Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Swansea –Wanita ini dipaksa tidur bersama 1,800 lelaki semata-mata untuk memenuhi kehendak syaitan yang dianggap sebagai tuhan oleh ibu sendiri menjelang usia 18 tahun.
Wanita dikenali sebagai Annabelle Forest itu menceritakan pengalamnnya yang dipaksa oleh ibunya menjalani kehidupan menakutkan itu sejak berusia tujuh tahun.
Pada usia semuda itu, kata Forest, dia dipaksa melihat aksi ibunya melakukan seks dengan ketua kumpulan ajaran sesat tersebut, Colin Batley dan ketika dia berumur 11 tahun, Forest telah dirogol dua kali oleh seorang lelaki.
Tiga tahun selepas itu, Forest telah dipaksa mengambil bahagian dalam seks beramai-ramai dan sejak itu kehidupannya menjadi semakin teruk termasuk didera oleh ibu sendiri.
Dia juga dipaksa menjadi pelacur semata-mata untuk mengumpul duit bagi kumpulan ajaran sesat terbabit.
“Ia adalah amat menyakitkan dan mengejutkan dalam hidup saya.
Colin memang pandai menggunakan anda dan dia berjaya meyakinkan saya mengenai perkara buruk itu,’’ katanya yang pernah cuba membunuh diri ketika berusia 14 tahun.
Jelas Foster, pada waktu siang dia adalah pelajar sekolah namun pada waktu malam dia menjadi pelacur dan ketika berusia 17 tahun dia telah mengandung.
Setahun selepas melahirkan bayi berkenaan, Foster telah melarikan diri dari rumah dan dia tidak lagi menemui ibunya dan Batley sehinggalah mereka ditangkap pada 2011.
Ibunya dan Batley akhirnya masing-masing dihukum penjara 12 tahun dan 11 tahun.
“Ibu saya adalah perempuan paling jahat dan saya tidak akan memaafkannya,’’ katanya yang kini sudah memiliki keluarga sendiri. ─ Dailymail.co.uk
Global
.jpg)
Jasin: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hampir lemas selepas terperangkap lebih 45 minit dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di sini, malam tadi. Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam, kanak-kanak terbabit bersama bapanya berusia awal 30-an ke sebuah stesen minyak di sekitar pekan ini untuk mengisi minyak kereta sebelum kejadian.
Sumber berkata, ketika tiba di stesen minyak berkenaan, lelaki terbabit kemudian keluar ke kaunter bayaran meninggalkan anaknya bersendirian di dalam kereta yang dimatikan enjin.
"Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit menyedari penggera keretanya berbunyi dan serentak dengan itu semua pintu terkunci secara automatik," kata sumber itu di tempat kejadian.
Pegawai Operasi JPAM Daerah Jasin Sarjan Mejar (PA) Muhamad Alif Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.50 malam daripada orang awam lalu betgegas ke tempat kejadian.
"Cermin tingkap belakang sebelah kiri terpaksa dipecahkan selepas mendapat keizinan bapa mangsa demi nyawa anaknya yang dapat diselamatkan pada jam 9.15 malam," katanya di sini, malam tadi. ─ myMetro online
Isu Semasa

Tumpat: Seorang wanita berusia 50-an mencuri tumpuan di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat apabila tampil menyamar sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Wanita itu hadir dengan memakai pas SPR yang dikeluarkan pada 2012 dan mengaku bertugas ketika proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, kira-kira jam 12 tengah hari.
Difahamkan, wanita itu sudah berada di pusat itu sejak jam 11.30 pagi dan kehadirannya disedari pegawai SPR bertugas apabila dia turut meminta diberikan dua helai baju-T.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika dihubungi berkata, sebaik wanita berkenaan memasuki pusat undi, kelibatnya diperhatikan pegawai bertugas dan ditahan untuk semakan.
“Wanita itu didapati mengenakan pas dikeluarkan SPR pada 2012 dan pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami masalah mental.
“Petugas SPR bertindak dengan memintanya keluar dari kawasan pusat undi dan kehadirannya tidak langsung mengganggu proses yang bermula sejak 8 pagi hingga 3 petang,” katanya.
Dalam pada itu, seramai 105 pengundi awal menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi PRK itu berbanding 109 pengundi berdaftar.
Mereka terdiri daripada anggota keselamatan yang hadir sejak jam 8 pagi manakala pengundi terakhir tiba pada jam 2.20 petang.
Tiga anggota tidak hadir berikutan bertugas di luar kawasan dan seorang bercuti sakit.
Isu Semasa

Seorang wanita warga tempatan dipercayai cuba terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini selepas dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dengan teman lelakinya.
Mangsa berusia 20-an itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan Hang Tuah yang tiba di tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang.
Menurut sumber, mangsa dipercayai gagal mengawal tekanan perasaan lalu bertindak nekad untuk terjun, namun tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk mangsa dan mengawal keadaan.

"Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik hotel di bangunan itu sebelum berlaku pergaduahan antara pasangan tersebut," katanya kepada Malaysia Gazette di sini.
Orang ramai yang menyedari kejadian itu berkerumun di tepi jalan melihat perkembangan seterusnya sambil mengambil gambar dan merakamkan video insiden tersebut.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. ─ Malaysia Gazette
Isu Semasa
.jpg)
Benarkah khabar angin yang mengatakan Sofi Jikan dapat tawaran berlakon dalam drama bersiri Hollywood dan ditawarkan bayaran sebanyak RM 1 juta bagi drama sepanjang 10 episod?
Kalau benar khabar angin ini, maknanya Sofi Jikan bakal mendapat RM100,000 bagi setiap episod. Wow..lumayannn..
Drama yang diperkatakan bertajuk Marco Polo itu bakal ditayangkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Drama itu telah dikatakan di 'shot' di Johor Bharu oleh syarikat Pinewood Studio.
Bukan mudah nak tengok anak tempatan berlakon dalam drama Hollywood... Jika benarlah khabar angin ini, tahniah diucapkan kepada Sofi Jikan. Siakapkeli
Hiburan
Jadual rasmi peperiksaan UPSR 2014 ulangan bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris (BI) pada selasa 30 September 2014. Berikut adalah takwim rasmi peperiksaan ulangan UPSR 2014 bagi subjek sains kod 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) dan Bahasa Inggeris kod subjek 014/1, 014/2 bagi Sekolah Kebangsaan sahaja. Terdahulu, peperiksaan UPSR 2014 bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris telah ditunda kepada 30 September 2014 berikutan soalan tersebut didapati telah bocor.

Download Jadual Rasmi UPSR 2014 Sains dan BI 30 September 2014
Jadual Rasmi UPSR 2014 Sains dan BI 30 September 2014

Jadual Waktu UPSR 2014 Calon Berkeperluan Khas Kategori A

Jadual Waktu UPSR 2014 Calon Berkeperluan Khas Kategori B

Source: Melvister.com
Informasi

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dafi menolak khabar angin kritikannya terhadap perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi menerusi Instagram miliknya baru-baru ini menjadi punca dia mendapat tawaran sebagai duta U Mobile.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, menyifatkan tawaran yang diterima itu sekadar kebetulan dan dia terus menerima peluang itu memandangkan U Mobile belum pernah mengambil mana-mana selebriti sebagai duta produk mereka.
"Saya tak rasa U Mobile mengambil saya sebagai duta kerana perkara itu. Tetapi jika kritikan tersebut telah memberi saya peluang ke arah lembaran lain, saya bersyukur.
"Dan saya gembira kerana diberi kepercayaan untuk menjadi wakil kepada produk telekomunikasi ini," katanya.
Dafi berkata demikian selepas majlis perlantikan Dafi sebagai duta U Mobile di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.
Pada Julai lalu, Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan menerusi laman Instagram miliknya.
Dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku.
Sementara itu, Dafi berkata, dia mengambil peluang menerima tawaran sebagai duta U Mobile selepas melihat syarikat tersebut sudi membantunya dalam kerja-kerja pembabitannya di bidang nyanyian.
"Kami bekerjasama dengan situasi menang-menang di mana saya mempromosikan produk mereka dan pada masa sama mereka turut membantu menjayakan konsert mini jelajah di beberapa lokasi.
"Malah, kulit album #D4F1 merupakan rekaan daripada pihak U Mobile," ujarnya.
Ketua Pemasaran Komunikasi dan Jenama, U Mobile Sdn Bhd, Jeanette Lee pula berkata pelantikan Dafi dianggap sebagai pilihan tepat kerana penyanyi itu mempunyai personaliti menarik yang memikat peminat-peminatnya.
"Dafi seorang yang muda, merendah diri dan progresif dalam kerjanya. Dan segala personaliti yang ada padanya adalah selebriti yang selama ini kami cari.
"Kami bekerjasama dengan kontrak selama setahun di mana dan dia akan terbabit dengan beberapa kempen, promosi serta iklan," tuturnya.
Pada majlis tersebut, Dafi turut melancarkan album terbaharunya berjudul #D4F1 yang memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Salahkah Aku, Dalam Hati Ini, Sudah Cukup Sudah, Bintang Hati dan Baby Harus Bersama.
Hiburan

Jika anda melihat gambar diatas, nama siapa yang pertama sekali yang terlintas dalam fikiran anda? Tentu Shah Rukh Khan! Tapi jangan keliru dengan gambar tersebut kerana sebenarnya dia bukanlah Shah Rukh Khan yang sebenar. Nama lelaki berkenaan adalah M. Umair Malik, 26 , yang juga merupakan warga Pakistan.
Oleh kerana wajahnya yang nak sama dengan pelakon Shah Rukh Khan, Umair cukup popular di negaranya sebagai seorang pelakon.
Jom saksikan beberapa keping lagi gambar pelanduk dua serupa Shah Rukh Khan ini -
Pelbagai

Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang juga suspek kes curi barangan di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi wanita berusia 19 tahun itu dipercayai ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah oleh suspek.
Menurut sumber, suspek dipercayai membawa mangsa ke biliknya di Balai Polis Petaling, di sini manakala teman lelaki mangsa dikatakan ditahan di lokap.
Sumber memberitahu, sebaik tiba di bilik suspek, mangsa diarahkan baring di sofa di pejabat suspek sebelum mangsa dikatakan dirogol ketika tidur.
“Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol suspek jam enam pagi selepas dikatakan tertidur,” katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian bertindak membawa suspek keluar daripada pejabatnya dan menghantar mangsa ke sebuah pasar raya sejam selepas kejadian. Difahamkan mangsa yang kini dalam keadaan trauma telah dilindungi serta diletakkan di bawah penjagaan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Isu Semasa

Emazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.
Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.
“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.
“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.
Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.
Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.
“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. - Agensi
Global
.jpg)
Kuantan: Seorang anggota bomba cedera di paha kiri terkena kipas enjin bot yang dipukul ombak setinggi satu meter ketika menyertai operasi mencari mangsa lemas Muhammad Aiman Abdul Khalib, 19, di Pantai Cherating, dekat sini, kelmarin.
Bagaimanapun, Mohd Sufian Mustaffa dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Kemaman.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata, ketika kejadian jam 11 pagi, mangsa yang berasal dari Kemaman bersama tiga anggota lain menaiki bot penyelamat dalam perjalanan menuju ke pantai.
Katanya, ketika bot berada kira-kira 600 meter dari pantai, ombak kuat menyebabkan bot berkenaan hampir terbalik menyebabkan dua anggota termasuk mangsa tercampak ke laut.
“Mangsa kemudian mengalami luka akibat terkena kipas enjin bot. Bot Pasukan Polis Marin (PPM) yang menyertai operasi sama segera dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan.
Isu Semasa

Kuala Lumpur: Polis akan menyiasat kesahihan satu laman blog didakwa milik seorang doktor wanita dari Malaysia yang menganggotai pasukan militan Negara Islam (IS).
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bahagian Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci sebelum membuat ulasan lanjut mengenai pembabitan wanita itu dalam aktiviti pengganas.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut, biar kita lakukan siasatan terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini, semalam.
Menerusi laman blog Diari Seorang Muhajirah seorang wanita bernama Shams, 26, menceritakan pengalamannya tinggal di Syria dan mengaku menganggotai IS.
Dalam paparan blog berkenaan, terdapat 24 catatan pengalamannya mengenai aktiviti di Syria termasuk perkahwinannya dengan seorang rakan anggota IS selepas dia menjejakkan kaki di negara berkenaan pada Februari lalu.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)






Recent Comments