Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KETIKA heboh diperkatakan mengenai insiden seorang wanita membuang air besar di Stesen MRT Holland Village, Singapura pada 13 Ogos lepas, rata-rata menuduh ia perbuatan warga China yang bekerja di republik itu.
Namun ‘misteri’ wanita itu terlerai apabila polis mengesahkan wanita berkenaan adalah warga Singapura sendiri yang berusia 34 tahun.
Kejadian itu berlaku pada 1.40 petang namun wanita tersebut telah meninggalkan stesen itu sewaktu anggota polis tiba.
Sementara itu Naib Presiden Komunikasi Korporat MRT, Patrick Nathan berkata, pihaknya telah membersihkan kawasan tersebut sebaik sahaja menerima aduan daripada orang ramai.


PETALING JAYA – Pelawak Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berhubung dakwaan dia bersama kekasihnya, Emma Maembong telah menjalani sesi fotografi pra perkahwinan di Jepun baru-baru ini.

Zizan berkata, dia berpendirian demikian kerana menyifatkan perkara itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.

“Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya.
“Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini,” katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini Zizan ke Jepun bersama Emma bagi menjalani penggambaran program pelancongan di negara itu.

Kunjungan ke negara matahari terbit itu dikatakan turut membuatkan mereka mengambil kesempatan merakamkan foto pra perkahwinan.

Difahamkan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.
Bagaimanapun, Zizan menafikan mereka berkahwin pada bulan tersebut.
“Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.

“Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi,” tuturnya. - mStar Online



BENTONG – Kekeliruan dan kegelisahan seorang suri rumah di Kampung Perting, di sini, yang sering kehilangan pakaian dalam yang disidai di ampaian belakang rumahnya akhirnya terjawab.

Semalam, sekitar jam 1 pagi, seorang lelaki berjaya ditangkap suri rumah terbabit bersama suami dan rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian, mangsa dan suami yang sedang menonton televisyen dikejutkan dengan bunyi seperti ada orang di belakang rumah mereka.

Tambahnya, mangsa dan suami kemudiannya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang rumah.
“Melalui CCTV terbabit, mangsa dan suaminya melihat kelibat seorang lelaki menaiki basikal telah mengambil sebatang kayu dan kemudiannya mencuri pakaian dalam milik mangsa yang disidai di ampaian.

“Mangsa dan suami kemudiannya bertindak pergi ke arah belakang rumah dan sebaik menyedari kehadiran mereka, suspek bertindak melarikan diri,” katanya.
Tambahnya, suami mangsa kemudiannya telah mengejar suspek bersama rakan-rakannya dan berjaya menahan suspek di Taman Harmoni.

“Sebaik sahaja suspek berjaya ditahan, suami mangsa telah meminta suspek memulangkan sebungkus plastik berwarna merah yang mengandungi pakaian dalam milik mangsa.
“Suspek kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan kejadian kehilangan pakaian dalam milik mangsa terbabit telah kerap kali berlaku sehingga menyebabkan mangsa dan suami bertindak memasang CCTV di belakang rumah mereka. – Sinar Harian Online


KES cincin tersekat di jari adalah sesuatu yang biasa didengar.
Kebiasaannya, dalam situasi kritikal, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat akan bertindak memotong cincin tersebut.

Bagaimanapun, lain pula dengan kes terbaru yang dikongsikan menerusi akaun Twitter BOMBA, hari ini.

Mereka terpaksa memotong cincin yang melekat di alat sulit seorang mangsa yang tidak dimaklumkan jantinanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu jam 7.25 pagi tadi.

Setakat ini, tiada maklumat lain yang disertakan di akaun tersebut.
Apapun, nasihat kami, elakkan daripada melakukan aksi seks yang terlalu ekstrem.
Nanti tak pasal-pasal dapat pakej ‘malu dan sakit’…



MUAR – Seorang jururawat yang bakal mendirikan rumahtangga pada 30 Ogos ini terbunuh apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Pagoh, Ahad.

Kemalangan itu berlaku ketika Amirah Abdul Rahim, 25, dalam perjalanan dari rumahnya di Rengit, Batu Pahat menuju ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang, kira-kira 7 pagi.

Ketua Polis Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri.

Sementara itu bapa mangsa, Abdul Rahim Sobri, 48, berkata dia sedih dengan nasib yang menimpa anaknya yang meninggal dunia ketika majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan hujung minggu depan.

“Saya tahu (anak meninggal dunia) apabila tiba di lokasi kejadian melihat satu jasad terbujur kaku ditutup dengan kain,” katanya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambi, Rengit petang ini. – BERNAMA
 


TERASA bagai drama pula apabila membaca kisah pelakon kacak Fahrin Ahmad menerusi Berita Harian, hari ini.

Alkisahnya, seorang makcik yang berasal dari Terengganu sanggup bertemunya beberapa kali semata-mata mahu menjodohkan pelakon itu dengan anaknya.

Antaranya termasuklah di Perlis ketika Fahrin menjadi hos sukan SUKMA, di Jom Heboh Kelantan dan juga di Terengganu semasa rakaman sebuah program.

Menurutnya, makcik itu sanggup menunggunya selama lima jam dan beratur panjang sewaktu program Jom Heboh tersebut semata-mata mahu bertanya adakah dia sudah berkahwin atau belum.

Terharu dengan usaha wanita itu, Fahrin bagaimanapun sedar ia agak mustahil untuk ditunaikan.

“Dalam ada yang memandang saya negatif dengan pelbagai tanggapan dek cinta lalu (dengan beberapa artis), ada juga yang berminat menjadikan saya calon menantu mereka. Wanita berusia itu sedikit sebanyak memberi kepercayaan untuk saya meneruskan kehidupan.

“Sejujurnya anak kepada wanita itu ada berinteraksi dengan saya menerusi telefon bimbit. Anaknya sudah ada pilihan sendiri dan tidak mahu ibunya terus-terusan cuba menjodohkannya dengan saya. Saya faham situasi anaknya itu,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Fahrin berkata, dia sebenarnya tidak tertekan soal jodoh.

“Saya percaya jodoh saya itu ada dan saya sering bersangka baik soal takdir. Ibu saya sendiri setiap kali habis berborak dengannya terutama di corong telefon, ibu selalu doakan saya untuk dipercepatkan jodoh. Pendek kata, kalau minta doa daripada ibu, memang doa bab jodoh yang dimintanya,” tambahnya.
Memang kuat sungguh aura si Fahrin ini sehingga ramai ibu yang memasang angan untuk bermenantukannya.

Agaknya, kalau Fahrin menerima ‘pinangan’ makcik tersebut, kami yakin dia akan menjadi menantu yang paling disayangi, tak gitu?



EH, apa kes pasangan ini sampai nak berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar ni?
Gambar yang dikongsikan menerusi Facebook Wikipedia Rakyat ini dikatakan dirakam di Ipoh, Perak.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia dilakukan untuk tujuan suka-suka atau mempunyai tujuan tertentu.

Apapun, ia tidak manis untuk dilakukan di khalayak ramai terutamanya di negara ini.
Kalau nak buat sekalipun, pilihlah tempat yang lebih tertutup.

Nanti tak pasal-pasal ada yang langgar tiang lampu gara-gara terlalu leka ‘cuci mata’…



Ramai terkedu seketika apabila pemenang Oscar yang juga pelawak terkenal Robin Williams, 63, diumumkan meninggal dunia 11 Ogos lalu.

Paling mengejutkan adalah cara kematian Robin yang memilih untuk mengakhiri riwayat hidupnya dengan membunuh diri.

Pelakon Good Will Hunting, Mrs Doubtfire dan Good Morning Vietnam ini didapati menjerut leher sendiri menggunakan tali pinggang ketika ditemui di kediaman mewahnya di Tiburon, California.

Dalam pada keputusan penuh autopsi belum diumumkan, gambar sijil kematian Robin yang dikeluarkan semalam (20 Ogos) telah disebarkan di internet.



Tak hanya gambar sijil tersebut, turut dikongsikan di media-media sosial terutama Twitter adalah gambar mayat mendiang dengan leher mempunyai kesan dijerut tali pinggang yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.



Walau pun gambar ini mungkin tak kisah ditatap oleh sesetengah orang namun ia tentu mengganggu emosi keluarga dan peminatnya yang tidak mahu mengenang Robin dalam keadaan begini. - MYNEWSHUB.MY


Sejak kebelakangan ini, nama Datin Sri Linda tiba-tiba hangat diperkatakan.

Semuanya kerana satu akaun Facebook menggunakan nama ini yang memuat naik gambar-gambar seorang wanita beraksi seksi.

Sungguh pun individu dalam Facebook tersebut digambarkan kononnya dia seseorang yang bergelar datin sri, kesahihannya amat diragui.

Maklumlah secara logiknya takkanlah seorang wanita tergamak membuka aib dirinya hingga begini sekali.







Sekiranya ini kerja seeorang untuk menganiaya pihak tertentu, diharapkan individu yang diaibkan ini segera bertindak dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Pada masa sama jadikanlah pengajaran, jangan sesuka hati muat naik dan tangkap gambar ghairah kerana sudah banyak kes gambar begini akhirnya memakan diri. - MYNEWSHUB.MY



PELAKON Johnny Depp bakal bergandingan dengan anak perempuannya dalam sebuah filem seram berjudul Yoga Hosers.
Dalam garapan pengarah Kevin Smith ini, Depp akan berlakon bersama anaknya iaitu Lily-Rose Depp.

Kedua-dua mereka akan membintangi filem seram kesinambungan daripada filem Tusk.

Anak pengarah filem tersebut iaitu Harley Quinn Smith turut berlakon.

Dalam pada itu, bintang filem Tusk seperti Michael Parks, Justin Long, Haley Joel Osment, Genesis Rodriguez, Ralph Garman dan Harley Morenstein masih terus dikekalkan.

Kata pengarahnya, filem seram ini akan mengangkat watak kanak-kanak sebagai pelakon utama.
Foto: Reuters


ZURICH - Bilangan warga asing mengunjungi Switzerland untuk membunuh diri meningkat sekali ganda sejak empat tahun lalu, menurut satu kajian yang disiarkan dalam Journal of Medical Ethics semalam.

Kajian tersebut menyatakan, sebanyak 172 rakyat asing membunuh diri di Switzerland menerusi undang-undang eutanasianya yang lebih liberal pada tahun 2012.
Jumlah itu meningkat daripada 86 orang pada 2009 dengan hampir satu pertiga daripada mereka terdiri daripada warga Jerman dan Britain.

Eutanasia merujuk kepada perbuatan menamatkan hidup seseorang oleh doktor melalui kaedah tidak menyakitkan atas persetujuan pesakit.

Amalan tersebut sah di Switzerland sejak tahun 1940-an jika ia dilakukan oleh seseorang yang tiada kepentingan dalam pembunuhan tersebut.

Perbuatan itu juga sah di Belanda, Luxembourg, Belgium, dan beberapa negeri di Amerika Syarikat, namun diharamkan di banyak negara sekali gus mendorong ramai pesakit yang tiada harapan untuk sembuh berkunjung ke luar negara untuk mati tanpa perlu memikirkan doktor atau waris mereka dihadapkan ke mahkamah. - Reuters




LONDON - Militan Negara Islam (IS) yang memenggal kepala wartawan Amerika Syarikat (AS), James Foley di Iraq dipercayai merupakan antara pejuang jihad Britain yang dikenali sebagai The Beatles, lapor akhbar MailOnline semalam.

Ketika pihak berkuasa Britian melancarkan operasi untuk memburu militan tersebut, seorang bekas tebusan kumpulan IS berkata, dia percaya lelaki itu merupakan warga kota raya ini yang dikenali sebagai John.

Agensi perisikan Britain kini semakin hampir untuk mengenal pasti identiti pembunuh yang memotong leher Foley dalam satu klip video yang tersebar di internet.
Militan tersebut yang dipercayai seorang anggota kanan IS, terlibat dalam sebuah operasi pertukaran tebusan pada awal tahun ini.

Setakat ini, agensi perisikan Britain menggunakan teknik pengecaman suara canggih untuk mengenal pasti militan IS dalam klip video IS tersebut.

Rakaman selama lima minit itu telah ditonton oleh beribu-ribu orang di internet.
Militan IS warga Britain yang menggunakan tangan kirinya dan memakai but Timberland itu bercakap menggunakan loghat London Timur.
Dalam klip video tersebut, dia membuat beberapa ugutan terhadap Presiden AS, Barack Obama dan Barat.

Pada Selasa lalu, seorang lelaki yang ditahan di bandar Raqqa, Syria mendakwa militan tersebut merupakan seorang yang bijak dan berpendidikan.
Menurutnya, beberapa tebusan antarabangsa menggelarkan John dan militan Inggeris yang lain sebagai The Beatles kerana mereka berasal dari United Kingdom. - Agensi