Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Seorang wanita dari Gainsborough, Jade Sylvester, yang berusia 25 tahun, mempunyai ketagihan memakan segulung tisu tandas sehari dan kegemaran memakan 8 helai tisu dalam satu masa.

Sambil menyatakan jenama yang paling digemari adalah tisu yang murah, Sylvester juga menyatakan dia tidak dapat mengawal nafsunya itu dan terpaksa ke tandas setiap kali ketagihan menyerangnya.

Menurut Sylvester, tabiatnya memakan tisu tandas bermula ketika dia mengandungkan anak lelakinya, Jaxon, tetapi disebabkan rasanya yang lazat, Sylvester terus mengamalkan tabiatnya sehingga kini.

"Saya sangkakan ketagihan ini akan berhenti setelah saya melahirka anak saya tetapi tidak. Saya tidak dapat berhenti. Ketagihan ini terus menerus menghantui saya", kata Sylvester.

"Hari ini saya cuba untuk tidak ke tandas kerana saya tahu jika saya ke sana saya akan makan tisu tandas", katanya lagi.

Menurut Sylvester, dia menyukai apabila tekstur tisu mula memasuki mulutnya dan rasa 'kering' tisu mula dapat dirasai dilidahnya. 
Gambar Sekadar Hiasan

Colombo – Seorang nenek berusia 64 tahun yang menyamar wanita muda ditangkap atas tuduhan menipu seorang lelaki berusia 24 tahun.
Kejadian bermula apabila mangsa diberikan nombor telefon bimbit nenek itu enam bulan lalu.
Apabila lelaki berkenaan menelefon nombor itu, nenek berkenaan mendakwa dia juga berusia 24 tahun dan mengirim gambar wanita muda kepada pemuda itu.
Apabila mula jatuh cinta, lelaki itu mendesak untuk bertemunya, tetapi wanita itu menolak dengan alasan ibu bapanya tidak merestui hubungan mereka.
Dia bagaimanapun berjanji untuk melarikan diri dan berkahwin dengan pemuda itu sambil meminta wang berjumlah Rs30,000 (RM780), kononnya untuk membaiki rumah yang akan digunakan selepas perkahwinan itu.
Lelaki itu pernah memasukkan Rs150,000 (RM4,000) ke dalam akaun yang diberikan wanita itu.
Kerana bosan menunggu terlalu lama, lelaki itu membuat rancangan sulit dan akhirnya berjaya memperdaya ‘kekasihnya’ dan membolehkan mereka bertemu.
Tetapi pertemuan itu berakhir dengan kekecewaan dan kemarahan apabila dia mendapati kekasihnya itu sebenarnya wanita berusia 64, sebaya dengan neneknya.- Agensi

TOKYO – Ratusan ribu produk makanan beku dingin pasta sebuah jenama ternama terpaksa ditarik balik dari pasar raya seluruh Jepun hari ini hanya kerana penemuan seekor lipas di dalam salah satu paket keluaran syarikat terkenal tempatan, Nissin Frozen Foods.
Jurucakap Nissin Food Holdings berkata, syarikat perintis mi segera popular itu kini menjalankan siasatan terperinci berikutan dakwaan seorang pelanggan yang terserempak benda asing dipercayai salah satu bahagian lipas di dalam bungkusan keluarannya.
Meskipun belum lagi dapat dipastikan kesahihan kelibat serangga itu, syarikat produk tradisional mi ramen Jepun tersebut yang diasaskan pada 1948 bertindak pantas menarik balik kira-kira 750,000 paket yang telah dijual semua pasar raya dari seluruh Jepun.
“Kami menggunakan sayur-sayuran beku dalam membuat produk makanan ini dan lipas itu dipercayai mungkin tersangkut pada salah satu celah sayur tersebut sebelum diproses oleh mesin bahagian pengeluaran,” kata seorang jurucakap dalam satu kenyataan media.
Syarikat Nissin yang berpusat di Osaka kini mempunyai lebih 7,500 pekerja dengan kilang di Brazil, Hong Kong, Thailand, India, Jerman, China dan Mexico bagaimanapun enggan mendedahkan dari sumber mana sayur-sayuran mereka diperoleh untuk diproses.
Namun, untuk pasaran Jepun, produk dihasilkan di kilang Nissin di wilayah Shizuoka manakala kilang cawangan di luar negara untuk pasaran antarabangsa antaranya Australia, Filipina, Taiwan, Kanada, United Kingdom, Sweden, Singapura dan Malaysia.
Jepun terkenal dengan rekod terbaik keselamatan makanan pengguna malah tahap standard amat ketat menyebabkan industri makanan tempatan amat mahal bagi menyerap kos kawalan kualiti sekali gus menjadikan produk dijual pada harga tinggi. – Agensi

SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi ini.

Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual, butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah popular Orchard Central sejak lewat malam tadi.
“Saya tidak tahu bila pelanggan awal akan mula beratur, maka saya dan suami setuju untuk datang pukul 11 malam tadi, bahkan kami lihat ramai sudah lama pun berbaris panjang serta semua tidur dalam keadaan separuh bogel macam kami juga,” kata surirumah, Sharene Ong, 39 tahun.

Menurut jurucakap butik tersebut, kempen istimewa yang dikenali sebagai Desigual’s Seminaked itu menawarkan aneka pakaian pilihan khusus untuk kumpulan 100 pelanggan pertama hari ini sebagai pembuka tirai promosi panjang jualan festival hujung tahun.
Desigual telah pun melancarkan kempen separuh bogel itu sejak 2005 lalu yang melibatkan lebih 50 cawangan butik tersebut di seluruh dunia termasuk Madrid, Paris dan Tokyo manakala di Singapura, ia merupakan kempen julung kali diadakan. – Agensi

Walaupun tidak memiliki sebarang ijazah dan hanya tamat pengajian di peringkat sekolah menengah, namun Susi Pudjiastuti bukan calang-calang wanita.
Apa tidaknya, baru sahaja menyertai kabinet Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo, selama dua bulan, beliau dianggap menteri paling berjaya setakat ini.
Pada pengamatan Naib Presiden negara itu iaitu Jusuf Kalla, Susi berjaya membuktikan kemampuannya memimpin Kementerian Kelautan dan Perikanan melebihi pencapaian akademiknya.
Ujar beliau kepada pemberita Indonesia, “Keupayaan yang tak diduga oleh seorang menteri yang hanya tamat Sekolah Menengah Pertama (SMP).”
Dalam barisan menteri kabinet Jokowi, Susi merupakan satu-satunya menteri yang memiliki pencapaian akademik setakat SMP, namun beliau berjaya membuatkan ramai pihak gentar dengan formula kebijaksanaannya.
“Beliau melakukan formula yang bijaksana dan tepat, hinggakan semua orang gentar.”
Tambah Jusuf, beliau pernah mengingatkan Jokowi tentang latar pendidikan Susi sebelum wanita itu dilantik menjadi menteri. Jokowi bagaimana pun membalas, syarat kelayakan sebagai menteri hanya SMP, lantas Susi layak menduduki kerusi tersebut. 

PARA pekerja di sebuah rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di Zuchwil, Switzerland tidak menyedari mereka telah menayangkan video lucah kepada pelanggan di premis terbabit, baru-baru ini.
Menurut pelanggan yang ditemui, kebanyakan mereka tidak kisah dengan tayangan lucah tersebut (lebih-lebih lagi pelanggan lelaki).
Pengurusan premis berkenaan bagaimana pun mempertahankan staf-staf mereka yang tidak menyedari kesilapan itu, meski pun selepas beberapa jam video dimainkan.
“Pekerja kami tidak menyedarinya kerana begitu komited dengan tugas melayan serta mempercepatkan proses pembelian pelanggan,” kata pengurus cawangan bagi membela staf terlibat. 

SEORANG ibu tunggal dari Florida, Amerika Syarikat, Angela Faye Stoldt, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh serta memasak mayat jiran lelakinya dalam usaha untuk menghapuskan bukti perbuatan kejamnya itu.
Mangsa, James Sheaffer sebelum dibunuh terlebih dahulu diberikan dadah seterusnya ditikam dan dicekik hingga mati pada April 2013.
Selepas membunuh, suspek mengambil keputusan mencincang mayat James dan memasaknya dalam usaha menghapuskan bukti jenayah.
Menurut pihak berkuasa, Angela mengaku sebelum kejadian, dia ada bertengkar dengan James mengenai wang.
Namun, dia terpaksa bertindak sedemikian sebagai langkah mempertahankan diri daripada diapa-apakan oleh jirannya itu.
“Dia yang mula-mula datang ke arah saya. Dia tidak memukul tetapi kelakuannya sangat menakutkan dan saya terkelu pada ketika itu. Bila dia semakin rapat pada ketika itulah saya menikam dirinya,” kata Angela ketika hujah pembelaan dijalankan, baru-baru ini.

Atlet bina badan negara Sazali Samad memenangi gelaran ke-10 Kejohanan Dunia Mr Universe di Mumbai sekaligus mencatat satu rekod dunia, semalam.
Ini kerana belum pernah ada atlet bina badan memenangi kejohanan itu sebanyak 10 kali sebelum ini.
Gambar Sazali yang beraksi dalam kategori 75kg dikongsikan laman Facebook Friends Of Barisan Nasional.



KUALA LUMPUR – Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada terdedah atau tersentuh ‘rumpai miang Mexico’ atau ‘parthenium hysterophorus’ kerana boleh menyebabkan alahan, terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata rumpai miang Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batang iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin yang dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia.
“Namun tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan dan berulang kali.
“Gejala tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada sistem pernafasan seperti selsema dan asma,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam, mengenai kejadian alahan pada kulit dan gejala gangguan pada sistem pernafasan dalam kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Sidam, Kedah dipercayai berkaitan dengan rumpai miang Mexico.
Rumpai miang Mexico merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain kesihatan manusia.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu setakat ini, masih tiada peningkatan trend pesakit dengan gejala alahan kulit dan pernafasan seperti asma dilaporkan daripada fasiliti kesihatan di negeri terlibat seperti Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.
Dr Noor Hisham juga menasihatkan mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah kepada rumpai itu untuk segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran.
Mereka juga diminta memaklumkan kepada pengamal perubatan mengenai pendedahan terhadap rumpai itu, kerana KKM akan meminta kementerian atau agensi berkaitan untuk mengambil tindakan bagi mengawal atau memusnahkan tumbuhan itu. – BERNAMA

India – Akibat percayakan bomoh, seorang wanita hampir kehilangan bayi perempuannya yang berusia dua bulan, yang menghidap radang paru-paru.
Wanita itu, Somvati Seheriya, 22, tidak membawa bayinya ke hospital sebaliknya membawa anak itu menemui bomoh, yang kemudiannya menggunakan besi panas yang ditekap ke atas perut bayi berkenaan bagi mengubati penyakit tersebut.
Dianggarkan terdapat kira-kira 40 kesan pisau panas di perut bayi tersebut.
Keadaan bayi itu bukan semakin sembuh malah makin teruk. Bayi terbabit kemudian mengalami demam panas pada keesokannya.
Somvati yang kematian anak sulungnya tahun lepas akibat penyakit sama, dikatakan menyesal kerana tidak membawa anaknya itu menemui bomoh terbabit.
Justeru apabila bayinya menghidap radang paru-paru, dia percaya bomoh itu mampu menyembuhkannya.
Selepas bayi itu semakin kritikal, barulah dia dan suaminya, Giru, membawa anak itu ke hospital kerajaan.
Menurut doktor yang merawat bayi itu, Dr Gobind Singh, ketika dibawa ke hospital, bayi itu berada dalam keadaan parah dan sukar benafas.
Dia kemudiannya diberikan nebulizer serta ubat dan selang beberapa hari keadaan bayi tersebut kembali pulih.


Brazil – Seorang model, yang menjadi terkenal selepas memenangi pertandingan Miss Bum Bum 2014, telah menjalani pembedahan untuk mengembalikan semula daranya dan menjadikan status dara itu untuk mencari cinta.
Indianara Carvalho, 22, turut berharap dengan berbuat demikian, maka gelaran Miss Bum Bum akan dihormati oleh orang ramai.
Status barunya itu akan diabadikan dalam gambar bogel yang akan diterbitkan pada Krismas ini.
“Saya tidak akan berasa gembira jika berbogel dalam keadaan yang berbeza dilahirkan ke dunia ini.
“Saya tasa saya juga mahu memberikan konsep baru dan sedikit penghormatan kepada gelaran Miss Bum Bum dengan menjadi dara semula,’’ katanya.
Miss Bum Bum, yang diadakan sejak empat tahun lalu merupakan acara tahun di Brazil. Bagaimanapun ia tidak pernah lekang daripada kontroversi.
Malah tahun ini, kontroversi sekali lagi mewarnai pertandingan itu apabila Carvalho didakwa merasuah juri lebih £70,000 bagi memastikan dia memperoleh kemenangan.
Sementara Claudia Alende, yang digelar ‘Megan Fox’ Brazil mendapat tempat kedua meskipun dia merupakan calon pilihan.

Seorang guru dikatakan terkejut apabila menerima mesej di aplikasi bual Facebook bertanyakan perkara tidak senonoh berkaitan tubuhnya daripada pelajar sendiri!
Perkara ini tersebar sejak semalam selepas seorang individu yang mendakwa menerima petikan skrin perbualan berkenaan daripada seorang sahabat yang juga guru wanita, berkongsikannya di laman sosial.
“Cikgu,” panggil si pelajar.
“Hai Fendi (bukan nama sebenar),” jawab guru itu.
“Rindu t***k cikgu,” katanya.

Dah pasti, guru wanita berkenaan terkejut apabila menerima mesej tak senonoh sedemikian rupa.
Ada kemungkinan akaun Facebook pelajar berkenaan telah disalahgunakan individu lain tapi pada masa sama, tak dapat dinafikan remaja sekarang dilihat sememangnya semakin berani.
Malah terdapat kes murid seawal sekolah rendah sudah mula bercinta dan terdedah kepada bahan-bahan berunsur seksual.
“Mohon ibu bapa penjaga ambil berat sikit dengan tindak-tanduk anak-anak khususnya masa musim cuti,” demikian nasihat dititipkan individu yang dipercayai orang yang mula-mula menyebarkan petikan perbualan lucah pelajar kepada gurunya ini.
Jika anda seorang guru wanita, pasti trauma dan terkejut jika menerima mesej seperti ini daripada pelajar lelaki yang seusia adik atau anak sendiri kan? - MYNEWSHUB.CC