Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



TOKYO – Satu klip video yang memaparkan seorang wanita bersama seekor beruang kutub berjalan dan melintas sebatang jalan yang sibuk di bandar ini mencetuskan persoalan kepada orang ramai di Jepun.

Video berkenaan yang dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini mencetuskan perdebatan sama ada haiwan ganas berkenaan adalah benar atau palsu serta tujuan video berkenaan dimuat naik.

Beberapa pengguna laman sosial berpendapatan haiwan itu bukan beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak menghiraukan orang ramai yang berdekatan.

Banyak pengguna percaya video berkenaan merupakan satu promosi untuk satu persembahan oleh satu kumpulan dari Rusia yang dikenali sebagai Lalsh.

Dapatkan Toyota Pilihan Anda Dengan Lebih Kepuasan

“Mustahil haiwan itu adalah beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak berinteraksi dengan orang ramai di sekelilingnya,” kata seorang pengguna Facebook. – Agensi


LONDON (Reuters) - Seorang pemburu harta karun telah berjaya menemui emas dan juga perak yang dipercayai milik Viking yang sudah berusia 1,000 tahun. Penemuan di Scotland itu telah diakui oleh pakar sebagai salah satu penemuan yang paling penting di negara itu.

Derek McLennan, seorang ahli perniagaan yang telah bersara, menemui 100 barangan dalam di Dumfriesshire, barat daya Scotland, pada bulan September lepas.

Antara objek yang dijumpai adalah sebatang salib yang diperbuat daripada perak dipercayai dibuat pada abad ke-9 atau ke-10, sebuah bekas perak yang berasal dari barat eropah dan juga beberapa objek emas yang lain


KUALA LUMPUR, Okt 13 — Sebuah laporan dari sebuah akhbar tempatan Singapura yang memetik laporan dari Demographia, kumpulan penyelidik pembangunan yang berpengkalan di US, harga rumah kediaman di Malaysia dikatakan lebih mahal jika dibandingkan dengan rumah kediaman di Singapura, Jepun dan US.

Melalui TheMalayMailOnline, laporan dari Demographia itu telah dipetik oleh akhbar tempatan Singapura itu bertujuan untuk menunjukkan ramai rakyat Malaysia masih terumbang ambing dalam isu pembelian rumah walaupun ada percubaan dari kerajaan untuk membantu mereka membeli rumah pertama.

Menurut laporan dari akhbar Singapura itu, Demographia melabelkan rumah sebagai 'sangat mahal' jika harganya 5.1x lebih mahal dari 'median annual income' (pendapatan tahunan golongan pertengahan)..



Laporan akhbar itu juga menyebut, harga rumah di Malaysia diletakkan pada paras 5.5x  manakala di Singapura pula pada paras 5.1x. Di US dan Jepun pula, Demographia melabelkan harga rumah disana sebagai 'sederhana mahal'. 


Ini bermakna, jika diambil pada statistik yang dikeluarkan pada baru-baru ini, pendapatan tahunan bagi golongan pertengahan adalah RM60,000 (RM5,000 x 12 bulan).

Jika di darabkan dengan paras yang diletakkan (5.5x), harga rumah yang diambil kira di dalam laporan berkenaan adalah RM330,000 (5.5 x RM60,000).

Rasanya harga rumah kat Malaysia ni terutamanya kat Kuala Lumpur ni lagi mahal

Paras 5.5x yang diletakkan kepada Malaysia tiada dalam laporan Demographia, tetapi mungkin dikira sendiri oleh akhbar Singapura itu menggunakan formula yang sama digunakan oleh Demographia. 

Seorang perempuan di Guangxi telah berlari bogel di jalan raya di Chongzuo malam semalam sebagai syarat untuk memenangi sebuah iPhone 6 dari rakan yang membuat pertaruhan dengannya.


Gambar ini telah menjadi viral dan menimbulkan pelbagai reaksi dari netizens. Ada yang mempersoalkan sifat keduniawian perempuan itu sehinggakan sanggup menjatuhkan maruahnya dan ada juga yang mengatakan ianya adalah win-win situation dimana perempuan itu mendapatan telefon dan orang ramai mendapat 'free show'.


Kuching : Seorang gadis dari Baram telah dirogol dari 'rakan' barunya yang dikenali melalui aplikasi WeChat pada 'first date' mereka.

Memetik laporan dari The Borneo Post, kejadian berlaku di dalam sebuah kereta di Jalan Astana, Kuching lebih kurang jam 11 malam semalam.

"Pada mulanya, suspek hanya meminta mangsa untuk menemaninya berjalan-jalan tapi suspek mengambil mangsa ke Jalan Astana. Kemudian, suspek membuka seluarnya dan merogol mangsa di bahagian tempat duduk belakang kereta", lapor TheBorneoPost.

Mengikut laporan juga, selepas kejadian, mangsa dihantar balik kerumahnya.


Edinburgh, 14 Okt -  Daniella Liverani, 24, dari Edinburgh yang menganggap hidungnya yang mengalami pendarahan selama berminggu-minggu adalah  berdarah kerana kemalangan motosikal terkejut besar apabila mendapati sebab sebenar hidungnya berdarah adalah kerana seekor lintah yang berumah di dalam hidungnya.

"Ketika saya sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah saya dan saya boleh melihat ianya melekat pada hujung hidung saya", kata Liverani.

"Jadi ketika menyedari kejadian pada Khamis lepas, saya keluar dari tempat mandi untuk melihat dengan jarak dekat di cermin dan saya ternampak bentuk seperti cacing. Barulah saya sedar ianya adalah seekor binatang!", sambung Liveranni yang sebelum ini menyangka objek hitam itu adalah darah beku di dalam hidungnya.

Setelah ke hospital, objek tersebut, seekor lintah sepanjang tiga inci, dikeluarkan dari hidung Leverani oleh staf di hospital.

Menurut doktor, lintah itu sudah berada selama satu bulan di dalam tempat persembunyiannya itu. Lebih teruk, jika Liveranni tidak membuat pemeriksaan kesihatan, lintah itu mungkin boleh masuk ke dalam otaknya.

Liverani percaya lintah itu masuk kedalam hidungnya ketika dia berada di Vietnam atau Cambodia. Seorang pakar lintah memberitahu lintah itu mungkin masuk kedalam hidung Liveranni ketika dia sedang berenang atau minum air 


PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 38, membuat satu laporan polis selepas diugut bunuh oleh pengikut di Instagram milik bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, menerusi satu status yang dimuat naik Jumaat lalu.

Laporan yang dibuat di Balai Polis, Jalan Tun Razak dekat sini pada Sabtu lalu itu antara lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah menimbulkan ketakutan Rita berhubung status ugutan bunuh.

“Pemilik akaun itu mengugut untuk membunuh saya selepas Aidil memuat naik resit pindahan wang nafkah anak-anak kami yang dilakukannya dengan kapsyen bertujuan menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya.

“Jadi… saya perlu melakukan seusatu kerana bimbang dengan ugutan berkenaan selain untuk menjaga keselamatan diri,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi sosial WhatsApp di sini pada Ahad.



Berdasarkan laporan polis berkenaan, pemilik akaun itu antara lain telah menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.

Ini adalah bukti Rita membalas mesej-mesej kiriman Aidil dan Rita terkejut bagaimana bekas suaminya itu mengatakan sebaliknya.
Status berkaitan bunuh itu terus dipanjangkan apabila pemilik akaun tersebut menasihati Aidil agar pada masa depan merancang dapat membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk hidup.

Rita berkata, status paparan skrin yang dimuant naik Aidil itu berjaya meracuni pengikut Instagramnya untuk membenci Rita selain ia satu penghinaan kepada seorang wanita yang telah melahirkan dua orang anak hasil perkahwinan mereka yang sah.

Dalam pada itu diminta komennya mengenai paparan skrin resit pembayaran nafkah berjumlah RM2,000 itu Rita berkata, selama ini dia tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak sebaliknya kegagalan Aidil berhubung hak sebagai seorang suami kepada isteri semasa mereka belum bercerai.

“Saya sangat kesal dengan tindakan Aidil sehingga boleh membiarkan nyawa saya diancam hanya kerana saya menuntut hak saya sebagai isteri yang tidak diberikan oleh Aidil.

“Saya juga tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak-anak tetapi apakah ia cukup dengan mengirimkan wang sahaja bagi menyatakan kesempurnaan tanggung jawab seorang bapa tanpa menjenguk anak-anaknya?” soal Rita.

Mengenai status papran skrin berasingan Aidil dalam Instagram yang mendakwa Rita tidak menjawab mesej yang dikirimkannya untuk mengetahui perkembangan anak, wanita ini turut mendedahkan ia adalah tuduhan tidak benar.

Sambil memberikan bukti paparan skrin mesej perbualan mereka Rita berkata, seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu dia ada mengirim mesej kepada Aidil yang berjanji untuk bertemu anak mereka tetapi pemuda berkenaan gagal berbuat demikian.

“Dia tiada kesungguhan. Sebab itu saya malas untuk melayan mesejnya apatah lagi saya pernah mendapat mesej ‘jangan gatal’ seoalah-oleh ada pihak yang menganggap saya mahu mengganggu rumah tangga yang baru dibina Adil.

“Saya juga pernah membalas mesej-mesejnya mengenai anak tetapi saya terkejut kenapa dia masih menganggap tidak menerima sebarang balasan daripada saya,” ujar Rita.

Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu. – mStar Online


PETALING JAYA: Penyanyi Datin Alyah tidak mengetahui siapakah individu yang menyebarkan cerita kononnya dia kini sedang hamil anak pertama bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 33,  berkata, dia hanya mengetahui perkara berkenaan melalui sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

"Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya.

"Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar," katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Menerusi laporan berkenaan, Alyah dikatakan berkunjung ke sebuah klinik kesihatan dan seorang individu yang turut berada di tempat sama terdengar penyanyi itu berbual mengenai kehamilan.

Dalam pada itu, Alyah tidak menafikan ada berkunjung ke klinik berkenaan bersama seorang temannya tetapi tidak berbual mengenai hal-hal kehamilan seperti yang dilaporkan.

Jelas Alyah, semasa berada di ruang menunggu hanya sepasang suami isteri turut berada di dalam klinik berkenaan dan dia pelik dengan tuduhan yang dibuat terhadapnya itu.

"Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu," katanya.

Alyah dan Ramli bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu. Mstar

KUALA LUMPUR – Akibat tidak puas hati dengan pertengkaran yang berlaku di laman sosial, seorang pelajar nekad membakar sebuah kelas dan menconteng bilik darjah serta koridor dengan perkataan kesat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa di sini kelmarin.
Pelajar yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut dipercayai seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang menyimpan perasaan dendam terhadap sekumpulan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.
Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Nabila berkata, kata-kata kesat yang diconteng di koridor kelasnya menyasarkan kepada pelajar-pelajar tertentu.


Kosmo


KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah di China menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota kumpulan agama ajaran sesat kerana memukul seorang wanita sehingga mati di sebuah restoran makanan segera,  McDonald di Shandong, China.

Perbuatan dua anggota tersebut dilaporkan dibuat selepas wanita berkenaan dikatakan enggan menyertai kumpulan tersebut.

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan secara online oleh Mahkamah Perantaraan Rakyat Yantai di Shandong, tertuduh Zhang Fan dan Zhang Lidong telah didapati bersalah kerana membunuh dengan sengaja dan  ‘menggunakan kumpulan ajaran sesat untuk melaksanakan pembunuhan kejam dan melanggar undang-undang’.

Setakat ini, tiada maklumat sama ada tertuduh akan merayu hukuman tersebut.

Sementara itu, defendan ketiga, Lu Yingchun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup manakala dua yang lain iaitu Hang Zhang dan Zhang Qiao masing-masing dijatuhi hukuman 10 dan tujuh tahun.

Mahkamah berkata, kelima-lima pesalah tersebut yang merupakan anggota ajaran sesat agama Kristian yang digelar Quannengshen telah menyerang wanita dari keluarga Wu, pada Mei selepas dia enggan memberi nombor telefonnya kepada ahli kumpulan tersebut.

Quannengshen  yang membawa maksud ‘Gereja Tuhan Maha Esa’ percaya bahawa Jesus telah dijelmakan semula sebagai seorang wanita Cina dan menganggap Parti Komunis sebagai "Naga merah yang hebat".

Kumpulan Quannengshen telah diharamkan oleh kerajaanChina pada pertengahan tahun 1990-an.

Tidak lama selepas kejadian pada Mei itu, satu video telah tersebar secara online yang menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai Zhang Lidong yang kelihatan marah sambil menjerit "Celaka kamu, syaitan! Pergi ke neraka!", kemudian seorang wanita muncul dan menjerit "Bunuh dia! Pukul dia sampai mati!"

Rakaman selama tiga minit yang diambil melalui sebuah telefon pintar itu hanya menunjukkan sedikit apa yang telah terjadi kepada mangsa.

Namun saksi yang berada di tempat kejadian kelihatan berlari ke luar restoran dan dapat mendengar yang jeritan mangsa dari dalam restoran.

Zhang Lidong menggunakan mop untuk memukul kepala Wu dan defendan lain menendang badannya ke lantai restoran.

Terdahulu pada Jun, Zhang Lidong telah diarak secara langsung di kaca televisyen selepas mengaku melakukan jenayah tesebut. - Astro Awani


Status Berita : Palsu

Baru-baru ini, satu keping gambar yang menunjukkan beberapa orang kanak-kanak sedang menguli roti canai menggunakan kaki tersebar di internet. Gambar itu disertakan dengan keratan akhbar yang bertajuk "Kilang roti uli tepung guna kaki diarah tutup".

Gambar ini menjadi viral di aplikasi Whatsapp dan juga beberapa blog serta laman FB dan juga Twitter.




Sebenarnya, berita ini adalah palsu semata-mata, atau lebih tepat dikatakan, 'misleading'. Keratan akhbar itu merupakan keratan akhbar pada tahun 2013 dan gambar itu adalah gambar yang berasal dari India bukan Malaysia atau Pulau Pinang.


Kami tidak tahu pihak mana yang menyebarkan berita tidak sahih ini dan apa tujuan sebenar mereka. Tapi yang pasti, perniagaan roti canai di sekitar George Town mungkin boleh terjejas dengan penyebaran berita ini.

Diharap orang ramai tidak lagi menyebarkan berita ini kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah pula kepada kedai-kedai roti canai yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang.

Sempena #HariTypo1Malaysia hari ni, kami bawakan beberapa keratan gambar typo yang dilakukan oleh media arus perdana di Malaysia.

1 - Gembira Terima ...


2 - Kesian pokok getah



3 - No komen..


4 -  Yang ni bukan typo, salah terus.


5 - Mereka tidak bersalah...


6 -  Yang ni typo masa copy paste.



7 -  Jujurnya...


8 - Tau kt KJ ni mau mengamuk dia.



9 - TV2, kalau ye pon, cover-cover la sikit..


10 - Pilih... nak internet ke bini percuma


11 - PM baru Malaysia


12 - Bukan setakat turun pangkat, siap tukar bangsa lagihh



13 - Setinggi-tinggi tahinah juga dari kami..


Siakapkeli