Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Singapura – Sepasang kekasih didakwa berbogel dan berasmara di dalam kolam jakuzi di Equarius Beach Villa, Resorts World Sentosa (RWS), lapor media semalam.
Gambar aksi melampau pasangan itu dimuat naik seorang wanita yang menyaksikan kejadian ke laman web Stomp.
Menurut wanita terbabit, pasangan berkenaan tidak menghiraukan orang lain – termasuk kanak-kanak yang memerhati mereka berasmara.
Menurut akhbar The Straits Times, saksi dikenali sebagai Lee, 41, berkata dua anaknya dan sepupu mereka yang berusia lima hingga 11 tahun mengadu melihat wanita terbabit tidak memakai seluar mandi.
Lee terus memaklumkan pihak pengurusan sebelum mengarahkan kanak-kanak terbabit supaya tidak memandang pasangan itu yang jelas dilihat mengadakan seks di dalam jakuzi berkenaan.
Pasangan itu hanya menghentikan perbuatan mereka selepas ternampak Lee mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.
RWS berkata, perkara itu masih dalam siasatan. – Agensi



HUIZHOU: Seorang lelaki yang merupakan suspek curi ketika didatangi polis telah menjadikan kekasihnya sebagai tebusan untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Kejadian itu berlaku apabila Lelaki itu, Zheng, 26 dikunjungi pihak polis bagi menyiasat berhubungan dakwaan kes mencuri. Dia bagaimanapun kemudiannya menggunakan sebilah pisau pemotong daging mengugut untuk membunuh kekasihnya Xiu Shao, 23, sekiranya mereka tidak dilepaskan.

Dalam kejadian itu, Zheng telah mengarahkan pihak polis keluar dari rumah itu atau dia akan bertindak membunuh Xiu.

Menurut pihak polis, Zheng sebenarnya terdapat beberapa pertuduhan melibatkan kes curi dan mereka ke rumahnya untuk membawa Zheng ke balai polis bagi menjalankan siasatan.

“Kita terpaksa memecah masuk ke rumahnya selepas dia enggan membuka pintu dan mendapati dia mengacukan pisau di leher gadis itu.

“Polis enggan mengalah dan terpaksa membuat keputusan segera selepas mendapati darah mengalir keluar dari leher gadis berkenaan yang luka akibat terkena pisau berkenaan.

“Dua anggota yang mendekatinya telah ditikam dengan cermin yang dipecahkannya,’’ katanya.

Bagaimanapun Zheng telah ditembak oleh pihak polis dan terkena pada bahagian dadanya.

Zheng kemudiannya dibawa ke hospital dan kini keadaannya stabil. 

Portal Astro Gempak hari ini mendedahkan siapakah pelakon janda anak tiga yang baru-baru ini dilaporkan telah ditangkap khalwat dengan suami orang.

Menurut Astro Gempak, pelakon itu adalah Putri Mardiana Zainal Abidin dan dia dicekup dengan seorang lelaki yang bernama Shahrizam Abdullah yang sudah bergelar suami orang.

Menurut laporan dari Astro Gempak, mereka berdua dikatakan sudah berkenalan sejak setahun yang lalu dan Shahrizam, atau nama samarannnya Ejump sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

“Shahrizam berstatus suami dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil berusia 2 tahun.

“Tidak dinafikan Shahrizam dan isterinya mempunyai masalah rumahtangga dan sedang ‘turun-naik’ mahkamah.

“Rumahtangga mana yang tidak ada pasang surutnya, tetapi tidak sepatutnya si isteri diperlakukan sedemikian rupa,” memetik laporan dari Astro Gempak dari sumber yang tidak mahu namanya disiarkan.

Selain itu, laporan dari Astro Gempak itu juga ada mendedahkan gambar lelaki yang didakwa kekasih kepada pelakon tersebut.



“Shahrizam atau ‘Ejump’ ni aktif dengan sukan kereta, rasanya mereka berkenalan ketika si pelakon itu sedang bercinta dengan seorang lelaki lain (bujang).

“Boleh dikatakan pelakon wanita tersebut main kayu tiga la...Di belakang kekasihnya, dia senyap-senyap menjalin hubungan dengan ‘Ejump’.

“Apa yang kami (rakan-rakan) kesalkan, Putri Mardiana seorang ibu dan pernah bergelar isteri…Masakan dia tidak dapat memahami perasaan seorang wanita lain? Mengapa tidak diletakkan dirinya di tempat isteri ‘Ejump’? ” luah sumber menerusi nota suara Whatsapp

Satu kumpulan pelancong dari China yang membuat huru hara di dalam pesawat Air Asia dengan memcurah air panas kepada pramugari dan mengancam untuk meletupkan pesawat akan dihukum dengan setimpal, kata pihak berkuasa China.

"Kumpulan itu mengganggu penerbangan pesawat, mencederakan penumpang lain dan telah memburukkan imej orang China", kata Pentadbiran Pelancongan Nasional China.

Bagaimanapun, jenis hukuman yang bakal dikenakan tidak disebut, tetapi antara cadangan yang diberikan adalah menghukum agensi pelancongan yang terbabit dan menyenarai hitam individu-individu yang terlibat.

Pesawat yang sudah menempuh separuh perjalan ke China itu terpaksa berpatah balik ke Thailand hanya kerana perlakuan kumpulan terbabit.

Seorang Pak cik memandikan pengemis di depan kedainya. Walaupun bernada kasar, tetapi pak cik ni berhati ikhlas membantu pengemis tua tersebut. Ini antara sifat orang sabah, membantu sesama lain tidak kira bangsa, bangsa dan masyarakat.

Lihat Video:




ELFIRA Loy boleh dikira bertuah kerana popularitinya sentiasa mencanak sejak bermula sebagai pelakon cilik hinggalah menjadi anak gadis jelita.
Kebanyakan drama dibintanginya berjaya mencuri hati peminat hinggakan dirinya jadi pilihan beberapa produk terkenal untuk disunting sebagai duta produk.
Tidak hanya sebagai pelakon, kini Elfira diberi peluang mengelolakan sebuah program TV iaitu Madmarkets bagi musim ketiga untuk siaran TV9.
Pastinya ramai yang tidak sabar melihat bakat gadis genit ini berkongsi informasi perihal tempat-tempat pelancongan yang bakal dilawati.
Bagi yang mengikuti laman sosial Instagram milik Elfira, pastinya perasan dia kini sedang melancong sambil bekerja di Sydney,  Australia.
Pelbagai ‘pose’ dan lokasi menarik yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya memang menimbulkan keterujaan sesiapa sahaja untuk ke negara Kangaroo dibuatnya.







Gambar di atas merupakan gambar sebuah perkampungan pelacur murahan di Papua, Indonesia sehingga memaksa pihak berkuasa meletakkan papan tanda, penggunaan kondom adalah 100 peratus wajib.
Pada pintu gerbang berkenaan ditulis “Selamat Datang, Anda Memasuki Daerah 100% Wajib Kondom” yang jelas tanpa berselindung difahami mesejnya.
Foto berkenaan dirakamkan oleh rakan wartawan yang pergi ke Papua baru-baru ini.
“Bila aku tanya pak supir, kenapa ada signboard Wajib Kondom ni, dia kata ia adalah sebuah perkampungan kecil tepi tasik yang khusus untuk pekerja seks murahan di wilayah itu,” katanya.
Tinjauan lanjut penulis mendapati, penggunaan kondom bukan sahaja diwajibkan apabila mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi juga dengan isteri sendiri.
Laman blog fahmiberdiridisini.blogspot.com, menulis masalah jangkitan HIV dan Aids dikatakan meningkat di daerah Jayapura kerana aktiviti seks bebas dengan pelacur sehingga wujudnya papan tanda seperti itu.

Rakan berkenaan turut pergi ke sebuah lagi lokasi dengan nama menarik iaitu Kompleks Wajib Senyum yang terletak di Jayapura, Papua.
Kalau penulis dan anda semua ke sini, mesti boleh dapat banyak pahala bersedekah sebab hanya tersenyum sahaja.

CHINA – Ouch! Ia memang merupakan detik-detik yang menyakitkan bagi seorang budak sekolah, Jun Chia, 12, yang mengalami kemalangan dahsyat.
Lehernya cedera selepas ditusuk dua batang chopstick.
Kejadian berlaku ketika dia membawa bekal mee bersama dengan chopsick ke sekolah apabila tanpa diduganya, Jun Chia telah dilanggar oleh motorsikal elektrik yang ditunggang oleh ibu bapa kepada rakan sekelasnya.
Jun Chia kemudiannya terjatuh, namun malangnya chopstick itu tertusuk ke lehernya.
Guru sekolah Jun Chia yang terkejut dengan kejadian malang itu terus menghubungi ambulans.
Nasib baik imbasan x-ray yang dilakukan mendapati tiada organ penting yang mengalami kerosakan akibat tusukan chopstick berkenaan.
Jun Chia kemudiannya menjalani pembedahan. Dia juga terselamat daripada sebarang jangkitan.

AUSTARLIA – Seekor cacing `Guinea’ sepanjang satu meter dikesan berada dalam kaki seorang lelaki dari Sudan selama lebih empat tahun.
Keadaan itu hanya disedarinya selepas kaki lelaki terbabit bengkak selama setahun, hingga memaksanya mendapatkan rawatan doktor.
Hanya selepas imbasan x-ray dilakukan barulah doktor dapat melihat dengan jelas cacing berkenaan yang telah mati dan mula mereput dalam kaki lelaki berusia 38 tahun itu.
Lelaki itu kemudiannya menjalani pembedahan mengeluarkan cacing terbabit dan dia kini semakin pulih.
Menurut doktor yang merawatnya, Dr Jonathan Darby, kebiasaannya cacing hidup dalam usus dan memasuki badan manusia menerusi larvanya hasil minum air yang mengalami jangkitan.
“Kebiasaannya cacing ini akan menggali kulit manusia dan akan membebaskan diri melalui kesan lepuh pada kulit.
“Proses ini mengambil masa selama bertahun-tahun. Ia boleh hidup dalam badan manusia selama bertahun-tahun sebelum mati, mereput dan menyebabkan masalah di bahagian berkenaan, sama seperti yang dialami oleh pesakit kami,’’ katanya.
Cacing Guinea itu boleh menyebabkan dracunculiasis dan ia boleh didapati di Selatan Sudan, Habsyah, Ghana dan Chad.
Ia tidak boleh dirawat atau menjangkiti orang lain.

Siapa sangka, selepas memecahkan kereta seorang ustaz beberapa hari lalu, si pencuri kemudiannya bertindak menghantar surat permohonan maaf kepada empunya kereta.
Bukan itu sahaja, dalam surat tersebut juga, si pencuri mengirimkan wang ganti rugi sebanyak RM150 buat ustaz terbabit untuk menggantikan kembali cermin kereta yang telah dipecahkan.
Memetik portal Oh!Media, kejadian pecah kereta itu menimpa imam Masjid As-Syakirin, Gombak iaitu Ustaz Muhaimin bagi tujuan merompak.
Namun, petunjuk Yang Maha Esa itu lebih besar, beberapa hari kemudiannya, ustaz terbabit menerima kiriman sepucuk surat bersama-sama duit dari penjenayah terbabit.
Tulis si penjenayah terbabit, “Tolong jangan buat apa-apa pada saya, kalau tuan ada buat apa-apa pada saya tolong tarik balik, saya tak ambil apa-apa dari kereta Persona belakang masjid maghrib hari tu.
Saya sekalikan RM150 untuk tuan ustaz baiki cermin balik. Tolong la jangan buat apa-apa pada saya.”
Itulah, perbuatan buruk terhadap pihak lain pastinya akan mendapat balasan. Namun begitu, melalui laporan tersebut, pengirim surat tidak menyatakan ‘balasan’ yang diterimanya sehingga memutuskan untuk memohon maaf.
Buat pencuri, perompak, peragut dan penjenayah di luar sana, beringatlah, jangan sesekali mengambil sesuatu yang bukan milik anda kerana pastinya, kuasa Dia mengatasi segala-galanya. 


TERBELIAK biji mata tatkala membaca tajuk artikel di sebuah akhbar tempatan kita ni. Mana taknya, rata-rata pembaca pasti akan berasakan ada unsur lucah di situ.
Manakan tidak, tajuknya berbunyi “Tak kisah batang pendek, janji seronok” tetapi artikel yang dipaparkan berkisar mengenai sebuah kamera iaitu HTC Desire Eye.
Bila dibaca, unsur ‘batang’ yang dimaksudkan rupa-rupanya merujuk pada saiz kamera tersebut yang cuma sebesar batang paip namun cukup tahan lasak dan hebat.

Tak dinafikan pemilihan tajuk yang ‘catchy’ menarik perhatian pembaca dan jika itulah matlamat utamanya maka berjayalah si penulis artikel nampaknya sebab mata sesiapa pun pasti tertancap pada tajuk artikelnya yang ‘daring’ abis ni.
Bayangkan, pembaca yang tak sabar-sabar nak tau apa cerita sebenar pasal batang pendek ni akhirnya diperkenalkan dengan kamera untuk merakam video dalam air.. pasti ada yang kecewa akhirnya.. kah! kah! - MYNEWSHUB.CC

TERBELIAK biji mata tatkala membaca tajuk artikel di sebuah akhbar tempatan kita ni. Mana taknya, rata-rata pembaca pasti akan berasakan ada unsur lucah di situ.
Manakan tidak, tajuknya berbunyi “Tak kisah batang pendek, janji seronok” tetapi artikel yang dipaparkan berkisar mengenai sebuah kamera iaitu HTC Desire Eye.
Bila dibaca, unsur ‘batang’ yang dimaksudkan rupa-rupanya merujuk pada saiz kamera tersebut yang cuma sebesar batang paip namun cukup tahan lasak dan hebat.
Tak dinafikan pemilihan tajuk yang ‘catchy’ menarik perhatian pembaca dan jika itulah matlamat utamanya maka berjayalah si penulis artikel nampaknya sebab mata sesiapa pun pasti tertancap pada tajuk artikelnya yang ‘daring’ abis ni.
Bayangkan, pembaca yang tak sabar-sabar nak tau apa cerita sebenar pasal batang pendek ni akhirnya diperkenalkan dengan kamera untuk merakam video dalam air.. pasti ada yang kecewa akhirnya.. kah! kah! - MYNEWSHUB.CC