Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Fresno (California): Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres menghadapi peperiksaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising dari kandang haiwan berkenaan di kampus.
Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia minum terlalu banyak arak.

“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di kampus itu.

“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.
“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,” katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.

Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh veterinar. - Agensi


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai bekas anggota polis ditemui mati dalam keadaan terbaring di hadapan kawasan kedai di Batu 5, Jalan Ipoh, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkan kepada polis untuk bantuan kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang turut berada dilokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata dan pemeriksaan terhadap badan mangsa terdapat sedikit kesan luka di jari kelingking serta jari manis kanan sebelah kanan dipercayai akibat geseran pada batu dinding.

"Mayat mangsa dihantar ke hospital Selayang untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR) katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. -Harian Metro

Betong (Yala): Dua wanita ditembak mati di daerah di sini semalam sementara seorang guru perempuan juga mati akibat ditembak di daerah Khok Pho, Pattani.
Dalam pada itu, seorang sukarelawan pertahanan cedera dalam serangan bom di daerah Rueso, Narathiwat.
Dalam kejadian di Betong, Sirirat Saechan, 35, mati ditembak pada jam 10.30 pagi (waktu tempatan) sementara rakannya, Salinee Saethong, 55, mati dalam perjalanan ke hospital selepas dua lelaki bermotosikal mengejar dan menembak mereka yang juga sedang menunggang motosikal.

Polis melancarkan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kejadian itu berpunca daripada konflik peribadi atau sebahagian daripada keganasan yang melanda selatan Thai.
Sementara itu, guru, Isara Chairitchok ditembak di kedai minyak di Khok Po oleh dua lelaki bermotosikal yang berpura-pura hendak mengisi minyak di kedai di rumahnya.
Dia ditembak dua kali di kepala dan dua lagi di belakang.

Pegawai di hospital Khok Pho menghantar Isara ke Hospital Pattani yang lebih lengkap tetapi dia gagal diselamatkan.
Isara menjadi guru ke-179 yang terbunuh di selatan Thai sepanjang 10 tahun lalu.
Polis mengesyaki serangan itu adalah tindak balas terhadap kematian dua pemimpin kumpulan pemisah yang ditembak mati oleh pihak berkuasa di daerah Nong Chik Jumaat lalu.

Dalam perkembangan sama, jurucakap tentera di selatan Thai, Kolonel Pramote Phromim berkata, pihaknya merampas dua senjata bersama-sama peluru dalam operasi di Nong Chik, tempat dua anggota pemisah ditembak mati.
Di Rusoh, daerah di Narathiwat, sukarelawan pertahanan Doloh Waesu cedera dalam satu letupan bom.

Kejadian berlaku ketika dia meronda kawasan itu bersama lima yang lain.
Ketua peronda yang juga ketua Kampung Ban Bluka, Royalee Musor berkata, Doloh terlanggar wayar yang diikat pada sebutir bom, menyebabkan bahan letupan itu meletup. - Agensi


Tasek Gelugor: Walaupun sudah berusia 22 tahun, Mohd Firdaus Che Omar, masih memerlukan penjagaan seperti bayi termasuk diberikan susu botol dan dipakaikan lampin berikutan menderita penyakit kepala berair sejak lahir.
Bapanya, Che Omar Ismail, 52, yang tinggal di Jalan Besar di sini, berkata, Mohd Firdaus juga belum memiliki MyKad berikutan usaha mereka membuat permohonan kerap terbantut.

Ia berikutan penyakit dihidapi Mohd Firdaus menyebabkan dia sukar bergerak dan lebih selesa menghabiskan masa dengan terlantar di atas tilam di rumah.
"Penyakit anak saya ini sudah dirujuk ke hospital dan dia sudah empat kali menjalani pembedahan, namun keadaannya tetap tidak berubah.

"Kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri, ia turut menyukarkan kami untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan bagi membiayai keperluan harian Mohd Firdaus dari agensi berkaitan," katanya.


NEW DELHI: Seorang doktor yang melakukan lebih 50,000 pembedahan pemandulan ditahan kerana didakwa menyebabkan kematian akibat cuai.

Doktor yang pernah menerima anugerah kira-kira 10 tahun lalu itu didakwa menyebabkan kematian pesakitnya kerana menggunakan peralatan kotor dan berkarat.

Pembedahan berkenaan dilakukan dalam bilik kotor di hospital swasta yang tidak digunakan di perkampungan Pandari, wilayah Chhattisgarh.




Baru-baru ini, Dr R K Gupta dikatakan melakukan pembedahan pemandulan 83 wanita dalam tempoh kurang tiga jam sehingga mengakibatkan beberapa kematian.

Sekurang-kurangnya 14 wanita maut setakat ini, manakala puluhan lain masih mendapat rawatan, termasuk dalam keadaan  kritikal.

Bagaimanapun, doktor itu menafikan dia cuai dan kerajaan yang patut bertanggungjawab atas kejadian itu kerana peralatan dan ubat dibekalkan kerajaan untuk prosedur berkenaan adalah punca tragedi itu.

Malahan, dia juga membidas kerajaan supaya mengawal jumlah pesakit yang datang ke ‘kem’ perancang keluarga yang dikendalikannya.

“Pentadbiran kerajaan sepatutnya menetapkan bilangan wanita yang boleh melalui prosedur ini.

“Jika mereka beri saya 83 orang, saya perlu melakukan pembedahan ke atas mereka dan saya pasti dicemuh jika menolak,” katanya.

Doktor itu juga mendakwa pekerja kesihatan memberi antibiotik dan ubat penahan sakit kepada semua pesakit selepas pembedahan. - Reuters

KONIN,POLAND: Pihak Hospital Konin telah di kejutkan dengan kehadiran sorang lelaki dengan kayu sepanjang 15 inci terpacak dimuka menembusi belakang lehernya.

Beliau telah menceritakan kepada staff hospital yang kejadian itu berlaku semasa beliau sedang melakukan penambahbaikan rumahnya dan tiba-tiba beliau tidak sedar bagaimana beliau jatuh dan terus mukannya terkena kayu tajam tersebut, cerita mangsa kepada Central European News.

Semasa rawatan untuk mengetahui tahap kecederaan tersebut, doktor telah menghadapi kesulitan apabila mangsa tidak lepas untuk memasuki mesin X-Ray kerana kayu tersebut agak panjang.

Selepas tidak dapat berbuat apa-apa pihak hospital telah menghubungi pihak bomba datang untuk menolong membuang kayu pada kepala mangsa dan mangsa telah di pindahkan ke hospital Poznan dengan kemudahan lebih lengkap.



Menurut jurucakap jabatan bomba Sebastian Andrzejewski,"Kami mendapat panggilan meminta kami untuk membantu mengeluarkan kayu dari muka manusia,"

"Ketika kami tiba, kami telah berusaha dengan agak teliti selepas cucukkan kayu tersebut telah terjadi di tempat ayng sukar untuk di keluarkan dan kami perlu berhati-hati bagi mengelak kerosakan yang lebih teruk terjadi pada muka mangsa" katanya lagi.

Doktor dan pihak bomba berjaya mengeluarkan kayu tersebut tanpa sebarang kompliasi

"Kami dapat mengeluarkannya dan lelaki itu kini semakin pulih," kata jurucakap hospital. "Ia adalah satu keajaiban kerana tidak mengenai mata atau menyebabkan kerosakan yang serius."


KUALA LUMPUR:  Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu  masih lagi baharu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.

"Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.

"Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya," katanya kepada mStar Online.

Erra ditemui pada majlis pelancaran teater Takhta 3 Ratu di Bora Ombak di sini pada Rabu. 



Pelakon Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut hadir pada majlis tersebut.

Terdahulu Erra pernah berlahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan  bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.



Sebelum itu pernah Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, mengenai Takhta 3 Ratu, ia merupakan projek teater yang menggabungkan tiga produksi iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd, Erra Fazira Entertainment dan Awie Entertainment.

Kata Erra, ia merupakan sebuah pementasan yang berat dan berkos  di mana ia memerlukan beberapa penggabungan beberapa syarikat agar teater tersebut mendapat hasil yang berkualiti.

"Selepas diberi slot untuk menerbitkan sebuah pementasan teater di Istana Budaya, pengarahnya, Erma Fatima terus merancang untuk menghasilkan judul ini.

"Ia juga sebuah pelaburan yang berisiko tinggi kerana pemeñtasan berkonsepkan sejarah Melayu sukar untuk menarik perhatian masyarakat. Apatah lagi ia akan berlangsung pada Disember ini di mana ketika itu ibu bapa sibuk berjimat duit untuk persiapan sekolah anak.

"Tetapi saya percaya dengan gabungan pelakon yang mantap serta skrip yang bagus akan menarik perhatian orang ramai untuk hadir menyaksikan teater ini," ujarnya.

Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar)  terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.

Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terduduk apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.

Takhta 3 Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya.

Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com. Mstar

Guangzhou: Apabila seorang lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya membeli-belah dalam talian sempena ‘Hari Single’ ( 11 November), dia merajuk dan enggan pulang ke rumah.

Dalam keadaan mabuk selepas minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur dan akhirnya menemui paip konkrit.
Dia turut menemui orang-orang yang dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk mengurangkan kesejukan.

Keesokannya, seorang pekerja binaan yang melakukan tinjaun di kawasan itu, terkejut melihat lelaki itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yang dipakaikan pakaian wanita.
Dia mengejutkan lelaki itu selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya apa yang terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ.

Lelaki berkenaan berkata, dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10,000 yuan (RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.
Lelaki itu bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan dan selepas mengetahui gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah.
Dengan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan teman sepanjang malam itu.

Dia memberitahu pekerja binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya.” - Agensi



Ampang: Seorang penuntut kolej swasta maut manakala tiga pemandu kereta parah selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah lori tanah di persimpangan Jalan Ampang-Hulu Langat menghala Jalan Taman Putra di sini, hari ini.

Kejadian jam 11 pagi itu berlaku selepas lori tanah berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika menuruni laluan curam dari Jalan Hulu Langat.
Jurucakap polis trafik berkata, lori itu kemudiannya merempuh penuntut berusia 20-an itu yang menunggang motosikal sebelum merempuh tiga lagi kereta yang berhenti di persimpangan berkenaan.

Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala kerana terperosok di bawah lori manakala tiga pemandu kereta yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati brek lori berkenaan tidak berfungsi menyebabkan pemandu gagal memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat. Hmetro


Beaufort: Beberapa kampung sekitar daerah ini mula banjir apabila air Sungai Padas mula melimpah ke kawasan rendah.

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman, berkata paras air Sungai Padas mencatat paras sehingga 8.92 meter, pada kira-kira 10 malam tadi.

"Jika paras sungai mencecah 9.10 meter, penduduk akan segera dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Pusat kawalan operasi bencana alam daerah Beaufort juga sudah dibuka dan penduduk boleh menghubungi 087-211 146 untuk bantuan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, antara kawasan dinaiki air, termasuk Kampung Bakalau dan kampung sekitarnya.

Pada Februari tahun ini, lebih 2,000 penduduk daripada 80 kampung dipindahkan berikutan hujan lebat berterusan sepanjang empat hari.

Banjir disifatkan terburuk di daerah itu menyebabkan 138 penduduk daripada 40 keluarga dari Kampung Batu 60 hingga Batu 63 berpindah ke atas bukit berhampiran. Hmetro


Geneva: Jam Henry Graves Supercomplication semalam dijual dalam bidaan dengan harga menakjubkan- £13.4 juta (RM71 juta).

Hasil rekaan Patek Philippe itu adalah jam tangan buatan tangan paling kompleks pernah dicipta dengan anggaran harga £10 juta (RM52 juta).

Pengumpul jam tangan mewah berebut-rebut membida untuk memiliki jam tangan berkenaan selepas tawaran awal sebanyak £5.85 juta dibuat.

Keadaan juga menjadi tegang apabila harga dibida meningkat kepada £11.7 juta (RM62 juta) sebelum akhirnya dijual pada harga RM71 juta-rekod dunia baru bagi Sotheby's diiringi tepukan gemuruh semua orang.

Jika termasuk dengan kos bidaan, pembelinya yang hanya dikenal pasti sebagai 'lelaki bertali leher merah' membayar keseluruhan £15.1 juta (RM80 juta).


Seremban: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah dipercayai dicampak dari tingkat dua Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya, Senawang, dekat sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang juga kanak-kanak prasekolah di sekolah itu patah tangan kiri dan kaki kanan serta cedera pada tulang punggung sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, untuk rawatan.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa dikatakan naik ke tingkat dua untuk mencari ibunya yang juga guru di sekolah berkenaan.

"Namun, mangsa terserempak dengan seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang agresif dan berbadan besar. Murid itu dipercayai bertindak mengangkat mangsa lalu mencampaknya ke bawah bangunan.

"Kejadian terbabit turut disedari beberapa murid lain yang kebetulan berada di tingkat sama. Bagaimanapun, tindakan itu tidak sempat dihalang menyebabkan mangsa parah dicampak," katanya ketika dihubungi, semalam. Hmetro