Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Pada zaman sekarang menggunakan khidmat pembantu rumah untuk melancarkan urusan rumah tangga adalah perkara biasa.
Tapi kalau melihat pada iklan yang ini, kami rasa lain macam saja
terutama bila pembantu rumah yang ditawarkan dikatakan rajin, cekap dan
MANJA manakala motto syarikat adalah ‘siang mencuci malam menggosok’.

Lagi pun kalau macam inilah rupa pembantu rumah yang ditawarkan kami
rasa ramai yang terus tukar niat daripada nak dijadikan bibik terus
ambil jadi bini.
Pelbagai

Tiga orang murid sekolah didakwa telah dipaksa oleh guru
besar mereka untuk melakukan seks oral sebagai satu bentuk hukuman
kerana melanggar disiplin.
Menurut laporan Sin Chew Daily, kesemua mangsa berusia 11 tahun dari
Bintulu, Sarawak dipaksa melucutkan pakaiannya dan melakukan perbuatan
terkutuk dalam kejadian kira-kira enam bulan lepas.
Apabila mangsa enggan, suspek mengatakan mereka mesti melakukannya kerana mereka dihukum kerana melanggar disiplin sekolah.
Pelaku suspek terdedah selepas seorang daripada suspek memberitahu berkenaan kejadian itu kepada kawannya.
Mereka akhirnya mendapati lebih ramai sebenarnya telah menjadi mangsa nafsu gila suspek.
Kes itu turut dipaparkan di laman Facebook Kempen Kesederan Jenayah Malaysia (MCAC).
Laporan itu menyebut, polis kini menyiasat kes berkenaan selepas keluarga mangsa membuat laporan berkaitan kejadian itu.
Global

SEORANG pemandu yang menunggu hampir 15 minit untuk
meletakkan kenderaannya di sebuah pangsapuri ‘bengang’ tak terkata
apabila seorang makcik tiba-tiba berdiri tegak di sebuah kotak parkir
yang kosong.
Makcik itu sanggup berdiri walau di tengah hari panas di kotak parkir
itu bagi menghalang pengguna jalan raya lain meletakkan kenderaan
mereka dalam kawasan berkenaan.
Tujuannya hanya satu – untuk beri laluan kepada anaknya meletakkan kereta di situ.
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Bedok, Singapura baru-baru ini.
” Saya menunggu punyalah lama alih-alih makcik itu datang dan berdiri di kawasan parkir berkenaan.
” Peraturan apakah ini? Sepatutnya makcik itu kenalah hormat pada
saya yang sampai lebih awal, tapi dia buat perangai macam ini, yang bagi
saya sangat menjengkelkan,” katanya.
Anda lihatlah sendiri situasi tersebut;
Isu Panas

London – Seorang ibu, Clair Bartlett, 34, mengalami pengalaman yang
menakutkan apabila kesan jahitan pembedahan di perutnya terbuka seperti
zip baju, mengakibatkan luka itu terngaga sepanjang sembilan inci.
Kejadian berlaku selepas beberapa jam Clair dibenarkan pulang ke rumahnya oleh hospital.
Nasibnya bertambah malang apabila dia terpaksa menunggu hingga dua jam sehingga ambulans tiba di rumahnya.
Keadaan itu menyebabkan Clair berada dalam kesakitan yang amat sangat selain darah yang tidak berhenti mengalir.
Melihat keadaan berkenaan, suaminya, Jason tiada pilihan lain kecuali
menggunakan pita pelekat untuk melekatkan semula bekas jahitan
pembedahan tersebut.
“Ketika itu, Clair baru balik dari hospital dan berada dalam bilik
air. Kemudian anak perempuan saya bertanya kepada isteri saya sama ada
dua mengetahui bahawa lukanya itu berdarah.
“Clair kemudian menghubungi saya dan memberitahu bahawa lukanya
terbuka seperti zip baju. Dalam masa sama anak-anaknya yang lain
ketakutan dan berada dalam trauma melihat keadaan ibunya itu,’’ katanya.
Jason kemudiannya menghubungi 999 namun ambulans hanya tiba dua jam selepas panggilan dibuat.
Doktor memaklumkan luka pembedahan itu mengalami jangkitan, menyebabkan ia tidak dapat pulih sepenuhnya.
Pasangan berkenaan kini bercadang mengambil tindakan terhadap pihak hospital di atas kecuaian tersebut.
Global

Beijing – “Saya bukan makhluk asing. Saya hanya kencing di
situ!’’ itu penjelasan seorang pelakon cerita fiksyen bagi menyelesaikan
dakwaan seorang pelancong bahawa dia berjaya merakamkan gambar makhluk
asing di kawasan pergunungan.
Pelakon itu menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya mengunjungi
pergunungan berkenaan untuk membuat rakaman filem sci-fi, ketika gambar
dia kencing diambil.
“Saya tidak sangka ketika saya kencing, seseorang telah merakamkan gambar saya,’’ katanya.
Perkara itu sebelum ini menjadi perdebatan dalam media sosial selepas gambar berkenaan tersebar di internet.
Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing tersebut yang menyerupai watak dalam filem Lord Of The Ring.
Ia dirakamkan ketika pelancong berkenaan sedang berkhemah di kawasan pergunungan terbabit.
“Saya berjalan keluar dari kem itu kerana ingin kencing dan tiba-tiba
saya melihat makhluk asing. Saya kemudian merakamkan gambar dan kini
saya takut dengan keberanian saya itu,’’ kata pelancong itu.
Pelbagai

Apa perasaan anda apabila selepas meneliti gambar yang baru diambil
tiba-tiba ada kelibat manusia lain yang tak dikenali dalam gambar
tersebut? Tentu terkejut dan seram kan.
Begitulah dialami seseorang yang berkongsikan gambar anak saudaranya di Facebook Oh! Media.
Menurut pengirim, gambar yang diambil jam 11 malam itu amat
mengejutkan apabila didapati turut merakam gambar seorang kanak-kanak
yang tidak dikenali sedang duduk di kerusi belakang.
Macam Ju-Onn pun ada kan? Memang seram
Misteri Sejarah

Raja Ramilah Begum Raja Mohamad atau Raja Ilya boleh dikatakan pelakon wanita yang kian diminati ramai.
Selain berlakon Raja Ilya juga dikenali sebagai model iklan satu jenama produk kosmetik tempatan.
Antara filem dan drama lakonan Raja Ilya adalah Appalam, Patriot, Dahlia, Kalimah Jiwa dan Kata Hati.
Sebenarnya kisah keseksian Raja Ilya bukan baru malah dia pernah
diterjah kontroversi gara-gara gambar ‘hangat’ satu ketika dulu.
Ketika hadir sebagai calon top 5 Anugerah Bintang Popular kategori
Pelakon TV Wanita Popular 2013 pun, Raja Ilya merupakan antara artis
paling seksi pada malam tersebut.
Mungkin selesa dengan imej begini, gambar Ilya dan baju-baju seksinya turut dikongsikan pelakon ini di laman Instagram miliknya.
Kami harap, Ilya ambillah pengajaran daripada kisah silam di mana dia
pernah melalui kisah pahit putus tunang gara-gara gambar panas.
Lagi pun kalau diteliti, jarang artis wanita yang berpenampilan
terlalu seksi akan diangkat menjadi bintang utama drama dan filem. Itu
belum masuk bab agama dan adat Melayu..
- MYNEWSHUB.MY
Hiburan

PUCHONG – “Kak tolong saya…saya hampir nak dirogol…laki tu nak bunuh saya…tolong saya kak.”
Rayu seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah, di tepi jambatan
Taman Mas menghubungkan Kampung Seri Aman, Puchong dengan Bandar Saujana
Putra di sini, petang semalam.
Wanita Indonesia berusia 32 tahun itu memberitahu kejadian berlaku
ketika dia menunggu bas di hentian Taman Putra Perdana untuk pulang ke
rumah setelah tamat waktu bekerja jam 3 petang.
Selepas beberapa minit menunggu bas, mangsa yang mahu dikenali
sebagai Yusma berkata, tiba-tiba dia didatangi seorang penunggang
motosikal yang mempelawa untuk menghantarnya pulang ke rumah.
Mulanya mangsa enggan menerima pelawaan tersebut namun berubah
fikiran selepas melihat wajah lelaki itu yang kelihatan baik dan seperti
berniat ikhlas.
Yusma berkata, dia bagaimanapun mula rasa risau apabila motosikal
dibonceng bukan menghala ke rumahnya sebaliknya ke laluan tak pernah
dilaluinya.
“Masa itu saya cuba untuk turun dari motosikal tapi lelaki itu
menunggang dengan laju dan hanya berhenti di tepi jambatan yang sunyi.
Saya cakap kat dia kalau nak ambil rantai leher ambillah tapi dia bukan
saja menyentap barang kemas dipakai tetapi turut menghentak muka dan
tangan saya beberapa kali menggunakan topi keledar,” katanya.
Menurut Yusma, lelaki itu tidak terus melepaskannya sebaliknya meluru
ke arahnya dan beberapa kali mengatakan hendak merogol dan membunuhnya.
Akibat terlalu takut Yusma berlari untuk menyelamatkan diri namun lelaki itu terus mengejarnya.
“Lelaki itu memukul saya lagi beberapa kali dan cuba untuk merogol
saya, ketika itu saya gagahkan diri untuk bangun, menendang kemaluannya
menyebabkan dia terjatuh sebelum terus bersembunyi di sebalik kawasan
semak.
“Dari celah-celah rimbunan rumput, saya nampak lelaki itu cuba mencari saya namun beredar beberapa minit kemudian,” katanya.
Dia yang mengalami kecederaan serius di muka dan tangan kemudian
diselamatkan orang awam yang melalui jalan itu sebelum dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Sinar Harian
Isu Semasa

TOKYO – Pembedahan kelopak mata menjadi trend yang popular untuk wanita
Asia bagi mendapatkan kelopak menarik. Namun kini terdapat kegilaan baru
yang menjanjikan alternatif lebih mudah dan tidak menyakitkan iaitu
tampalan pelekat di kelopak mata.
Tujuan utamanya adalah membentu kelopak mata berganda secara semula
jadi. Ia hanya menggunakan tampalan pelekat yang berharga RM19
berbanding kos pembedahan kelopak mata yang dianggarkan RM16,000.
Trend itu diperkenalkan di Jepun dan menyebabkan penduduknya terutama remaja yang bemata sepet menjadi obses.

Malah satu majalah Scawaii Beauty, menyifatkan bagaimana trend
memotong pelekat itu kepada cebisan kecil dan melekatnya di kelopak
mata, menjadikan mata pemakainya lebih besar, sama seperti kelopak mata
orang barat.
Kegilaan ini bermula di Korea Selatan dan merebak dengan cepat di Jepun.
Pelekat itu turut dijual di Amazon, di mana ia disifatkan sebagai gred perubatan, menjadikan mata lebih besar dan jelas.
Bagaimanapun kegilaan itu dikritik oleh warga tua di Jepun kerana ia
merompak identiti masyarakat Jepun yang terkenal dengan mata sepet.
“Bagaimana anda menggelar diri anda sebagai orang Jepun jika anda
menjadikan diri sendiri seperti orang lain,’’ itu antara persoalan yang
dibangkitkan oleh warga tua di negara berkenaan.
Pelbagai

Antara acara yang dianjurkan adalah pertandingan memanjat tiang licin yang disertai oleh beratus-ratus banduan termasuk wanita.
Dalam pertandingan tersebut, beberapa kumpulan banduan termasuk warga asing di Penjara Kerobokan akan memanjat tiang yang telah disapukan gris untuk mengambil hadiah dan bendera yang diletakkan di atas tiang.
Turut menyertai pertandingan tersebut beberapa banduan asing termasuk wanita. - AFP
Global

“Zaman dahulu kami mengangkat senjata. Saya sendiri menyertai tujuh operasi sekitar tahun 1970-an untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis.
“Setiap kali masuk hutan, kami akan menyertai operasi selama tiga bulan dan pelbagai pengalaman pahit manis telah dilalui atas rasa tanggungjawab dan amanah memelihara kedaulatan negara,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Tok Dor, Ajil dekat sini semalam.
Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Aktres Liyana Jasmay mengakui akan menetap di Sabah
sepenuhnya hujung tahun ini. Malah beliau yang ditemui hari ini (16
Ogos) pada majlis Aqiqah anaknya Sofia Arissa dan sekali gus
menganjurkan rumah terbuka di kediaman keluarganya di Kemensah tidak
ralat berbuat demikian.
Berlakon di usia remaja, isteri kepada Fathuddin Mazlan sudah
melalui zaman kegemilangannya dan selesa memberi ruang kepada pelapis
baru dalam dunia seni untuk berkongsi bakat mereka. Dalam hal ini,
Liyana sanggup berkorban termasuklah mengorbankan kecintaannya terhadap
dunia lakonan.
"Rumah kami di Sabah masih dalam proses pengubahsuaian. Kata
suami saya, berkemungkinan besar hujung tahun ini depan, insya-Allah
akan lengkap rumah itu untuk didiami. Dalam hal ini, saya tak kisah
untuk korbankan minat berlakon. Tapi kalau ada tawaran yang sesuai saya
tak kisah untuk pulang ke ibu kota.
"Ramadan lalu pun saya pernah terdetik untuk berhenti berlakon dan
memberi perhatian kepada kerja penerbitan di syarikat sendiri, Mermaid
Studios saja. Tengoklah macam mana nanti... belum ada keputusan
muktamad. Saya pun sudah mencapai apa yang diingini dalam kerjaya
lakonan.
"Selama ini pun saya ada juga berulang alik menemani suami ke
Sabah. Suami pun kadang-kadang perlu berulang alik dari Sabah ke Kuala
Lumpur untuk bersama saya dan anak. Jadi untuk memudahkan hal ini saya
perlu menetapkan satu pendirian iaitu berpindah. Lagipun suami saya
bekerja di Sabah," katanya.
Tambah Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH
(ABPBH) 2009, beliau sudah menetapkan syarat dalam lakonan apatah lagi
dengan statusnya sebagai isteri orang.
"Watak yang saya bawa tidak boleh lagi ada babak pegang tangan
atau nampak hubungan intim. Saya perlu bertegas dalam hal ini kerana
hati suami perlu dijaga. Macam produksi sendiri, kalau saya berlakon,
saya boleh letak garis panduan sendiri. Cuma kalau ada produksi luar nak
ambil saya berlakon mereka kena terima syarat itu," katanya.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)








Recent Comments