Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

SEORANG tuan rumah yang terdesak bersedia menukar rumahnya dengan telefon pintar iPhone 6.
Lelaki itu yang menetap di Austria dan tidak pernah melawat rumah di Michigan City juga bersedia menyerahkan rumah dua tingkat dan tiga bilik itu kepada mereka yang sanggup memberinya iPad 32GB.
Dia membeli hartanah itu empat tahun lalu pada harga AS$40,000 (RM130,000) dengan harapan dapat meraih keuntungan jika dijual balik.
Tetapi dia gagal menjual semula rumah itu sejak mencubanya beberapa bulan lalu, termasuk dengan meletakkan harga serendah AS$3,000 (RM10,000) kerana kejatuhan nilai hartanah di kawasan berkenaan.
Cukai tanah terkumpul untuk rumah itu yang kosong sejak 2010 kini berjumlah AS$12,000 dan perlu dijelaskan oleh pemilik baru.
Ejen hartanah, Larry Else berkata, walaupun dilengkapi besmen dan garaj serta terletak tidak jauh dari bandar Detroit, rumah di kawasan berkenaan sukar dijual.
Menurut Else, ada pemilik rumah di kawasan itu juga yang gagal menjual rumahnya sanggup menukar hartanah itu dengan sebuah kereta Chevy keluaran 1994. – Agensi
Global

RABAT: Seorang pelancong British yang dihukum penjara selama empat bulan di sini kerana kecenderungan homoseksualnya telah kembali ke Britain pada Selasa.
Ray Cole, 70, ditahan di sebuah perhentian bas di Marrakech di sini bersama-sama seorang lelaki tempatan berusia 20-an.
Cole memberitahu para pemberita yang dia berasa lega selepas pesawat yang membawanya pulang selamat mendarat di London.
Cole dibebaskan tanpa menjalani hukuman penjara empat bulan itu selepas peguamnya berjaya membuat rayuan kepada kerajaan Magribi.
“Kami ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada kerajaan Magribi kerana menunjukkan belas kasihan mereka kepada Cole,” demikian menurut kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh keluarganya.
Bagaimanapun lelaki yang ditahan bersama-sama Cole masih lagi dipenjarakan.
Kedua-dua mereka telah menafikan melakukan hubungan intim tetapi imej yang ditemui di dalam telefon bimbit mereka menceritakan sebaliknya.
Itu yang menjadi punca mengapa mereka dipenjarakan.
Kedua-dua mereka mula berkawan menerusi laman Facebook, dan Cole ditahan dalam lawatan keduanya ke Magribi untuk bertemu rakannya itu.
Perbuatan homoseksual adalah menjadi satu kesalahan di Magribi dan boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun jika didapati bersalah.
Penahanan Cole telah mendapat perhatian dunia barat yang kini melancarkan kempen untuk pelancong memboikot Magribi. – mStar
Global
KARACHI – PAKISTAN. Pihak berkuasa Pakistan semalam mengesahkan kematian seramai 21 orang di kawasan kejiranan miskin di selatan negara itu adalah disebabkan oleh keracunan minuman keras buatan sendiri.
Menurut AFP, kejadian berlaku di wilayah Landhi dan Korangi selain kebanyakan mangsa adalah lelaki dewasa.
Difahamkan, kesemua mangsa meminum arak tersebut dalam satu majlis keraian.
Doktor di Hospital Jinnah, Seemi Jamali memaklumkan, pihaknya sedang berusaha merawat 22 lagi mangsa yang masih tidak sedarkan diri.
Jamali memberitahu, keadaan semua mangsa adalah serius.
Penjualan alkohol secara umum diharamkan di Pakistan, namun ramai yang menghasilkan sendiri minuman keras murah di rumah secara tersembunyi.
Pada Julai tahun lalu, sekurang-kurangnya 18 orang mati dan 18 lagi menderita komplikasi serius selepas meminum minuman keras bertoksik dalam dua buah acara keramaian di Bandar Faisalabad. – AFP
Global

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini, bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan semalam membayangkan bahawa Bajet 2015 adalah belanjawan 'pro-rakyat' dan meliputi pelbagai langkah mengurangkan beban kos hidup.
Antara lain, Bajet 2015 akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"BR1M akan diteruskan kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto. Ia adalah sebahagian daripada rasionalisasi subsidi.
"Dengan mengalihkan subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kami akan memperoleh nilai wang yang lebih baik," katanya.
Najib juga menegaskan mengenai pentingnya meneruskan langkah mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan bajet seimbang dicapai pada 2020.
Beliau menambah bahawa kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, yang meliputi pengurangan defisit kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus pada akhir 2015. - BH Online
Isu Semasa

Baru-baru ini, satu gambar yang menunjukkan keratan berita mengenai kenaikan tarif elektrik telah tersebar secara meluas terutamanya di aplikasi Whatsapp.
Setelah disiasat, ternyata gambar tersebut telah diedit oleh pihak-pihak tertentu menandakan khabar angin tersebut adalah palsu.
Perubahan yang dikesan pada gambar tersebut hanyalah pada tarikh dan gambar yang telah ditambah oleh pihak berkenaan bagi mengelirukan umum. Dengan meletakkan tarikh 5/10/2014, orang ramai mungkin terkeliru dengan menafsir tarif elektrik bakal naik mulai Januari 2015 walhal berita asal memberitahu kenaikan bermula pada Januari 2014.

Berita asal yang bertarikh pada Disember 2013 itu dipercayai diambil dari portal berita Malaysia Insider dan mula disebarkan pada minggu lalu. Petikan berita di dalam keratan gambar palsu itu juga langsung tidak diubah menguatkan lagi kepalsuan gambar tersebut.
Diharap agar orang ramai berhenti berkongsi khabar angin palsu ini kerana khuatir boleh menimbulkan fitnah. - SiakapKeli.com
Isu Panas

Mungkin berita tentang penceraian Izreen Azminda masih lagi belum sempat reda. Namun tiada siapa dapat menafikan kejelitaan dan watak ceria yang dimiliki pelakon ini. Aura mengancam yang dimilikinya pasti membuatkan ramai jejaka di luar sana tergamit hati nalurinya. Artis berusia, 31 tahun ini telah sah bercerai dengan suaminya pada 9 Jun lalu dan sedang melalui tempoh edahnya sekrang ini.
Jom layan sekeping gambar artis ini yang hanya memakai gaun ketat hitam paras lutut di tepi jalan.
Hiburan

PELAKON Jennifer Lawrence menjelaskan gambar-gambar bogelnya yang tersebar di Internet merupakan gambar yang diberikan kepada kekasihnya iaitu Nicholas Hoult.
Jennifer berkata, gambar tersebut telah dicuri oleh pengodam Internet untuk disebarkan kepada umum.
"Gambar tersebut adalah untuk Nicholas yang mana kami menjalani hubungan cinta jarak jauh. Namun ia adalah merupakan hak peribadi kami sahaja.
"Saya kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan dan mencuri gambar-gambar itu untuk kepentingan tertentu," ujarnya.
Tambah Jennifer, dia pernah berniat untuk meminta maaf atas kejadian tersebut kepada peminat, namun hasrat itu dibatalkan apabila memikirkan ia bukan kesalahannya.
Bagaimanapun, Jennifer mengakui bimbang perkara tersebut akan menjejaskan kerjaya lakonannya.
Hiburan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), di Lapangan Terbang KLIA2 pada Ahad.
Bakal pengantin berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.
Wanita berkenaan dijadual berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia di Syria, yang menjadi anggota ISIS.
Sumber polis memberitahu Bernama bahawa lelaki berkenaan memberi RM6,000 secara tunai kepada wanita terbabit sebagai perbelanjaan perjalanannya.
Kata beliau, pada mulanya wanita itu menempah tiket penerbangan ke Istanbul, Turki, tetapi menukar rancangan perjalanannya ke Brunei sebelum menuju ke Timur Tengah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Lelaki berkenaan pula dikatakan membunyai seorang saudara lelaki yang terbunuh pada 30 Sept dalam konflik di Syria.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama di sini hari ini mengesahkan penangkapan wanita tersebut dan berkata satu sidang akhbar mengenainya akan diadakan.
Ini merupakan tangkapan keempat oleh polis selepas tiga rakyat Malaysia ditangkap di KLIA pada 27 Sept kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS.
Wisma Putra baru-baru ini berkata Kerajaan Malaysia menyifatkan ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak bersetuju dengan sebarang aktivitinya.
Sejak April hingga 21 September tahun ini, 19 rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan ISIS.
Mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) untuk dihantar ke Syria.
Isu Semasa

Selbyville (AS): Seorang kanak-kanak berusia empat tahun membawa 249 bungkusan heroin ke pusat jagaan kanak-kanak dan mengagihkan dadah kelas A itu seperti gula-gula kepada beberapa rakannya.
Seorang pengasuh menelefon polis selepas melihat kanak-kanak berkenaan membelek bungkusan itu.
Ibu budak itu, Ashley Tull, 30, ditangkap dan dituduh memiliki dadah di samping tiga tuduhan membahayakan kebajikan kanak-kanak.

Polis di Delaware berkata, ujian yang dilakukan terhadap kandungan bungkusan itu mengesahkan ia heroin.
Kanak-kanak itu dikatakan tersilap membawa beg berisi heroin selepas beg yang biasa dibawanya dikoyakkan kucing keluarganya.
Menurut polis, kanak-kanak berkenaan menyangka bungkusan itu gula-gula yang dibekalkan ibunya.
Ashley yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun dan seorang lagi anak perempuan berumur 11 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$6,000 sementara anaknya diletakkan di bawah penjagaan seorang anggota keluarganya (RM19,600) - Agensi
Global
Arau: Harapan untuk mendiami rumah yang direka bentuk oleh Wan Markiah Wan Hamid, 35, kini hanya tinggal kenangan apabila mangsa maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama suami dan lima anaknya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 366.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Sungkai, awal pagi semalam.
Suami mangsa, Mohd Zahir Abd Rahman @ Dahaman, 41, berkata, isterinya sangat teruja untuk menyiapkan rumah terbabit dan kepulangan mereka berhari raya pada Sabtu lalu digunakan sebaiknya untuk memantau perkembangan pembinaan rumah mereka di kawasan Abi, di sini, yang kini hampir 70 peratus siap.
“Isteri saya pernah berkata ingin berpindah ke rumah baru kami yang direkanya sendiri sekiranya dapat kembali ke Perlis atau selepas pencen nanti. Namun, kini arwah tidak sempat pun untuk tinggal di rumah itu.
“Arwah begitu ramah dengan sanak saudara dan kami sempat menziarahi hampir semua rumah keluarga terdekat pada Aidiladha lalu sehingga melewatkan sehari kepulangan ke Kuala Lumpur selepas menziarahi ahli keluarga yang berkumpul di rumah ibu mentua abang sulung arwah di Jitra.
“Malah, arwah tidak menunjukkan perubahan, namun sekali-sekala mudah marah dan sensitif walaupun hanya perkara kecil sepanjang berada di Perlis,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di rumah abang iparnya, Wan Idris Wan Hamid , 49, di Taman Pauh Utama, di sini, semalam. Hmetro
Isu Semasa

BUTTERWORTH : Seorang lelaki berusia 30-an ditemui terbaring tidak sedarkan diri akibat parah selepas ditembak dalam kejadian di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Taman Perusahaan Mak Mandin Butterworth, 9 pagi tadi.
Ketika kejadian orang ramai melalui kawasan itu merasa curiga selepas melihat mangsa terbaring di sebelah motosikalnya sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian.
“Mangsa cedera parah selepas ditembak di belakang badan dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan.
“Turut ditemui di lokasi kejadian dua kelongsong peluru jenis Thai Arms,” katanya.
Abdul Rahman tidak menolak kejadian membabitkan kumpulan gangster.
-MYMETRO
Isu Semasa
Apakah nasib yang menimpa pelakon kontroversi ini. Terkini Hanes Suraya menejelaskan yang dia semakin kurang mendapat tawaran lakonan. Stesen televisyen seolah-olah memboikotnya setelah peristiwa kisah cinta dengan suami orang yang mana satu-persatu didedahkan oleh media tempatan.
Berikut adalah luahan hatinya.
“Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?
“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapan tetapi mengapa saya tidak diberi kesempatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.
Mungkin disebabkan perkara yang lepas itu masih hangat di ingatan peminat dan masih baru mungkin stesyen-stesyen television belum lagi ingin menampilkan Hanez dalam mana-mana lakonan. Bagaimanapun semoga perkara ini menjadi tauladan kepada selebriti-selebrti lain yang peminat-peminat semua amat menitik beratkan perangai di luar lakonan dan bukan sekadar rupa ataupun seni.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)




Recent Comments