Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Pada zaman sekarang menggunakan khidmat pembantu rumah untuk melancarkan urusan rumah tangga adalah perkara biasa.
Tapi kalau melihat pada iklan yang ini, kami rasa lain macam saja terutama bila pembantu rumah yang ditawarkan dikatakan rajin, cekap dan MANJA manakala motto syarikat adalah ‘siang mencuci malam menggosok’.



Lagi pun kalau macam inilah rupa pembantu rumah yang ditawarkan kami rasa ramai yang terus tukar niat daripada nak dijadikan bibik terus ambil jadi bini.


Tiga orang murid sekolah didakwa telah dipaksa oleh guru besar mereka untuk melakukan seks oral sebagai satu bentuk hukuman kerana melanggar disiplin.

Menurut laporan Sin Chew Daily, kesemua mangsa berusia 11 tahun dari Bintulu, Sarawak dipaksa melucutkan pakaiannya dan melakukan perbuatan terkutuk dalam kejadian kira-kira enam bulan lepas.

Apabila mangsa enggan, suspek mengatakan mereka mesti melakukannya kerana mereka dihukum kerana melanggar disiplin sekolah.

Pelaku suspek terdedah selepas seorang daripada suspek memberitahu berkenaan kejadian itu kepada kawannya.
Mereka akhirnya mendapati lebih ramai sebenarnya telah menjadi mangsa nafsu gila suspek.

Kes itu turut dipaparkan di laman Facebook Kempen Kesederan Jenayah Malaysia (MCAC).
Laporan itu menyebut, polis kini menyiasat kes berkenaan selepas keluarga mangsa membuat laporan berkaitan kejadian itu.



SEORANG pemandu yang menunggu hampir 15 minit untuk meletakkan kenderaannya di sebuah pangsapuri ‘bengang’ tak terkata apabila seorang makcik tiba-tiba berdiri tegak di sebuah kotak parkir yang kosong.

Makcik itu sanggup berdiri walau di tengah hari panas di kotak parkir itu bagi menghalang pengguna jalan raya lain meletakkan kenderaan mereka dalam kawasan berkenaan.
Tujuannya hanya satu – untuk beri laluan kepada anaknya meletakkan kereta di situ.
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Bedok, Singapura baru-baru ini.

” Saya menunggu punyalah lama alih-alih makcik itu datang dan berdiri di kawasan parkir berkenaan.

” Peraturan apakah ini? Sepatutnya makcik itu kenalah hormat pada saya yang sampai lebih awal, tapi dia buat perangai macam ini, yang bagi saya sangat menjengkelkan,” katanya.
Anda lihatlah sendiri situasi tersebut;






London – Seorang ibu, Clair Bartlett, 34, mengalami pengalaman yang menakutkan apabila kesan jahitan pembedahan di perutnya terbuka seperti zip baju, mengakibatkan luka itu terngaga sepanjang sembilan inci.

Kejadian berlaku selepas beberapa jam Clair dibenarkan pulang ke rumahnya oleh hospital.
Nasibnya bertambah malang apabila dia terpaksa menunggu hingga dua jam sehingga ambulans tiba di rumahnya.

Keadaan itu menyebabkan Clair berada dalam kesakitan yang amat sangat selain darah yang tidak berhenti mengalir.

Melihat keadaan berkenaan, suaminya, Jason tiada pilihan lain kecuali menggunakan pita pelekat untuk melekatkan semula bekas jahitan pembedahan tersebut.
“Ketika itu, Clair baru balik dari hospital dan berada dalam bilik air. Kemudian anak perempuan saya bertanya kepada isteri saya sama ada dua mengetahui bahawa lukanya itu berdarah.

“Clair kemudian menghubungi saya dan memberitahu bahawa lukanya terbuka seperti zip baju. Dalam masa sama anak-anaknya yang lain ketakutan dan berada dalam trauma melihat keadaan ibunya itu,’’ katanya.

Jason kemudiannya menghubungi 999 namun ambulans hanya tiba dua jam selepas panggilan dibuat.
Doktor memaklumkan luka pembedahan itu mengalami jangkitan, menyebabkan ia tidak dapat pulih sepenuhnya.
Pasangan berkenaan kini bercadang mengambil tindakan terhadap pihak hospital di atas kecuaian tersebut.



Beijing – “Saya bukan makhluk asing. Saya hanya kencing di situ!’’ itu penjelasan seorang pelakon cerita fiksyen bagi menyelesaikan dakwaan seorang pelancong bahawa dia berjaya merakamkan gambar makhluk asing di kawasan pergunungan.

Pelakon itu menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya mengunjungi pergunungan berkenaan untuk membuat rakaman filem sci-fi, ketika gambar dia kencing diambil.
“Saya tidak sangka ketika saya kencing, seseorang telah merakamkan gambar saya,’’ katanya.

Perkara itu sebelum ini menjadi perdebatan dalam media sosial selepas gambar berkenaan tersebar di internet.

Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing tersebut yang menyerupai watak dalam filem Lord Of The Ring.
Ia dirakamkan ketika pelancong berkenaan sedang berkhemah di kawasan pergunungan terbabit.

“Saya berjalan keluar dari kem itu kerana ingin kencing dan tiba-tiba saya melihat makhluk asing. Saya kemudian merakamkan gambar dan kini saya takut dengan keberanian saya itu,’’ kata pelancong itu.



Apa perasaan anda apabila selepas meneliti gambar yang baru diambil tiba-tiba ada kelibat manusia lain yang tak dikenali dalam gambar tersebut? Tentu terkejut dan seram kan.
Begitulah dialami seseorang yang berkongsikan gambar anak saudaranya di Facebook Oh! Media.

Menurut pengirim, gambar yang diambil jam 11 malam itu amat mengejutkan apabila didapati turut merakam gambar seorang kanak-kanak yang tidak dikenali sedang duduk di kerusi belakang.


Jika dilihat pada gambar, ternyata imej kanak-kanak misteri tersebut kelihatan jelas dengan wajahnya yang pucat.
Macam Ju-Onn pun ada kan? Memang seram



Raja Ramilah Begum Raja Mohamad atau Raja Ilya boleh dikatakan pelakon wanita yang kian diminati ramai.

Selain berlakon Raja Ilya juga dikenali sebagai model iklan satu jenama produk kosmetik tempatan.
Antara filem dan drama lakonan Raja Ilya adalah Appalam, Patriot, Dahlia, Kalimah Jiwa dan Kata Hati.
Sebenarnya kisah keseksian Raja Ilya bukan baru malah dia pernah diterjah kontroversi gara-gara gambar ‘hangat’ satu ketika dulu.
 Ketika hadir sebagai calon top 5 Anugerah Bintang Popular kategori Pelakon TV Wanita Popular 2013 pun, Raja Ilya merupakan antara artis paling seksi pada malam tersebut.



Mungkin selesa dengan imej begini, gambar Ilya dan baju-baju seksinya turut dikongsikan pelakon ini di laman Instagram miliknya.






Kami harap, Ilya ambillah pengajaran daripada kisah silam di mana dia pernah melalui kisah pahit putus tunang gara-gara gambar panas.

Lagi pun kalau diteliti, jarang artis wanita yang berpenampilan terlalu seksi akan diangkat menjadi bintang utama drama dan filem. Itu belum masuk bab agama dan adat Melayu.. - MYNEWSHUB.MY



PUCHONG – “Kak tolong saya…saya hampir nak dirogol…laki tu nak bunuh saya…tolong saya kak.”

Rayu seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah, di tepi jambatan Taman Mas menghubungkan Kampung Seri Aman, Puchong dengan Bandar Saujana Putra di sini, petang semalam.

Wanita Indonesia berusia 32 tahun itu memberitahu kejadian berlaku ketika dia menunggu bas di hentian Taman Putra Perdana untuk pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja jam 3 petang.

Selepas beberapa minit menunggu bas, mangsa yang mahu dikenali sebagai Yusma berkata, tiba-tiba dia didatangi seorang penunggang motosikal yang mempelawa untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Mulanya mangsa enggan menerima pelawaan tersebut namun berubah fikiran selepas melihat wajah lelaki itu yang kelihatan baik dan seperti berniat ikhlas.
Yusma berkata, dia bagaimanapun mula rasa risau apabila motosikal dibonceng bukan menghala ke rumahnya sebaliknya ke laluan tak pernah dilaluinya.

“Masa itu saya cuba untuk turun dari motosikal tapi lelaki itu menunggang dengan laju dan hanya berhenti di tepi jambatan yang sunyi. Saya cakap kat dia kalau nak ambil rantai leher ambillah tapi dia bukan saja menyentap barang kemas dipakai tetapi turut menghentak muka dan tangan saya beberapa kali menggunakan topi keledar,” katanya.

Menurut Yusma, lelaki itu tidak terus melepaskannya sebaliknya meluru ke arahnya dan beberapa kali mengatakan hendak merogol dan membunuhnya.
Akibat terlalu takut Yusma berlari untuk menyelamatkan diri namun lelaki itu terus mengejarnya.

“Lelaki itu memukul saya lagi beberapa kali dan cuba untuk merogol saya, ketika itu saya gagahkan diri untuk bangun, menendang kemaluannya menyebabkan dia terjatuh sebelum terus bersembunyi di sebalik kawasan semak.

“Dari celah-celah rimbunan rumput, saya nampak lelaki itu cuba mencari saya namun beredar beberapa minit kemudian,” katanya.
Dia yang mengalami kecederaan serius di muka dan tangan kemudian diselamatkan orang awam yang melalui jalan itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Sinar Harian



TOKYO – Pembedahan kelopak mata menjadi trend yang popular untuk wanita Asia bagi mendapatkan kelopak menarik. Namun kini terdapat kegilaan baru yang menjanjikan alternatif lebih mudah dan tidak menyakitkan iaitu tampalan pelekat di kelopak mata.

Tujuan utamanya adalah membentu kelopak mata berganda secara semula jadi. Ia hanya menggunakan tampalan pelekat yang berharga RM19 berbanding kos pembedahan kelopak mata yang dianggarkan RM16,000.

Trend itu diperkenalkan di Jepun dan menyebabkan penduduknya terutama remaja yang bemata sepet menjadi obses.



Malah satu majalah Scawaii Beauty, menyifatkan bagaimana trend memotong pelekat itu kepada cebisan kecil dan melekatnya di kelopak mata, menjadikan mata pemakainya lebih besar, sama seperti kelopak mata orang barat.

Kegilaan ini bermula di Korea Selatan dan merebak dengan cepat di Jepun.
Pelekat itu turut dijual di Amazon, di mana ia disifatkan sebagai gred perubatan, menjadikan mata lebih besar dan jelas.

Bagaimanapun kegilaan itu dikritik oleh warga tua di Jepun kerana ia merompak identiti masyarakat Jepun yang terkenal dengan mata sepet.

“Bagaimana anda menggelar diri anda sebagai orang Jepun jika anda menjadikan diri sendiri seperti orang lain,’’ itu antara persoalan yang dibangkitkan oleh warga tua di negara berkenaan.




BALI - Sebuah penjara di sini menganjurkan pelbagai acara sebagai menyambut ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-69 semalam.

Antara acara yang dianjurkan adalah pertandingan memanjat tiang licin yang disertai oleh beratus-ratus banduan termasuk wanita.

Dalam pertandingan tersebut, beberapa kumpulan banduan termasuk warga asing di Penjara Kerobokan akan memanjat tiang yang telah disapukan gris untuk mengambil hadiah dan bendera yang diletakkan di atas tiang.

Turut menyertai pertandingan tersebut beberapa banduan asing termasuk wanita. - AFP




KUALA TERENGGANU – Seorang bekas tentera, Koperal Hamzah Musa, 64, berharap generasi muda sekarang menghayati dan mempertahankan kemerdekaan negara kerana ia adalah sesuatu yang sangat berharga.

“Zaman dahulu kami mengangkat senjata. Saya sendiri menyertai tujuh operasi sekitar tahun 1970-an untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis.

“Setiap kali masuk hutan, kami akan menyertai operasi selama tiga bulan dan pelbagai pengalaman pahit manis telah dilalui atas rasa tanggungjawab dan amanah memelihara kedaulatan negara,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Tok Dor, Ajil dekat sini semalam.




KUALA LUMPUR: Aktres Liyana Jasmay mengakui akan menetap di Sabah sepenuhnya hujung tahun ini. Malah beliau yang ditemui hari ini (16 Ogos) pada majlis Aqiqah anaknya Sofia Arissa dan sekali gus menganjurkan rumah terbuka di kediaman keluarganya di Kemensah tidak ralat berbuat demikian.

Berlakon di usia remaja, isteri kepada Fathuddin Mazlan sudah melalui zaman kegemilangannya dan selesa memberi ruang kepada pelapis baru dalam dunia seni untuk berkongsi bakat mereka. Dalam hal ini, Liyana sanggup berkorban termasuklah mengorbankan kecintaannya terhadap dunia lakonan. 

"Rumah kami di Sabah masih dalam proses pengubahsuaian. Kata suami saya, berkemungkinan besar hujung tahun ini depan, insya-Allah akan lengkap rumah itu untuk didiami. Dalam hal ini, saya tak kisah untuk korbankan minat berlakon. Tapi kalau ada tawaran yang sesuai saya tak kisah untuk pulang ke ibu kota.

"Ramadan lalu pun saya pernah terdetik untuk berhenti berlakon dan memberi perhatian kepada kerja penerbitan di syarikat sendiri, Mermaid Studios saja. Tengoklah macam mana nanti... belum ada keputusan muktamad. Saya pun sudah mencapai apa yang diingini dalam kerjaya lakonan.

"Selama ini pun saya ada juga berulang alik menemani suami ke Sabah. Suami pun kadang-kadang perlu berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk bersama saya dan anak. Jadi untuk memudahkan hal ini saya perlu menetapkan satu pendirian iaitu berpindah. Lagipun suami saya bekerja di Sabah," katanya.

Tambah Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009, beliau sudah menetapkan syarat dalam lakonan apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri orang.

"Watak yang saya bawa tidak boleh lagi ada babak pegang tangan atau nampak hubungan intim. Saya perlu bertegas dalam hal ini kerana hati suami perlu dijaga. Macam produksi sendiri, kalau saya berlakon, saya boleh letak garis panduan sendiri. Cuma kalau ada produksi luar nak ambil saya berlakon mereka kena terima syarat itu," katanya.