Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Sandakan: "Beberapa minit sebelum itu saya bersama mereka yang mengadu suhu mesin pendandang terlalu tinggi. Selepas suhu mesin kembali normal, saya ke bahagian bersebelahan yang dipisahkan dinding batu sebelum berlaku letupan amat kuat."
Demikian penyelia kilang memproses mi, Murni Abdullah, 30, menceritakan mengenai kejadian letupan mesin pendandang di kilang terletak di Jalan Chong Hua Batu 8 1/2, di sini, semalam, menyebabkan tiga pekerja terbunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Haydi Baid, 30, Sharil Muhd Amin, 30, dan Herman Kaco, 30, yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan,
Letupan mesin pendandang sebesar kereta itu turut menyebabkan banyak struktur kilang berkenaan runtuh manakala premis berhampiran termasuk beberapa kenderaan juga mengalami kerosakan.
Semua mangsa ditemui tertimbus dalam runtuhan bangunan sebelum dikeluarkan sepasukan anggota bomba sebaik dimaklumkan kejadian itu.
Isu Semasa

Kuala Lumpur: Bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditahan polis kerana terbabit dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) pagi kelmarin dikatakan tidak sempat untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru.
Suspek berusia 30 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Brunei untuk berkahwin sebelum merancang menyertai IS di Syria.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek lelaki yang berasal dari Terengganu itu akan berlepas ke Syria selepas berkahwin dengan wanita pilihannya itu.
Bagaimanapun hasratnya itu gagal selepas suspek berjaya ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada jam 5.30 pagi kelmarin.
Menurut Khalid, siasatan mendapati suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS di Syria selepas berkomunikasi dengan beberapa rakyat Malaysia di sana melalui laman sosial Facebook.
Isu Semasa

Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di PJS 8 di sini, menyajikan hiburan pelik apabila menawarkan persembahan tarian tiang dilakukan sekumpulan pondan ‘diimport’ khas dari Thailand.
Kumpulan lelaki digelar ‘ladyboy Siam’ itu berpakaian seksi dan mempersembahkan tarian berahi pada setiap malam Rabu setiap minggu.
Malah kumpulan pondan itu menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki yang berminat sebaik persembahan berakhir.
Kegiatan maksiat itu bagaimanapun ditumpaskan selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu premis itu jam 2.30 pagi semalam.
Hasil operasi itu, 36 penari tiang warga asing termasuk empat pondan ditahan polis.
Ketua operasi Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, kumpulan wanita dan pondan itu melakukan tarian tiang bagi menarik kehadiran pengunjung ke pusat hiburan itu.
“Risikan mendapati persembahan itu bermula sekitar jam 11 malam sehingga awal pagi,” katanya.
”Mereka dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran RM150 sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan,” katanya.
Dia berkata, pelanggan dibawa ke hotel berdekatan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.
Menurutnya, pusat hiburan itu menyediakan kalungan bunga untuk dijual wanita dan pondan terbabit kepada pelanggan.
“Lagi tinggi nilai bunga yang diberikan, lagi ‘baik’ layanan diberikan kepada pelanggan.
“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, pusat hiburan itu beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.
Hmetro Online
Isu Semasa

Ini makan dia!
Gara-gara terlalu kecewa dan marah terhadap kecurangan suami, seorang isteri bertindak meninggalkan suami dan perempuan simpanannya dalam keadaan bogel di sebuah kawasan tempat letak kereta terbuka.
Kejadian yang berlaku di China ini bermula apabila si isteri, Ting Su, 29, mencurigai tingkah laku suaminya lalu bertindak mengesan lelaki tersebut menggunakan aplikasi ‘mobile phone tracker’.

Pencariannya membawa Ting Su ke kawasan parkir kereta sebuah pusat beli belah, di mana dia kemudiannya tidak dapat menahan amarah bila mendapati suaminya, Cheng, 30, berada dalam keadaan bogel sepenuhnya bersama-sama perempuan lain di dalam kereta.
Lebih menyedihkan, perempuan simpanan yang ditemui bersama suaminya adalah saudara kembarnya sendiri!

Kerana terlalu terkejut dengan kehadiran Ting Su, suami dan kakak kembarnya keluar dari kereta tersebut dalam keadaan bogel.
Ting Su kemudiannya bertindak pantas melarikan kereta tersebut sekaligus membiarkan suami dan kembarnya yang masih berbogel terkontang-kanting di ruang parking.
Akibatnya, pasangan curang tersebut mendapat malu besar gara-gara ramai memandang seterusnya merakam insiden tersebut.
Pelbagai

Acap kali kita mendengar aduan mengenai layanan buruk oleh sesetengah kakitangan hospital kerajaan kepada pesakit.
Biarpun tidak semua berperangai begitu, namun tidak salah untuk kita merenung perkongsian cerita oleh Ajeli Anuar di akaun Facebook Penduduk Sungai Petani.
Menurutnya, dia telah menerima layanan yang cukup kasar dan tidak profesional daripada kakitangan Hospital Alor Setar, Kedah hari ini.
Tulisnya:
“Pagi tadi punya cerita…
Lokasi : Hospital Alor Setar Kedah.
Jam : 11.15am
Tarikh : 18.12.2014
Hari : khamis.
“Kami dtg ke hospital hari kerana ada temujanji dgn doktor syakir. Bila kami smpai d hospital trsebut, Kami tnya staff yg brtugas harini d kaunter servis.. bila Kami tunjuk kad temujanji dgn doktor syakir tu.. tiba2 je, staff tu tggikan suara kat Kami..
: katanya setiap hari rabu dan khamis tiada klinik rawatan berkaitan la.
: Kami pun bgthu la kat staff tu. Kami bkn suka2 je nk datang kesini harini. Kami dtg ni bersebab. Doktor syakir yg suruh Kami dtg ni.

“Lps Kami bgthu kat staff tu… dia terus masuk dalam bilik d blakang kaunter. Kami ingat dia nk kol kat doktor syakir n tnya tntang temujanji Kami ni. Rupa2nya dwg buat x tahu je.
“Kami tahu sebab Kami nampak yg diorang x buat apa2 pn yg berkaitan dgn Kami, walaupn dwang kat dlm bilik.. Tp Kami nampak sbb pntu x tutp.. lbih kurang 20minit Kami mnunggu di kaunter servis trsebut.. Kami Cuba Panggil semula staff yg ambil kad temujanji Kami tu. Bila dia dtg ke kaunter semula. Dia boleh cakap..
: kan saya dah bagithu tadi, hari rabu Dan khamis tiada rawatan klinik!
: Kami pn bgthu lg, saya tahu.. masalah sekarang ni, doktor yg suruh Kami dtg hari ni kul 11.30 pagi. Kalau takde rawatan hari ni, knp suruh Kami dtg?
“Pastu, dia trus sembang dgn org lain kat sebelah Kami tnpa hiraukan Kami selepas tu..
Kami ambil semula kad temujanji tu.. lpas tu Kami ambil gambar (di bawah). Terus dia tengking kat Kami..
: kenapa awak pandai2 amik gambar kat sini? Awak ada kebenaran ke?

“Kami jawab..
: saya amik gambar ni, sbb Kami nk bgthu kat umum yg servis Di hospital alor setar ni teruk.. Kami nk, semua org tahu yg staff dlm hospital alor setar ni layan kami mcm haiwan.. Kalau ye pun hari ni takde rawatan klinik.. knp tidak maklumkan kpd Kami trlbih dahulu sblm ni? Mcm hari ni pula.. sepatutnya puan bgthu kat kami tarikh temujanji Kami ni ditunda kepada tarikh lain.. Tp, puan marah pula kat kami.. mcm ni ke cara pekerja kerajaan layan org awam mcm Kami ni?
“Lps Kami ckp mcm tu, Kami trus keluar n blik rumah..
SAYA BETUL2 TERASA HATI DGN SIKAP STAFF D HOSPITAL ALOR SETAR TADI TU. SAYA SANGGUP X PERGI MNIAGA DI PASAR SEMATA MATA NAK BAWA MAK SAYA JUMPA DOKTOR HARI NI. TP LAIN PULA YG BERLAKU. DAH LA MAK SAYA NI UZUR, NK JLN PN X LARAT. SAMPAI D HOSPITAL ALOR SETAR. KENA MARAH PULA KAT STAFF. MCM NI KE LAYANAN DIORANG KAT WARGA EMAS??”
Bagi kami, sikap seperti inilah yang mewujudkan persepsi bahawa perkhidmatan hospital kerajaan adalah teruk.
Kasihan pada kakitangan yang bersungguh-sungguh memberi layanan terbaik kepada pesakit kerana secara tak langsung, mereka turut terkena tempiasnya.
Apapun, diharap agar pihak atasan Hospital Alor Setar dapat menyiasat aduan ini agar tidak berlaku lagi di kemudian hari.
Source: Mynewshub.cc
Source: Mynewshub.cc
Isu Panas

KEMUNCULAN gambar keindahan tasik berwarna biru yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai terutama di kalangan netizan.
Mana taknya, rata-rata masyarakat Malaysia termasuk penduduk negeri Johor sendiri tidak mengetahui kewujudan tasik indah yang tersembunyi ini.
Bila dah hangat diperkatakan, pasti ramai yang ingin melihat dengan mata kepala sendiri keindahan tempat ini apatah lagi tasik berwarna biru dikatakan amat sukar ditemui di tanah air kita.
Malangnya, keindahan tempat ini bukan mudah untuk dinikmati kerana menurut sumber yang dipercayai, selain lokasi tersembunyi, tasik ini merupakan tasik larangan kerana berbahaya.

Penduduk berdekatan kawasan ini mendakwa tasik tersebut merupakan bekas lombong kuari hingga menyebabkan kawasan indah ini tidak boleh diwartakan sebagai pusat pelancongan kerana air tasik tersebut mengandungi kandungan kimia berbahaya.
Menurut pengunjung yang pernah ke tasik biru ini, pemandangan tasik larangan ini sangat menakjubkan hingga segala penat lelah melalui jalan yang curam serta berbatu ke kawasan tersebut seolah-olah hilang dibawa angin sejurus tiba.

Tasik yang terletak berhadapan Universiti Kuala Lumpur Mitec, di Pasir Gudang ini sememangnya bukti keindahan ciptaan Ilahi.
Ia turut dikenali juga sebagai Tasik ‘Love’ kerana mampu membuatkan pengunjung jatuh cinta sebaik sahaja memandangnya.
Pelbagai

Peningkatan jumlah jutawan ranyat China- dan menghabis berbilion-bilion dolar di luar negara. Kebanyakan daripadanya mendarat di Amerika Syarikat di mana ramai anak-anak daripada golongan elit kaya dihantar untuk mendapatkan pendidikan kolej di Amerika - dan mereka hidup mewah. Vocativ mendapati budaya pelajar-pelajar Cina di California. Mereka memandu kereta mewah seperti Ferrari dan Maseratis dan Konserto kekayaan mereka menonjol dalam kumpulan dalam talian, seperti "Kereta Super di Amerika".
Pelbagai
.jpg)
Lelaki berkenaan, yang juga seorang jurulatih kecergasan memandu kereta MyVi milik tunangnya ketika kejadian.
Selain memecahkan cermin Hilux, lelaki tersebut juga dilaporkan menggugut kakitangan Pejabat Kesihatan tersebut. Sebab ugutan tidak pula dinyatakan.
Tindakan lelaki berkenaan telah mendapat perhatian ramai setelah gambarnya bersama stereng lock disebar di media sosial.
Isu Panas

MANILA – Serbuan pasukan komando polis Filipina ke atas penjara terbesar negara itu, Bilibid di bandar raya Muntinlupa dekat sini awal subuh semalam berjaya membongkar kehidupan mewah beberapa raja dadah tempatan yang menjadi banduan di situ.
Perkara amat memeranjatkan itu didedahkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima sekali gus membuktikan ramai pegawai penjara bersubahat menerima rasuah daripada tahanan terbabit yang menjalani hukuman di penjara berkeluasan 550 hektar itu.
Antara ditemui dalam serbuan mengejut itu ialah beberapa bilik kurungan yang langsung diubah suai menjadi seperti vila lengkap dengan 20 pendingin udara, lampu strob dan bola cermin ala disko, bar, jakuzi, anak-anak patung seks serta dadah jenis metamfetamin.
“Mereka sepatutnya hidup terkurung seksa dalam bilik tetapi apa yang berlaku, banduan mewah ini menjadi raja pula,” kata de Lima kepada pemberita dan mengesahkan polis juga menjumpai wang tunai 1.4 juta peso (RM110,000) dalam operasi serbuan itu.
Turut ditemui ialah sebuah pentas konsert mini lengkap televisyen skrin rata, satu set dram, gitar dan keyboard serta sebuah peti besi rahsia yang mengandungi beberapa utas jam tangan mahal jenama Rolex dan Patek Philippe selain banyak dompet Louis Vuitton.
Polis turut menjumpai beberapa bilik mandi dengan dinding dilindungi jubin marmar, pancuran mandi air panas dan sebuah tab mandi dilengkapi televisyen skrin rata manakala sebuah lagi bilik rahsia menyimpan sejumlah jenama minuman keras harga mahal.
Penjara Bilibid yang dibuka sejak 1940 sepatutnya menempatkan 8,900 banduan tetapi rekod menunjukkan ia kini dihuni 23,000 tahanan dengan beberapa vila mewah dibina untuk pesalah raja dadah, ketua samseng dan banduan berprofil tinggi. – Agensi
Global

Bahau: Seorang warga emas yang tinggal di Rumah Sejahtera Mahsan, dekat sini, mengalami detik mencemaskan apabila dicampak seorang lelaki yang menceroboh masuk kawasan berkenaan, pagi semalam.
Difahamkan, dua lelaki berusia lingkungan 30-an bertindak menceroboh kawasan rumah yang dihuni 14 warga emas berusia 60 tahun ke atas melalui pintu pagar belakang untuk mencuri.
Ketika kejadian jam 3.45 pagi itu, mangsa, Tham Lee Woh, 70, tersedar sebaik mendengar bunyi salakan anjing di luar rumah berkenaan lalu keluar untuk memeriksa.
Tham berkata, ketika berdiri di longkang belakang rumah berkenaan, secara tiba-tiba dia diserang dua lelaki tidak dikenali.
"Salah seorang daripadanya yang berbadan gempal memeluk saya lalu mencampakkan saya ke dalam longkang berkenaan. Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit meminta tolong. - Hmetro
Isu Semasa

Kuala Lumpur: Sekumpulan 30 jutawan penipu warga China dan Taiwan dikesan menyewa dua banglo mewah di Seputeh dan Cheras di sini, untuk dijadikan markas operasi menipu orang ramai menerusi panggilan telefon.
Difahamkan sindiket 'Macau Scam' terbabit memperdaya orang ramai membabitkan kerugian RM12 juta sejak Julai lalu.
Sindiket itu dikesan menyewa dua banglo mewah itu dengan bayaran RM10,000 sebulan kerana beranggapan lokasi itu selamat dan sukar dikesan pihak berkuasa.
Kediaman itu bagaimanapun diserbu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan polis dari negara China tengah hari semalam.
Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Multimedia) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, seramai 30 suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan membabitkan warga China di negara asal mereka.
Isu Semasa

Kluang: Mengejutkan apabila satu pasangan remaja berusia 15 dan 17 tahun mendirikan rumah tangga akhir bulan lalu hingga menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial Facebook kebelakangan ini.
Difahamkan, pasangan terbabit Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.
Muhd Muaz, dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis itu menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara negatif sebaliknya atas dasar keluarga.
"Asal (apabila) kahwin muda je (saja) mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah sedia awal sebenarnya.
"Perkahwinan Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga," katanya dalam entri Facebook miliknya, semalam.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)
Recent Comments