Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Apa yang di tulis ini tidak ada niat untuk memburukkan sesiapa cuma perkongsian untuk kebaikan semua.
Makanan yang anda perlu jauhi
Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser yang terjadi di dalam rahim yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser yang bahaya.
Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
Panadol atau Paracetamol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, berubat sebelum sakit bukan berubat selepas sakit
Informasi

Ibu kepada mangsa, Hayati Ismail, 41, berkata, anaknya, Muaz Saedin, 7, kini cedera parah di kedua-dua belah paha akibat dilenyek tayar bas sekolah yang terbabit.
Menurut Hayati lagi, ketika dia pergi ke sekolah untuk mengambil anaknya, dia merasakan ada yang tidak kena setelah melihat orang ramai yang berada disitu dalam keadaan cemas.
"Seorang daripada mereka menghampiri saya dan memaklumkan Muaz terbabit kemalangan dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh guru," katanya memetik berita dariHarian Metro.
Dalam sekitar jam 9 malam, doktor memaklumkan anaknya akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan yang dialami agak serius.
Isu Semasa

New York: Seorang moyang menyambut ulang tahun ke-100 dengan cara lain daripada yang lain-menggunakan payung terjun.
Eleanor Cunningham, 100, dari Howes Cave, New York, yang melakukan terjunan itu Sabtu lalu mencium cicit perempuannya berusia tujuh bulan sebelum menyiapkan diri untuk acara itu.
Percaya atau tidak, ini sebenarnya bukan kali pertama dia melakukannya malah warga emas lincah itu sebenarnya menggemari sukan itu yang pertama kali dicubanya pada usia 90 tahun.
Bagaimanapun, terjunannya Sabtu lalu dilakukan bersama jurulatih Dean McDonald yang mengakui Eleanor rakan terjunan paling tua pernah dibawanya.
Malah doktornya juga tidak menghalang perancangannya kerana menganggap dia masih kuat dan mampu melakukannya.
Global

Sibu: Empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau di sebuah restoran di Sibu Jaya petang Sabtu lalu difahamkan keluar dari rumah tanpa kebenaran, bukannya dihalau ibu bapa angkat mereka sebagaimana yang tersebar dan menjadi viral di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.
Katanya, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah sebelum wanita berkenaan keluar, tetapi sebaik pulang mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji dipecahkan.
"Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.
"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya.
Hmetro
Isu Panas

Ipoh: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman menggemparkan anggota di Balai Polis Manjoi di sini selepas secara tiba-tiba memasuki perkarangan balai sebelum menghayun parang kepada salah seorang anggota wanita dan menjerit meminta supaya diberikan sepucuk pistol.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, lelaki berusia 42 tahun yang juga bekas guru itu dikatakan mengamuk dan mengugut seorang anggota polis wanita yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan sambil memegang parang panjang.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek yang memegang parang sepanjang 0.6 meter bertindak menghayun senjata itu ke arah anggota wanita terbabit.
Katanya, empat anggota peronda MPV kemudiannya bertindak mengepung balai berkenaan sebelum suspek membuang parang yang dipegangnya selepas dipujuk salah seorang anggota.
Menurutnya, selepas suspek melepaskan parang dipegangnya, polis kemudiannya terus menangkapnya walaupun berlaku sedikit pergelutan.
Sum berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek adalah bekas guru sekolah menengah berhampiran dan sudah mengambil cuti tanpa gaji selama setahun kerana disyaki menghadapi masalah mental.
Lelaki berkenaan sudah bercerai dengan isterinya sejak dua minggu lalu dan mempunyai empat orang anak.
Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
Suspek kini direman dan dihantar untuk pemeriksnak doktor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh, katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8020#sthash.CLCl3vB4.dpuf
Isu Semasa

Baling: “Ketika hendak membuka dapur gas ia tiba-tiba meletup sehingga api menyambar dinding rumah.
“Saya bergegas lari ke ruang tamu dan keluar meminta bantuan. Bagaimanapun api marak dengan cepat menyebabkan semua barangan tidak sempat diselamatkan,” kata Habsah Man.
Habsah, 70, dari Kampung Belakang Pekan Kuala Pegang, di sini, berkata, kejadian jam 11.45 pagi itu apabila dia hendak memasak hidangan tengah hari untuk dua cucunya, Mohd Zaim Zamri, 10, dan adiknya, Zamzati, 8, tetapi tidak sempat berbuat demikian.
“Kebiasaan kedua-dua cucu saya akan makan selepas pulang dari sekolah.
“Selepas menyediakan lauk untuk dimasak saya kemudian membuka dapur gas terkejut apabila ia tiba-tiba meletup dan terbakar.
“Saya tergamam kerana tidak sempat selamatkan barang berharga.
“Apapun saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Anak mangsa, Zamri Yaakob, 48, berkata, ketika kejadian itu, dia berada di tempat kerja.
“Saya menerima panggilan telefon daripada jiran mengenai kejadian itu dan bergegas pulang kerana bimbang ibu yang tidak sihat,” katanya,” katanya yang juga Pengerusi Biro Bencana Alam UMNO Bahagian Baling.
Zamri berkata, kebiasaannya dia membantu mereka yang ditimpa musibah, tetapi kali ini Allah mengujinya dan menerima dengan sabar.
“Saya reda apa yang berlaku kerana semua yang terjadi kehendak Allah,” katanya.
Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.10 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian dengan dua buah kenderaan dari Baling dan Sik.
“Api dapat dikawal dalam masa 20 minit daripada merebak ke rumah penduduk yang lain.
“Seramai 18 anggota termasuk pegawai dan anggota sukarela membantu memadam kebakaran itu,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8247#sthash.WSlEdJwr.dpuf
Isu Semasa

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mayat Mohd Azhar Abdul Halim, 44, ditemui pemilik lembu dalam keadaan tanpa pakaian bersama seekor lembu yang sudah mati dalam kandang berkenaan.
Pemilik lembu terbabit, Mohamad Husin, 61, berkata, dia bersama seorang rakan mencari lembunya yang hilang, kemudian ditemui mati itu tidak jauh dari kandang tersebut sejak awal pagi.
"Kami cari di tempat biasa lembu ini ditambat tetapi tidak ada, kemudian saya cuba cari di kawasan lain dan ketika melalui kandang, saya ternampak ada lembu mati dan mayat mangsa.
"Saya terus panggil rakan untuk lihat sendiri kejadian sebelum buat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.
Sementara itu, adik mangsa, Mohd Abdul Halim, 30, memberitahu, abangnya menghidap beberapa penyakit seperti jantung, paru-paru berair dan asma serta pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini.
"Saya dapat tahu dia meninggal dunia dalam kandang lembu selepas dimaklumkan seorang jiran. Arwah tidak ada di rumah sejak jam 10 malam semalam dan isterinya cuba cari dengan menghubungi rakan arwah tapi gagal," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. - SinarharianONLINE
Isu Semasa



Lelaki tersebut, yang telah menggunakan duit simpanannya yang bernilai dua tahun, menyusun kesemua 99 buah iPhone baru itu menjadi sebentuk hati ditengah-tengah tempat parking ketika waktu rehat.
Rakan sekerja wanitanya, yang diminati oleh lelaki terbabit , tiba di tempat tersebut setelah dipujuk dan ditekan dari rakan sekerja yang lain, tetapi tidak memberi sebarang respons luahan cinta lelaki itu lagi.
Pelbagai

New York - Seorang lelaki mabuk disini telah menaiki kereta api dan yang membuatkan dia lain dari lelaki mabuk yang lain adalah, dia dalam keadaan berbogel ketika menaiki keretapi terbabit.
Dia menaiki keretapi tersebut dengan hanya memakai kasut dan stokin sahaja.
Perlakuannya itu telah menyebabkan penumpang lain terkejut dan menjauhkan diri dari lelaki tersebut kerana dikhuatiri dia akan bertindak ganas.
Gambar lelaki berkenaan dalam keadaan bogel di atas keretapi telah dirakam oleh seorang editor majalah fesyen Daily Front Row, Peter Davis. Davis bertindak memuatnaik gambar berkenaan ke dalam akaun Twitter, Facebook dan Instagramnya.
“ Lelaki tersebut berada di dalam keretapi sekurang-kurangnya enam stesen dan ketika itu terdapat kira-kira 30 penumpang lain,’’ katanya Davis. -
Global

Video tersebut dikeluarkan oleh peguam yang mewakili Feuerstein yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pegawai yang melakukan perbuatan itu terhadapnya.Kejadian itu bermula apabila wanita itu ditahan pihak polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Melalui rakaman itu, Feuerstein yang pada mulanya berada di dalam lokap itu dibawa keluar selepas itu pegawai tersebut dilihat menarik wanita itu masuk semula ke dalam lokap sebelum menolaknya kuat sehingga tersembam ke bangku konkrit itu.

Selepas terhantuk ke dinding Feuerstein dilihat tersembam dengan darah di atas lantai sebelum beberapa pihak polis memberi bantuan perubatan ke atasnya.Menurut peguamnya, wanita itu mengaku bersalah atas kesalahan alkoholnya, namun kini menfailkan pula dakwaan ke atas pegawai yang mendatangkan kecederaan terhadapnya.
Wanita itu, Cassandra Feuerstein, 47, mengalami keretakan tulang di bahagian muka dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memperbetulkan semula struktur tersebut. Menurut doktor, tulang mukanya tidak dapt diperbetulkan dan perlu diganti dengan plate titanium.
Global
.jpg)
Satu wabak misteri mula menyerang kampung itu dan merebak ke kampung berdekatan termasuk Kampung Bukit Pelanduk.
Kawasan dihuni masyarakat majmuk yang hidup penuh harmoni itu kini diselubungi panik, kekecohan dan bunyi tangisan penduduk yang meratapi kematian ahli keluarga dan jiran mereka setiap hari.
“Mereka genggam tangan saya dan kata ‘Manikam, saya pasti mati’. Memang sedih. Satu hospital penuh orang kita.”
Ketua Kampung Bukit Pelanduk, Manikam Nagamalay ditemui Sinar Harian baru-baru ini menceritakan semula detik itu.
Walaupun sudah 15 tahun berlalu, wabak virus Nipah masih segar dalam ingatan penduduk kampung terlibat.
Manikam yang baru dua tahun menjadi ketua kampung waktu itu menyifatkannya sejarah terburuk dalam hidup.
“Sekarang pun boleh menangis, macam terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata akhir diucapkan penduduk kampung semasa saya melawat di hospital,” kata Manikam.
Manikam berkata, kebanyakan penduduk mulanya mengalami sakit kepala, kemudian merebak ke belakang leher sebelum demam dan meninggal dunia, hanya dalam tiga atau empat hari.
Pegawai Kementerian Kesihatan kemudian datang ke kampung itu untuk menyembur ubat nyamuk bagi menghentikan penyebaran virus yang disangka JE itu.
“Tak cukup alat sembur (dibawa kerajaan), kami beli sendiri. Ada pemilik kandang khinzir beli ubat lebih mahal supaya lebih berkesan. Nyamuk semua mati. Tetapi lepas itu, khinzir semua masih sakit dan mula mati,” katanya.
Katanya, seluruh kampung mula panik.
“Kami tak tahu apa nak buat, ke mana nak pergi. Kedai semua tutup,” katanya.
Menurutnya, kerajaan juga memberi suntikan vaksin JE kepada penduduk.
“Selepas setengah bulan kejadian bermula, ada media antarabangsa datang buat liputan, mereka kata virus ini boleh kena semua orang, semua akan mati kalau tak keluar dari kampung ini,” katanya.
Sejurus amaran itu sampai ke telinga penduduk kampung, kebanyakan mereka terus berpindah keluar.
Katanya, terdapat 42 keluarga ditempatkan di Hospital Port Dickson (kini dikenali sebagai Klinik Kesihatan Port Dickson) sebagai pusat perlindungan sementara manakala penduduk lain berpindah ke rumah sanak saudara di negeri atau daerah berbeza.
Manikam yang turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semasa krisis itu terpaksa tidur dalam kereta selama sebulan di pekarangan Hospital Port Dickson kerana perlu bersedia untuk membawa penduduk ke Hospital Seremban menggunakan keretanya sendiri jika mereka mula jatuh sakit.
Katanya, selepas semburan ubat nyamuk tidak berkesan, askar mula masuk ke kampung itu untuk menghapuskan ratusan ribu khinzir.
“Semua khinzir di kampung ini ditembak mati oleh tentera dan ditanam dalam lubang besar yang dikorek berdekatan setiap kandang. Tapi tak dapat tembak semua khinzir kerana terlalu banyak. Ada yang mati dalam kandang sebab tak dapat makanan atau sakit,” ceritanya.
Menurutnya, selepas lebih tiga bulan kampung itu sunyi tanpa penghuni, penduduk mula kembali namun dengan hati yang tidak tenang kerana takut virus itu kembali.
“Hari pertama saya kembali ke kampung ini, saya terkejut tengok ada seekor khinzir sedang merayau di tengah jalan. Saya cepat-cepat panggil askar untuk tembak khinzir itu,” katanya.
Menurutnya, sepanjang krisis itu, penduduk mendapat bantuan daripada kerajaan serta banyak pertubuhan lain.
Namun, bagi Manikam, pertolongan terbesar yang diterima penduduk kampung itu adalah daripada Tuhan.
“Masa itu musim panas luar biasa, lebih kurang enam bulan tak ada hujan, selalunya tidak begitu. Memang Tuhan tolong kita. Kalau hujan semasa wabak itu berlaku, mungkin kampung ini tidak dapat dimasuki semula sampai bila-bila kerana air yang mengalir daripada lubang di mana khinzir ditanam akan cemarkan segala-galanya,” katanya.
Wabak itu mengubah sama sekali kehidupan di kampung tersebut.
Menurut Manikam, disebabkan kerajaan menghalang penternakan khinzir di kawasan itu, penduduk bertukar kepada penanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing serta keluar mencari kerja di tempat lain.
“Kalau boleh nak lupa terus, tak mahu ingat lagi,” katanya apabila ditanya sama ada penduduk kampungnya masih bercakap mengenai virus Nipah. - Sinar Harian
Isu Panas

Pelajar tahun enam yang baru mengenali suspek berumur 27 tahun tak sampai 24 jam telah menjemput lelaki itu bertemu dengannya di kampung mangsa di Beruas kira-kira jam 12 tengah malam.
Tindakan berani itu menyebabkan mangsa dirogol kenalan baharunya dalam sebuah kereta di tepi pantai.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, mangsa dikatakan telah keluar bersama rakan baharunya itu dengan menaiki kereta jenis Proton Wira milik suspek, kononnya untuk bersiar-siar.
Bagaimanapun, menurutnya, suspek berusia 27 tahun itu berjaya diberkas anggota Balai Polis Pantai Remis beberapa jam kemudian.
“Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai juru pendawaian di Selangor itu mendakwa mengenali mangsa melalui WeChat pada hari sebelumnya.
“Mengikut pengaduan mangsa, lelaki itu merogolnya di dalam kereta yang diberhentikan di tepi pantai di Pantai Remis sebelum menghantar pulang mangsa ke rumah keluarganya,” katanya.
Tengku Mohd Zailan berkata, suspek yang juga berasal dari Pantai Remis direman selama tujuh hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol.
“Mengikut seksyen berkenaan, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah,” katanya. - Sinar Harian
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments