Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Kuala Lumpur : Jika sebelum ini, Safee Sali dikritik hebat kerana prestasinya yang menurun ketika perlawanan menentang pasukan Thailand baru-baru ini, kini satu gambar yang memaparkan Safee dilihat merokok pula dijadikan bahan oleh peminat untuk mengkritik Safee.

Di dalam gambar yang tersebar melalui media sosial itu, Safee Sali dilihat bersama-sama beberapa pemain kebangsaan yang lain seperti Kahirul Fahmi, Farizal Marlias dan Shukor Adan. Di dalam gambar tersebut Safee Sali dilihat sedang menghisap sebatang rokok sambil minum air disebuah restoran.

Perbuatan Safee di dalam gambar itu telah dikritik sehingga ada yang memberikan komen sikap seperti itulah yang menjadi punca kekalahan kepada skuad Kebangasaan pada malam esok dan juga menjadi punca prestasinya menurun.




Selain dari isu prestasi Safee Sali, orang ramai turut memberi komen kecewa apabila pemain bola sepak bertaraf professional dan antarabangsa memakai jaket pasukan Malaysia ketika merokok.

"Ia adalah sama sekali tidak profesional untuk berbuat demikian. Terutama sejak dia tidak mempamerkan aksi yang baik musim lalu,” kata peminat bola sepak tempatan.

Ada juga yang menyamakan kejadian ini dengan kejadian seorang pemain pasukan England dan Arsenal, Jack Wilshere yang memohon maaf kerana tindakannya menghisap rokok semasa bercuti di Las Vegas, AS



Xiong Shuihua nyata bukan sebarang jutawan sebaliknya beliau terbukti seorang kaya yang berhati mulia. Beliau membuktikannya dengan membina rumah mewah untuk 18 keluarga dengan percuma.

Keluarga terbabit merupakan bekas jirannya ketika dia membesar di sebuah kampung di Xiongkeng di Xinyu.

Selepas Xiong Shuihua, 54, menjadi jutawan dalam industri besi, dia memutuskan untuk membalas budi baik penduduk kampung dengan melakukan sesuatu kepada mereka secara percuma.

Xiong Shuihua kemudiannya merobohkan rumah kayu dan membina rumah banglo kepada penduduk yang selama ini membantu dan memberikan sokongan kepadanya ketika dia kecil.

Pembinaan rumah mewah berkenaan melibatkan kos kira-kira £4 juta.

Selain itu dia juga menjanjikan makanan percuma tiga kali sehari kepada warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

“Saya mempunyai wang dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya juga tidak mahu lupa di mana asal usul saya,’’ katanya yang mahu mengenang jasa mereka yang membantu dia dan keluarganya selama ini.


Dalam pada itu, seorang warga emas, Qiong Chu, 75, berkata, ibu bapa Xiong Shuihua sendiri seorang yang baik hati dan kini anak mereka mewarisi sifat yang sama.


Penyelidik dari Universiti South Alabama, berkata legenda tentang vampire yang berkeliaran di kawasan luar bandar Eropah Timur, mungkin adalah mereka yang mati kerana menjadi mangsa penyakit taun.

Mereka yang didakwa sebagai vampire, dikuburkan dalam ritual yang aneh pada abad ke-17 dan 18, dimaksudkan sebagai ritual untuk mengusir roh jahat dan mencegah mereka bangkit kembali dari kubur.

Dilansir Daily Mail, Rabu, 26 November, penyelidik menyebut hasil ujian memperlihatkan mereka bukan makhluk penghisap darah, tetapi korban pertama taun yang disyaki kerana kematian mereka yang tiba-tiba.

Ahli arkeologi menemui pelbagai kerangka di sebuah perkuburan Poland, dengan batu dan sabit diletak pada bahagian leher dalam proses pengebumian aneh, yang disebut sebagai pengebumian apotropaic.

Sebelumnya, diduga enam kerangka itu adalah mereka yang dituduh sebagai vampire kerana dipandang dengan kecurigaan sebagai orang asing yang baru datang ke wilayah itu sebelum meninggal.

Para penyelidik kemudian menganalisis enamel dari gigi keenam kerangka yang diduga vampire itu, bersama dengan 60 kerangka lain yang ada di tanah perkuburan. Hasil pemeriksaan menunjukkan mereka bukan pendatang tetapi adalah orang tempatan, yang kematiannya disyaki oleh orang-orang lain di kawasan itu sebagai keanehan. Penyelidik mendakwa pengebumian kerangka-kerangka itu dilakukan pada masa wabak taun di Eropah Timur.

Sehingga kerangka yang diduga vampire itu, mungkin adalah para mangsa pertama taun. "Masyarakat dari abad pertengahan, tidak mengerti bagaimana taun merebak," kata Dr Lesley Gregoricka dari Universiti South Alabama, yang memimpin penelitian.

Menurutnya masyarakat tidak berusaha mencari penjelasan yang berdasar pada keilmuan, tapi mengaitkannya dengan perkara ghaib. "Dalam hal ini, vampire," ujar Gregoricka. Lagenda vampire merujuk pada mereka yang bangkit dari kematian.

Para vampire juga digambarkan boleh menjangkiti mangsanya dengan gigitan. Pada beberapa cerita tentang vampire, seperti di filem dan komik Blade, vampire disebarkan oleh virus yang disebarkan vampire pada mangsanya.

Para penyelidik itu mempelajari kerangka-kerangka, yang ditemui semasa ekskavasi di sebuah perkuburan di bandar Drawsko Pomorskie, Poland. Total ada 285 rangka yang ditemui antara 2008-2012.

Enam diantaranya, termasuk satu lelaki dewasa, tiga wanita dewasa, satu perempuan remaja dan satu anak-anak, dikuburkan dengan cara yang aneh. Lima diantaranya ditanam dengan sebuah sabit di bahagian leher.

Sementara pada dua kerangka, terdapat batu besar yang diletakkan dibawah dagu, seakan untuk mencegah mereka menggigit orang lain. Benda lain yang dijumpai adalah syiling dengan gambar salib.

Tidak seperti pada tempat lain di Eropah Timur, rangka vampire di Poland dikuburkan di perkuburan umum. Sementara biasanya, mereka yang dituduh vampire di kuburkan di luar bandar.

Untuk mengetahui mereka yang disyaki adalah vampire, penyelidik menyemak geraham menggunakan isotop strontium. Hasilnya kemudian dibandingkan dengan isotop strontium yang ditemui pada gigi haiwan di kawasan yang sama.

Melalui perbandingan itu, mereka dapat mengetahui apakah kerangka vampire itu merupakan pendatang atau warga tempatan. Kajian itu mencetuskan pendapat, bahawa legenda vampire di tempat lain, juga disebabkan kematian akibat penyakit.

MUAR: Seorang lelaki cedera parah apabail telah disimbah dengan air panas dan dipuku dengan cota oleh menantu yang dengan kejam di Ayer Hitam si sini.

Mangsa Mohd Noor bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai  Wak Jamil Gula Melaka yang melecur teruk dibadan dan muka serta cedera kerana dipukul dengan cota sekarang terlantar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Mangsa yang tinggal bersama anak angkat dan menantunya itu telah bergaduh kerana masalah melibatkan kewangan menyebabkan menantunya naik berang sebelum memukul mangsa dengan cota dan mencurah air panas tubuh mangsa.

Selepas berbuat demikian suspek dan anak angkatnya itu telah mengambil dompet mangsa dan melarikan diri dengan membiarkan mangsa mengelupur kesakitan seorang dalam kejaian yang berlaku pada pukul 4 pagi tadi.

Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, yang terdengar jeritan mangsa berkata, dia tidak berani untuk pergi menolong kerana suspek tersebut terlalu agresif dan terus mendapatkan Mohd Noor apabila menantunya itu beredar dari situ.

"Sebaik sahaja membuka pintu, dia terkejut melihatkan keadaan Wak Jamil yang berlumuran darah, tidak bermaya dan dalam keadaan merangkak meminta pertolongan," katanya yang dipetik dari Utusan.

Mangsa yang tidak mempunyai anak dan isterinya yang sudah meninggal dua tahun lalu tinggal dengan anak angkatnya dan sering pulang lewat kerana berniaga gula melaka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi telah mengesahkan satu laporan polis telah dibuat dan gerakan memburu suspek telah dijalankan.

Beliau turut membaritahu hasi semakan rekod mendapati suspek mempunyai tige rekod jenayah lampau dalam jenayah. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.



Seorang gadis penual ais krim di Kota Taipei, Taiwan menjadi terkenal gara-gara wajah cantiknya tersebar di Internet.

Dilapor oleh stomp.com.sg, salah seorang pelanggan datang ke gerainya bertindak merakam aksinya membuat ais krim dan dimuat naik videonya ke Youtube. Sejak itu ramai yang datang untuk melihat kecantikannya.

Sebenarnya gadis tersebut membuat sejenis makanan ringan namun di Taiwan jenis makanan  ini disebut ais krim.


Seorang lelaki Perancis mendakwa telah berjaya menghasilkan pil yang bukan hanya berguna untuk menjaga kesihatan organ pencernaan manusia, tetapi juga boleh membuat kentut seseorang beraroma cokelat atau bunga mawar.

Christian Poincheval (65) berkata, idea mencipta pil ajaib itu muncul setelah mengalami insiden gangguan kentut dalam satu acara makan malam bersama kawan-kawannya.

"Kami sedang makan malam dengan kawan-kawan dan setelah kami makan banyak makanan, kentut kami begitu tak sedap hingga kami hampir tercekik," kata Christian melalui laman web rasmi.

"Bau kentut itu begitu menjijikkan dan mengganggu kawan-kawan lain. Sesuatu perlu dilakukan," tambah Christian.

Awalnya, Christian menjual pil untuk menjadikan kentut seseorang wangi bunga mawar atau bunga violet. Namun, kini Christian melancarkan edisi Krismas dengan versi aroma coklat.

Satu balang pil mengandungi 60 biji dijual Christian dengan harga $12.50 dengan keuntungan tambahan, iaitu mengurangkan masuk angin dan kembung. "Pil ini adalah hadiah tepat untuk hari Krismas," kata Christian kepada harian Ouest France.

Christian sudah menjual pil anti-kentut yang dibuat dari bahan-bahan semula jadi ini sejak 2006 melalui laman webnya dan mendakwa selama ini penjualan pil ciptaannya itu cukup bagus.

"Beberapa orang membeli pil-pil ini kerana mereka mempunyai masalah dengan kentut dan beberapa orang lain membeli untuk bahan gurauan untuk kawan-kawannya. Penjualan pada masa Krismas selalu meningkat," tambah Christian.


PETALING JAYA - Seorang doktor warganegara Malaysia yang bekerja di Britain mengaku bersalah atas tuduhan membuat rakaman terhadap 1,000 orang tanpa pengetahuan mereka menggunakan kamera tersembunyi di tempat awam, tandas dan juga dirumahnya.

Memetik laporan dari BBC, Yeoh Lam Hoe, mengaku bersalah atas tujuh tuduhan mengintai, enam tuduhan membuat gambar lucah kanak-kanak dan satu tuduhan memiliki bahan pornografi melampau di Mahkamah Croydon Court selepas ditahan pada April di hospital St Anthony, North Cheam, Surrey.

Menurut laporan, Yeoh telah didakwa membuat rakaman secara senyap terhadap 1,000 orang menggunakan kamera tersembunyi di 'pendrives' dan jam. Yeoh juga didakwa merakam video pendek di sebuah tandas di klinik Nottingham, di atas keretapi dan juga di rumahnya dalam satu majlis.


Jenayah Yeoh terungkai setelah salah satu alat perakamnya terjatuh di sebuah tandas di hospital St. Anthony. Alat tersebut kemudiannya dijumpai oleh rakan sekerja Yeoh. Rakan Yeoh kemudian membuka memori alat perakam berkenaan dan terkejut setelah melihat salah satu rakaman yang memaparkan aksi Yeoh sedang memasang alat terbabit di dalam tandas tersebut. 

UNIVERSITI Cambridge di United Kingdom sememangnya dikenali sebagai salah satu institusi pengajian tinggi terunggul di dunia.
Tapi tak kesemua penuntutnya ‘bijak pandai’ apabila sesetengah mereka suka rela menayangkan punggung untuk tatapan umum bagi menyertai pertandingan ‘Punggung Tercantik’ yang dianjurkan kesatuan pelajar di sana.
Difahamkan ramai penuntut dari pelbagai jurusan mengambil bahagian dalam pertandingan ini hingga akhirnya hanya 12 pelajar yang tinggal terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan sebagai finalis.

Ini merupakan tahun ketiga penganjuran pertandingan seumpama itu dan kali ini dilihat lebih meriah kerana salah seorang daripada pesertanya memilih tema gambar meniru pose bogel sosialis terkenal, Kim Kardashian yang menjadi sensasi Internet, baru-baru ini.
Gambar-gambar mereka kemudiannya akan disiarkan dalam laman web akhbar kampus itu yang mana rakan-rakan pelajar yang lain boleh mengundi pelajar yang memiliki punggung paling cantik.

Walaupun ramai pelajar teruja mengambil bahagian dalam pertandingan ini, namun ada juga segelintir yang tidak bersetuju dengan penganjuran acara seperti ini yang dilihat boleh menjatuhkan prestij universiti terbabit yang berada dalam kelasnya tersendiri.
Pihak universiti walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penganjuran acara tersebut.

KISAH ini adalah dari kiriman Pembaca mengenai seorang bekas pekerja yang malang.
Seorang bekas pekerja KIA, syarikat penjualan kereta import mengadu akan kezaliman seorang majikan cawangan KIA di Johor Bahru.

Menurutnya, perangai lelaki itu mula berubah semenjak mendapat jawatan tinggi. Dia kerap memaki hamun & mengherdik kakitangan di bawah seliaanya seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.

Screenshot perbualan ini diperoleh dari group kakitangan cawangan berkenaan.

Akibatnya, seramai 30 kakitangan telah dibuang kerja menyebabkan mereka hilang punca pendapatan. Tiada seorang pun yang berani melawan kata-katanya kerana takut dibuang kerja.
Individu yang mendapat gelaran katik ini dikatakan berbangga kerana diberikan tanggungjawab menjaga KIA seluruh Malaysia. – MY MEDIA HUB




ALOR SETAR: Polis menahan lapan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kes bakar Al-Quran di Alor Setar pada Khamis lepas.
Mereka yang ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di sekitar Alor Setar itu berusia dalam lingkungan 19 dan 30 tahun.
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata dalam kejadian Khamis lepas, seorang suspek ditahan selepas dipercayai membakar beberapa cebisan helaian Al-Quran dalam sebuah tong aluminium di sebuah medan selera berdekatan Pasar Besar Alor Setar di sini.
"Suspek yang ditahan pada hari yang sama itu kini masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi menjalani rawatan berikutan dipercayai mempunyai masalah mental dan siasatan masih diteruskan terhadap suspek," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Rabu.
Zakaria berkata pada hari yang sama kira-kira pukul 4 petang, lima suspek ditahan berkaitan kes memukul seorang lelaki di kawasan yang sama berikutan rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar cebisan Al-Quran itu.
"Seorang lelaki berumur 50-an telah dipukul oleh seorang suspek menggunakan kayu pemukul besbol dan kami percaya akibat rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar Al-Quran yang berlaku pada sebelah pagi. Mangsa yang dipukul hanya mengalami kecederaan ringan.
"Kami turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai hilang di Klang pada tahun 2008, kayu pemukul besbol dan sebuah telefon bimbit. Semua suspek ditahan reman," katanya.
Sementara itu, beliau berkata dua suspek yang dipercayai membakar enam gerai makan di sebuah medan selera di kawasan sama kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, juga berjaya ditahan bagi membantu siasatan.
"Kami telah tahan dua suspek selain merampas bahan bukti iaitu botol minyak petrol. Mereka ditahan reman sehingga esok tapi kami akan minta sambung," katanya.
Zakaria berkata pihaknya yakin ketiga-tiga kejadian saling berkaitan kerana semua berlaku di tempat sama dalam tempoh masa yang dekat.


Beijing: Seorang lelaki di Putian, wilayah Fujian mereka cipta dan membina kereta hodoh ini yang diilhamkan daripada kereta Lamborghini.

Menurut China Daily yang memetik laporan portal berita fjsen.com, tukang kayu Yu Jietao mengukir semua bahagian diperlukan untuk kereta itu sebelum menggabungkannya dan meraut corak untuk menghiasinya.

Mujur kereta itu mempunyai ciri lain untuk menjadikannya lebih menarik.
Ini termasuk tayar dan motor elektrik yang mampu menggerakkan kereta berkenaan pada kadar 30 kilometer sejam.

Yu mengambil masa hampir setahun dan berbelanja sebanyak lebih 100,000 yuan (RM55,000) untuk membina kereta ‘Lamborghini’ kayu berkenaan.
Khabarnya rekaannya itu sudah pun menarik beberapa pengumpul yang menawarkan sehingga 220,000 yuan (RM120,000) untuk memiliki kereta kayu itu. - Agensi


Melaka: Seorang juruteknik komputer terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas tapak kaki kanannya tertusuk besi bekas pasu di halaman rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Firdaus Aziz, 27, membersihkan halaman rumah sebelum kakinya terpijak tanah mendap dan tertusuk besi sepanjang tujuh sentimeter yang tertanam di situ.

Menurut sumber, kejadian mengakibatkan besi itu hampir menembusi bahagian atas kakinya dan dia terpaksa berdiri menahan kesakitan sebelum besi berkenaan dipotong anggota bomba.

"Ketika kejadian mangsa yang sedang cuti sakit berada di rumah bersama ibu mentua manakala isterinya Norhazirah Salleh, 28, bekerja.

"Ketika membersihkan halaman rumah secara tiba-tiba kaki kanannya berasa sakit sebaik terpijak bahagian tanah mendap, cubaannya mengeluarkan besi itu tidak berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan anggota bomba," katanya, di sini, semalam.