Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Kuala Lumpur: Hampir 95 peratus kes individu Malaysia yang terbabit menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria adalah melalui media sosial termasuk Facebook (FB).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan miltan IS memiliki ribuan ‘cyber trooper’ yang digunakan untuk berinteraksi dengan masyarakat Islam sedunia bagi mempromosikan ideologi kumpulan itu.
Beliau berkata, mereka menyasarkan belia berusia 20-an dan awal 30-an daripada pelbagai latar belakang.
“Ada yang bekerja sebagai guru agama, kakitangan kerajaan, ada yang tiada pekerjaan dan ahli perniagaan.
“Setakat ini 59 rakyat Malaysia sudah kita tahan. HmetroONLINE
Isu Semasa

Serbuan kira-kira 3 pagi itu, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara selepas menerima maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, semua yang ditahan berusia 20 hingga 37 tahun termasuk dua daripadanya bekerja sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan kemudiannya menemui pelbagai jenis dadah seperti eramin, ketamin dan ekstasi serta satu botol berisi air ketum.
"Siasatan lanjut mendapati, mereka mengadakan parti berkenaan untuk menyambut ulangtahun kelahiran seorang daripada individu yang ditahan dan mereka kemudiannya di bawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan lanjut," katanya kepada Harian Metro. - Harian Metro
Isu Semasa
Sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan, The Star dalam satu laporannya hari ini berkata, terdapat sebuah kedai di Bandar Baru Bangi menjual barangan militan tanpa mempedulikan kemungkinan bakal ditahan.
“Saya lakukannya kerana Allah dan oleh sebab saya lakukan untuk-Nya, saya tak perlu takut,” ujar peniaga tersebut kepada pemberita akhbar itu.
Wartawan tersebut turut menceritakan, keadaan luar kedai tidak nampak mencurigakan namun di dalamnya, terdapat pelbagai barangan kontroversi yang dijual.
Antara barangan yang terdapat di kedai tersebut adalah bendera berkonsep militan, topi dan baju. Selain itu, ia juga membekalkan barangan yang memaparkan kumpulan militan terutamanya Negara Jajahan Islam Iraq dan Syria (ISIS) serta taliban.
Menurut peniaga itu lagi, kedainya mula beroperasi sekitar tiga bulan lalu dan barangan yang dijualnya diimport dari Indonesia.
Barangan seperti ‘sticker’ bercorak ISIS dijual pada harga RM5 sehingga RM10 manakala T-shirt ISIS pada harga RM59.
Selain itu, ada T-shirt yang tertulis ‘Mujahideen Cyberspace’ dan ‘We Declared War Against The Zionists’.
“Permintaan tinggi untuk barangan itu serta perniagaan bertambah baik sejak ia dibuka tiga bulan lalu.
Ramai bertanya sama ada kami bimbang menjalankan perniagaan itu selepas diberikan persepsi negatif.
Namun saya diberi jaminan oleh abang saya yang perniagaan ini dijalankan dengan nama Allah dan tiada apa yang perlu ditakutkan.” – MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

Terbaru Hanis Zalikha telah mempersoalkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ustaz Zulkefli Hamat yang juga pengacara program Pencetus Ummah yang mengatakan tindakan Hairul Azreen melamarnya di konsert akhir Gegar Vaganza boleh memesongkan akidah.
Beliau telah memuat naik status di laman Twitter miliknya yang mempersoalkan kenyataan Ustaz Zulkefli tersebut.
Hanis telah memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang mempersoalkan kenyataan tersebut. Beliau seperti tidak bersejutu dengan kenyataan Ustaz Zulkefli dan telah menulis "Apo Ustaz? Sebab dia serious nak nikahlah dia lamar". Bagaimanapun status tersebut telah dipadam oleh Hanis.
Sebelum ini, Uztaz Zulkifle Hamat telah tampil membuat kenyataan bahawa lamaran Hairul Azreen tersebut boleh memesongkan akidah dan cara tersebut boleh menjatuhkan maruah seorang wanita jika belum nikah melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah.
Terdahulu semasa konsert akhir Gegar Vaganza Hairul Azreen telah melamar Haniz Zalikha secara langsung dengan ditonton seluruh Malaysia dan telah mendapat kritikan ramai kerana perlakuan tersebut tidak sesuai dengan tuntutan agama dan adat ketimuran.
Hiburan

Menurut lelaki tersebut yang enggan dikenali itu, kejadian tersebut begitu menjijikkan hingga membuatnya termuntah.
“Saya makan tengah hari di kedai itu dan mengambil lauk termasuk sayur lemak pucuk paku. Selepas tiga suapan, saya ternampak sesuatu yang pelik dan bila dilihat rupa-rupanya benda itu adalah pembalut penutup luka yang telah terpakai,” katanya kepada Sinar Online.
Akui kesal dengan kejadian tersebut, beliau membuat aduan kepada pengurusan kedai tersebut.
“Saya kecewa dengan amalan kebersihan kedai makan yang sepatutnya diamalkan oleh pekerja kedai tersebut.
“Peniaga sepatutnya menjaga kebersihan dalam menyediakan makanan kerana apa yang kita makan ini akan jadi darah daging,” katanya.
Beliau berharap peniaga tersebut mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut dan menitik beratkan soal kebersihan pada masa akan datang.-Sinar Harian
Isu Semasa

Ada yang mengatakan punca putusnya hubungan mereka adalah kerana orang ketiga dan ada juga mengatakan kerana Emma melarang Zizan membeli kereta berkuasa tinggi.
Hari ini dikejutkan pula apabila terlihat di laman Instagram milik Zizan telah memuat naik semula gambarnya dengan Emma dengan meletak kepsyen “Alhamdulilah, terima kasih Allah.. terima kasih doa-doa yang baik dari anda semua… I love you sayang.”
Nampaknya kisah cinta mereka berdua ini sudah terjalin kembali terjalin semula dengan ayat romantik itu sudah pasti di tujukan kepada Emma kerana Zizan turut memuatnaik gambar beliau bersama teman wanitanya itu.
Ramai peminat di laman Instagram Zizan memberi kata-kata semangat kerana malam ni Zizan akan beraksi dalam Maharajalawak Mega pada malam ini.
Ada juga yang menasihatkan Zizan supaya cepat-cepat masuk minang, Emma dah bagi "Hint" tak bagi beli kereta berkuasa tinggi sebab suruh simpan duit.
Hiburan

PERNAHKAH anda terfikir di dalam sebuah penjara terdapat sebuah restoran mewah bertaraf 5 bintang?
Mungkin agak pelik jika difikirkan namun tidak di Penjara HMP Brixton, London.
Restoran yang dinamakan The Clink Charity ini didirikan untuk mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan banduan dan supaya mampu mendorong mereka membuat perkara lebih baik.
Pekerja di restoran ini terdiri daripada banduan daripada pelayan hinggalah ke tukang masak.
Walaupun chef restoran ini seorang banduan namun masakannya adalah setaraf dengan chef di restoran mahal lain.
Restoran ini sudah mempunyai tiga cawangan setakat ini iaitu di penjara Brixton, London dan dua lagi di penjara yangterletak di Surrey dan Cardiff, Wales.
Walaupun pengunjung yang ingin menjamu selera di restoran harus melalui pemeriksaan ketat termasuk memberi cop jari dan gambar, jumlah yang datang amat memberangsangkan malah pelanggan harus menempah meja 72 jam sebelum datang.
Bukan itu sahaja, usia pengunjung juga terhad, hanya yang berusia 18 tahun ke atas sahaja boleh memasuki restoran ini dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit di dalamnya.
Beg dan dompet juga, harus ditinggalkan di atas meja penyambut tetamu.
Pelbagai

HAHA! Tergelak besar kami tatkala membaca notis arahan seorang bos kepada para pekerjanya ini.
Tulisnya:
“Semua pekerja tolong lapor diri di kaunter semasa waktu kerja/rehat/keluar daripada tempat kerja walaupun 10 min. (Tolong maklum di kaunter). Jika sesiapa mengingkari arahan kemungkinan akan dibuang kerja atau digantung sampai mati atau gaji & pangkat akan diturunkan…”
Amboi, ganas sungguh bos ini ya.
Ini mesti kes pekerja selalu keluar lama-lama tapi tak maklumkan pergi ke mana, betul tak?
Walaupun ada selitan lawak di situ, jangan ambil ringan ya pekerja-pekerja semua.
Nanti betul-betul dibuatnya, naya korang! - MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

JIJIK! Portal news.com melaporkan, gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual kepada pelanggan restoran makanan segera terkemuka, McDonalds di Jepun.
Insiden ini menambahburukkan lagi jenama tersebut di Jepun setelah laporan tentang penemuan plastik dalam nugget dan kekurangan bekalan kentang sebelum ini.
Menurut timbalan presiden McDonalds Corp, Hidehito Hishinuma, gigi tersebut ditemui pelanggan yang membeli makanan dari cawangan restoran di Osaka.
“Kami tak pasti bagaimana gigi boleh masuk ke dalam kentang tersebut,” ujarnya yang pasti bahawa ia tidak dimasak bersama-sama makanan ringan itu.
Pelanggan terbabit mendakwa, “Saya hanya akan menerima permohonan maaf mereka andai pengurusnya datang sendiri ke sini.
“Pengurusnya tak banyak bercakap bagaimana gigi boleh termasuk dalam makanan tersebut dan tindakan yang bakal mereka ambil pada masa hadapan.
“Saya mempunyai anak kecil dan ia menakutkan andai anak saya tercekik gigi itu ketika dia menelan makanan yang dibeli.”
Menurut McD, siasatan mendapati mereka tidak mempunyai pekerja yang kehilangan gigi di cawangan tersebut dan kemungkinan amat rendah untuk menyatakan bungkusan kentang goreng yang dibekalkan kilang di Amerika Syarikat telah tercemar dengan gigi. –MYNEWSHUB.CC
Isu Panas

KUALA LUMPUR: Qantas sekali lagi menduduki tempat teratas dalam senarai 10 syarikat penerbangan dan syarikat penerbangan tambang murah dengan rekod keselamatan yang baik bagi tahun 2015 daripada 449 syarikat penerbangan yang dipantau AirlineRatings.com.
Dalam sejarah 94 tahun penerbangannya, Qantas mengumpulkan rekod banyak rekod ulung yang luar biasa daripada segi keselamatan dan ia kini dianggap sebagai syarikat penerbangan paling berpengalaman di dunia.
Sistem penarafan keselamatan ini mengambil kira audit yang berkaitan daripada badan pentadbiran penerbangan dan persatuan-persatuan utama selain audit kerajaan dan rekod kemalangan penerbangan, kata AirlineRatings.com, sebuah laman web yang menaraf keselamatan dan produk dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu di Perth, Australia.
Senarai selebihnya bagi 10 syarikat penerbangan paling selamat mengikut turutan abjad adalah: Air New Zealand, Cathay Pacific Airways, British Airways, Emirates, Etihad Airways, EVA Air, Finnair, Lufthansa dan Singapore Airlines.
Qantas merupakan syarikat penerbangan yang berada di hadapan dalam hampir kesemua kemajuan dalam keselamatan penerbangan semenjak 60 tahun yang lalu, kata Geoffrey Thomas, editor AirlineRatings.com dalam kenyataan sama.
Selain daripada senarai 10 penerbangan terselamat, laman web itu juga mengkaji 10 penerbangan tambang murah paling selamat dengan keputusannya disenaraikan mengikut abjad seperti berikut: Aer Lingus, Alaska Airlines, Icelandair, Jetstar, Jetblue, Kulula.com, Monarch Airlines, Thomas Cook, TUI Fly dan Westjet.
Berlainan dengan sebilangan penerbangan tambang murah yang lain, syarikat-syarikat penerbangan ini lulus Audit Operasi Keselamatan Persatuan Pengangkutan Udara (IOSA) dan mencatatkan rekod cemerlang, tambah Thomas.
Daripada 449 buah penerbangan yang dikaji, hanya 149 mendapat tujuh-bintang bagi keselamatan dan 50 lagi syarikat penerbangan mendapat kurang daripada tiga bintang.
Manakala, hanya lima syarikat penerbangan mendapat satu bintang daripada AirlineRatings.com iaitu; Agni Air, Kam Air, Nepal Airlines, Scat dan Tara Air.
Pelbagai

JOHOR BAHARU: Seorang tukang kayu kerugian lebih RM20,000 apabila disamun lima lelaki mengaku sebagai anggota polis manakala rakan wanitanya dirogol dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini, malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada pukul 9.20 malam ketika tukang kayu berkenaan hendak keluar rumah dengan kelima-lima suspek yang bersenjatakan kayu terus menolaknya masuk ke dalam rumah selepas mendakwa sebagai anggota polis.
"Dua daripada suspek kemudian memukul tukang kayu berumur 42 tahun itu lalu mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di rumah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, Rabu.
Sulaiman berkata suspek kemudian mengarahkan rakan wanita tukang kayu berumur 38 tahun itu, yang merupakan rakyat China masuk ke sebuah bilik lain dan dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.
Beliau berkata kesemua suspek bertindak menyelongkar rumah berkenaan dan membuka pakaian tukang kayu terbabit sebelum melarikan diri bersama lima telefon bimbit, wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM10,000 serta barang kemas bernilai RM4,000.
Katanya wanita rakyat China berkenaan memiliki pasport sah dan tidak bekerja manakala suaminya yang merupakan rakyat tempatan berada di Kuala Lumpur.
Menurut Sulaiman, wanita itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan. Mstar
Isu Semasa

PETALING JAYA: Selepas Emma Maembong mengesahkan perpisahannya dengan Zizan Razak, bapa aktres itu, Ismail Embong pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan pelawak tersebut di sebuah akhbar.
Ismail berkata, dia tidak senang apabila Zizan memberi pendapat sekiranya dia menjadi menantu pelukis terkenal tersebut.
"Tidak perlu hormat permintaan orang tua ini kerana orang tua ini tidak meminta, tetapi hanya memberi kata dua atau syarat. Jika tidak ditunaikan sila pergi!
"Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?," soalnya menerusi status di laman Facebook miliknya pada Isnin.
Ismail berkata demikian selepas Zizan menerusi laporan sebuah akhbar memberi komen bahawa dia sedia mengikut kehendak bapa Emma yang mahukan majlis sederhana sekiranya dijodohkan dengan Emma nanti.
Menerusi mStarOnline terbitan 29 Disember lalu, Zizan berkata, sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu.
Kelantangan Ismail itu bukan sahaja terhadap Zizan malah dia turut mengkritik majlis pernikahan anaknya iaitu Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa selain mengadakan perkahwinan secara membazir.
Sementara itu, Ismail turut berkata tidak perlukan pujukan daripada sesiapa mengenai kemelut yang berlaku.
"Memujuk? aku cuma meminta hukum Allah diutamakan. Jika ditentang keluarga, maka sudah dianggap derhaka.
"Tidak kisahlah anak-anakku yang masuk bidang lakonan dikritik dan digosip kerana mereka sedia maklum risiko yang datang bersama glamor. Tetapi usah sentuh diri aku secara peribadi," tegasnya.
Bagaimanapun, Ismail tidak mengulas mengenai kenyataan Emma sudah berpisah dengan Zizan. - Mstar
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)


Recent Comments