Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

SIAPA sangka anak yang dikandung selama sembilan bulan, diasuh dan dididik akhirnya menjadi insan yang meragut nyawa dirinya.
Seorang warga emas berusia 75 tahun maut apabila menjadi mangsa pukulan anak lelakinya yang menghidap penyakit mental pagi tadi.
Mangsa dikatakan meninggal dunia selepas kepalanya diketuk dan dipukul dengan kuat menggunakan tukul besi oleh anaknya, 36 tahun di Taman Cheras Awana, Kuala Lumpur.
Kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi ini berlaku ekoran suspek berang ibunya mendesak dirinya untuk memakan ubat psikotropik yang dibekalkan pihak hospital.
Memetik laporan Harian Metro, suspek sempat menghubungi kakaknya yang tinggal berdekatan rumahnya selepas kejadian itu namun tidak dijawab.
Bagaimanapun, suspek bertindak menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian berkenaan.
Menurut seorang sumber, suspek dipercayai mengalami masalah mental selepas dia terbabit dalam kemalangan 10 tahun lalu dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Isu Semasa

Persoalan mengenai rasa ‘pelik’ pada air yang diminum oleh penghuni di sebuah pangsapuri di bandar Mexico sejak beberapa bulan lalu terjawab jua apabila mayat seorang wanita ditemui reput dalam tangki air bangunan tersebut.
Mayat Carmen Yarira Noriega Esparza, 27, yang juga penyewa di pangsapuri itu ditemui selepas hampir setahun kehilangannya dilaporkan oleh keluarganya iaitu pada Februari 2014 yang lalu.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah menerusi kempen media sosial dan juga penyebaran gambarnya bagi mengesan bekas graduan dalam bidang psikologi itu.
Mereka percaya Carmen telah diculik dan mungkin dijual untuk dijadikan hamba seks.
“Dia seorang yang cantik, berbakat dan bercita-cita menjadi seorang pelakon.
“Apabila dia tidak muncul di klinik tempat dia bekerja, kami sangkakan dia diculik. Rupa-rupanya mayatnya ada di bangunan pangsapuri itu selama ini,” ujar rakannya, Pal Javier Paz, 30.
Polis kini sedang menyiasat bekas kekasih Carmen, seorang ahli perniagaan yang turut membayar sewa unit pangsapuri yang didiami wanita itu semasa hayatnya.
Kejadian ini hampir menyerupai kes misteri kematian Elisa Lam yang ditemui mati di dalam tangki air sebuah hotel selepas penghuninya mengadu air paip berbau hanyir dan mempunyai ketulan-ketulan hitam.
Global

Sebaran gambar ini telah membuat orang ramai mula membanjiri bank untuk membuat semakan kemasukan wang tersebut.
Namun ramai ternyata kecewa tetapi ada juga yang mendakwa mereka sudah mendapat pembayaran BR1M tersebut.
Menurut Sumber dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan akaun tersebut palsu dan Perdana Menteri tiada akaun Whatsapp. Kewujudan akaun ini yang memberi maklumat semasa dipercayai akan digunakan untuk tujuan menyebarkan fitnah pada masa akan datang
Isu Panas
.jpg)
Status itu dikesan selepas tersebar meluas hasil perkongsian pengguna di laman sosial berkenaan semalam.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Profesor Dr Ismail Abdul Aziz berkata, pihak universiti memandang serius penyalahgunaan laman sosial oleh mahasiswanya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit.
"Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pemilik akaun terbabit adalah penuntut UTM atau sebaliknya.
"Sekiranya beliau adalah penuntut UTM,kes ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana UTM tidak mahu berkomporomi dalam soal itu," katanya ketika dihubungi tadi. - Harian Metro
Isu Panas

Dua lelaki berusia 20 dan 25 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa yang membuat serbuan di hotel berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin ketika mereka berada dalam sebuah bilik bersama pasangan masing-masing, berusia 16 dan 18 tahun.
Semua mereka dipercayai berasal dari Kelantan datang dengan menunggang motosikal dan menyewa di hotel terbabit sejak dua hari lalu dengan alasan mencari kerja di daerah ini selepas negeri itu dilanda banjir.
Gadis berusia 18 tahun itu dipercayai tunang si abang manakala gadis berusia 16 tahun itu pula dikatakan janda selepas berkahwin pada usia 14 tahun.
Pegawai PADKP Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan aduan, lapan anggota penguat kuasa diketuai Abd Rahim Abu menjalankan pemeriksaan di hotel berkenaan. –myMetro Online
Isu Semasa

Lelaki tersebut, Sam Barton, 22, telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya termasuk mendapat suntikan botox serta rawatan pemutihan gigi yang jumlah keseluruhannya mencecah £35,400 (RM191,000).
Barton yang memiliki 15 kad kredit telah berbelanja mewah selama empat tahun dengan membeli barangan perhiasan dan pakaian berjenama terkemuka yang ditempah khas selain menghabiskan masa dengan bercuti ke luar negara.
“Saya sangat obses untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna sehingga saya tidak pernah memikirkan tentang jumlah wang yang telah dibelanja.
“Saya turut akan pastikan sekiranya saya menginginkan sesuatu, saya pasti akan membeli,” kata Bortan.
Disebabkan cara hidupnya itu, Barton juga telah menghabiskan sekitar £100,000 (RM539,000) selain membuat overdraft bank sehingga hampir disahkan muflis apabila gagal melangsaikan hutang sebanyak £35,000 (RM188,500). – Agensi
Global

TERKEKEH-KEKEH ketawa jadinya melihat gambar dan status yang dimuatnaik seorang gadis yang tidak dapat membezakan pelakon terkenal Aaron Aziz dengan Fahrin Ahmad.
Mana tidaknya, gadis ini memuatnaik gambarnya bersama pelakon kacak, Fahrin Ahmad tetapi menyangka ianya adalah Aaron Aziz. Hihi…
Bila difikirkan, wajah kedua-dua pelakon ini tidaklah serupa atau seakan-akan sama. Mungkin kerana masing-masing memiliki badan yang agak sado hingga gadis ini konfius dan tidak dapat membezakannya.

Lawak pula bila baca status gadis ini. Daripada duk teruja dapat berkongsi gambar dia bersama artis popular tup-tup bertukar jadi bahan lucu rakan-rakannya.
Takpelah, yang penting adik dapat bergambar dengan artis popular yer… Hihi
Agak-agaknya apalah perasaan Fahrin Ahmad apabila ada yang menyangka dirinya Aaron Aziz? – MYNEWSHUB.CC
Pelbagai

SANDAKAN – Dua janin yang disyaki kembar ditemui di kawasan laut Kampung Air Jalan Bokara dekat sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd. Ali berkata, kedua-dua janin berkenaan bersifat perempuan dan berumur dalam lingkungan enam atau tujuh bulan yang ditemui pada jarak satu kilometer antara satu sama lain.
Beliau berkata, janin pertama ditemui kira-kira pukul 9.20 pagi terapung di atas air laut di bawah Jambatan 5 manakala satu lagi ditemui di persisir pantai Jambatan 1 sejam kemudian.
Kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Duchess Of Kent.
Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini agar menyalurkannya kepada polis di talian 089-212222 atau 089-242222. – BERNAMA
Isu Semasa
SEBUT sahaja negara China, pastinya ramai yang mengetahui negara itu amat sinonim dengan penghasilan barangan tiruan.
Meskipun, ada yang beranggapan ianya salah dan tidak beretika tetapi permintaan barangan tiruan ini masih laris bagai goreng pisang di pasaran gara-gara rupa bentuknya yang sama dan harganya jauh lebih murah.
Tetapi kes ‘tiruan’ yang ini mungkin agak berlainan dan jarak kedengaran.

Mana tidaknya, nama dapur gas ciptaan negara itu diinspirasikan dari nama telefon bimbit canggih, iPhone keluaran jenama Apple.
Kita yang melihatnya pun rasa hendak ketawa dan tersengih jadinya melihat reka bentuk iPhone ‘idaman’ ramai orang selama ini. Hihi..
Nampaknya ramai yang berpendapat ini adalah ‘iPhone’ paling murah dan mampu dimiliki khususnya buat suri rumah.
Apa pun, idea dapur gas mereka ini memang ‘rare’!
Agaknya mesti ada nanti ada yang terkeliru, tak tahu mana iPhone sebenar atau iPhone, dapur gas pulak!
Pelbagai

TRAGEDI berdarah di Perancis pada minggu lalu membabitkan serangan ke atas pejabat majalah Charlie Hebdo yang meragut 12 nyawa pada Rabu, diikuti drama tebusan di sebuah pasaraya mini Kosher yang terletak Porte de Vincennes, timur Paris pada Jumaat yang mengorbankan 4 tebusan, kini jadi polemik berkaitan ekstremis paling hangat diperkatakan masyarakat dunia.
Meskipun tiga suspek utama yang bertanggungjawab melakukannya berjaya ditembak mati, seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri dan kini masih diburu pihak berkuasa Perancis.

Dia adalah wanita jelita bernama Hayat Boumediene, 26, yang didakwa merupakan teman wanita atau isteri suspek yang ditembak mati di pasaraya Kosher, Amedy Coulibaly.
Bagaimana Hayat dapat melepaskan diri mengejutkan banyak pihak namun pihak polis memberi gambaran bahawa wanita ini amat licik, berbahaya dan dipercayai masih berada di Perancis.
Susulan itu, gambar Hayat yang didakwa gemar berbikini sebelum memakai jubah dan jilbab selepas melibatkan diri dalam aktiviti ekstremis bersama Coulibaly mulai tersebar.
Sejauh mana kesahihan gambar ini tak dapat dipastikan, ia memaparkan Hayat yang cuma memakai bikini melingkarkan tangannya pada badan Coulibaly ketika mereka berada di pantai.
Gambar lain yang didakwa diperoleh daripada sumber risikan pula, menunjukkan sisi berbeza Hayat apabila dirakam sedang beraksi menggunakan senjata jenis panah dikenali sebagaicrossbow, di samping satu gambar dirinya memakai jilbab bersama Coulibaly dipercayai dirakam sekitar tahun 2010.
Coulibaly diyakini mempunyai kaitan dengan dua beradik yang melakukan serangan terhadap Charlie Hebdo iaitu Cheris and Said Kouachi namun penglibatan Hayat dengan kedua mereka masih disiasat.
Global
.jpg)
AKIBAT terlalu sedih dan berang terhadap seekor buaya yang telah membaham isterinya ketika sedang sarat mengandung, si suami bertindak membalas dendam dengan membunuh buaya tersebut.
Suami mangsa, Mubarak Barambuze, 57 tahun dari Kampung Kibuye, Uganda dikatakan membunuh buaya itu menggunakan lembing paling tajam yang ditempah khas dari tukang kayu untuk membunuh haiwan reptilia itu.
Buaya seberat 1,000 kilogram ini kemudian diangkat ke daratan atas bantuan lima nelayan yang lain.
Ekoran terbunuhnya haiwan berbahaya itu, Mubarak telah diangkat sebagai hero oleh penduduk kampung kerana berjaya menyelesaikan permasalahan yang menghantui kampung tersebut.

Menyingkap sebelum kejadian, isterinya yang sedang hamil, Demeteriya Nabrie dikatakan hilang ketika sedang mencari kayu api berdekatan pesisir sungai Nawaikoke di Uganda.
Pihak penduduk yang menjalankan operasi mencari kemudiannya digemparkan dengan penemuan selipar milik wanita hamil itu beserta jari kaki dan tangan yang berlumuran darah di kawasan berkenaan.
Ini sekaligus menjawab persoalan yang wanita hamil itu hilang akibat dibaham buaya yang dianggar sepanjang 20 kaki itu.
Sebelum ini, buaya itu juga dikaitkan dengan kematian enam wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.
Global
DALANG disebalik tragedi nahas pesawat MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal masih belum terjawab meskipun spekulasi terus tersebar dengan pelbagai dakwaan tertentu.
Terbaharu, pemberontak pro-Rusia bertindak mendedahkan buat pertama kalinya foto dan identiti juruterbang Ukraine yang dituduh sebagai individu bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines MH17.
Pihak Jawatankuasa Siasatan Rusia juga telah menggesa dan meminta suspek, Kapten Vladislav Voloshin menjalani ujian poligraf (mengesan penipuan) dan sesi soal siasat rasmi dengan badan siasatan yang setaraf dengan FBI ini.
Penglibatan Voloshin dalam tragedi nahas pesawat tersebut didedahkan selepas seorang ‘saksi rahsia’ tampil dalam sebuah rancangan temu bual, ‘Malaysian Boeng case’.
Lebih mengejutkan, saksi telah mendedahkan secara terperinci perihal insiden berkenaan, termasuk mengenai juruterbang itu merungut berkaitan sebuah ‘pesawat’ (dipercayai sebagai MH17) ‘berada di tempat dan masa yang salah’.
Kenyataan saksi tersebut dipercayai boleh diterima pakai selepas lulus menjalani ujian poligraf oleh Jawatankuasa Siasatan yang diketuai Alexander Bastrykin.

Namun Voloshin menafikan kepada pihak atasan yang dia bertanggungjawab dalam insiden nahas itu.
Portal Mail Online melaporkan, Ukraine pula dilihat terus menyalahkan Rusia dan menuduh ini adalah propaganda yang dicipta bagi menyalahkan juruterbang mereka.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)




Recent Comments