekor anjing yang istimewa kerana ia berjalan tidak ubah seperti kanggaru.
Katanya, walaupun hanya menggunakan dua kaki belakang untuk berjalan tetapi ia mampu bergerak dengan pantas tanpa sebarang masalah.
“Sekali imbas pasti ramai menyangka Roo adalah seekor kanggaru kerana cara ia berjalan dan melompat hampir menyerupai haiwan berkenaan,” katanya. – Agensi





New York: Seorang wanita mewasiatkan kekayaannya yang dianggar berjumlah £1 juta (RM5.4 juta) kepada anjing peliharaannya supaya haiwan itu boleh terus hidup dalam kemewahan.
Rose Ann Bolsany yang bekerja sebagai akauntan berbuat demikian kerana terlalu menyayangi anjing baka Maltese terrier itu yang diberi nama Bella Mia.

Anjing yang berusia tiga tahun itu bakal mewarisi harta seperti barang kemas, dana amanah dan rumah percutian.
Rose Ann, 60, menganggap anjing kesayangannya itu ‘hadiah daripada Tuhan’ dan akan memastikan ia sentiasa mewah.
Bella Mia hanya makan filet stik mignon untuk makan malam dan memiliki bilik tidur sendiri yang dipenuhi pakaian anjing.

Rose Ann yang berasal dari Queens, New York, berkata ketiga-tiga anaknya tidak marah dengan tindakannya.
“Anak-anak saya sudah besar dan berjaya. Mereka tidak memerlukan wang saya.
“Kami sudah biasa memberi kehidupan mewah kepada Bella Mia, sebab itu saya mahu memastikan dia mempunyai segala-galanya apabila saya sudah tiada nanti,” kata Rose.

Anjing itu pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Fesyen Haiwan Kesayangan New York dua tahun berturut-turut.
Sebelum ini, seorang pengusaha hotel New York, Leona Helmsley mewasiatkan hartanya bernilai £8 juta (RM43.3 juta) kepada anjingnya selepas kematiannya pada 2007.

Hakim kemudian terpaksa mengurangkan jumlah itu kepada £1.5 juta (RM 8.1 juta) apabila anjing yang bernama Trouble itu mati empat tahun kemudian. - Agensi



Alor Gajah: Seorang wanita berstatus isteri orang yang lari dari rumah sejak empat bulan lalu akhirnya ditemui apabila dicekup bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya dalam sebuah rumah di Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita berusia 23 tahun dari Gemas, Negeri Sembilan tidak bekerja dan mempunyai tiga anak dipercayai tinggal bersama seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah rumah yang baru disewa minggu lalu.

Bagaimanapun, hubungan terlarang pasangan yang mendakwa suami isteri itu dihidu pegawai syarak, anggota polis serta penduduk di taman perumahan terbabit.

Sumber berkata, wanita berkenaan meninggalkan suaminya yang berusia 36 tahun serta tiga anak berusia antara setahun hingga tujuh tahun pada pertengahan Oktober tahun lalu dipercayai keluar sehelai sepinggang kerana mengikut teman lelaki.

“Wanita terbabit dipercayai terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki yang baru dikenali dengan menyewa rumah di beberapa tempat sepanjang menghilangkan diri sebelum mereka tinggal di taman perumahan berkenaan. Hmetro Online


Shah Alam: Usaha orang awam menyelamatkan seorang pemandu treler daripada lemas selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam tasik di Jalan Batu Arang, berhampiran Puncak Perdana, di sini, semalam gagal apabila lelaki itu disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Kemalangan kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 20-an maut dipercayai akibat lemas walaupun bantuan pernafasan sudah diberikan pasukan perubatan.
Difahamkan, treler yang membawa muatan bata itu dari arah Puncak Alam menuju ke Puncak Perdana terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di kiri jalan dan terus menjunam ke dalam tasik.
Orang ramai yang melalui jalan sama cuba menyelamatkan mangsa dengan mengeluarkannya daripada tasik.
Jurucakap bomba berkata, ketika dibawa naik orang ramai, mangsa tidak sedarkan diri dan cuba diberikan bantuan pernafasan, tetapi tidak dapat menyelamatkannya.

Hmetro Online


Oakland: Seorang lelaki buta meninggal dunia selepas bajunya terbakar secara tidak sengaja ketika cuba memanaskan tualanya dalam ketuhar gelombang mikro yang ingin diletakkannya pada kakinya yang sakit.

Lelaki itu, James Shaffer, 68, kemudiannya dihantar ke hospital namun meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.

Shaffer yang tidak tahu yang tuala kering akan terbakar sekiranya berada dalam ketuhar dalam masa 15 saat merasakan dirinya bersalah dan meminta maaf kepada pasukan paramedik kerana tidak mengetahui perkara itu.

“Dia amat, amat tenang dalam situasi ini. Kami terkejut dia meninggal dunia. Ketika dalam ambulans kami bercakap seperti biasa, malah setiap minit dia meminta maaf kerana menyebabkan kebakaran itu,’’ kata salah seorang anggota paramedik.

Menurut doktor, Shaffer melecur sebanyak 80 peratus di seluruh badan.

Menurut keluarganya, mereka setiap hari melawat Shaffer dan dia juga mampu berdikari walaupun tinggal sendirian di rumah.

Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa orang lelaki memijak-mijak ikan bilis untuk dimampat masuk ke dalam kotak pembungkusan. Gambar-gamar tersebut dipercayai diambil di sebuah tempat yang memproses pembungkusan ikan bilis.

Bagaimanapun, gambar tersebut tidak pula menyatakan dimanakah tempat itu secara jelas sehingga menimbulkan perasaan gusar dalam kalangan rakyat Malaysia yang khuatir kejadian berlaku di Malaysia.

Namun, setelah disiasat, gambar-gambar yang tersebar itu sebenarnya diambil di Rayong, Thailand. Ini berikutan gambar asal dimuat naik oleh seorang pengguna facebook Thailand yang bernama Prajug Dongsri(akaun telah dimatikan).




Menurut laporan dari beberapa portal berita Thailand, kejadian ini telah pun dibawa ke kabinet Thailand bagi perbincangan.

Namun, isu ini perlu juga dipandang serius oleh rakyat Malaysia kerana banyak bahan-bahan makanan di Malaysia di import dari Thailand. 

Sebelum ini, portal Siakapkeli pernah menyiarkan satu artikel yang bertajuk Malaysia akan dilanda musim sejuk luar biasa yang memetik laporan dari Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad. Menurut dari laporan tersebut, Malaysia berkemungkinan mengalami cuaca sejuk luar biasa sehingga suhu yang mencecah 17.2 darjah Celcius.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial, keadaan di sekitar Kelantan, terutamanya Kuala Krai sudah mula dilanda suhu sejuk yang luar biasa.

Berikut adalah gambar keadaan di kawasan Pekan, Kuala Krai hasil perkongsian laman Facebook, Hanya di Kelate. Menurut dari kapsyen, gambar-gambar ini dirakam diwaktu pagi.

Johor Bahru – Seorang pekerja kilang terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Tahana, Tampoi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang, mangsa Saiful Nizam Sukaji, 20-an, meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai turut terseret sebelum dilanggar kereta dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di Kawasan Perindustrian Tampoi dipercayai terseret sebelum dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Tahana parah di kepala dan badan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya. – myMetro Online

Kuala Lumpur – Seorang mangsa kemalangan jalanraya yang datang ke sebuah pusat perubatan swasta untuk rawatan diminta mendapatkan rawatan di tempat lain atas alasan kos perubatan yang bakal dikenakan oleh pusat perubuatan berkenaan agak mahal berbanding dengan kos di hospital kerajaan.

Menurut Zatul Aniza Yusoff, salah seorang ahli keluarga mangsa, dia telah membawa mangsa, yang juga anak saudaranya, ke pusat perubatan berkenaan pada Ahad lalu yang terletak di Seremban.

Namun, setelah diperiksa oleh doktor yang bertugas di pusat perubatan berkenaan, dia kemudian dimaklumkan oleh doktor tersebut bahawa luka yang dialami oleh anak saudaranya itu terlalu dalam dan tidak boleh dirawat dengan prosedur yang biasa.

Menurut doktor, anak saudara saya tidak boleh dirawat di situ kerana anak saudara saya tidak mempunyai sebarang skim perlindungan insurans.




Menurutnya kos perubatan (yang bakal dikenakan) sekitar RM7,000 kerana luka tersebut terlalu dalam dan tidak boleh dijahit dengan mengunakan prosedur biasa serta memerlukan surgeon ,X-ray, pembedahan kecil dan sebagainya” ujarnya memetik laporan dari Suara.tv


Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan doktor berkenaan, Zatul segera membawa anak saudaranya ke Hospital Tuanku Jaafar untuk mendapatkan rawatan.

Sebaik tiba di hospital Tuanku Jaafar, jururawat yang bertugas bertanya kepada saya mengapa tidak mendapatkan rawatan pusat perubatan tersebut?

“Namun sebaik sahaja saya maklumkan mengenai jawapan yang diberikan oleh doktor yang bertugas itu mereka terkejut dan hanya mampu tersenyum” ujarnya lagi.

Menurut doktor di Hospital Tuanku Jaafar, luka yang dialami oleh mangsa hanya memerlukan prosedur jahitan biasa sahaja dan tidak memerlukan sebarang prosedur khas sepertimana yang dimaklumkan oleh doktor di perubatan swasta sebelum ini.

Zatul melahirkan rasa kesal dengan apa yang dialaminya di pusat perubatan swasta terbabit yang disifatkan ingin mengaut keuntungan dengan mengenakan caj rawatan yang tinggi.

“Soalnya disini mengapa hospital swasta di Malaysia ini boleh meletakkan harga yang tinggi sesuka hati dan mengatakan sesuatu (seolah-olah) ingin menakut-nakutkan keluarga pesakit” katanya lagi.

Zatul berkata dia telah membuat aduan rasmi kepada pihak pengurusan pusat perubatan tersebut berhuhung kejadian 
Sumber : www.suara.tv/

KES pelajar perempuan bukan Islam yang disuruh balik ke rumah hanya kerana memakai baju kurung dianggap selesai selepas bapa pelajar tersebut bertemu pengetua dan menyelesaikan perkara ini secara baik, pada Khamis.
Bapa berkenaan menjelaskan sendiri perkara ini menerusi akaun Facebooknya, Kam Agong Lawrence Jayaraj.
Perkara ini mula mendapat perhatian ramai selepas Lawrence Jayaraj, 45, memuatnaik status di Facebooknya pada Rabu, mempertikaikan tindakan pihak sekolah menyuruh anaknya pulang gara-gara berbaju kurung yang dikatakan hanya untuk pelajar perempuan beragama Islam.
Dalam status sama, bapa kepada Britney Nicole,15, meluahkan perasaan risaunya terhadap peraturan ini yang boleh membebankan dirinya yang mempunyai tujuh anak.
Berikutan itu isu ini mula hangat diperkatakan di media sosial dan makin melarat selepas diterbitkan di akhbar tempatan.

Susulan itu satu pertemuan antara Jayaraj dengan pengetua sekolah diadakan semalam.
Hasil daripada pertemuan yang dimaklumkan oleh Jayaraj adalah, pengetua SMK Seri Mutiara dikenali sebagai En Amir dan wakil PIBG sekolah En Ramesh telah meminta maaf kepadanya ekoran kejadian tersebut.
Para pelajar perempuan di sekolah terbabit tanpa mengira agama juga, kini dibenarkan memakai baju kurung tetapi mesti mengikut garis dikeluarkan kementerian.

Menurut Lawrence dalam status sama, beliau mahukan anak-anaknya terus bersekolah di SMK Mutiara kerana rekod disiplin dan pencapaian akademik sekolah tersebut yang baik.
Daripada kejadian ini dapat disimpulkan, pihak sekolah tidak sepatutnya membuat peraturan sendiri yang tidak selari dengan garis dikeluarkan oleh kementerian tanpa mendapat persetujuan ibu bapa dan diterangkan secara baik.
Apa yang dibimbangi daripada perkara sebegini adalah, pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengaitkannya dengan isu yang tidak ada kena mengena seperti  perkauman.
Memandangkan ini melibatkan institusi pendidikan tindakan tidak bertanggung jawab begini boleh membuatkan pelajar yang masih muda dibentuk pemikirannya menjadi seorang rasis.
Isu pun sudah selesai, semoga ia menjadi pengajaran buat semua pihak terlibat agar lebih sensitif dalam menjaga perpaduan negara selepas ini. – MYNEWSHUB.CC