Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



BALI – Kegembiraan seorang wanita untuk mengambil gambar selfie dengan seekor monyet bertukar menjadi sebaliknya apabila monyet itu menarik rambutnya.
Kejadian itu juga membuatkan wanita itu yang juga seorang pelancong dan monyet tersebut sama-sama terkejut dan terpinga-pinga dengan mulut masing-masing ternganga.
Beberapa keping gambar selfie yang tidak menjadi itu kemudiannya dimuat naik dalam Reddit oleh seorang pengguna dikenali sebagai ThatGuy1331.
Gambar itu memaparkan wanita tersebut tersenyum riang kerana dapat berselfie dengan monyet tersebut sebelum binatang itu menghulurkan tangan dan menarik rambutnya.
Manakala gambar terakhir menunjukkan wanita itu dalam keadaan amat terkejut, seolah-olah melihat hantu dan cuba melepaskan diri.
Beberapa pengguna Reddit telah memberikan komen terhadap gambar tersebut.
“Jika anda senyum dan menunjukkan gigi kepada monyet, ia menunjukkan tanda anda bersikap agresif terhadap binatang itu.
“Jika anda mahu senyum, maka anda harus bersedia untuk berlawan dengan monyet tersebut,’’ demikian antara komen yang ditulis pada gambar berkenaan.


Mulai 1 Januari ini, restoran makanan segera terkenal seluruh dunia, Mcdonald dikhabarkan akan menghentikan penjualan kepada pelanggan yang mengalami berat badan yang berlebihan.
Perlaksanaan yang dikira agak sedikit bias ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menyedarkan pengguna yang mengalami masalah obesiti dan ia mungkin dilihat hanya berkuat kuasa di negara Uncle Sam buat masa ini.
Menurut mereka, kadar obesiti di Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda sejak dua dekad lalu dan ia menjadi masalah kesihatan yang semakin serius kerana lebih dua pertiga daripada penduduknya mengalami tersebut.
Menurut laporan, mulai 1 Januari 2015 pihak Mcdonal tidak lagi melayan pelanggan yang mempunyai berat lebih daripada 77kg untuk wanita manakala 111kg untuk lelaki.
Walaubagaimanapun, sukatan bagi kanak-kanak pula adalah berbeza kerana ia bergantung kepada umur dan ketinggian.
Pihak Mcd melaksanakan sistem penimbang seperti gambar di bawah, setiap pelanggan harus berdiri di atas penimbang semasa membuat pesanan.


Semalam, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto menunjukkan adegan pergaduhan antara Liza Abdullah dengan Tunku Hanis di satu lokasi yang tidak diketahui.
Kononnya, kedua-dua pelakon ini berperang besar hingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.
Foto tersebut secara tak langsung mengundang pelbagai komen daripada netizen termasuk kritikan negatif yang mengaitkan para artis dengan perangai buruk.
Namun hakikatnya, ia hanyalah babak lakonan dalam sebuah drama melibatkan kedua-dua pelakon itu!
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Tunku Hanis menerusi Murai.com yang memberitahu, dia agak terkejut dengan penyebaran foto itu.
“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.
“Tak mungkin saya nak bergaduh dengan dia, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior,” katanya.
Hai, tak pasal-pasal jadi mangsa fitnah pula..
Tak mengapalah kerana mungkin Tunku Hanis dan Liza boleh berbangga kerana lakonan mereka benar-benar menjadi!


Pelukis konroversi, Uwe Max Jense, dari Danmark yang pernah menggemparkan dunia apabila melukis karikatur wajah nabi Muhammad S.A.W kali telah tampil lagi dengan kontroversi terbarunya.



Kali ini beliau tampil melukis gambar kontroversi Kim Kardashian dengan cara yang jijik dan gila. Beliau melukis gambar punggung Kim dengan menggunakan zakarnya.


Tindakannya ini telah telah mendapat cemuhan ramai orang dan menganngap lelaki ini adalah gila keran sering melakukan perkara yang melampaui batas.


Bagaimanapun ada juga yang turut memuji lukisan beliau.

Semalam seorang individu telah memuat naik dilaman facebooknya beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau menjumpai objek bendasing di dalam minuman milo kotak yang diminumnya.

Beliau,Teh Suan Sim Shirley, nyata amat terkejut kerana air tersebut telah diminum oleh anaknya. Beliau menyedari perkara ini apabila anaknya tidak dapat menghabiskan air tersebut kerana tersekat dan meminta tolongnya



Pada mulanya Teh mencuba minum air yang masih tinggal lagi 3/4 kotak tersebut dan berasa pelik dengan air tersebut. Beliau membuat keputusan untuk menebuk kotak tersebut dan terkejut besar apabila menjumpai objek itu.


beliau meminta pendapat orang ramai apa yang harus dilakukannya dan amat bimbang akan kesihatan anaknya kerana telah meminum air yang telah dicemari tersebut.




Bagaimanapun perkara ini telah pun mendapat maklum balas dari pihak Nestle dari bahagian Consumer Services. Beliau telah meminta maaf bagi pihak Nestle dan meminta nombor konteks Puan Shirley supaya mereka dapat menghubunginya secepat mungkin.



Perkembangan hari ini Puan Shirley dikatakan akan membawa perkara ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk tindakan lanjut


PETALING JAYA: Orang-orang dari Pantai Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat pornografi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan.

Statistik oleh Pornhub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.

Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12: 29.

Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru dan Miri, yang mencatatkan penerokaan dengan purata 12: 27 seorang, bagi setiap lawatan.

Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Pornhub secara global bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.

Empat bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan Pornhub lebih tinggi berbanding Malaysia sendiri (12: 05), yang merupakan antara yang tertinggi di Asean.

Filipina (14: 22) mendahului senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling tinggi (atau paling lama) di dunia.

Malaysia diikuti oleh Myanmar (10: 54), Indonesia (10: 11), Singapura (9: 50), Brunei (9: 45), Laos (8: 28), Vietnam (8: 24), Thailand (8: 15) dan Kemboja (8: 07).

Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Pornhub Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul.

"Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi di laman web kami," katanya. 


Niat sekumpulan lelaki dalam usaha melarikan mesin ATM di sebuah stesen minyak di Bukit Jelutong, Shah Alam, pagi tadi ternyata buang masa dan hanya sia-sia.
Dalam kejadian 4.30 pagi itu, suspek dikatakan merempuh cermin stesen minyak berkenaan dengan menggunakan lori satu tan yang dipandu.
Malangnya, usaha mereka ingin melarikan mesin ATM hanya sia-sia selepas suspek segera melarikan diri gara-gara ketakutan melihat kehadiran seorang penunggang motosikal yang memasuki kawasan stesen minyak berkenaan.
Menurut laporan Harian Metro,  Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, suspek bagaimanapun gagal melarikan mesin ATM berkenaan selepas menyedari kehadiran pelanggan yang mahu mengisi minyak di stesen minyak itu.
“Suspek yang menaiki lori merempuh cermin stesen minyak itu namun beberapa minit kemudian, terdapat seorang penunggang motosikal datang untuk mengisi minyak menyebabkan suspek terus melarikan diri.” katanya.
Ruslan turut memaklumkan, ketika kejadian tersebut terdapat dua pekerja Bangladesh di premis itu namun mereka hanya menyembunyikan diri kerana bimbang dicederakan suspek.
Bagaimanapun, tiada kehilangan wang yang dilaporkan di dalam premis berkenaan.-

OPPS…..betul ke khabar angin perihal selebriti popular Neelofa dan Hans Isaac yang dilihat masih bersama-sama?
Kalau betullah betul gosip hangat yang tersebar ini, ini boleh dianggap khabar yang sangat baik dan pastinya peminat Neelofa dan Hans Isaac akan tumpang gembira atas kebahagian selebriti kesayangan mereka.
Lagipun selepas pasangan ini berpisah, tiada isu yang timbul perihal pengganti masing-masing.
Malah kedua-dua pelakon Lemak Kampung Santan ini dilihat hanya mendiamkan diri selepas kisah cinta mereka berakhir.
Menerusi laporan Murai.com, pasangan popular ini dilihat bersama-sama di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Kedua-duanya seperti sedang sibuk membeli barangan keperluan harian dan saling mesra bantu-membantu.

Ketika kejadian itu, pelakon dan pengarah kacak, Hans Isaac dikatakan sedang sibuk mencari barang manakala Neelofa menunggu Hans Isaac di kaunter pembayaran.
Bercerita lebih lanjut, difahamkan sebelum ke pusat beli-belah tersebut mereka berdua sempat ke kedai hardware berdekatan membeli sesuatu.
Apabila mendengar cerita hangat yang mereka mesra bershopping bersama-sama tertanya-tanya juga adakah cinta mereka kembali berputik seperti dahulu.
Kalaulah betul, berita baik buat industri hiburan. Lagi-lagi mereka sememangnya sangat sepadan bersama.
Mana tahu, tak lama lagi berita mereka membina ‘masjid’ la pula?
Kami sebenarnya tidak pasti hubungan antara mereka terkini. Kerana ada juga yang cakap-cakap memberitahu hubungan antara Neelofa dan Hans Isaac sekarang hanyalah sekadar teman rapat atau seperti abang dan juga adik.
Bila difikir-fikirkan, tidak kisahlah adakah mereka kembali bercinta ataupun tidak. Apa yang penting mereka bahagia dalam kehidupan mereka. 

Pengarah filem Frozen, Jennifer Lee memohon maaf kepada orang ramai terutamanya ibubapa di seluruh dunia kerana pengaruh filem frozen dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia.

Filem Frozen sehingga kini menjadi sensasi tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang tua. Lagu 'Let It Go' yang menjadi 'trademark' kepada filem itu sehingga kini boleh didengar di corong-corong radio dan pasaraya.

Memetik laporan dari portal Metro.co.uk, pengarah filem itu memohon maaf kepada mereka yang sakit hati dengan lagu itu.

"Setahun lepas, apabila saya berjumpa orang ramai, yang kemudiannya tahu siapa saya, berkata - Oh, kami suka lagu itu, kami selalu menyanyikannya."

"Sekarang, mereka cuma berkata - Ya, kami masih lagi mendengar lagu itu."

"Daripada perasaan bangga, kini saya berasa bersalah", kata Jennifer.

Sambungan dari filem Frozen kini dikatakan dalam proses pembikinan dan ini bermaksud satu lagi lagu seperti 'Let It Go' akan menemui peminat dan menjadi kegilaan ramai sekali lagi.

“SUDAH 30 tahun saya tawarkan harga makanan dengan harga yang murah,” kata A. Karim Belohik, 70 yang mengusahakan kedai makan dikenali sebagai Gerai Karim di Lorong Bugis, Jalan Kukup.

A Karim berkata dia tidak sampai hati untuk menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual kerana dia mahu menyahut seruan kerajaan bagi membantu mengurangkan kos hidup rakyat.

Katanya, dia masih mampu mengekalkan harga yang jauh lebih murah berbanding peniaga makanan dan minuman yang menjadi saingannya.

Malah tidak keterlaluan jika harga ditawarkan di Gerai Karim adalah paling murah di Pontian iaitu RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.

Hanya dengan harga RM2, pelanggan akan dapat menikmati minuman teh tarik bersama roti canai, mi goreng mahupun nasi lemak, manakala hidangan tengah hari nasi putih berlauk sama ada ayam atau ikan dan minuman dijual dengan harga RM 4.

Jelasnya, kebanyakan pelanggan yang bertandang ke gerainya merupakan pelanggan setia terdiri daripada pekerja kilang, kakitangan swasta dan awam serta orang ramai di kawasan berkenaan.

“Harga yang ditawarkan cukup rendah kerana mengambil kira status pelanggan dan konsep kedai yang menjual harga makanan dengan kadar yang begitu rendah berbanding kedai-kedai makan lain," katanya.

Mengulas mengenai menu makanan katanya, hampir 20 lauk pauk kampung  dimasak setiap hari dengan menu wajib asam pedas ikan pari dan ayam masak merah.

Antaranya menu lain adalah kari ikan dan ayam, sambal berlada, lemak cili api, ayam masak kicap, sayur pisang masak lemak, lemak siput, ulam-ulaman dan sebagainya.

Menurut A Karim yang merupakan Pengerusi Persatuan Bugis daerah Pontian, gerai makan yang diusahakan bersama anak perempuannya Mas Liza, 44 dan menantu Sipon Sawap, 55 ini dikenali sebagai Gerai Perpaduan pada awal 90an dahulu.

“Bermula dari Gerai Perpaduan, gerai makan yang diusahakan kami sekeluarga mula menerima perhatian orang ramai.

“Lama kelamaan, pelbagai nama diberikan pelanggan termasuk gerai murah, gerai tepi jalan namun sehingga kini Gerai Karim masih kekal,”akhirinya. 

Wah.. romantis sungguh pasangan selebriti kita ini. Kami yang melihat pun rasa nak cair jadinya!
Lihat sajalah gambar yang dikongsikan Fouziah Gous di laman Instagram berkenaan suaminya, Zhafran Yusof yang melakukan kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32, semalam.
Selain matanya ditutup sebelum diberikan surprise, Fouziah turut didukung suami lagi pada hari istimewanya itu. Kemain taw! 

Mesti sambutan hari jadi kali ini tak akan dilupakan oleh Fauziah Gous gara-gara didukung dan dilayan sebegitu rupa kan..
Alahai, untungnya pelakon jelita kita ni.
Rata-rata peminat memuji sikap sweet yang ditonjolkan suami Fauziah Gous. Semua pakat-pakat berharap agar diketemukan suami sebegitu.
Suka kami melihat kebahagiaan pasangan ini. 




MASUK penghujung tahun, ramai juga yang mengambil cuti untuk merehatkan sebentar minda mereka daripada kesibukan kerja.
Antaranya aktres cantik, Anzalna Nasir yang turut berkesempatan bercuti di negara jiran, Singapura, baru-baru ini.
Bila diintai di laman Instagram banyak foto-foto menarik sepanjang percutiannya di sana dikongsikan Anzalna khas buat pengikut laman sosialnya itu termasuk dirinya sedang bersantai bermandi buih dalam ‘infinity pool’ di Marina Bay Sands.
Jom tengok gambar-gambar fotogenik Anzalna yang memang sentiasa kelihatan cantik dan tak jemu mata memandang!