Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, "Mahu potong kepala?". Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, "Tak lah, saya nak potong rambut" akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak. 

Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.


Macam biasa, apa yang dibuat oleh artis mesti ada je yang tidak kenakan. Kali ini telah menjadi perhatian ramai apabila sekeping gambar Habila Huda sedang menjual hot dog di Star Hype Fiesta baru-baru ini telah menjadi bahan lucah oleh peminat.

Yang mengejutkan ramai daripada peminat telah memberi banyak komen negatif tentang gambar ini. ada yang bercakap Nabila sudah selalu dapat pegang 'Hot Dog' dan macam-macam lagi la sampai admin pun tidak sanggup hendak baca dan kongsi semua gambar dengan pembaca.


Di bawah ini adalah komen-komen dari segelintir peminat yang semua otak 'Blue' termasuk perempuan sekali. Tapi yang dikongsi ni tidaklah keterlaluan dan sudah ditapis jika keterlaluan.







Adoi, teruk betul ayat-ayat yang ditulis kepada Nabila, jual 'hot dog' pun jadi isukan dan yang paling teruk ada yang imaginasi tinggi sangat.




Macam-macam perangai manusia inikan. Apapun tahniah kepada Nabila atas usaha beliau mencari rezeki yang halal dengan berniaga 'Sosej' ini dimana dengar kata mendapat sambutan yang hangat. SK


KUALA LUMPUR:Seorang lelaki maut apabila sebuah kereta mewah yang dipandunya telah terlibat dalam kemalangan Lebuh Raya NPE Kuala Lumpur semalam.

Kereta mewah tersebut jenis Aston Martin DB9 telah terbabas dan putus dua sebelum meletup. Mangsa yang meninggal bagaimanapun telah tercampak keluar semasa kereta tersebut terbabas,

Kejadian tersebut telah dikongsikan semalam oleh pengguna facebook yang melihat kejadian tersebut dan menyifatkan kemalangan tersebut amat dasyat kerana kereta tesebut hancur dan hanya tinggal rangka.

Menurut makluma orang ramai kemalangan tersebut berlaku apabila kereta tersebut yang dipandu itu telah mengelak sebuah motosikal yang dipandu melawan arus dan terus hilang kawalan

Pasir Puteh, 1 Dis : Seorang wanita berusia 22 tahun telah ditoreh dan dipukul oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan semalam.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika wanita terbabit, Nur Shafiqa berada di bilik air dan ibunya sedang berehat di dapur rumah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata dua orang lelaki warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai topi keledar yang bervisor.

"Suspek menendang pintu bilik air mangsa dan menariknya ke ruang tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur.

"Mangsa kemudian diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu bilik," katanya memetik laporan dari Harian Metro.




Suspek dilaporkan cuba merogol mangsa dengan menanggalkan seluarnya namun terpaksa membatalkan niatnya kerana rakannya memanggil dari luar bilik.

"Suspek kemudian masuk semula ke bilik menumbuk mangsa dan menoreh pipi sebelah kiri mangsa. Ibu mangsa juga cedera di dahi dan bibir.

“Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik mangsa yang menyembunyikan diri di dalam bilik lain," katanya.






Akhirnya Johan dan isterinya telah mengesahkan kepada media yang Ozlyn telah pun selamat melahairkan anak keempat mereka pada 25 Nov lalu.

Sebelum ini tersebar gambar kononnya anak perempuan baru pasangan Johan dan Ozlyn di media-media sosial bagaiamanapun perkara itu telah dinafikan oleh johan dan Ozlyn melalui akaun instagram mereka.

Sebelum ini beberapa blog telah berkongsi  dan konon telah mendedahkan gambar anak perempuan baru Johan dan Ozlyn sekaligus berita ini telah menafikan gamabr tersebut adalah palsu.

Berikut merupakan apa yang telah ditulis Johan dalam akaun instagramnya:

“Assalammualaikum semua.. pertama skali sya nk ucapkan alhamdulillah dan syukur pd Allah s.w.t krn telah mempermudahkan segala2nya.. isteri sya telah pon selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke 4 kami pd 25hb nov dgn berat 4.11kg.. seperti biasa sya x pernah kongsikan wajah penuh anak2 sya.. rezeki memsg kalau dpt jumpa dpn2.. dpt la tatap wajah anak2 sya.. maaf jika ada yg x terreply wassap atau text dgn kata2 tahniah.. sya perlu beri isteri sya ruang utk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran kami juga diuji dgn berita yg sedih.. nenda kesygan kami telah kembali kerahmatullah dan selamat dikebumikan semlm.. harap semua memahami situasi kami sekeluarga terima kasih atas doa dr kalian, moga Allah melindungi kita semua dunia akhirat amin..

Tahniah johan atas kelahiran anak baru ini, kami kru Siakapkeli doakan anak yang baru lahir itu nanti akan menjadi anak yang solehah dan sentiasa dirahmati.

Geli lagi meloyakan!
Itulah gambaran bagi menceritakan kisah seorang pesakit wanita Kanada yang secara tiba-tiba kelopak mata dan hidungnya dipenuhi dengan ulat sampah.
Kisah yang dilaporkan oleh Metro.co.uk ini sebenarnya telah berlaku pada tahun 2007, namun baru menjadi viral di media sosial hingga menjijikkan sesiapa sahaja yang melihatnya di seluruh dunia.
Lebih mengejutkan, wanita tersebut sebenarnya tidak mengalami masalah ulat tersebut pada awalnya ketika ditempatkan ke dalam hospital.
Dia yang menghidap penyakit lain secara tiba-tiba terperanjat apabila kelopak mata dan hidungnya mengeluarkan ulat sampah selepas beberapa hari tinggal dalam hospital di Kanada.

Menurut laporan perubatan wanita tersebut, ulat itu dipercayai berpunca daripada seekor lalat berwarna hijau yang pernah dilihat berkeliaran di unit kawalan rapi.
Difahamkan, lalat tersebut telah melepaskan telurnya ketika wanita tersebut berada dalam hospital berkenaan.
Bagaimanapun, para doktor berjaya mengeluarkan kesemua ulat tersebut sebanyak 120 ekor daripada hidung dan kelopak matanya.

ALOR SETAR: Pasangan pengantin Tionghua mencetuskan kejutan manis di kalangan penduduk Kampung Alor Rambai, Kepala Batas dekat sini hari ini bila mereka memilih konsep perkahwinan Melayu bagi meraikan saat-saat bahagia mereka.

Soo Sheng Leng, 28, begitu segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup tampan dengan kebaya Kedah.

Kedua-duanya yang langsung tidak menampakkan rasa kekok, menyerikan lagi majlis perkahwinan berkonsepkan gotong-royong masyarakat Melayu.

Kira-kira 3,000 saudara mara, rakan dan jiran meraikan pengantin.

Soo Lian Heng, 58, bapa kepada pengantin lelaki berkata majlis perkahwinan anaknya yang berkonsepkan adat Melayu telah lama dirancang bersama keluarga dalam usaha merapatkan lagi hubungan keluarganya bersama penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Melayu.




Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya kepada pemberita di majlis itu.

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.

Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.

"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.

Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.

Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.
Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu. - Astro Awani

Pengakuan mengejutkan datang dari Shia LaBeouf. Dalam sebuah wawancara dengan seorang wartawan Dazed, Aimee Cliff, Shia mengaku pernah diperkosa oleh seseorang yang tak dikenali.

Menurut pelakon Transformers itu, kejadian tersebut berlaku semasa dia sedang melakukan pertunjukkan seni di galeri Stephen Cohen. Saat itu, tetamu-tetamu dibenarkan untuk melakukan apa sahaja terhadapnya  sementara wajah Shia ditutup dengan beg kertas.

"Seorang wanita datang dengan teman lelakinya, yang menunggunya di luar, ketika hal tersebut terjadi," tutur Shia yang melakukan wawancara menggunakan kamera GoPro. "Dia (wanita tersebut) menggerak-gerakkanky kaki selama 10 minit dan kemudian menanggalkan  bajuku dan mula memperkosaku."

"Dia kemudian berjalan keluar ke teman lelakinya dengan lipstik yang berantakan, kuduga teman lelakinya terluka kerana hal itu," lanjut Shia. "Hal itu sangat buruk. Bukan hanya untukku, tapi juga teman lelakinya. Ada ratusan orang menunggu di luar ketika wanita itu keluar dengan rambut kusut dan lipstik berantakan."

Kejadian itu semakin terasa menyakitkan selepas bertemu dengan teman wanitanya  yang sudah 5 hari tak ditemuinya. "Dia datang dan meminta penjelasan dan aku tidak boleh bicara,  kami berdua duduk dengan trauma yang tak boleh dijelaskan ini," tambah Shia.

Istanbul – Seorang pramugari dipecat selepas tindakan ‘menayangkan tubuhnya’ dalam video muzik dan beberapa sesi penggambaran diketahui majikannya.
Zuhal Sengul, 31, menimbulkan kemarahan Turkish Airlines apabila mengambil bahagian dalam sesi penggambaran dengan berpakaian seksi termasuk korset dengan gaya ala gotik dalam sebuah majalah Itali.
Malah, video muzik terbabit menampilkan Zuhal yang bertatu dan hanya memakai bikini menyebabkan syarikat penerbangan itu – yang kini bergerak ke arah imej lebih konservatif – mengambil tindakan memecat model sambilan terbabit.

Perkara itu disahkan kenyataan Turkish Airlines.
“Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap sederhana yang kemas dan berwarna pastel,” kata kenyataan itu.
Tindakan terhadap Zuhal – yang juga aktif mempromosikan pemakanan vegetarian selain memiliki tali pinggang hitam karate – menampakkan pengaruh nilai Islam yang kini semakin popular di Turki.
Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam. – Agensi

Inilah padah gara-gara cuba merompak seorang warga emas menggunakan pisau.
Nasib baik serangan yang cuba dilakukan oleh lelaki ini berjaya dipatahkan oleh orang ramai yang menangkap perompak tersebut dengan bertindak mengikat dan membogelkan lelaki tersebut di khalayak ramai.
Insiden yang berlaku di Santiago ini, menggemparkan orang ramai yang lalu lalang apabila melihat seorang lelaki berbogel yang diikat seluruh badannya menggunakan pembalut lut sinar di tiang.
Lebih memalukan, seluar dalam lelaki bernama Valentino Abeyta Barrera, 32 tahun ini kelihatan digunakan sebagai pengikat di bahagian buku lalinya.
Sementara itu, keadaan lelaki berbogel itu tersebut sempat dirakam oleh orang ramai di kejadian itu supaya menjadi pengajaran kepada penjenayah yang lain.
Insiden ini sekaligus menjadi viral di media-media sosial dan menjadi perbualan masyarakat dunia.
Situasi yang berlaku selama 20 minit ini berakhir apabila pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menangkap suspek.
Namun, menurut pihak polis, suspek tidak memberitahu mengapa dia ditangkap dan hanya memohon pihak polis melepaskannya.
Pihak Polis juga tidak dapat mendakwa suspek atas apa-apa kesalahan kerana tiada laporan diterima daripada mana-mana mangsa.


TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang gadis berusia 18 tahun menerima banyak tawaran dari agensi model dan syarikat televisyen kerana wajahnya menyerupai watak utama dalam filem animasi popular, Frozen.
Gadis tersebut, Anna Faith Carlson menjadi sensasi di internet selepas dia bergambar di sebelah gambar watak Puteri Elsa yang merupakan watak utama filem animasi Frozen terbitan syarikat Walt Disney pada tahun lalu.
Sejak gambar itu tersebar di laman sosial, Carlson yang berasal dari Daytona Beach di sini menjadi popular sekelip mata selepas ramai beranggapan wajahnya menyerupai dengan watak Puteri Elsa.
Sejak itu dia mula mendapat pelbagai tawaran untuk muncul dalam program televisyen dan kontrak oleh agensi model serta meraih pendapatan yang cukup lumayan.
“Kehidupan saya berubah sekelip mata dan semuanya terjadi seperti sebuah cerita dongeng,” kata Carlson.
Menurutnya, selain menerima tawaran muncul di televisyen dan majalah, dia juga sering memakai kostum seperti watak Puteri Elsa untuk menghiburkan kanak-kanak di hospital secara percuma. – Agensi




Sebelum ini kami menyiarkan trend bergambar punggung paling cantik di barat, terkini pula trend baru timbul yang mana mereka mewarnakan bulu ketiak masing-masing dengan pelbagai warna untuk bergambar dan dimuatnaikkan ke laman sosial.

Trend ini mula diperkenalkan oleh seorang pendandang rambut di Amerika Syarikat, Roxie Hunt yang mana merupakan individu terawal yang membuat perkara tersebut. Selain itu dia beranggapan para wanita perlu rasa bangga dengan bulu ketiak dan bukannya menyembunyikannya.

Roxie bagaimanapun bukan mewarnakan bulu ketiaknya sendiri tetapi eksperimen itu dilakukan terhadap rakan sekerjanya, Rain yang mana sukarela menjadi model bagi trend barunya. kemudian gambar-gambar Rain dikongsikan di sebuah blog miliknya sebelum ia menjadi popular.

Berikut adalah gambar-gambar yang dimuatnaikkan oleh para pengikut trend ini.